Kepada yang mencari buku untuk skrip adaptasi. Kalau korang cari buku Sandera (karya Arena Wati) dengan Pemberontakan (karya Jong Chian Lai). Lupakan je kedai-kedai buku. Lupakan je perpustakaan. Lupakan aja Finas. Takkan jumpa punya. Aku dah cari kat Kedai buku DBP, aku dah pegi Pusat Dokumentasi Melayu. Aku dah pegi Finas dan dapat tahu ofis FDAM dah pindah. Aku dah pegi FDAM satu haram buku pun tak ada. Tapi aku ada berita baik. Kepada sesiapa yang masih mencari, pegi aja terus ke Menara DBP kat tingkat 25. Cari Cik/Puan Nurul Aina Borhan dan cakap korang nak masuk pertandingan adaptasi skrip. Diorang ada salinan buku-buku tu. Tapi kena bayar sikit kot untuk kos fotokopi. (daripada anuar, pengunjung blog ni)
Makluman Tambahan fadz: Novel Sandera dan Pemberontakan sebenarnya diterbit (sekali lagi) dibawah usaha sama Rhythm Publications, dengan kulit keras, di bawah Koleksi Pilihan Novel Abad Ke-20. Buku-buku ini terbit pada awal 2000 hingga 2006. Tetapi mungkin, oleh sebab korang tak peduli pun nak beli (waktu tu banyak dijual di serata Kedai Buku MPH) sebab bukan "novel popular", dan atas sebab banyak syarikat buku sekarang terkena ekonomi meleset, aku rasa, Rhythm lingkup, sebab aku cuba cari kiosk jualan dalam talian mereka pun (dulu ada) dah tak ada. Baki buku ini pun aku rasa dah habis di Kedai Buku DBP (atas penangan nak masuk pertandingan). Tetapi korang sebenarnya boleh PESAN, mohon pihak pegawai koperasi di Kedai Buku DBP mengeluarkan novel-novel tersebut daripada stor di Ulu Kelang.
Tetapi korang juga boleh rujuk penjualan dalam talian untuk Pemberontakan atau Sandera. Ujana Ilmu, sila ambil maklum!
6 comments:
Fadz, aku ada banyak novel tu, hehe.
HMM BOLEH TAK BUAT REVIEW FILEM TWO LEGGED HORSE. FILEM PARSI YG TGH TYG KAT GSC 1UTAMA.?
buku-buku ni tak pernah nampak jarang sekali dengar, ia berkisarkan apa?
kesian buku2 dbp..
Sandera aku kenali sebab membaca Warisan Abu Talib Hassan(?), si penulis Saga itu, yg mana Othman Puteh ada menyebut bahawa "Warisan" jauh lebih "panjang" mileunya daripada Sandera (yang dianggap saga kerana ceritanya melangkau beberapa zaman), ianya berkenaan perjuangan kemerdekaan oleh segolongan manusia, yg kemudiannya bertukar kepada perjuangan untuk tanah daripada mata kapitalis (begitulah akhirnya).. ianya antara penulisan paling "ambitious" oleh Arena Wati pada zaman itu..
Pemberontakan pula antara novel sejarah dan epik Sarawak (berkenaan permainan politik dalaman dan perjuangan) antara golongan bumiputera dan Raja Brooke. Novel ini pernah memenangi hadiah Gapena (antara hadiah novel paling berprestij pada zaman 80-an)
sang kamen, hang belanja lah, boleh?
Terima kasih kerana menjelaskan, Insya'Allah saya aka cuba mencari buku-buku tersebut
Post a Comment