Semalam aku tonton lagi filem ini di pawagam, kali ni di GSC Mid Valley. Ha ha. Saje, sebab aku mahu meniti balik "perasaan" yang aku jumpa (serta meneliti pandangan Ridhwan Saidi bahawa filem ni suck), serta beberapa misteri yang aku mahu "buka". Ok, secara benar, filem ini memang boleh membuat korang pening, yang aku rasakan, memang, cara gerak kameranya "telah menyebabkan" hal ini (aku tak tahu jika [Rec] menyebabkan hal yang sama kerana aku hanya menontonnya dengan DVD). Kawan yang aku bawa banyak kali membingit kerana pening dan mahu muntah. Ya, dia tidak terhibur (dia tidak suka filem-filem sebegini).
Ini yang aku temui (ada banyak spoiler, jadi yang belum tonton tak usah baca):
1. OK, aku mengaku sound system merupakan antara penyebab utama kenapa sesebuah filem seram menjadi, dan ini amat penting bagi filem-filem moden sekarang (yang memerlukan kesan ini untuk mengejutkan - ini sebenarnya kesan yang menipu kerana sepatutnya, sebuah filem seram sepatutnya seram dengan hanya imej dan paparannya sahaja, sepertimana Nosferatu berjaya bangkitkan 70 tahun yang lepas).. Aku tak tahu mengapa, bila aku menonton dengan adik aku di GSC Pavilion "feel" filem ini "melitar" aku dan adik aku "seakan-akan" kita benar-benar di tengah hutan. Dengan kesan suara yang "bagus", aku menutup telinga (rahsia filem seram yang baik, khusus yang moden ialah suaranya, kerana suara yang sebenarnya menakutkan kita, bukan imej lagi dalam dunai pascamoden ini). Untuk tayangan Mid Valley semalam, aku langsung tak tutup telinga! Aku terpaksa melaporkan, sistem suara pawagam tu agak "suck", sebab "suara" yang aku dengar hanya "di hadapan layar" dan bukan kiri kanan dewan. Aku memerhati bahagian tempat duduk belakang, ramai penonton yang bingit dan kecoh, kerana suara "tidak jelas", malah ada yang komen "kenapa mereka tak letak subtitle?" Aku perhati, penonton di barisan tengah dan ke hadapan lebih "feel" kerana setiap kali berlaku "serangan hantu", sekumpulan budak perempuan menjerit habis, diam dan "meneliti" filemnya.
2. Kalau tak silap aku, ada 9 "orang" yang di"tangkap" hantu, termasuk Lina, termasuk dibunuh oleh mangsa perasuk. Sebenarnya, ada lebih kurang 6 orang, termasuk pelakon "utama" yang "berjaya" balik dengan kereta meninggalkan tempat penggambaran. "Pembunuhan" hanya berlaku bila bomoh orang asli itu mula "meletakkan sesuatu" ke dalam Sari (mengaktifkan hantu?) Bomoh sudah "merencanakan" segalanya dan tahu, "selebihnya" akan datang ke rumahnya selepas adegan pembunuhan. Oleh sebab itu, mereka yang sampai dihendap dan di"tatu". Antara empat yang ditatu, seorang menjadi "pengikut" - Azman (muntah-muntah dan pening setiap kali keluar suara mantera, tetapi ada teori yang menyatakan Azman kemungkinan sudah merencanakan hal ini dari awal, tetapi hal ini mungkin kontra dengan pilihan si pengarah yang sebenarnya memilih lokasi penggambaran, malah memarahi Azman kerana "tidak cari orang untuk pagar" - hal ini amat disukai oleh adik aku kerana "ini memaparkan budaya filem ni yang tidak ada dalam filem luar lain").
3. Ada yang mengatakan kegeraman sebab para kamera (si pemegang kamera) tidak berbuat apa-apa tetapi "merakam". Ini salah. Dua kali sang kamera sebenarnya melakukan keganasan, dengan kamera atau menerjang Sari yang dirasuk. Pertama oleh Budi, kedua oleh Tony (Tony gari Sari). Malah oleh sebab ini, kamera yang dipegang Budi mula "rosak", yang kemudian terdampar berdekatan rumah bomoh.
4. Mangsa yang dibunuh hanya boleh dibunuh oleh manusia yang dirasuk hantu, atau bomoh (bomoh mahu mengkelar Jeff pada waktu akhir), mereka tidak boleh dibunuh oleh "hantu" itu sendiri secara zahir. Ini dipaparkan bila Tony dan Sham masuk hutan dan dikacau oleh "hantu anak bomoh seakan Julie". Tony dibiarkan terjerut atas pokok, menunggu untuk si bomoh "mengutip"nya untuk sembelihan (di sini poin Ridhwan menarik, kenapa bila sampai sungai, tiba-tiba Tony dan Sham dapat "terus" kembali ke pusat krew,? Tetapi aku ambil undang-undang Blair Witch, serta Evil Dead yang mana, dalam dunia "hutan berhantu", perjalanan engkau membuat kau berpusing ke tempat yang dekat atau jauh (dan psikologi kamu waktu tu sudah menyasar). Ya, ini suatu rasionalisasi yang tidak ramai digemari penonton kerana mempunyai "jalan keluar" yang amat menyenangkan pengarah). Kita sedari, apabila "Sari" dibunuh oleh Jeff (ya, dibunuh), hanya kemudian, Azman muncul "dihipnotasi" (aku tak rasa dirasuk). Poin ini untuk menjawab kenapa mereka semua "tak boleh mati terus semua dalam satu masa, habis cerita". Poin kenapa Sari dipilih untuk melakukan hal ini (kenapa tak ambil saja seseorang yang lebih lelaki, besar dan gagah) masih samar, tetapi hal yang menarik ialah ia diambil kerana memberi klise wanita secara zahirnya lemah semangat, maka senang dimasuki, dan si lemah tiba-tiba boleh bersikap agresif. Itu yang menarik.
5. Kemungkinan filem ini sengaja dibikin sebagai "dendam" Pierre terhadap Idham. Pertama, Sam yang "buat filem seram untuk duit" dan "sudah banyak buat filem hantu" dibunuh, malah "penggambarannya" dimatikan. Siapa yang dirasuk? Penolong pengarahnya. Malah, penolong pengarah di sini yang "melenyapkan" krew-krew pilihan pengarah (ini berkait dengan poin "kelahiran semula", Pierre dan Ming Jin seakan-akan menyatakan, filem seram klise Melayu perlu dibersihkan dan dipakaikan baju baharu - kebangkitan "anak bomoh" di akhir cerita). Mungkin ini yang membuatkan Ridhwan menyatakan filem ini pretentious.
6. Aku tetap menyukai babak-babak jerit, serangan dan halunisasi kehadiran hantu dalam filem ini. Ya, ia boleh pergi jauh dari itu, tetapi setakat ini, dengan tidak mempedulikan "lagu" di tengah cerita, bagi aku sudah berjaya menimbulkan sesuatu yang baharu (sekali lagi, suara...)
7. Ada satu sahaja yang aku tidak berapa suka, terganggu mungkin. Aku mempunyai teori, bahawa pada akhir filem, bila "anak bomoh" dibangunkan, ia telah mengamuk dan "membunuh" ibu bapanya (kerana ia bukan roh manusia tetapi syaitan/jin, yang kita sudah sedari, diaktifkan untuk membunuh, klu ini berlaku bila jasad Julie yang dibangunkan itu mendengus, suatu yang bukan manusia). Azman tidak dibunuh kerana ia dibawah "hipnotasi". Manusia yang "sedar" tidak akan dikacau hantu (aku bayangkan Adam tidak sebenar-benar mati, mungkin dialah sole survivor filem ni). Aku bayangkan, Azman akan sedar pada pagi itu dan melihat semua orang sudah mati. Azman akan bawa pita rakaman itu kepada pihak berkuasa. Tetapi persoalan ini tampak "samar" bila ada satu babak yang sedikit dipersoalkan. Mengapa si bomoh, menyuruh Azman membawa kamera itu untuk merakam kebangkitan anaknya? Untuk apa? Malah ini membuatkan babak ini menyatakan Azman "sedar" dan mungkin telah merancang segalanya dengan bomoh itu (tetapi untuk apa?) Sudah dinyatakan, "kamera" itu terakam untuk bukti. Jadi mengapa, pita rakaman itu tidak dirosakkan jika hal ini mahu disimpan sebagai rahsia? Adakah Adam (yang kemungkinan melihat segala ini di suatu titik jauh) yang kemudiannya menjadi hero lantas membawa pita rakaman kepada pengetahuan awam?
Bagi aku, persoalan 7 itu sahaja yang mencacatkan filem ini yang terlancar begitu sempurna, kemungkinan sebagai "pembuka sekual" (Oh no!) Aku mengaku, [Rec] kiranya lebih berjaya dalam babak kalustofobik, dinding tutup, dan si syaitan yang menjelma lalu menarik si wanita (memerlukan kamera untuk cahaya) ke oblivion. Sedang filem ini, bermula gelap-gelap dan kemudian bercahaya terang dan terang (dari elektrik yang dimatikan, diubah kepada api yang primitif dan dari "zaman dahulu" yang amat terang). Sekurang-kurangnya, jalan dan gaya filem ini "betul" dan semahu-mahu aku (ok, jangan guna teknik hand held pun takpe) gaya sebeginilah filem seram kita sepatutnya, tidak buang masa, suspens membina, syot kejutan yang tiba-tiba tanpa amaran, tiada runut bunyi yang mengada-ngada, suara efek yang mengganggu, psikologi pelakon yang betul. Ini satu permulaan yang sepatutnya berkembang, seperti mana cahaya api yang kelam dalam rumah bomoh, menjadi bara besar di tempat pemujaan di akhir filem ini.
Showdown Cun!
Lepas pening-pening semalam aku balik. Aku cubalah tonton apa-apa di TV. Tuhan, aku tonton AF (ulangan di saluran 15), dan betapa tergamamnya aku menonton, betapa tidak menariknya program itu sekarang. Ini bukan sahaja atas persembahan (peserta yang entah yang mana, menyanyi lagu Latin, dengan tarian yang amat buruk sekali) tetapi termasuk cara program itu dilakukan, termasuk Aznil pun! Ada satu babak, Aznil membaca komen-komen FB, dan Aznil (kerana kita tahu perangainya) membaca tentang komen FB menyuruh peserta itu membuka baju. Saat itu aku terus geleng kepala dan tukar siaran (Aznil, serendah ini program itu sudah sujud?)
Kemudian, aku tertonton Showdown 2011. Wow, ini baru satu pertandingan yang benar-benar menarik. Ada semangat, ada kreativiti (daripada peserta), malah ada drama! Aku terpaut dan seronok menonton bagaiman gerak, bagaimana berlaku kitar "Battle" dan semangat peserta membuat tarian. OK, aku bias sikit, aku amat amat gemar dengan Panic (there I've said it) walaupun mereka guna latar muzik yang aku tak suka (Lady Gaga). Itu buat aku suatu perkara yang bagus (lagu yang tak sedap jadi best bila persembahan mantap!) Alamak, nampaknya, Rabu malam aku akan dipenuhi oleh Showdown, serta Jumaat dengan Maharaja Lawak (aku sangat-sangat suka lawak Nabil). Erk! Kematian sinema!
Baca lagi: Ulasan awal.

12 comments:
showdown memang caya la skang..
wa rasa panic tu memang caya..semuanya hot..haha..tapi yang bawak traditional funk tu pun okay gak
Ya, BOS, aku suka jugak tu, tapi diorang siap masuk tercorot kan? nasib baik menang! hoho
aku rasa it's okay kalau kau dan Ridwan tidak bersependapat sekali sekala.
Jika kau suka filem dia tak suka, doesn't mean darjat kau sebagai peminat filem turun ke lembah hina and vice versa.
So aku ketawa berdekah2 bila baca sebuah review susulan dari review sebelum ni yang aku nampak hanya sebab review Ridwan kontradik dengan kau. Kau takkan tulis redux ni kan kalau review Ridwan sependapat dengan kau? Kahkahkah.
Tapi apa pun, okey je bagi aku, ada la jugak update yang aku boleh baca pada era-era manusia dah tak berapa minat nak menulis blog ni.
Update tiap-tiap hari dicadangkan.
Haha. (smiley di letak di sini tanda tak cari gaduh)
vovin!
tak juga, aku nak korek dan tgk.. dan ni pun macam perbincangan lah kiranya.. tapi mmg, sistem suara aku tgk kat mid valley tu lain dgn yg aku tgk kat pav.. dan mmg kontra tu menarik..
Ceh...kalau la aku tak tengok Thor dulu aku dah tgk filem ni....sebab aku stick to kuota 1 bulan 1 filem...hehe...tapi mungkin terpaksa dipecahkan sebab Pirates akan menyusul 20 Mei ni....dan Nur Kasih.
saya tengok semalam di wangsa walk, memang takutlah.! First time rasa filem Melayu yang betul-betul seram!
Bro....nanti malam sari nak jumpa hang kat bilik hang...jgn menjerit yer...hahahaha
Ada review susulan? Mmm Mcm ni je, kalau kita suka tetap suka dan tak tergugah tahap suka tu walau ada org lain tak suka apa yang kita suka. Kalau orang tak suka tapi bila kita tgk, kita suka. So what the hell dengan orang yang tak suka. Simple je hidup ni. Mahaguru aku pernah kata, jangan susahkan mende yang senang.
haha, aku selalu kagumi poin ridhwan.. jadi fasal tu aku cedok2 juga diri aku.. tapi tak, mmg aku masih suka filem ni bila tonton kali kedua, walaupun aku nampak akhirnya sedikit samar.. jadi ini, macam yg vovin kata merupakan garisan perbandingan lurus antara aku dan dia.. macam aku yg suka Haloween Rob Zombie lah, dan org lain tak suka, kira macam tu lah..
saya pun tgk dua kali, betullah, ada rasa lain bila suara tak betul.. saya tgk di klcc..
fadz, aku pun antara yg mempersoalkan kenapa tak ada subtitle....filem tanpa subtitle memang susah aku nak faham sepenuhnya...contoh: imej hantu budak atas buaian tu aku rasa tak significant langsung tapi sebenarnya aku missed (tak dengar) dalam discussion kecoh2 kat awal2 tu ada disebut pasal budak perempuan kena bunuh kat situ. Filem Melayu liat sangat nak letak sub, padahal kalau tengok filem2 Indie/digital kat sini rajin je masuk sub..... rakyat malaysia bukanlah 100% mempunyai pendengaran sempurna....
akhirnya semalam baru sempat tonton filem ni..haha..sangat menyesal memilih filem kongsi uuntuk di tonton sebelum filem ini..
mungkin kerana kualiti suara menyebabkan wa x dapat feel keseraman filem ni..namun wa seronok tonton filem itu..malah jauh lebih seronok kerana wa tonton sorang2 di awal filem dan di ganggu oleh 3 orang yang masuk panggung lewat..2 orang kapel dan sorang makcik..goyang gak wa mana tau makcik tu hantu ke..
tapi kapel tu kacau mood wa la..kejap2 kuar masuk panggung..buatkan wa nak usha diorang berbanding layar..
akhir kata filem ini memang best..piere memang suka ngarah filem seram..
Post a Comment