30 April 2010

Perca-perca Filem Mei 2010

Pertama sekali, terima kasih ah pada korang semua yang, tetiba "pembaca" aku dah naik 200. Fuh, best tuu...Link

Terima kasih, sebab dengan rendah diri, aku rasa tulisan aku ni taklah sehebat mana, malah, kalau korang banding dengan Nazim Masnawi (sampai sekarang, aku rasa taraf kritis dia amatlah tinggi, tapi dia dah kurang rebiu dah, aku tak tahu afasal), dengan Ajami, dengan Edd, Spiral, BinFilem, Ares Bahar, Amir Muhammad, MamaZack, Vovin, termasuk kembar aku, Bratty, aku rasa aku macam sampah je... Dan lagi satu aku dah pernah jenguk budak ni: TMBF, aku rasa macam aku dah malas nak merebiu sebab budak ni begitulah bagus (malah tulisannya dalam bahasa Inggeris, jadi skop pembacanya lebih meluas, kira dah antarabangsa ah).. Lepas ni aku nak cuba usha kalau dia nak masuk Awani. Hehe..

Tapi iyelah, aku tulis apa aku nak tuliskan (kan Nazim Masnawi kan?) Jadi lantaklah kalau aku nak tulis ko suka, ko tak suka, ko meluat ke, aku nak buat macam mana, iye dak?

Ok, untuk makluman juga, aku dipanggil oleh orang Gua.com.my arituh untuk bagi rebiu Hooperz(2010), kira satu benda yang berani ah, yang aku ingat pernah dibuat oleh RTM dulu zaman 80-an, sebab kita dah lama takde rebiu filem Tempatan, secara kritis...

Baru-baru ni jugak, aku turun Tmn Tun, terjumpa Rec2, White Ribbon dan Close Encounter of the Third Kind: The Ultimate Collection, terus aku sambar, gila sih! Aku tak tahu ah, aku dah asyik nostalgia je benda-benda lama. Adakah itu tandanya umur aku dah singkat?

ok, ini buat kawan-kawan yang add dan sanggup jadi pembaca aku, enjoy, walaupun pendek:

Reds(1981)
Filem sebegini hanya akan datang sekali-sekala sahaja. Malah kini, dengan uncang gula-gula fantasi pasca LOTR, filem sebegini mungkin susah untuk aku lihat mampu dikembalikan atas kerana kuasa pasaran sekarang yang mahukan pop, warna, CGI dan peperangan luas, pasca Gladiator dan kemudiannya LOTR. Buat aku, filem sebeginilah filem-filem besar, filem-filem agung. Epik. Arahan Warren Beatty, dan hanya kerana subjeknya (menyelami dunia dan pembinaan awal Parti Komunis Amerika) ianya sebuah filem yang perlu diberi penghormatan, dengan penangkapan dunia 1920-an, dengan semangat liberalisasi baharu Amerika, dunia seni hedonis Greenwich, Revolusi Rusia yang baru hendak bermula. Sebagai sebuah filem sejarah dan epik, filem ini mengikut sudut dan kemahiran filem-filem epik yang besar yang lain sejajar gaya David Lane dan epik era keemasan Hollywood (Gone With The Wind), dibawa dengan plot yang senang, dengan perwatakan yang betul-betul dipertontonkan dan dikenal jelas watak dan emosinya. Ya, filem ini tidak kompleks, jika kita bandingkan dengan The English Patient, atau Sunshine (pascaDavid Lean), malah kadang-kadang emosinya begitu Hollywood 50-an, tetapi ini memang dimohon oleh pengarahnya. Konteks politik dan sudut pembangunan komunis zaman 1920-an membuatkan filem ini "dalam" tanpa perlu banyak menyatakan, atau menguatkan dogma sosialisnya (ini bukan sebenarya filem politik, seperti filem-filem Oliver Stone pasca Platoon), ia hanya elemen serpihan. Di tengah-tengahnya adalah sebuah romantisme, advencer berkuasa antara John Reed (lakonan Warren Beatty) dan Louise Bryant (lakonan Diane Keaton). Malah, keseluruhan filem ini bertujuan untuk itu, meromantiskan penjalinan hubungan kompleks Reed dan Bryant. Kita boleh lihat hal ini berlaku dalam semangat impresionis ekspresi Reed, apabila Bryant ada di sebelahnya, dan tidak ada di sebelahnya. Babak di Leningard, sewaktu Reed pada pertama kali berucap kepada khalayak proletariat Rusia, kita lihat "spark" yang berlaku antara Bryant dan Reed. Saat itu, kita tahu, Bryant dan Reed tidak boleh diputuskan lagi. Malah, secara jenaka, Beatty menyatakan, kerana Bryant, kerana kehadirannya di sisi Reed, Reed menongkah naik, Reed yang tidak pernah seorang ahli politik, akhirnya mendapat tempat di sebuah tempat asing. Ini menarik apabila babak-babak temu ramah benar terhadap saksi-saksi dan kawan John Reed dan Louise Bryant, mereka mengutuk Louise Bryant(!) Juktaposisi ini disengajakan (perbandingan babak: realiti mengikut latar kelabu dan hitam saksi-saksi ditemuramah, terhadap dunia romantis berwarna-warni lakonan Beatty dan Keaton). Sekali lagi ini disengajakan, bukan sahaja memberi "tempat" atau "suara wanita: Louise Bryant" terhadap skop cerita John Reed dan kepentingannya, tetapi kenyataan jelas Beatty, fantasi ciptaannya ini, walau semana bahayanya pun, ia lebih indah daripada realiti hidup kita. Malah "bahaya-bahaya" yang kita tonton dalam filem ini (walau bagaimana "benar"nya ia dari konteks sejarah) merupakan seakan "duri-duri" dalam perjalanan romantis Bryant. Dan seperti filem, pengakhiran filem ini disengajakan dimatikan dengan "lilin" dan pintu tertutup. Ya, mereka punya suatu kehidupan, dan ianya indah, tapi semua orang mati. Kematian adalah pengakhiran "dipaksa" untuk mana-mana filem. Dan filem ini perlu berakhir (4 jam lamanya) Malah, sudah pelbagai warna yang mewarnai Bryant, dan kita tahu, Braynt boleh dan akan hidup tanpa Reed pada akhirnya (awal babak, kita lihat Bryant dalam galeri seni penuh keputihan, seperti dirinya yang belum dipengaruhi mana-mana dogma), yang menyatakan juga, kemungkinan, pemahaman politik, seperti mana komunis, akan hidup juga walaupun ia "terpesong". Ini romantisme Beatty terhadap hal ini, sekurang-kurangnya untuk pemahaman sosialisme di Amerika.



5 x 2(2004)
Mereka selalu berkata, hanya filem Peranchis sahaja yang boleh memberikan pemaknaan paling sebenar tentang kondisi manusia. Ini dapat dilihat berlaku dalam filem Francois Ozon ini yang amat teliti dalam penstrukturan dan latar cerita, dengan kekuatan lakonan lancar dan realsitik daripada para pelakonnya. Ceritanya berkenaan penjalinan kuat di antara Marion dan Gilles, mengambil "perhubungan" meretak mereka "ke belakang" (seperti Momento), daripada babak mereka bercerai (dan Gilles cuba menyentuh bekas isterinya buat kali terakhir), kemudian mereka beranak, kahwin dan akhirnya, sewaktu mereka bertemu. Pengkajian berkenaan perhubungan, perlainan jantina dan k0mpleksiti lelaki (yang dipaparkan dengan benar, menjajah, menakluk pasangan lawannya) dan wanita (yang tidak mahu dirasakan lemah, walaupun keinginan dan emosinya amat halus untuk difahami) moden didedahkan dengan penuh cahaya, membuatkan aku berfikir jika aku boleh berkahwin. Ya, filem ini agak menggusarkan buat mereka yang ingin berkahwin, memaparkan bagaimana cinta dan hubungan zaman dahulu lebih tetap, kekal dan sejati daripada kompleksiti cinta orang sekarang. Tetapi adakah pernyataan itu benar? (Itu yang aku dapati bila menonton filem ini) Atau ada hal yang lebih mendalam dari itu? Filem ini memberi banyak babak dan syot yang amat indah, ia memberi devestasi emosi, kerana kesedaran kita bahawa pasangan ini "doomed to be apart" sedangkan pertemuan mereka sungguh idealik. Filem ini juga menyatakan, hal komunikasi bukan masalah sebenar keretakan kekeluargaan, hal ini lebih mendalam. Dan tidak mungkin seumur hidup kita dapat memahaminya.



The Crazies(2010)
Seronok, walaupun aku tak berapa suka dengan pengakhirannya. Ianya sama dengan sebuah filem lama kesukaan aku, Impulse, di mana sebuah kampung jadi gila kerana satu pencemaran air. Filem ini, sepertimana filem-filem seram Hollywood (dan yang ini punya kuasa fiksyen sains dan aliran seram sosial, malah filem ini diterbitkan oleh George A. Romero!), kita tiada kuasa untuk peduli dengan watak dan masalah mereka (walaupun kita sudah agak yang mana akan hidup) tetapi babak-babak seram dan kejutan yang kita tunggu. Dan dalam filem ini, banyak yang agak genius dilakukan, malah aku meloncat dari tempat duduk (ya, sergahnya keterlaluan!) Ini ada kena mengena dengan babak masuk "car wash", dan paling jerut perut, babak di koroner yang berkenaan dengan pisau pengerat automatik. Tetap, pandangan sosialnya kuat, walaupun mungkin sudah banyak kali dibuat dan dikitar semula. Keganasannya begitu "di situ" tanpa maaf. Kemungkinan mengambil semangat "buat jangan banyak tanya" dasar askar Amerika sekarang di negara-negara taklukan mereka.



Ice Kacang Puppy Love(2010)
Sebuah filem Ah Niu yang baik (Ah Niu merupakan artis Malaysia yang menempa nama antarabangsa khususnya di Taiwan), walaupun aku rasa seakan banyak "hal" yang tertinggal (kebiasaan utnuk sebuah filem pertama), yang menyamai semangat cinta monyet Mukhsin (yang mana, rasanya lebh mendalam), antara Ah Niu dan Angelica Lee yang agak kiut. Mungkin yang menyebabkan filem ini sedikit "kelam" adalah latar kehidupan yang "berat" yang dilalui oleh Ah Niu dan Angelica Lee, yang dipaparkan terlalu (meluatkan) untuk hidup, tetapi Ah Niu menyatakannya dnegan sejujur dan seluas mungkin (memasukkan kawan-kawan watak Botak, iaitu dirinya), menjadikannya "likeable" dan benar dalam dunianya. Malah, menonton filem ini kita dapat merasakan gaya pembikinan filem melodrama tentang pencarian cinta dan kehidupan yang biasa kita tonton, wujud dalam filem-filem Taiwan dan Hong Kong 80-an dan 90-an. Ah Niu sendiri dipaparkan lurus bendul dan sememangnya begitu pun (idealis dirinya sebagai badut romantis yang tercangkuk terhadap Angelica Lee, walaupun dia tahu dia tak mungkin dapat memilikinya, idea klise mana-mana filem romantik), lalu mengikut jalan cerita dan advencer Angelica Lee yang tom boy dan menginginkan figura ayah dalam hidupnya. Filem ini memaparkan sesungguhnya akam diaspora Cina di Malaysia yang punya jiwa kukuh dalam memahami hidup berdikari dan kesusahan, walaupun bagaimana latarnya mencengkam mereka, mereka dapat menjumpai kehidupan, dan seperti Ah Niu, menjumpai cinta. Hanya mungkin, buat aku, tempo filem ini disengajakan terlalu lewah dan mengambil masa, membuat aku tidak senang duduk, walaupun karikatur komedi yang diselitkan di beberapa tempat tetap mengusik perasaan. Secara umum, falsafah Ah Niu berkenaan kehidupan, dan perjalanan menemuinya amat menyentuh, dan menariknya, diserikan dengan latar tempatan (sebuah babak paling kelakar berlaku bukan dalam bahasa Cina tetapi Melayu!) yang mencuitkan, tetapi ia agak overkill untuk membuakkan emosi, walaupun ia berjaya dalam misinya membuat orang menangis.

Rec2 (2009)
Pada awal filem, kita diperkenalkan (dan kita ketahui, ia bermula sebaik sahaja protagonis terakhir dalam filem pertama ditarik oleh sesuatu) dengan sekumpulan polis SWAT berserta seorang doktor (yang kemudiannya kita ketahui adalah seorang paderi) untuk masuk ke dalam bangunan yang dikuarantin, menjalankan suatu misi. Apabila di dalam (dengan bodohnya, si doktor tidak menerangkan apa jenis manusia yang ada dalam bangunan itu, ini adalah antara kelemahan filem ini apabila apa yang sudah dipertunjukkan membawa kepada hal-hal lubang dari segi logik), seorang daripada rakan SWAT itu, bertukar zombi bila digigit, lalu apabila doktor dan polis bertembung, dalam keadaan kaos, si doktor melakukan "exorcism" lalu lelaki itu terdiam, dimasukkan dalam stor lalu dipasung dengan salib. Dan saat tiba itu, mulut aku ternganga. Apa ke jadah?! "Apa ke jadah" ni berlaku, sekali lagi, di dalam babak penggunaan kamera malam di bilik sewa paling atas bangunan. Babak ini sendiri amat-amat menarik (dan pelik) tetapi membuka satu kekuatan sinema terhadap pemahaman "in record of real horror" filem ini. Seperti yang Spiral nyatakan, menonton Rec2 semacam bermain permainan video yang "benar", dan sememangnya sebegitulah dirasai (kalah Resident Evil). Dan, tiba akhir filem ini, walaupun amat mencengkam "jawapan kejutannya", persoalan RAKAMAN ini mula dipersoalkan (malah, hilang separuh daripada pemahaman real-time yang hendak diketengahkan). Kita sedar, selama menonton yang pertama, kemudian yang kedua, dengan selipan babak "visi malam" di akhir filem ini, ia semacam menyatakan: "this is actually a bag full of sick joke" atau sememangnya sebuah filem yang dibikin oleh si Syaitan sendiri. Aku tidak berapa suka "pembukaan" ini dan bermohon sekuel seterusnya memberi "pemahaman", yang mungkin dibuka oleh dua budak yang masih hidup dalam stor, dan apa akan jadi terhadap protagonis yang "hidup" itu. Filem ini, akhirnya, dengan pembukaan sekuel ini, seakan satu eskperimen terhadap unsur seram dan cara menakutkan penonton, menghancurkan separuh daripada kuasa sosial dan relevan filem pertamanya. Malah, babak budak-budak gatal masuk parit itu merupakan babak paling menjengkelkan, walaupun seurat mengikut klise filem-filem seram zaman berzaman.




A Romantic Papa(1960)
Menyelami filem-filem Korea, kadang-kadang aku mendapati semangat dan pengolahannya sebaik dan kadang-kala lebih baik daripada filem-filem Jepun, Hong Kong, Taiwan atau China, mengikut rumpun Sinonya. Sepertimana kita memahami sesebuah sejarah dan estetika filem sebuah negara, kita masih perlu kembali kepada bapa-bapa filem negara berkenaan (sepertimana kita selalu kembali kepada P. Ramlee). Sing Shang-Ok merupakan antara bapa filem Korea yang besar, malah dikatakan "hidup" pada zaman era keemasan filem Korea Selatan (dan kemudiannya Utara, tetapi hal ini tidak akan disentuh di sini). Filem yang aku tonton ini tidak berapa disukai oleh generasi muda ataupun sebilangan masyarakat Korea Selatan sekarang, memandangkan filem ini tidak ada plot yang berbelit dan menjunam hebat sepertimana hebatnya arus baharu filem Korea Selatan sekarang. Malah babak-babaknya sangat "dipentaskan" (dan ini disengajakan oleh sang pengarah, mengambil intipati adaptasi filem daripada sebuah drama radio). Tetapi, buat penonton antarabangsa, khusus buat aku, filem ini amat menarik dikupas, dihayati dan diselami, mengenal Korea pada awal (filem ini lebih merujuk hal sisi Korea daripada pemecahan Korea Selatan atau Utara) dan penentu kepada pembangunan seterusnya filem-filem Korea. Filem ini secara telusnya merupakan sebuah filem keluarga (aku boleh teringat filem It's A Mad Mad World yang amat dekat dengan keluarga Hong Kong) yang diangkat/ketuai oleh seorang "ayah yang romantis". Romantis di sini merupakan ideal suci, kemungkinan terhadap "Korea baharu" yang menyelam dalam jiwa masyarakatnya pada waktu itu. Aku tidak berapa pasti jika simbol ayah dalam filem ini menyamai presiden Korea Selatan waktu itu, atau gambaran si pengarah terhadap "ayahnya" atau "Korea lama" yang hendak dia suburkan dalam mata masyarakat sezamannya (di dalam filem ini, sang pengarah adalah anak kepada ayah, yang menjadi seorang pengarah muda). Apa yang jelas ialah, ini sebuah filem keluarga yang amat menyayat dan mencuitkan. Dua babak yang begitu kuat yang aku ingati. Pertama, babak apabila anak gadis ayah menjumpai skrip tulisan abangnya si pengarah lalu diberikan kepada ayah. Ayah, secara optimis (kita sedar dalam babak ini, orang industri filem, sepertimana orang Melayu pada zaman itu, dipandang lekeh dan "murah") melihat kesungguhan anaknya sebagai "pengarah" dan tidak terganggu dengannya (walaupun beliau tidak tahu bahawa anaknya sudah berhenti belajar untuk menjadi pengarah sepenuh masa), lalu anaknya si pengarah membaca sinopsis cerita, yang buat "reaksi" zaman itu agak "melanggar moral" (kisah si lelaki yang berkahwin mempunyai hubungan sulit dengan seorang gadis universiti, lalu menghamili gadis itu). Si pengarah membaca "pandangannya" terhadap kemahuan idealis dua pasangan itu, sedikit narsistik dalam ketidaktentuannya. Ayahnya kemudian "menggambarkan" bagaimana dia "mengubah" cerita itu.. Lalu akhirnya, isterinya, yang membayangkan sebuah legenda Korea, Chunhyang, yang amat terkenal itu. Ada beberapa rujukan di sini, dan terikat dengan sejarah serta pemahaman filem ini sebagai filem (secara seloroh, menyingkap POV pelbagai sepertimana Rashomon tetapi dalam Rashomon, kita diberi pelbagai "suara" dalam mencari hakiki dalam realiti, di sini kita hanya mendengar "suara" hakiki untuk berpuas dengan satu fantasi pilihan). Pertama adalah penerusan Sing selepas ini membikin sebuah adaptasi Chunhyang. Kedua, perbezaan "zaman" yang dinyatakan secara jelas antara ayah dan anak, tetapi yang menarik, secara terbuka, ayah dan anak ini boleh membicarakan perbezaan mereka dengan amat rapat dan seloroh keluarga. Ketiga, pemahaman bahawa semangat anak muda (yang mempengaruhi Shing Shang-Ok) yang sedang diberi tunjuk ajar oleh seorang yang tua (wise), oleh figura ayah yang kuat tetapi mesra. Apabila kita menyelami ketiga-tiga cerita, kita sedar, CERITA si ayah menyelubungi dan memenuhi keberadaan semua babak kekeluargaan yang ada. Ini bukan cerita anak muda lagi (yang diwakili Shinga Shang-Ok), tetapi cerita "orang tua", dan cerita orang tua ini, mendominasi kesemua babak-babak filem, dari awal hingga akhir. Malah, pada awal pembukaan filem, apabila watak-watak diperkenalkan seakan pelakon pentas (seperti mana gaya Tuan Badul yang mana mengikut kontesk yang sama di sini), kita sedar, sebagai sebuah keluarga, semua individu keluarga ini terkait antara satu sama lain, dan mereka semua diikat oleh satu punca utama, si ayah. Watak "pencuri" juga tidak dapat lari "terikat" dengan punca utama ini. Maka kita sedar sekali lagi, bahawa pemahaman ini membawa kepada "pengajaran", punca utama "mempengaruhi" mereka yang mengeliling (walaupun tidak dinampakkan ia didaktif), ini sebuah filem nasionalis kuat, kekuatan "keluarga" bergantung kepada kesatuan keluarga itu terhadap "tunjangnya" dan "kesetiaan" terhadap tunjangnya. Aku merasakan, ini sebuah filem "bangsa" yang sengaja kuat untuk rakyat Korea pada waktu itu (filem ini sememangnya disambut tinggi oleh masyarakat zaman itu). Babak kedua yang aku suka ialah babak akhir, di mana "konflik" yang baharu dimulakan apabila si ayah "hilang kerja kerana ekonomi tidak baik" (di sini, adalah jahil apabila penonton muda menyangka, plot cerita bermula hanya apabila si ayah dibuang kerja, kerana ketidaksesuaian dan gaduh-gaduh kecil anak-beranak dalam filem ini merupakan "konflik" sebenar yang disingkap lalu di"selesaikan" oleh si ayah dengan harmoni, inilah tujuan filem ini, dan bagi aku sebagai penonton luar, hal ini amat menarik). Dalam babak ini, anak-beranak sudah tahu si ayah hilang kerja tetapi si ayah tetap pergi ke luar seakan bekerja (kerana dia tidak mahu dileteri isterinya dan dipandang rendah oleh anak-anaknya). Babak klimaks, parti hari jadi untuk ayah merungkaikan konflik ini. Kita sedari, si ayah "sedar" bahawa anak-anaknya tahu, tetapi sedih pilunya dan gembiranya "disimpan" di sebalik tangis dan tawa anak-anaknya. Ini sebuah babak yang amat kuat, memaparkan kebenaran kesatuan dan kasih-sayang sebuah kelarga yang benar. Hal itu sahaja, merapatkan filem ini sebaris dengan filem keluarga seperti A Wonderful Life Frank Capra yang klasik itu. Ada beberapa kelemahan dalam filem ini juga, yang ini berkaitan dengan tempo. Ya, filem ini agak "perlahan" (tetapi ini benar dalam menangkap hal hari sehari sebuah keluarga) dan boleh dibuat penyuntingan yang lebih laju dan mantap. Tetapi hal "pementasan" itu juga menjadikan filem ini "benar" dalam erti kata menangkap suasana "benar-benar berlaku", walaupun ia seakan dipentaskan, yang kita tahu, merupakan kekuatan neo-realisme yang kita lihat sednag banyak berlaku dalam filem-filem art house cinema sekarang. Filem ini tetap sebuah filem yang elok untuk diselam sebagai "curiosity" terhadap sejarah awal filem Korea dan pengarahnya yang sememangnya berbakat agung.

24 April 2010

Kick-Ass(2010) & The Evil Dead(1981)

Kick-ass Kick Ass!







"And you wanna know what's wrong with me? Yeah, I'd rather die... so bring it on!"
-Dave Lizewski/Kick-Ass


Fuh! Tak pernah aku tonton sebuah filem sewaktu di pawagam, aku ketawa, tepuk tangan bersemangat bersama-sama penonton dan berseronok dengan adegan-adegan ganas seorang budak perempuan (rujuk Kill Bill Vol.1) kecil membunuh. OK, orang akan kata aku gila, tapi, begitulah eskapismenya bila menonton filem ini.

Daripada amatan aku pada penulisan pengkritik filem Barat, kebanyakan mereka tidak suka dengan Kick-Ass, lebih-lebih lagi dalam hal logik (segalanya tertumpu kepada Hit Girl) serta isu moral yang diketengahkan. Aku kata, screw it, kerana itulah hal yang jelas yang hendak dinyatakan dalam keseluruhan filem. Kita boleh rujuk babak-babaknya secara terperinci:

- Kita diperlihatkan manusia New York yang tidak prihatin, memandang ke lain (macam orang KL juga) apabila seseorang diragut/dipukul pada babak-babak awal.

- Kita diperlihatkan bagaimana (di sini, sisi gelap filem bermula) pemilihan protagonis, Dave berdepan dengan penjahat walaupun tahu betapa ganasnya atau akibatnya. Kita dibayangkan Dave seorang hero apabila mendepani penjahat, lalu Dave "berjaya" memukul mereka, sehingga si penjahat keluarkan pisau, menikam Dave. Apa yang menggelikan hati, menjadi aksi seram tiba-tiba.

Ada beberapa poin atau isu moral yang dipertengahkan, mungkin "simplisistik" buat penonton berfikir, tetapi tetap menarik untuk diperkatakan. Tetapi, jika kita rujuk, kerana kepincangan masyarakat yang tidak "peduli" dengan orang lain, manusia-manusia seperti Dave, seperti Hit Girl "perlu" tampil. Hal Dave juga menarik untuk dilihat jika kemunculannya benar-benar "hitam putih" atas "melawan jenayah" atau inginkan publisiti (dalam dunia serba laju ini). Di sini, Hit Girl (lakonan sensasi Chloe Moretz), menariknya seorang anak bawah umur yang jauh lebih "determind" daripada Dave. Hal ini yang menggusarkan pengkritik (kritikan pengarahnya jelas, jika orang dewasa tak ada telur nak betulkan masyarakat yang korup, mungkin anak bawah umur perlu buat sesuatu). Pelik, sebab dengan jelas, Matthew Vaughn, pengarahnya, Jane Goldman (serta pengarah) sebagai penulis skrip dan pencipta komik ini, Mark Millar sudah menyatakan "tujuan" komik ini: keganasan dan kejahatan di luar sana BENAR dan kadang-kadang mendepaninya mengambil usaha yang tidak kecil.

Kita juga diberi beberapa babak yang menyatakan hal gelap dalam filem ini secara jelas (maknanya, awal-awal lagi kita sudah diberi amaran), pertama, Marcus, kawan Damon (lakonan Nicholas Cage yang amat spot-on) yang menyoal Damon kenapa melibatkan anaknya dalam pembalasan dendam psiko itu, dan Damon menyatakan, dalam sistem kejahatan, jangan bunuh simptomnya, tetapi penyebabnya (hal ini isu yang sama dengan Batman) dengan dialog, "Jangan salahkan aku, salahkan D'Amico!"

Kemudian, pada awal-awal lagi kita diberi satu babak yang kelakar tetapi sebenarnya amat gelap. Seorang lelaki memakai kostum adiwira, dengan berani, terjun dari bangunan lalu junam mati di tanah. Ya, ia amat lucu, tapi ia mempunyai konteks keganasan yang "real": keganasan dan jenayah itu benar-benar wujud. Apa yang membuat pengkritik barat tidak cukup kerusi ialah, pengarah memberi kita, betul-betul pemahaman bahawa tidak semestinya imaginasi itu boleh direalisasikan, tidak semestinya jenayah (yang sudah menjadi hal natural masyarakat) boleh dibendung. Dan filem ini memaparkan bagaimana "real" jika tanggapan ini ditunggang terbalikkan.

Secara serius, aku suka filem ni. Filem ini satu filem mainan pascamoden, jika hebatnya Zombieland dan Shawn of the Dead lakukan terhadap filem zombi, menunggang terbalikkan genre itu, bermain dengan klisenya dan memberi pelbagai rujukan dan memperlekeh atau menghormati rujukan, itu filem ini melakukannya terhadap filem komik.

Aku menyukai benda-benda kecil yang dibawa oleh Vaughn, seperti membuat Chloe Moretz mempunyai rias muka seperti Drew Barrymore. Drew dahulu pelakon kanak-kanak yang terlalu cepat membesar, sama seperti watak Hit Girl, dipaksakan demi tugas, menyebabkan dia menagih dadah. Ironi di sini, Chloe "menentang" dadah bersama bapanya (yang menyebabkan ibunya mati). Ada rujukan filem Batman dan Spiderman, serta "mengutuk" Superman yang menyeronokkan. Ya, filem ini, separuhnya secara peribadi mengisi keinginan seorang "geek" seperti aku (ya, beberapa babak secara peribadi amat mengisi fantasi mimpi basah aku!), tetapi ia berjaya juga pergi lebih dari itu buat hiburan dan kepuasan penonton.

Aku rasa paparan ganas dalam filem ini tidak akan dibuat isu oleh penonton Asia, berikutan sejarah tontonan kita yang penuh ganas (kecik-kecik dah tengok Rambo, Terminator dan Brando). Malah, kita mungkin bengang dengan cara LPF potong babak kata lucah filem ini (yang keluar dari mulur Chloe). Tetapi aku percaya, filem ini, seperti aku menonton filem ini, akan disorak dan dihaburkan dengan kepujian kerana walaupun ia mengambil isu keganasan dan jenayah dengan serius, ia tetap memaparkan (dengan bodoh) tentang seseorang yang ingin merealisasikan fantasi walaupun ia tahu ia tak mampu melawannya. Hal itu sahaja sudah memenangkan filem ini. Ini adalah antara filem hiburan terbaik tahun ini!



The Evil Dead Masih Berkuasa!

"It's the woods themselves!"
-Shelly

Semalam, aku bukan sahaja tonton filem di atas, tetapi membeli dua DVD (aku hanya beli DVD tulen jika ia betul-betul untuk penyimpanan) lalu aku beli Bodyguard and the Assassin serta filem ini di Speedy Video Pavilion.
Aku terkejut bukan kepalang, walaupun DAH TAHU plot filem ini secara keseluruhan, aku masih tetap tutup muka, MENJERIT dan rasa GERUN! OK! INI membuat filem The Evil Dead MASIH filem seram terbaik abad ini, masih merupakan antara filem seram terbaik, masih sebuah "masterpiece" walaupun entah berapa filem seram yang menggerunkan sudah wujud.
Memang filem ini tidak mementingkan cerita, filem ini juga tampak sudah ketinggalan efek khasnya. Tetapi beberapa kekuatan yang masih merangkum kuat, menjadi rujukan pembikin filem seram sehingga sekarang. Pertamanya, suntingan, kedua, sinematografi dengan tangkapan sudut bawah, aras tanah, kemdian fokus wajah yang amat-amat menyesakkan (ini dibuat dengan bajet yang amat rendah), suara yang mengujakan (yang banyak dicuri oleh pembikin filem sekarang dengan tanpa kreativiti seperti hebatnya Raimi lakukan), dan akhirnya, runut bunyi yang menyeramkan oleh Joseph DoLuca. Kita diberi kuasa "violin" (violin, sepertimana kuasa Psycho memaparkan filem seram amat memerlukan violin!), mengembalikan seakan satu semangat gothik dunia Roger Corman dengan filem-filem lama Edgar Allan Poe. Kuasa alunannya menyengat dan memberi kita "sense of doom". Lihat sahaja kegeniusan "cue" yang dimainkan pada akhir babak sewaktu Bruce Campbell keluar dari kabin melihat matahari dinihari, kresendo lagunya meninggi kemudian "menjunam" pelik, kita tahu ada sesuatu yang belum selesai lagi. Sememangnya, menuruti filem ini adalah untuk pengalaman dan gaya seramnya, bukan untuk mengenal pelakonnya atau ceritanya. Dan filem ini merupakan satu simfoni seram yang grandeur!
Memang, jika kita lihat, dialog dalam filem ini sudah menjadi hal yang melawakkan, serta beberapa babak. Ini kita tahu, bukan sahaja "to poke fun on its genre" yang senyatanya Raimi (rujuk babak filem projektor yang bergerak sendiri, hal gerun berubah slapstik ini kemudiannya diteruskan dan diperkembangkan dalam sekuel kedua dan ketiganya) tetapi menyatakan "ini filem eskapis" yang dibuat untuk berhibur. Raimi berhibur dengan seram. Jelas, hal yang dipaparkan janganlah diambil serius. Ini tujuannya. Pun begitu, Raimi berjaya juga menaikkan tempo "poignant" dengan paparan Campbell tidak selesa untuk memotong aweknya (memotong atau membuang sesuatu yang kau cintai). Pemasalahan "jiwa" ini diperkembangkan dengan sempurna lagi dalam The Evil Dead II.
Memang, kita juga akan terjumpa bahawa Bruce Campbell menjadi "anti hero" seram paling terkenal antara semua filem seram (buat aku hanya Sigourney Weaver dan Linda Blair boleh menandingi Campbell), lalu legenda Evil Dead berterusan. Tetapi jauh dari semua itu ialah keberkesanan Sam Raimi memahami "dunia seram".. Di dalam The Evil Dead, segalanya berkemungkinan (ini yang paling penting) daripada segala slapstik dan surreal yang akan datang kemudian (dna diteruskan dalam sekuel-sekuelnya). Inilah kekuatan paling tinggi Raimi yang mana tidak ramai pengarah filem seram belajar.
Lihat sahaja satu babak panjang "rogol di hutan oleh hutan" dengan watak Shelly. Kita tahu sekarang bahawa "rumah kabin" dalam hutan "kononnya" selamat (mengikut teori Maslow). maka semua ruang dinding tertutup itu "selamat". Kemudian Raimi memberi sesuatu: tingak terbuka di luar HITAM, angin berderu dan Shelly di dalam kabin sedang melukis jam dinding. Jam tiba-tiba berhenti, seakan unsur "luar" itu berkomplot dengan jam. Lalu, secara prasedar, Shelly "melukis" Book of the Dead.
Kini kita tahu, antara kesemua watak itu, Shelly paling lemah. Dan di babak ini sudah dikemukakan, BILA watak seorang, ia akan senang diganggu.
Shelly melakukan yang paling berani dan BODOH apabila dia keluar dari kabin (kerana terdengar suara!) Kini, segala yang tidak nampak serba berkemungkinan. Dan sememangnya pun. Lihat cara Raimi gerakkan aksi dalam babak ini, secara bertahap dan tersusun kelihatannya, tetapi bukan untuk penonton yang menontonnya (Raimi mendahului penonton). Mula-mula kita diberi penjelasan bahawa ada "seseorang melihat" Shelly. Kemudian semacam mengejar Shelly. Kemudian, tidak terduga, ranting dan jalar hutan melilit Shelly. Kita kemdian dipaparkan Shelly "dirogol". Shelly kemudian lepas, tetapi ada "sesuatu" yang mengejar. Shelly berlari dan terjelupuk. Tiba-tiba, sebuah pokok tumbang. Lalu Shelly lari dan lari.
Dengan adegan di atas, kita sudah tahu "ke arah mana" filem ini akan membawa kita. Ianya, "seram dan hantu" ini bukan seperti hantu biasa, yang menakutkan bila ia perlu (convinient) sepertimana kebanyakan filem seram, dengan "cheap thrills". Di sini, filem ini membuka "pelbagai kemungkinan". Saat itu, kita tidak tahu apa yang akan berlaku, siapa yang akan terbunuh, siapa yang akan dicekup oleh hantu (ia sudah memaparkan dengan jelas, hantu ini tidak berwajah, dan akan berwajah bila ia merasuk dalam manusia). Kita hanya mahukan watak-watak itu "hidup" sehingga pagi.
Jadi sebab itulah, babak sewaktu di kabin. Kita menjadi menggerutu apabila ada watak yang dekat dengan tingkap yang mana di luarnya hanya HITAM. Kita jadi gelabah bila lihat watak yang masuk ke bilik melihat tingkap yang terbuka. Kita merasakan, tiba-tiba sahaja, hantu tanpa bentuk ini (yang kita dapat lihat semacam kabus dalam satu babak sewaktu Campbell tinggal seorang) boleh menusuk mana-mana tingkap atau atap jika ia mahu, ia hanya menunggu masa sahaja. Hal ini kerana Raimi dengan genius sudah memakarkan segala kemungkinan ini dengan teratur, maka elemen-elemen seterusnya akan kita ikuti dan kita lihat memerangkap watak dalam kabin, sedikit demi sedikit "menutup ruang selesa" watak sehingga TIDAK ADA YANG TERTINGGAL. Ini dilakukan oleh Raimi dalam babak di mana, bukan sahaja Campbell sudah diganggu atas, bawah dan luar, kini "fikirannya" secara ekspresionis (merujuk banyak filem seram Itali dalam hal ini, juga mencapai kekuasaan Lewton dan fantasi Jean Cocteau). Elemen-elemen di kelilingnya semacam HIDUP, mengejeknya. Segala mengacau mindanya. Di sini baharu kita sedar, kenapa hingga saat itu, Campbell masih tidak berubah jadi hantu dan kenapa Campbell "still survives", walaupun dia jauh lebih berani dan heroik daripada kawannya (yang sengaja berwajah dan fesyen rambut Han Solo).
Filem ini masih mempunyai relevannya dalam omnimbus filem seram dunia. Aku silap bahawa aku menafikan filem ini bila menonton entah berapa banyak filem, hanya kerana filem ini menjadi terlalu popular suatu masa dahulu. Bila aku menontonnya sekali lagi, aku sedar, filem ini masih berkuasa menyeramkan, dan itu amat-amat jarang jika dibandingkan dengan filem seram sekarang.

19 April 2010

Sedikit Catatan Berkenaan Shutter Island(2010)



Macam biasa, ada banyak benda yang aku nak cakap tapi tak dapat cakap sebab segugut, terlupa atau masa tidak mengizinkan. Apapun, terima kasih Syazwan Zakria dan Gala TV Plus kerana sekali lagi memberi aku peluang.

1. Filem ini sememangnya sebuah filem "sinematik", filem yang hanya boleh dihargai dengan menontonnya di pawagam. Secara jujur, aku mahu menonton filem ini sekali lagi, mungkin hari ini, mungkin esok. Tengoklah macam mana.

2. Kenapa filem ni "sinematik", macam aku kata, visceral, sebab semuanya bergerak penting dalam gaya, dalam garapan, dan membawa penonton menelusuri, rasa hujan, detik naik tangga, melihat wanita menutup mulut. Ianya tidak boleh ditonton, tidak boleh dirasai atas skrin plasma di rumah engkau, ia perlu ditonton di layar perak, dirasai bunyinya, dirasai imejnya. Ini, seperti biasa, hanya segelintir pengarah, seperti Scorsese yang masih boleh bawa. Malah CGI filem ini juga "rangup", walaupun kecil dalam plot. Aku menangisi kehilangan Stanley Kubrick, kerana beliau kuat dalam hal ini. Aku gembira, kerana sudah rata-rata kurang filem sebegini, "a movie to get into rather than to solve its puzzle" - yang penting pengalamannya dan bukan persoalan atau klu-klunya.

3. Mungkin orang akan persoal berkenaan pandangan Scorsese berkenaan "politik luar Amerika" yang aku nyatakan. Ini mengambil semangat Hassan Muthlib (beliau memang kuat telahan politik). Leonardo dalam filem ini merupakan seorang simbol "man of violence", seperti yang dinyatakan oleh Max von Sydow ("You are not violence, understand clearly what I say"). Apakah perbezaan insan ganas dan insan keganasan? Insan ganas ialah ia merupakan manusia yang "ganas" (cth. pukul isteri). Insan keganasan ialah manusia yang suka mengelilingkan diri mereka dengan keganasan (atas nama kemanusiaan juga mungkin= Amerika jadi "polis negara" atas dasar "kemanusiaan dan keamanan sejagat"). Tiga babak yang membuka pemahaman ini, pertama Leonardo di kem kematian, kedua, tragik isteri Leonardo, ketiga, mainan ilusi Leonardo yang paranoid terhadap "institusi jiwa", yang kita sedar, bermain-main seperti pita filem yang tiada kesudahan. Kaitkan ketiga-tiga, kita sedar, Leonardo mendepani keganasan secara skala makro (Eropah) dan mikro (rumah), yang membawa dirinya melempias "rasa ganas" secara prasedar yang lalu menghasilkana prasangka "bersalah". Prasangka bersalah ini menyebabkan keseluruhan babak yang kita tonton. Kenapa Scorsese memerlukan kita melihat "cerita Leonardo" sekali lagi dan sekali lagi seperti pita filem? Rujuk polisi "keganasan" Amerika. Adakah Amerika mengaku mereka negara "ganas" atas "keganasan" yang mereka tampak lalu lakukan terhadap Filipina, Vietnam, kemudian Afghanistan, Iraq dan kemungkinan, Iran? Leonardo tidak menerima bahawa dirinya "ganas". Amerika tidak akan menerima negaranya ganas. Inilah persoalan yang ingin dibawa oleh Scorsese dengan sedu sekali. Rujuk dialog terakhir Leonardo berkenaan hal ini.

4. Alfred Hitchcock bukan sahaja yang dirujuk oleh Scorsese (walaupun, boleh dikatakan, banyak mengambil idea suspens Hitchcock: Hitchcock mengajar, suspens wujud dengan tidak melepaskan poin utama atau garis kebenaran kepada penonton, jalan yang bergerak ke arah poin utama atau garis kebenaran itu yang menyebabkan suspens, baik dalam plot seperti yang dibikin kuat dalam Chinatown arahan Roman Polanski, ataupun aksi, seperti yang banyak digarapi dalam North by Northwest arahan Hitchcock). Jika diteliti, dengan sengaja, Scorsese banyak merujuk filem-filem seram, dan jelas, seram gothik. Pemaparan pulau Shutter pada awal filem secara exterior, sama seperti pemaparan pulau King Kong pada awalnya, atau mana-mana istana, rumah agam dalam filem seram gothik seperti The Raven, Falling House of Usher, Red Masque of Death, The Keep, dan lain-lain filem seram gothik yang dibikin Castle dan Corman seusai zaman keemasan Universal. Malah hal ini dapat dilihat jelas dengan penjalinan runut bunyi yang berkuasa dengan suntingan laju dan syot pelbagai sudut yang mengambil semangat filem seram gothik. Hujan tiada kesudahan, perasaan cinta yang nostalgik dan tiada berbalas, semua orang adalah suspek maka Leonardo merupakan "sole hero" atau "sole survivor" merupakan kebiasaan seram gothik seperti yang biasa digerakkan oleh Edgar Allan Poe. Hal ini amat berjaya dibuat oleh Scorsese.

5. Ramai yang mengkagumi lakonan Leonardo. Bagi aku, ya, secara sederhana. Leonardo kini, bersama dengan Scorsese cuba menjadi "the next Robert de Niro" yang bagi aku berjaya dan tidak berjaya. Seperti The Aviator, kali ini Leonardo membawa watak seorang eksentrik yang genius. Sebagai Howard Hughes, Leonardo memang pelik dan meyakinkan. Sebagai US Marshall menjelajah pulau Shutter, Leonardo memang pelik dan pelik. Ini mungkin kerana suara Leonardo yang semacam tidak pecah, walaupun riak wajahnya mengkagumkan. Jika Robert de Niro, kita dapat jumpa kelompongan anak Amerika yang mencari jiwanya dalam latar sekelilingnya yang "terasing", yang mana ia merupakan "anak jalan-jalan Amerika" yang rasa mandul kerana tidak dapat memahami latar Amerika yang terasing buatnya (rujuk Taxi Driver, Raging Bull, New York New York), malah De Niro mengakhiri ini dengan watak "orang biasa terpaksa menjadi jahat" dalam Cape Fear. Kini, dengan Leonardo, Scorsese menyatakan anak Amerika yang genius, tetapi cuba memahami keterasingan dunia Amerikanya (The Aviator, Gangs of New York), lalu terperangkap dalam dunia itu sendiri (filem ini).

6. Ramai yang menyatakan, detik-detik mimpi dalam filem ini menyamai surreal David Lynch. Persamaan ini disamakan kerana mimpi dalam filem ini "menakutkan dan pelik". Sebenarnya, banyak filem seram juga menggunakan babak sebegini sebagai plot, dan paling jelas lebih surreal dna menakutkan adalah Jacob's Ladder. Dalam momen mimpi filem Lynch, mimpi-mimpi mempunyai "bahasa filem"nya yang tersendiri, mahu tidak mahu, punya struktur dan penyelesaian yang berkaitan dengan cerita "realiti sedar" filem itu. Dalam filem ini, mimpi hanyalah mimpi. Ia hanya prasedar Leonardo yang memberi klu kepada penonton (ingat, jika kita sudah tangkap apa maksud filem ini, kita sedar, bahawa ianya sebuah filem berkenaan sebuah filem yang berkenaan sebuah filem). Adakah kita menyanggupi "takdir" Leonardo ini? Jika ya, maka kita sendiri sebenarnya tidak pernah mahu memecahkan diri kita daripada eskapisme filem. Ini merupakan pandangan peribadi Scorsese yang memang "gila wayang" dan tak dapat hidup tanpa filem. Scorsese akan senantiasa terperangkap dalam dunianya, dan inilah yang sedih buatnya dan dia tidak boleh berbuat apa-apa.

7. Filem ini sangat "creepy", dan aku sudah lama tidak menonton sebuah filem yang penuh "creepiness". Terima kasih Scorsese.

8. Sesungguhnya filem ini perlu ditonton sekali lagi bukan kerana hendak memahaminya, tetapi untuk merasa sesuatu yang lain setelah berpengalaman menonton sebelumnya.

9. Antara filem "seram" yang perlu ditonton tahun ini.

10. Rujuk Vertigo dan The Tenant sebagai rujukan "mainan pita yang diulang" dan Pintu Terlarang arahan Joko Anwar sebagai rujukan utama filem ini untuk plot: The Cabinet Case of Dr. Caligari.

ps: Ya, aku nampak gemuk dalam TV yang orang boleh maklum aku TAK ya! Dan "screw you" Kekure, biarlah tangan aku nak bergelojak begitu :p Ya, oleh sebab itu, kerana malu, aku tak sanggup letak pita-pita rakaman YouTube di sini (buat beberapa filem yang pernah diulas oleh GalaTV). Aku letak ni sebagai penghormatan sebuah filem seram yang baik lagi meyakinkan!

16 April 2010

Mmmm "Food, Glorious Food!"

Mereka kata, dan aku pun percaya, memang filem tidak boleh mengajar, atau secara tersirat, tidak boleh mempengaruhi penontonnya. Adalah pendebatan di sana dan sini berkenaan perilaku, imej yang dipapar di layar dan kemudian ditiru serta ikutan kerana ikon (contohnya seperti James Dean merokok dalam Rebel Without A Cause). Semua tu masih boleh diperbicarakan dan dipersoal dan dibuktikan benar (jika filem boleh mempengaruh), tetapi antara semua tu, dengan pemahaman propaganda (secara umum, propaganda, walaupun sekuat mana, tidak dapat mempengaruhi penonton yang menonton jika ia tidak mempunyai kerelevan budaya/politik), ada satu kuasa filem, yang aku percaya terpaut pada mana-mana penonton filem tegar, yeap, akhirnya, ada juga "kuasa" yang mana filem boleh mempengaruhi penontonnya, dan yang paling asas yang aku tahu semua orang akan bersetuju ialah, yeap, makanan..

Mungkin juga, kerana nafsu makanan itu sarwajagat. Manusia memang perlu makan. Jadi makanan dalam filem, para pengilang makanan tahu, imej punya kuasa pertama dalam menyampaikan suara materialis mereka untuk para konsumer menggunakan kuasa membeli mereka (kalau tak, takkan 65% iklan yang bermain di TV adalah MAKANAN kan?) Macam ada awek ni katalah, "Seorang isteri mendapat tumpuan suaminya melalui perutnya (masakan)." Manalah aku tahu, aku belum kahwin, tapi yeap, di bawah ni merupakan beberapa filem, secara peribadi yang TELAH menyebabkan aku menganut makanan dalam filem itu sebagai makanan ruji aku...

TWIGGIES
Aku dapat idea ni pun sebab ari tuh, aku tengok twiggies-twiggies ni terpampang kat rak luar stesen minyak kat Damansara.. Mmmmm, nyum nyum.. Aku macam, mmm, laparnya, sedapnya batang vanila twiggies ni, haha, padan muka Tallahasse sebab tak dapat, tengok aku dapat, aku dapat makan. Lalu aku belilah. Aku teringat filem Zombieland(2009) dengan watak Tallahasse berjuang untuk mencari "holy grail"nya yang terakhir, twinkies (kat Amerika, namanya twinkies). Bayangkanlah susah senangnya dia nak cari. Malah, kini "twiggies" (atau twinkies, alah, samalah tu!) yang murah dan sedap tu, merupakan falsafah tentang "keadaan sedia ada" atau keadaan "aman sentosa" (adanya twiggies, kiamat belum sampai). Mmm, memang nikmat makan kelembutan dan lembap roti twiggies berkrim manis ni, patutlah Tallahasse kemaruk nakkan satu (dia nak yang strawberi kan?) Jadi, ini buatmu Tallahasse.

PIZZA
Mmmmmm, satu keluarga aku memang kemaruk pizza. Tapi aku ingat lagi bila masa kecik-kecik aku minat sangat nak rasa menatang keju ni, masa E.T.(1982). Dalam babak tu, Elliot (yang sangat-sangat aku suka fantasikan aku, hihik) bawak balik pizza dengan basikal tetapi jatuh satu (lupa dah macam mana). Yang aku ingat, masa mak Elliot bukak kotak pizza yang leper tu, lalu, mmmm, tengok asap isi pizza tu menghembus keluar sampai naik bumbung dan lampu bila abang Elliot dan kawan-kawannya mengelilingi meja untuk makan, mmm, dan tengok masa pizza kena angkat, keju-keju dia meleleh lekat kat kotak. Serius, Spielberg memang melihat sesuatu macam mata anak-anak, sebab macam aku masa tu dapat bau je bau pizza, dapat rasa cair keju tu yang sedap, walaupun teknologi bau masih takde di pawagam, sampai buat kitaorang adik-beradik lapar pizza masa tu (masa tu kita kat Pensacola, Florida). Aku ingat restoran pizza pertama, Pizza Hut kat tepi Yow Chuan Plaza (sekarang dah takde) yang mana setiap kali pizza datang ke meja, aku ambik bau dia dulu yang panas tu, memercik hidung dengan bau keju cairnya, aku teringat E.T. yang pertama kali makan pizza.

M&Ms
Dulu aku memang gila M&Ms. Tapi sejak remaja, aku ada terbaca orang mati barah sebab makan M&Ms. Jadi aku dah tak segila dulu. Ni pun pasal penangan E.T. sekali lagi. Korang ingat macam mana E.T. ambik satu satu biji coklat perlbagai warna yang dicampak oleh Elliot macam laluan Hensel dan Gretel tu? (coklat penghubung dua dunia, get it? Selain daripada memberi idea pada pembunuh kanak-kanak memerangkap) Masa kecik dulu, kita orang tengok wayang kat Ampang Park. Zaman tu, filem Hollywood ambik masa untuk sampai. Jadi sebaik kitaorang balik ke Malaysia, E.T. tengah main. Aku masih ingat lepas tengok filem ni (dan lepas nangis, yeah, aku ni penonton yang romantik sedari kecil lagi), terus aku mintak ayah aku beli "coklat E.T.".. Yah, memang dalam sejarah, coklat Hershey's Reese's Pieces (bukan M&Ms, tapi coklat ni pulak dapat nama) adalah antara "product placement" pertama dunia yang menggunakan filem sebagai tempat "iklan produk".



Malah, lepas filem ni lah, kita tengok McDonalds, KFC dan entah snek bukan-bukan lagi (ingat Gremlins dan ayam goreng?) yang tiba-tiba terpampang dalam filem. Trivia lagi, coklat merupakan antara makanan yang banyak ditayang dan difalsafahkan dalam filem. Like Water For Chocolate, Chocolat, Charlie and the Chocolate Factory korang? Tapi, bagi aku yang paling berkesan buat aku ialah babak dalam The Hand That Rocks The Cradle(1992) bila Rebbecca de Mornay dengan sensual sedang mencedok coklat yang panas lalu Anabella Sciorra membau coklat masak tu, dan "Mmmmmm".. Kemudian Rebecca kata, "You know what they say, chocolate's a substitute for sex.." dengan selamba dan seksi.. Uuuuuhhhhh.. Walaupun hal ini masih dikaji, sememangnya coklat merupakan antara makanan kegemaran aku kerana kaitan kuatnya dengan filem, dan, well, its just chocolate!

CHEERIOS
Dalam Honey I Shrunk The Kids(1989), buat pertama kalinya aku dan adik-beradik aku tengok Nick Morranis nak dekat-dekat makan anak (kesayangannya: talk about the irony) dalam snek pagi susu ni yang nampak kool untuk orang-orang smart (atau nerd). Lagu James Horner (praTitanic, sewaktu aku suka gila dengan runut bunyinya macam An American Tale, Aliens, Star Trek 3, dan Willow) bergendang dan kita penonton pun kata, Aggh, jangan makan! Memang tahap dewalah filem ni untuk budak-budak nerd. Yeap, guess what, kami pun pegi cari kat supermarket untuk Cheerios dan bayangkan kita makan orang-orang kecik di lubang Cheerio! Sekarang Cheerios susah nak dapat di pasar raya biasa, hanya mungkin Cold Storage atau TMC. Aku pun lagi layan Honey Stars atau Kellog Krispies. Tapi yah, pernah satu masa, berbulan kami anak-beranak makan Cheerios kerana filem tu. OK, spuf bawah ni satu "alternate ending" kepada sebuah lagi produk:



WAFFLE
Mungkin aku salah yang ini, tapi tak silap aku, An American Tale(1986) atau Lady and The Tramp atau Poltergeist ("Ask dad! Ask dad!"), ada satu babak mungkin yang mana Fievel tengok keluarga manusia ni menuang sirup maple dan lepa susu (butter la pandai!) yang cair atas waffle. Mmmmmm... Waktu ni pulak, kami anak-beranak tak boleh lepas peluang makan waffle kat A&W.

MI MAGGI
Janganlah nak tipu korang tak makan ni. Aku masih ingat, walaupun mak aku marah makan maggi, mak aku tetap boleh ketawa tengok iklan bawah ni:



Iklan ni pun macam "filem" (dulu, filem kita begitu teruk, iklan lagi cantik daripada filem). Ya, maggi jadi budaya makanan snek kita yang sebenar sampai sekarang. (Sekurang-kurangnya, ada jugalah dari Malaysia kan?)

PAI
Dalam Return to Oz(1987), Norm King menjamu Dorothy (Fazura Balk, zaman pra-liar dewasanya) makan pai batu kapur (limestone pie) ni yang bila-bila Dorothy gigit pai tu, bunyi "kechhik", macam lembut, keras dan sedap, lalu memberitahu kawannya, "It's good." Dari situ lagi, aku mencari pai yang tersedap dalam dunia yang ada bunyi "kechikkk" bila aku gigit crust tu. Aku jumpa ni kat ofis aku bila ada mak cik ni jual (bukan pai) blueberry tart. Mmmm, aku kat Oz tiba-tiba. Serius, filem ni bukan sahaja filem fantasi yang tak ramai yang tahu, tapi buat peminat seram, antara fantasi yang betul-betul berkuasa, yang "dark" dan punya kuasanya sendiri (zaman ini, dark fantasy memang lazim, seperti Dark Crystal, Labyrinth, Excalibur, Ladyhawke, Beastmaster, Cat's Eye, The Gate, dll.)



SPAGETI
Dalam Lady and the Tramp(1955), Tramp nak tunjuk hebat kat awek dia, Lady, lalu bawak Lady ke belakang restoran Itali yang mana chef dia kenal Tramp. Dengan baik hati, chef tu bagi selonggok spageti bebola daging buat makanan kelas Tramp dan Lady. Lalu wujudlah satu babak paling romantik dalam animasi (yang rasa-rasanya Rattatouie pun tak leh kalahkan) dunia. Dengan lagu Bella Notte mainan chef dan kawannya, Lady dan Tramp, dengan seutas spageti yang dikunyah-kunyah sampai mereka tercium. Ahhhh.. Serius, spageti jadi makanan ruji kami sekeluarga setiap Ahad lepas kami tengok filem ni dalam 1990-an. Dan, adik aku memang buat kuah daging spageti yang killer gila ah.... Mmm, tak sabar nak mintak dia buat lagi.



CERI
Selain daripada baris seksi tentang makanan seperti watak Jack Nicolson si Setan yang gatal mengorat Susan Sarandon, bila Susan Sarandon tanya berapa kiub gula dia nak dalam teh dia dan Nicolson kata, letak je berapa banyak pun: "Sugar, chocolate, Coca-cola, uncontrollable appetite.." Dan waktu Susan Sarandon diliberalisasikan ("She's not wearing a bra!"), satu babak di pasar raya, Sarandon ambik ais krim "Double, double chocolate. These are fabulous.." Mmmm, cerita The Witches of Eastwick(1987) bagi aku lebih berjaya daripada kesemua sensual yang cuba dibawa dalam "filem makanan" seperti Like Water for Chocolate kerana seksualnya terhadap makanan lebih banyak dirasai dan dinafsukan pada tahap yang paling asas. Cher, Michelle Prifier dan Susan Sarandon (Sarandon merupakan watak dan pelakon yang paling aku gemari) pula membawanya, berserta suara seksi Nicolson dengan kekuatan. Dalam filem ini kita boleh rasakan makanan lebih berkuasa daripada seks (lihat sahaja babak awal waktu tiga wanita ni makan biskut keju dengan whipping cream sambil mengumpat, mmm, sedap tul!) yang sebenarnya dan sememangnya filem berkenaan kuasa feminis wanita yang menakutkan lelaki kotemporari. Ini merupakan antara filem kegemaran aku (yah, runut bunyi yang berkuasa daripada John Williams). Tapi babak ceri "Have another cherry" merupakan antara babak yang sensual yang hedonis yang selama tapi mengesankan, dan mungkin, ya, sihir ni boleh menjadi buat kamu yang janda, cubalah sebiji ceri! He he.



SUP
The Witches(1990) merupakan filem Nicolas Roeg (Don't Look Now) yang terakhir. Ada satu babak, seperti mana semua filem puak Inggeris (yang bertamadun tinggi itu), kita tengok gelagat ahli sihir makan sup. Yeah, ini satu lagi kegemaran aku untuk ikut setiap aksi ahli sihir itu makan sup (yang mana mak aku tak berapa berkenan) yang mana antara yang aku terpengaruh sangat ialah memotong roti kecil-kecil lalu mencampakannya ke dalam sup (ini merupakan bayangan persamaan ahli sihir yang mencampakkan ramuan ke dalam periuk lalu mengacau periuknya). Tapi cari ahli sihir pangkat nenek dalam filem ni memang buat kau nak makan sup waktu tu jugak. Sllllrrpppp.

Korang punya?

13 April 2010

Evolusi KL Drift 2(2010) & Trilogi Filem Cinta Sanif Olek

Evolusi KL Drift 2: Tuhan, tolongilah Aku, Tuhan!



"Evolusi - evolusi - evolusi!"

Begitulah tempo dan laungan mamat rap yang terngiang-ngiang dalam kepala aku, sebaik habis menonton filem ini, sebaik dalam monorel balik ke rumah, dan sebaik aku menaip untuk membuka cerita apa ke halnya filem ni. Ya, itulah saja yang aku boleh ingat, yang aku rasa buat aku terngiang-ngiang tentang filem ni. Bagaimana pula dengan imejnya?

"Evolusi!"

Taik kucing engkau evolusi. Wahab Hamzah lebih baik daripada aku apabila menyatakan, filem ini mempunyai syot-syot dengan sudut yang cantik, pantas dan teknik yang ligat. Taik kucing. Serius, sepenuhnya filem ini, kepala dan badan aku melepek dekat batang kerusi, menunggu bila ia nak habis, dan dengan penuh getir, melihat bagaimana penonton meriuh dan seronok dan ketawa, dan "Uhhhhhhhh!" "Awwwww!" bila Scha (yang memang seorang babe) menyatakan "Aku memang sayang kat kau, Zack" dan si Zack, "Aku pun sebenarnya sayang kat kau..." Eeeeeeghhhhhhhhh.. (begitulah bunyi suara-suara penonton yang kita sayang, penyokong filem kita yang sebenar)

Ceritanya senang, kalau kau tak tonton filem yang pertama, kau takkan terlepas apa-apa kerana pelakonnya sebulat-sebulat nyatakan siapa mereka, apa mereka buat dan kenapa mereka buat apa yang mereka buat ("Aku mesti balas dendam, Joe!" jerkah si Saheizy Sam kepada Aaron Aziz). Ceritanya, Farid Kamil patah kaki (simbol: mandul, siap ada dialog "Aku sedar aku ni siapa"), kawan baik dia hero filem ni, Shamsul Yusof. Scha pulak tomboy galak tapi menunjukkan "Aku risau, Zack" terhadap Zack. Aaron Aziz dan Saheizy Sam ialah, TUHAN (ok, aku cuba tak nak mencarut), watak meta-bukan Melayu yang mungkin dari Funan, campur Siam, anak haram duduk dalam keluarga Cina yang penuh cacah di lengan dan badan (seksi lah tu), pandai berslanga Cina-Malaysia dan bertutur Kantonis(?! Patutnya Hokkein kan? Lantaklah) yang tahu, di mana saja rancangan dan keberadaan polis (Remy Ishak sebagai Inspektor Kamal, polis yang satu dimensi dan dungu) dan si hero Shamsul Yusof. Malah, mereka "stalker" kepada Zack kerana satu rahsia (jeng jeng jeng). Separuh jiwa aku, aku dapat rasakan bahawa sesiapa yang menulis skrip filem ini mesti "closet case" sebab jelas, Saheizy Sam dan Aaron asyik cuba-cuba kacau Shamsul (termasuk Inspektor Kamal), malah Farid dan Shamsul pula macam kekasih sebab kalau ada je pertalian luar yang cuba kacau "persahabatan" mereka, antara satu tu akan dengki, atau kalau dah berjauhan, satu tu akan rindu, malah dalam satu babak, dengan semangat, "Eh, kau jangan kacau kawan aku tu, dia bukan kau punya hal!" OKEH! Malah, aku kadang-kadang tak boleh tahan dengan cara Aaron atau Saheizy pegi "stalk" Shamsul:

"Eh, apa kau nak lagi ah?"
"Eh, aku nak engkau ah!"

Atau dialog yang sebegitulah. Lagi satu trivia: Zack suka kat Scha yang sedikit tomboy. There.

Satu perkara yang aku ingin nyatakan kenapa filem ni tak berevolusi ialah, dengan tipikal, semua filem SKOP atau Yusof Haslam, dan kini anaknya akan melakarkan watak jahat yang "Melayu bukan, bukan Melayu pun bukan". Ingat Castello dalam Gerak-Gerak-Khas? Kenapa ah? Takut orang Cina mengamuk ke bila mereka distereotaipkan sebagai jahat? Tak usah takutlah kawan, lu buat apa pun, kita sudah mali dalam manyak gambar ah, lu tengok je Setem, lu tengok itu Raindogs, Gadoh, Kinta, itu Sepet, semua ada lah!

Jadi apa yang kau boleh dapat daripada menonton filem ni? Entahlah, malah banyak aksi dalam filem ni yang hambar, takde erti, takde penghayatan. Contoh macam babak awal, babak perlumbaan, langsung takde syot yang mengujakan kita untuk mengikuti "watak" dalam debar lumba, mana wajahnya, mana kelok aksi kiri dan ke kanan kereta, mana kareografi "drama" pada aksi. Tiada antisipasi. Yang kita tahu, akhirnya, "tiba-tiba" Zack "menang".

Hanya babak terakhir begitu baik (walaupun buat aku tak begitu baik) dibikin, yang aku maksudkan babak aksi. Bandingkan babak itu dengan kereta kejar mengejar di pelabuhan, entah apa-apa. Malah nampak sangat pengarahnya "berjaga-jaga" (kalau rosak kereta, ko jaga!)

Dialognya. Tuhan, tak berevolusi. Masih gaya Yusof Haslam. Dan pemberian "laluan senang" paling aku tak faham. Lihat saja Inspektor Kamal yang tiba-tiba terpaksa menukar wajah muka dan kata, "Ek, kau kena tolong Aleeya, kalau tak, Zack dalam bahaya kau tau tak?" (or something like that). Shamsul tidak memberi masa pun untuk kita benar-benar kenal beberapa sisi satu-satu watak, hanya MOTIVASI mereka (baca: Saya ada matlamat, itu saja yang penting). Paling aku nak gelak, tetiba je Inspektor Kamal ditahan geng Aaron dan Saheizy sewaktu dia nak keluar, tetiba je Shamsul Yusof dikejar oleh Saheizy Sam. Banyak sangat "tiba-tiba"nya. Soalan: takkanlah Inspektor Kamal begitu bongok untuk memberitahu laluan hariannya kepada penjahat, jadi kalau tak, tentu ada "orang dalam" polis yang beritahu, dan kenapa kelurusan Inspektor Kamal yang sibuk "stalk" Shamsul untuk info tak cuba cari siapa dalang dalam polis tu? Ha, kan ke cerita ni jadi menarik sikit?

Begitulah hal ini diulang dan diulang, memberi "kesenangan plot" kepada pengarahnya. Babak yang aku tak leh lupa, babak Shamsul yang dah hot sebab Farid (betul-betul filem Tamil) asyik sindir dia dengan Scha (ni yang aku kata homoerotik ni) tiba-tiba meletup, "Eh, ko ni, aku dah bantu kau, aku dah bagi kau kerja, ini yang kau balas kat aku? Eh, kau boleh pergi blah ah, eh aku malas dah tengok muka kau ni!" Patut Farid cakap je macam Scha kata: "Sebenarnya, Zack, aku, aku sayang kat ko.." Serius, aku rasa jalan cerita ni akan jadi lebih menarik kerana pergelutan satu halanya dah pelbagai. hahaha.

OKLah, satu hal, daripada semua caca merba ni (lagipun aku tengok juga sampai habis), dengan saduran entah berapa banyak runut bunyi Hollywood yang disusun kemas(!), lakonan pelakon dalam filem ni memang bagus, sebab mereka betul-betul "beri yang terbaik". Kalaulah ia mempunyai gerakan cerita yang lebih mendalam dengan intrig yang lebih menyengat.

Evolusi-evolusi-evolusi hatuk kau!


Trilogi Cinta Sanif Olek

Sabtu lepas, aku menonton Lost Sole, a la Folie, dan Ameen, trilogi filem pendek oleh Sanif Olek yang ditayangkan julung-julung kali di Malaysia di Annexe Central Market. Ketiga-tiganya filpen yang cantik. Semuanya dibikin dengan perhatian yang tulus oleh Sanif. Aku sebenarnya ingin benar menonton a la Folie kerana filpen itu memenangi filpen terbaik di Jogja-NETPAC Asian Film Festival tahun lepas. Aku suka, sebab Sanif, bukan saja boleh membawa sebuah cerit ayang berstruktur, seperti Lost Sole dan Ameen, yang penuh cukup serba serbi rencah penceritaan, boleh tetap memberi kita, para penonton kejutan dan pembukaan baharu yang tidak tersedar oleh kita. a la Folie pula semacam air, laluannya tidak ada batas dan lubang, lancar terus, penonton terus diberi beberapa pandangan, baik yang lepas, "akan datang" dan sekarang tentang paparan masa dan tempat seorang lelaki dan wanita bertemu kembali dan bercinta kembali. Persoalan peranan jantina, persoalan perilaku jantina dibawa ke depan. Ianya gelap tetapi indah, ianya kelakar tetapi masam. Yang memegang kedua-dua watak itu adalah "pemahaman yang sama" di antara segala pemahaman dan perasaan ini. Seakan, pernyataan, itulah cinta. Ini sebuah puisi yang moden daripada Sanif Olek, yang turut mempuisikan kehidupan malam urban Singapura, ruang dan waktu yang hanya sempat diberi kepada rakyatnya untuk bercinta (kerana pagi, sibuk cari wang katanya, haha). Satu perkara yang menarik, Sanif begitu tulus, begitu lurus, menyatakan, apa-apapun, kita kembali kepada "agama" (walaupun kita tidak memahami misterinya). Ini dapat dilihat dalam keiga-tiga filem ini, dengan rujukan masjid sebagai latar, baik secara sengaja atau tidak. Lost Sole dan Ameen lebih dekat kepada masjid (Masjid Sultan), di mana banyaknya babak dan adegan berlaku di kawasan itu, sementera a la Folie berlaku di "luar" masjid (menyatakan kedekatan atau kejauhan subjek cerita terhadap pendirian agama). Tetapi kalau kita cedok lagi, kita sedar bahawa Ameen banyak berlaku "dalam" masjid, Lost Sole di antara dalam dan luar masjid, dan a la Folie terus di luar masjid. Di sini, kita akan sedar, tahap kedekatan pertalian rohaniah (mendekati pemahaman Tuhan) dan perhubungan manusia (lebih sosial, lebih berkenaan manusia) antara tiga filem, mengikut kedekatan dan kejauhan subjek kepada latar masjid. Malah, memang, jika dilihat secara betul, Ameen memberi soalan agama yang paling tampak, malah amat "mendalam" tentang pemahaman dan ketentuan agama (jika bukan agama Islam, mungkin, tidak ramai yang menangkap makna filem ini). Sedang Lost Sole lebih "seimbang" menyatakan perincian pertalian antara manusia dan agama (dan mungkin sebab ini, penonton melihat filem ini sebagai paling sempurna), dan kemudian a la Folie yang mengambil agama sebagai cetusan falsafah. Menarik di sini adalah watak Sani Hussin, budak yang "bodoh-bodoh alang" yang aku lihat, bukan sahaja bermain sebagai comedy relief terhadap Lost Sole dan Ameen, tetapi juga sebagai "pencerita" sebenar yang menampilkan ketidaktentuan dan kelemahan jiwa manusia yang mengelilingi watak Sani Hussin (dan jangan lupa, mengelilingi masjid. Sani Hussin tinggal di masjid. Sani Hussin seakan pemahaman Islam yang benar yang tidak dikotorkan). Di sini, aku tertarik melihat dan teringat akan wali besar Singapura, Habib Nuh yang juga dipermain-mainkan ornag pada zaman itu sebagai "majnun", walaupun kita tidak tahu kebenarannya.

Aku berharap sangat dunia Sanif Olek ini, yang memberi kita kesegaran terhadap dunia Melayu Singapura dapat dikupas lagi dan lagi. Dengarnya, beliau akan mengarah filem perdananya yang pertama dengan lakonan Rahim Razali, Ramuan Rahsia. Aku tak sabar melihat sentuhan Sanif yang begitu matang, berinspirasi dan faham tentang hal-hal nostalgia Melayu yang sudah lama kita tidak jumpa dalam sinema kita.

Layari blog Sanif Olek: http://reeljuice.blogspot.com/

01 April 2010

At The End of Daybreak (2009)

Tulisan ni berbau 18PL. anda sudah diberi amaran!

Babi keparat. Dua hal, pertama, buku celaka pantat Stingarden karangan Naga menyebabkan aku terlepas stop aku kat Raja Chulan, buang masa (kerja habis kul 5). sebab aku nak kejar judul filem kat atas tu (filem mula 5.30ptg kat pavi) sebab lahabau punya pawagam sekarang suka main buat tayangan waktu dekat masuk maghrib yang jawabnya, qadarlah kau jika kau nak sangat menonton filem tu. Lagha! Celaka kedua, kat pavilion, waktu tu lah pulak mamat dan minah "normal/loser" ni nak tertenggek berbaris nak menonton Clash of the Fuckers dan seangkatan filem celaka naga bodoh tu. Pantat betul. Aku bukan mainlah menyinga tengok awek-awek bontot besar ni tergedik-gedik pegang lengan pakwenya nak memilih tempat duduk. Stres sial babi. masa dah berlalu. sampai je kaunter, minah melayu ni dengan baik hati "welcome to", aku terus, at the end of daybreak, 5.30, satu! minah tu terus, "Ini filem Cina ya cik" Aku macam "Palat kau! Kau tahu tak ni filem Malaysia, bodoh!" tapi aku tak cakap lah tu, sebab aku masih MELAYU (watever dat means to u!) lalu aku hanya cakap, "God! saya tahu! dah berapa lama saya terlepas?"
"10 minit, cek.."

babi!

dapat je baki dan tiket, aku terus melonjak dan memecut. Tuhan mesti marah kat aku waktu tu, "Oh, masa nak jumpa aku, kau buat slow je eh?"

lantaklah. apa yang jadi, memang aku terlajak. rasa cam numb dan palat sangat waktu tu. aku memang pantang kalau masuk tengah-tengah cerita (walaupun, macam biasa, pawagam kurang penonton kita).

nota buat GSC Pavi: tolonglah proaktif sikit, buatlah macam TGV KLCC yang bila ramai yg gila gatal nak menonton 1-2 filem pop, mereka akan sediakan "express lane" untuk filem-filem selahabau itu. Biarlah kita orang-orang biasa ni dapat menonton filem yang kita mahu on time dan tak perlulah tunggu bebudak pop pop ni beratur. Mereka nakkan HIP jadi berilah mereka "express lane". see the similiarities?

well fuck it, benda dah berlaku.

haa, itulah rasanya penangan bila aku mengamuk.

Ok, ini yang aku nak maklum, walaupun aku hanya menonton SEPARUH daripada filem ni (waktu tu, betina slut 16 thn tu dah lepak shopping mall, siap curi baju), filem ini antara filem wajib tonton tahun ni (damn the irony!) yang mana terkesan sebagai satu semangat dalam penggayaan "sinema". Lagi satu, ini filem Malaysia, filem ketiga Ho Yuhang yang betul-betul bergerak laju (dua filemnya sebelum ini lebih lembap) malah penangkapan segalanya Malaysia amat sempurna dalam filem ini, lebih-lebih lagi dalam menangkap sisi urban kita. Ketiga, ahhh, melihat wajah arwah Kak Min, walaupun hanya sekejap (Kak Min makan pisang kau! I kid u not!) sudah begitu berbaloi.

Ini bukan ulasan yang sempurna kerana aku hanya dapat menonton separuh daripada filem ini. Tetapi apa yang aku dapat itu yang penting. Seperti biasa, ramai penonton yang merengek bila keluar dari pawagam. Sorang minah Melayu tu siap cakap, "apa punya filem ni?"

well, lantak kau lah minah. Sebab ini antara filem yang menangkap sesuatu yang segar dan menyarung jiwanya yang, kau tahu tentang apa? ya, aku pun terkejut juga - tentang cinta. tetapi filem cinta Yuhang ini bukan cintan-cintun yang monyet dan indah (ini hanya diberikan buat adegan Yasmin bersama suaminya, monyet dan pisang, get it?), dan tidak pula terlalu absurd seperti Love Conquers All si Tan Chui Mui. filem cinta ini lebih kompleks dan mendalam daripada itu, antara seorang ibu anak satu dengan anaknya, dan anaknya itu dengan seorang gadis yang tidak dapat memahami kekosongan hidupnya. Sememangnya kita tahu filem ini satu filem tragedi.

Dalam satu babak, kedengaran di radio menyatakan (ini suara Yuhang?) dalam filem klasik Cina, watak lelaki adalah watak yang bosan, si lelaki "hidup" kerana si wanita, yang punya jiwa, kata-kata dan semangat, dan atas semangat cinta dan juang ini, penonton teruja untuk menonton sampai ke akhir. Dalam filem ini, ada dua wanita (si ibu dan si gadis 16 tahun), dan kita boleh membandingkan antara dua ini, merobek, menghidupkan serta berkongsi cinta dengan si anak lelaki. Plotnya menjadi ketat apabila si anak gadis yang "tidur" bersama kekasihnya itu ditangkap. Lalu ibu bapa si gadis yang kaya itu hendak membawa si anak lelaki ke mahkamah.

Yuhang semacam menggambarkan bagaimana murahnya cinta generasi sekarang, dan agungnya cinta generasi dahulu (atau sekurang-kurangnya cinta seorang ibu). Ini dapat dilihat dengan berkesan sekali atas lakonan si ibu anak lelaki (lakonan diam tetapi mengesankan Kara Hui) yang pergi "meminta duit" daripada bekas suaminya yang dayus (mengahwini adiknya sendiri). Kita lihat bahawa Kara Hui "memaksa dirinya" untuk "melutut" ke bekas suaminya, tetapi dia masih berpegang kepada martabatnya. Bekas suaminya cuba menggodanya dan ini membuatnya marah. Dia sememangnya bermaruah. Kemudian kita lihat dia hiba dalm diam, berjalan, dan kita sedar pengorbanan yang dia harus lakukan, menjahanamkan malu dan maruahnya sendiri untuk pergi meminta duit (yang dia rasa, satu-satu tempat yang boleh bertemu). Kita lihat Kara Hui menangis hiba dalam diam, hanya kerana cinta dan korbannya untuk anak lelakinya yang satu-satu.

Malah, jika diselami, ibu dalam Kara Hui merupakan epitom wanita Cina "lama" yang terperangkap dalam chaos kemajuan urban Malaysia. Apa yang masih menggerakkannya adalah cintanya dan mimpinya (perilaku dia minum adalah untuk mengimbau alam ini, membius sakitnya tentang realiti hidupnya yang memalukan dan maruah yang dirobek). Maka sebab itu, dia menjadi "ibu" bila bertanya kenapa anaknya balik lambat, dia menjadi ibu kerana membasuh baju dan melipat baju, menjadi ibu kerana dia perlu. Dan bayangkan bila pada saat-saat akhir, sewaktu anaknya sendiri mengkhianati dirinya (dengan menelefon polis), dia meletakkan, dengan maruah, bahawa "Kau menipu saya, anak saya takkan bercakap begitu.." lalu menggambarkan bahawa anaknya sudah mati.

Lihat bagaimana tulusnya gambaran yang diberikan oleh Yuhang terhadap Kara Hui, yang sememangnya "heroin" filem ini yang berdiri tegak, tanpa rasa buruk terhadap dirinya walaupun dikecam oleh realiti. Peliknya, perilaku yang dinyatakan di sini memaparkan filem ini boleh menjurus ke melodrama, tetapi dengan sentuhan Yuhang, segala hal ini dibikin dengan "stark realism", dengan kepentingan tempo realiti sehari-hari yang "mundane", dan hanya memberi "glimpse" terhadap emosi ini pada masa-masa yang kita tidak tersangka, dan ini satu kemajuan dalam sinema kita. Yuhang tidak pernah bernostalgia atau menangisi kisah-kisah lama. Hal ini hal yang berlingkar sekarang, tetapi Yuhang memberi kita ruang untuk memahami perbezaan kelas dan zaman dalam mis-en-scenenya tanpa perlu terlalu beremosi atau berdakwah.

Hal cinta yang dipegang teguh (walaupun dikhianati oleh anaknya) oleh Kara Hui ini berlainan dengan anaknya dan si gadis 16 tahun, yang kita dapati merupakan cinta dan personaliti yang rapuh. Si gadis 16 tahun lakonan Meng Hui digambarkan cuba mencari "satu dahan untuk berpegang". Secara jujur, Meng Hui hanya mahukan "kelainan" dalam ritma hidupnya (dia meninggalkan kelaziman hidupnya dengan meninggalkan guru muziknya, tanda dia menolak kelaziman konsensus yang dihalakan oleh ibu bapanya terhadapnya), dan dia sendiri tidak tahu apa yang dia nak (dia mencuri baju, hanya kerana mahukan jawapan daripada pakwenya jika baju itu sesuai untuknya, sebagai baju datingnya). Begitu juga dengan anak lelaki lakonan Tien You (budak ni, macam muka Aaron Kwok masa muda, dan sedikit iras adik bongsu aku siot! Cute betul) yang meraba-raba hidup, lalu mempunyai "hidup untuk dituju" apabila bertemu si gadis. Tetapi kita tahu, "mainan cinta" si gadis dan pemuda ini "murah" dan jauh kurang maruahnya jika dibandingkan dengan Kara Hui. Secara jujurnya, hal perkaitan dan pertalian ini, yang menjerut, bukan sahaja si anak lelaki, gadis itu, tetapi termasuk ibunya yang menyebabkan pemahaman cinta itu menggetarkan dan menyakitkan. Cinta dalam filem Yuhang ini tidak senang, tidak ada jalan penyelesaian, hanya kerumitan yang tidak dapat dilepaskan lagi. Dan ini amat-amat menyesakkan.

Ada beberapa bahagian yang menjadi simbol yang mewakili watak, juga apa yang akan berlaku. Ini boleh diperhatikan dengan kematian tikus pada bahagian awal (aku tak dapat tengok bahagian ni) yang dikaitkan dengan babak pembunuhan, kemudian ikan dalam akuarium yang mewakili si gadis dan kucing yang mewakili si pemuda. Sentuhan-sentuhan prasedar ini yang memberi kuasa dan semangat buat filem ini, lebih-lebih lagi dengan gerakan kamera Yuhang yang kali ini menangkap dengan kejutan, berlingkar ke satu-satu objek seakan-akan menyatakan ini sebuah filem ngeri atau melodrama (biasa dalam filem-filem Melayu lama) dan gerakan sisi yang membuka pelbagai ketentuan. Malah banyak bahagian diberikan ruang untuk para pelakonnya "mengisi" ruangannya agar dapat membina satu keadaan yang penonton tidak tahu ke mana arah si pengarah akan bawa watak-watak ini. Ini sesuatu yang menarik daripada tangan Yuhang.

Aku amat-amat suka dengan lakonan Kara Hui yang senyap dan memahami, dia menayangkan perasaannya tanpa perlu menunjukkannya kepada anaknya. Keadaannya sangat "real". Orang baharu Tien You dan Meng Hui juga tidak menghampakan, menggerakkan dan punya "chemistry" yang tersendiri, malah kita merasakan mereka pada awalnya hanya "bermain-main" sahaja dalam perhubungan yang mereka lakukan, sehinggalah satu penemuan yang berlaku. Cikgu piano ialah Tan Mei Ling, ibu Jason dari Sepet, pelakon kesayangan arwah Kak Min dan merupakan pelakon kesayanganku. Selain arwah, menontonnya di sini amat menyejukkan jiwa. Terdapat Hassan Muthalib yang menjadi inspektor, juga pemanda arwah sebagai inspektor. Shoot, tiba-tiba je rasa melankoli teringat arwah. Jadi filem ini bukan sahaja menjadi filem terbaik Yuhang setakat ini, tetapi juga filem penghormatan buat arwah. Arwah tentu akan berbangga dengan kerja Yuhang yang satu ini, malah berjaya memenangi beberapa anugerah di luar negara, termasuk "yang besar" seperti Golden Horse itu.