Orang takkan faham, tapi kemasukan Scream 4 ke pawagam Malaysia, buat kami para peminat seram merupakan suatu detik menunggu yang amat memikat (walaupun pihak LPF telah menyirat-nyirat felemnya, aku rasa, perlu ada pembunuh psiko pergi bunuh orang-orang LPFlah supaya mereka rasa sedap tak menakik filem orang). Korang tahu tak bila Scream keluar (yang diperkenalkan oleh kakak sedara aku kat aku, zaman VCD cetak rompak), akulah orang pertama yang tergamam dan naik syok menontonnya (bukan Cik Lyn, aku tahu), dan terpaksa ikut secara bawah tanah untuk sambungan kedua dan ketiga kemudiannya (zaman tu aku tak berduit nak pegi Singapura yang jauh dan mahal tu)? Samalah seperti sekarang, kita hanya dapat merasai Saw pertama dan terlepas tonton sampai ke tujuh (dan mereka masih lagi persoalkan mengapa cetak rompak boleh berleluasa, biol ke apa?) Jadi kehadiran francais ni, walaupun terlambat (dan tiba-tiba ramai pulak yang nak menengoknya) kira berbaloilah, lagi-lagi buat peminat Wes Craven.
Secara lahiriah, filem ni tidak patut dibikin, malah Kevin Williamson mengiyakan hal ini bila Neve Campbell sendiri menyatakan, "Don't f*** with the original" (baca: ironi!) dalam klimaks filem ini. Aku kira, Craven dan penerbit dahagakan duit, dan peminat filem ni memang ramai (okay-okay, aku mengaku, aku generasi anak muda 90-an!), jadi satu "saduran" atau "kitar semula" perlu dilakukan (literal dan secara mengejutkan, spoof! erk!) Memang, ada beberapa babak dalam filem ni, aku menjerit, Bro, Craven, apa dah jadi bro?? Serius ini merupakan bahagian paling lemah (baca: kalau dah buat trilogi, jangan sesekali cuba buat keempat, ini sumpahan, melainkan kau sekuat francais Star Trek, OK-OK, aku bias dari segi tu sebab aku peminat Trekkie) dalam siri trilogi Scream sebelum ni, malah ia banyak kali, dijeritkan oleh Williamson dalam dialognya, "Weh, apasal kita nak sambung lagi citer ni weh?" Ya ya, aku suka watak Sidney yang keluar dari sikap "mangsa diva"nya (ok, aku SUKA watak dia ok?!) lantas berdepan dengan pembunuh topeng hantu tu dan bagi karate, hiyaak! Aku juga suka dengan pengakhiran ala-ala soap sengaja tetapi dengan twist tembakan ke anu (masa babak ni, semua penonton lelaki secara literal menjerit, "rasa siot" pada saat yang sama, aku tak bohong!) dan cucuk mencucuk ala-ala Macbeth, tetapi semua ini semacam dirasakan "formulaik" dan "ulang cetak", dan aku sedar wajah Craven dan Williamson pun tahu ni, jadi itulah, soalan sekali lagi, kenapa gatal nak buat?
Jadi kiranya, aku maafkan sebab ni je filem francais seram yang dapat masuk pawagam kita (dan aku harap mereka berhenti dan cari cerita lain, Stab contohnya, hahaha), dan melihat Gale Weathers dengan mulut cabainya, Sidney dengan gayanya tragiknya, Dewey dengan bodo-bodo lembu dia, kira seronoklah juga.
Tapi itulah, ia terhenti di situ saja. Malah, selalunya pembukaan semua Scream yang sebelum, memang tip top, menyakitkan (menghiburkan bagi yang sakit otak) dan panjang. Kali ini, walaupun kauletak Anna Paquin dan Kristen Bell, ia tidak membawa apa-apa walaupun cuba bermain dengan wit "filem dalam filem dalam/luar filem" (pembukaan filem pertama dengan Drew Barrymore itu yang terbaik, walaupun aku suka juga babak pembukaan sekuel yang berlanskap luas dan memberi mesej politikal, dan ketiga yang mengingatkan kita kepada Psycho). Dan selalunya, dalam kesemua filem Scream, ada sesuatu yang menjadi X-Factor, sesuatu yang menarik untuk disingkap dalam "filem dalam filem". Yang pertama, banyak, khusus kepada kejutan-kejutan dan aksi-aksi ligatnya (Neve Campbell jatuh bumbung contohnya, lantas berlari dan berlari, sebaik babak berlari Texas Chainsaw Massacre itu!), kedua sudah tentu dengan pembunuhan yang tiba-tiba (aku masih boleh ingat babak van dan kematian watak geek filem seram disayangi, Randy Meeks) serta pendebatan undang-undang dan perbezaan filem sekual, ketiga sudah tentu babak Sidney secara surreal, memasuki rumah buatan yang menyerupai rumah sebenarnya di Woodsbrow di studio, serta permainan "ciptaan" dalam pemahaman orang Hollywood (dan dapat lihat Princess Leia yang sober), dan akhirnya, pintu yang terbiar dibuka pada babak akhir. Yang keempat? Entah, kalau nak dikaitkan dengan fbook, twitter, kamera lintas langsung (Haloween H20 aku rasa yang lebih awal memulakan), ada sesuatu berkenaan media, tentang selebriti dan hidup yang diperlihat orang, tetapi entah kenapa itu yang aku tak ingat tetapi kuih lemon si Judy Hicks tu yang aku ingat.
Tapi, oh ya, aku suka suka suka dengan watak Hayden Panittiere sebagai Kirby. Dia babe yang kenal filem seram, sape yang tak suka?!! Huhu! Dan babak akhir tu bila dia jawab dengan pandai daripada pembunuh, itu priceless!
Tetapi itulah filem Scream 4, yang kini mengambil pendekatan sinikal terhadap francaisnya sendiri, sebelum orang kata "perlu ke?", dia dah maklumkan "perlu ke?" awal-awal, seakan menyatakan, kalau nak buat filem keempat, beginilah caranya - berani perlekehkan diri sendiri sebelum orang buat kepada kita (Hey, ini analogi terhadap media dan penciptaan mitos orang yang membangun keranaya!)
OK, ada satu portal baharu, www.telurmata.com yang aku kira bakal menggegarkan ruang wacana filem kita. Selepas filemkita.com (ini papa arkib filem Melayu ya!), kemudian sinemamalaysia (arkib komprehensif kepunyaan Finas), kini satu lagi, yang aku rasa, lebih tepat buat kita semua pengikut filem Malaysia dalam talian. Ini kira macam Rotten Tomatoes Malaysialah! Cayalah!

***

9 comments:
nice review bro! Kirby mmg cool kan? Sedikit kecewa sbb killer Scream 4 tu si dia tuh... tp boleh lar terima... harap2 takde dah lps ni... kalau ada Part 5, aku rasa Sidney tu yg jd killer... :)
sidney jadi killer? extreme sial otak hang! no, aku tak nak sidney jadi killer dan tak mau dibunuh, tgklah dalam Haloween bila diorang bunuh Jamie Lee Curtis, aku dah, macam tak nak tonton lagi..
"Fuck Bruce Willis" lol
Yes, aku suka dengan jawapan pantas Hayden tentang soalan2 filem horror dari pembunuh tu! Sorry Fadz tadi kat klcc aku tak sempat nak berborak dengan kau. Oh, kau tgk Scream lepas tu ya?
first time tgk scream..
wa terpaksa carik cetak rompak la ni nak tgk yang sebelum2 ni..
lamak addy, adakah itu bermakna kita semua ni dah SEASON, oh tidak!!
Mensh, tak lah ko jumpa aku tu masa aku nak gi tgk senjakala which sucks!
aku ingat dulu ko tulis tengok saw III kat siam kan? kan?
yeap... wah, hang ikuti perkembangan eh?
Post a Comment