29 April 2011

Seru(2011): True Horror Menggegar Malaysia



"Siapa yang bengap pilih lokasi ni?" - Sam.

Aku baru balik dari menonton filem ini. Nazim Masnawi mengatakan filem ni bagus (kerana dia kata bagus aku berkobar nak tonton), seorang kawan aku pula MUNTAH selepas menonton filem ni (i kid u not! Ingat The Exorcist sewaktu kemunculannya pada 1979?) Selepas aku menonton filem ni, memang kepala aku agak miring, kemungkinan kerana gerak kameranya (dan secara prasedar ia lebih mengganggu daripada Cloverfield), suara khasnya, atau kemungkinan kerana filem itu sendiri.

Filem ini, dengan sejujurnya, menakutkan.

Aku memang pesimis dan sinikal terhadap filem seram Malaysia. Aku percaya, tidak ada satu yang berjaya "menakutkan", paling kurang "menghiburkan". Apabila Penunggu Istana muncul, aku menyetujui penggunaan "pelakon amatur yang tidak dikenali" sebagai "feel" filem "realisme". Apabila aku teliti para pelakon filem ini, aku melecehkannya kerana sekumpulan pelakon terkenal, serta pelakon filem bebas yang berlakon di dalamnya, aku sedari, mengurangkan rasa feel "seram benar" atau true horror filem ni, menyatakan, ia hanyalah satu "lakonan". Satu lagi filem seram "main-main hantu" kata aku dalam hati.

Betapa salahnya aku ,,,

Awal-awal lagi, kita dimaklumkan bahawa, filem ini simpanan "pita rakaman" Jeff, "mangsa terselamat terakhir" yang menyatakan "kejadian semua orang terbunuh". "Gimik" ini kelihatan "sudah memancing". Ia juga menerangkan, kita, penonton, akan sama-sama melihat "pita sepenuhnya" (mempercayai bahawa pita ini sudah jatuh pada tangan yang siuman untuk dipertontonkan - mata kita akan bersama-sama dengan lensa sebagai pemerhati, kuasa vouyer paling ampuh kerana diberi pengalaman sepenuhnya untuk "menonton"), memastikan siapa "pembunuh" dalam filem ini. Ingat, kematian selalunya "mengakhiri nyawa" filem (beginilah filem sebegini diselesaikan, rujuk [Rec]), dan kematian "kamera" filem juga menandakan filem ini akan berakhir. Jarang, filem dimulakan dengan cerita akan kematian. Selalunya, filem sebegitu membawa suara "kelahiran semula" atau "peluang kedua" (rujuk All About My Mother, Volver, Cinema Paradiso, Ordinary People, The Player). Beginilah filem ini kemudiannya dimulakan.

Filem ini seterusnya dibuka dengan "membuka" sebuah filem (dalam filem) pembikinan, Awal, Pierre dan Nora Danish, dengan runut bunyi tipikal seram murahan, dan babak panjang. Mereka "masuk ke hutan" untuk menanam mayat. Tiba-tiba, penolong pengarah meracau dan tersembam jatuh. Cahaya hilang. Seorang lagi jatuh, dan berjalan. Kita tidak lagi menonton filem tersebut (filem mainan tadi), tetap rakaman di "set" oleh para krew tentang huru-hara yang sedang berlaku. Ada penanda yang kuat di sini (spoiler!) Mayat yang ditanam merupakan seorang pelakon tambahan, Adam. Mayatnya hilang (spoiler: dan langsung tidak diketahui hidup atau tidak). Satu penanda baharu, suatu "kelahiran semula" sedang berlaku, baik dalam pembikinan seram oleh anak muda, juga klu kepada suatu "kelahiran semula" (bolehkah kita rujuk sebagai peluang dan kelahiran semula genre seram kita yang mula klise?), juga klu kepada suatu "pengorbanan" yang diperlukan untuk membuka sesuatu "di balik dunia lain". Kita, penonton yang memilih untuk "melihat di balik tabir", dunia lain yang kita mohon, untuk kita ditakutkan. Mayat itu hilang. Habislah kita...

Babak terkemudiannya terpecah dua, satu krew (2 orang, yang dipenuhi humor tetapi perjalanan mereka tetap menakutkan) mengejar seorang (Julie) yang dirasuk kemudian hilang di balik hutan, satu krew lagi tinggal bersama Sari yang dirasuk. Setiap satu memegang kamera, merakam.

Berlaku perubahan beberapa kali POV antara dua kru ini, tetapi dibikin dengan jelas dan mengalun indah sekali oleh penyunting Akashdeep Singh. Di sini, kemuncak debar makin meninggi dan makin meninggi sepertimana makin "terperusuk sesat" ke dalam hutan (latar hutan ini sengaja berkait sebagai simbolisme perfileman/cerita/emosi takut). Yang humor, yang spontan menjadi "dread" secara tiba-tiba, menjadi rumah sesat luas yang tidak membenarkan lagi watak (serta kita) untuk keluar daripada ruang dan masa yang ditentukan oleh Pierre dan Ming Jin selaku penulis dan pengarah (sekali gus mengikat penonton dengan filem seram "fiksyen" yang sengaja diberikan judul "Jangan Bernafas").

Satu perkara yang aku hormati filem ini ialah, ia merupakan satu kepingan filem yang bijaksana, jika ia membohong sekali pun, ia menyatakan alasannya dengan baik. Kenapa filem ini "dibikin"? Kerana menjadi "bukti buat polis" (menarik untuk dikaitkan dengan apa yang sedang berlaku dengan Ketua PR sekarang), kenapa diteruskan, kerana "penerbit eksekutif"nya yang mahukan sebagai gimik promosi. Pada awalnya sebuah dokumentari, menjadi sebuah perjalanan. Yang "biasa" menjadi "luar biasa" dan "makin luar biasa", tetapi logik dunianya masih terpasung segak di bumi.

Perkara kedua yang aku suka, pengarahnya tidak membuang masa kita dengan masa relatif yang panjang (yang biasa buat filem ini sebagai feel real, seperti Blair Witch Project, yang sememangnya mempunyai kelasnya yang tersendiri). Misteri demi misteri terungkap secara episodik, ditanam dengan kemas, malah logiknya benar dan ditentukan dengan ruang masa yang betul (dalam masa yang sama, misteri demi misteri baharu wujud dan mengganggu). Berlaku babak "penyiasatan" di man kita, penonton diberi peluang untuk "lihat sama" kebenaran. Ini merupakan antara babak-babak paling menakutkan dalam filem ini (mengenali kebenaran adalah detik yang paling menakutkan). Malah penandanya sudah jelas, contohnya kelipan cahaya; yang membawa maksud chaos (kelipan cahaya tersebut berkait dengan cahaya berkelip lampu lintang, yang mana merupakan homaj kuat terhadap Twin Peaks bila mana dunia "black lodge"nya tersingkap buka atau wujud di alam realiti, walaupun di bilik mayat). Ini sememangnya sebuah panggung chaotic (chaotic cinema) yang jauh mendalam.

Aku juga menjumpai (dan jarang-jarang berlaku dalam filem seram) suatu rasa pilu tentang manusia, baik manusia yang mencari survival, kepada manusia "gelap" yang melakukan ritual untuk mengikat dirinya dengan alam lain. Filem ini ada perasaan itu. Penanda paling kuat merupakan imej sepotong tangan yang longlai tergantung dek rantai besi. Ada dua emosi yang berjaya dibuakkan. Pertama akan satu perasaan "terjah ekstrem" sang hantu untuk menembus masuk ke alam nyata manusia, kedua akan persaan berbaur, sedih, terkejut, mual si pemerhati (kita) yang menyedari ketidaktentuan mempunyai wajah gelap yang kita tidak sanggup untuk hadapi. Pada tahap ini, filem ini berjaya memahami pemahaman "takut" dalam sudut jiwa manusia.

Terlalu banyak babak-babak seram, gelap dan creepy yang berjaya dilakukan, termasuk kejutan dan mualan setaraf mana-mana filem seram Hollywood. Aku juga menyukai semangat tangkapan yang betul, walaupun hand held, sudut, gerakan panning, samar dan fokusnya diaplikasi dengan betul. Aku juga mengangkat tangan buat runut bunyi Azman Abu Hassan yang pertama dalam sejarah, atmospherically brilliant, serta kesan bunyi yang cukup membantu (ada satu babak pukul yang kedengaran sedikit animasi). Paling mengunggul, para pelakon yang benar-benar "membelakangi kamera" dan membiarkan kamera menangkap "yang sebenar". Mereka tidak lagi membiarkan kamera bergerak atas nama "perogol imej" tetapi "perakam untuk merakam". Watak-watak mereka bulat. Siksa mereka hadapi, bulat. Walaupun jeritan dan reaksi mereka "canggung", ia benar kepada tahap surreal yang mereka perlu hadapi (dasar yang mereka hadapi, iaitu mute witness dipergunakan secara baik). (nota spoiler: suatu trivia yang menarik, watak yang paling cengeng dan celupar untuk kita bunuh, tidak diberi peluang oleh pengarah untuk kita lihat dimatikan).

Ada mereka yang tidak menyukai pengakhirannya. Bagi aku, ia merupakan antara pengakhiran yang brilliant dalam filem-filem sebegini (klu: teliti siapa dirasuk, dan teliti apa hantu itu buat bila merasuk tubuh) yang jelas melontarkan persoalan untuk didebatkan dan diintepretasikan (soalan: bagaimana pita rakaman ini boleh jatuh ke tangan kita), juga sebagai francais kedua untuk dilanjutkan (aku harap tidak, aku tak suka sekuel, selalunya sekuel menghampakan). Apa yang aku mahu kata, aku bangga melihat bagaimana Pierre dan Ming Jin menjalin baik subgenre slasher, alam mistik, hantu, rasuk, dan mokumentari kepada suatu panggung seram yang enak dan menusuk masuk ke dalam sanubari penontonnya, memberikan mereka suatu "ultimate experience" untuk terperangkap dalam hutan yang serba menakutkan. Sejarah sedang dibuat, tuan-tuan, puan-puan. Untuk pertama kalinya, saya mengesyorkan mati-matian kepada semua peminat filem seram untuk menonton filem yang menakutkan ini.

Ya, inilah filem seram Malaysia yang terbaik, setakat ini.

Baca lagi: Reduksi Seru.

ps: Pertama kali aku tonton filem Malaysia yang mana aku tutup telinga dan pandang bawah. Adik aku yang tonton sama, yang hanya layan filem barat, mengatakan filem ini lebih baik daripada Blair Witch Project ataupun Paranormal Activity. Dia meloncat atas kerusinya secara literal, enam kali!












27 comments:

Princess Ganga said...

Blair Witch project spin off.

ryann said...

seriously,buat masa ini dah muak tengok cerita seram. tapi,filem ini..kena tengok.

indraputra said...

biar betik bro? anyway, aku belum baca entry u kali ni sbb taknak baca spoiler tp, aku baca guna teknik membaca 'z' aje. dan, u kata best...mmm let me hasut sume kengkawan pi serbu...heheh thanks!!

Anonymous said...

Blair Witch Project spin off? You gotta be kidding me my dear Lovely Willow. it's directly influenced by Quarantine/Rec. BWP has a different deus ex machina time travel paradoxes thematic inconsistencies.

-Maharajabiawak

Faris said...

decided to buy a ticket and watch this film without having any clue of the film whatsoever..
Ended up feeling quite good..

Its not original maybe but it is a very well executed and well thought movie.

Kudos to everyone involved!!
Harapan agar film2 melayu tahun ni lebih berkualiti

AbduL QaDir said...

setuju je la Fadz...memang lazat,ntah2 soon Hollywood buat remake filem ni pulak...sapa tau kan?

Danielle_Corleone said...

Fadz! aku setuju! Filem seram Melayu terbaik setakat ini!

kak Jah said...

ala2 Changi Hospital plak...

fadz said...

jingga, ye ke? aku ingatkan Penunggu Istana lagi dekat pada yg itu..

fadz said...

serius, ryann, idraputra.. aku pun dha naik tahi dgn filem seram melayu, tapi bila nazim masnawi rekomen, aku tahu, dia tak mungkin menipu.. dan bila aku tonton..whooohh, nak cakap ia perfect, mmg lah tak, tapi ending dia, THK GOD there wasnt a freaking lelaki berserban yg tiba2 datang selesaikan semua masalah dengan sekali petik, haha

fadz said...

btw, korang realize dat lagu awal yg main2, dengan lagu akhir yang straining dan "full of dread" habis? Dan awal, GELAP, penuh manusia (3 org pelakon), dan akhir imej, TERANG, tiga orang yang ikut "syaitan"? Serius, semacam filem ni nak juarakan kehadiran syaitan dalam "imej"..!

hans said...

kelihatan seperti menakutkan melalui pembacaan saya terhadap entry ini...kalau berkesempatan memang akan pergi menonton nanti

joit said...

mmg bestlah!

Anonymous said...

aku rasa filem ni lebih macam joyride dari betul2 nak sampaikan cerita.. kalau ada org yg terlalu amik logik mmg tersasullah sebab fun dia terletak pd susunan apa yg berlaku yg aku rasa tak payah terlalu kritis.. fadz, kao kritis sgt tapi kao tetap betul.. dan aku setuju..

perangfilem said...

Yup citer ni mmg best!!! Bukan citer seram yg tipikal... (sbb ada acuan Quarantine tp mmg berjaya!! Filem seram malaysia kembali bernafassss!

perangfilem said...

Yup mmg best filem ni! Bukan cerita tipikal seram malaysia w'pun ada ciri Quarantine tp kira berjaya gak! Tahniah laaa...

indraputra said...

Dah tengok semalam. Sangat memuaskan hati. Kepada produksi filem ni, silalah buat filem lagi. not sooner or later but NOW!! its relally crazy man.....

fadz said...

aku blog hop, ramai juga yg muntah2 tgk filem ni, heheheheheh.. mlm ni aku nak tgk lagi, nak bukak lagi misterinya1 hoho!

Miss bubblehead said...

tak best..huhuhu.

afzan said...

memang menakutkan!

Anonymous said...

scary ah..

-grily65

fadz said...

okeh!

Anonymous said...

pening ahh tgk filem ni..

Matrix01 said...

Aku ok dengan filem ni. cuma bab nak ambik laptop tu yang aku rasa bodoh sikit.

Matrix01 said...

Aku Ok dengan filem ni cuma bab yang exec producer tu nak pegi amik laptop tu bodo mengganggu sikit.

Anonymous said...

serius aku suka citer ni doh, pening tapi best!

Anonymous said...

ni memang slasher ah.. ok apa untuk kita!

-vox