Ada satu babak yang menarik dan sekali gus mencuitkan dalam filem ini, dilakonkan oleh Muniff Isa. Ianya berlaku sewaktu kedengaran bunyi dentuman dan orang berjalan. Muniff waktu itu sedang makan mi segera dalam cawan. Untuk sesekali dalam layar filem subgenre sebegini, ada "kecilikan" yang berlaku, sengaja diletakkan untuk "mencuit" proses formula yang sudah dikitar semula berkali-kali oleh Hollywood dan juga popular dalam pembikin filem Nusantara. Dalam detik babak ini, jika ianya mengikut konvensi, Muniff akan berhenti makan, lantas satu syot memaparkan Muniff bergerak mencari suara tersebut (hal inilah yang klise). Dalam filem ini, lebih bergetar bunyi tersebut, dengan perlahan, dan kemudian laju, Muniff menghirup minya. Ia sekaligus membuak perasaan "thrill" dan kelakar, yang sepatutnya wujud dalam filem ini - sebuah slasher/rumah berhantu yang menghiburkan - tetapi tak.
Ini mungkin kerana, walaupun ada beberapa unsur kimia yang digerakkan oleh cerita dan teknik Chiang, seorang lagi pengarah baharu kita (dan aku bersyukur tidak terjerumus dalam perangkap Bjarne Wong), ada pelbagai perkara yang Chiang perlu pelajar dalam membikin filem sejenis ini.
Tetapi biarlah aku khabarkan yang baik-baik dahulu, pertama, lakonan dan beberapa dialog awal filem ini mencuitkan, kiranya agak segar melihat watak-watak yang menarik dan tidak dua dimensi (tetapi ini sebuah filem gaya Scooby-Doo dan Friday The 13th, maka hal ini tidak peduli sangat), malah dialog yang bersahaja (walaupun pada pertengahan dan akhirnya, melewah ruah). Kemudian aku suka dengan garapan penggambarannya yang teliti dan indah, dibikin dan disyot dengan baik, serta suntingan mantap, serta suara efek dan suntingan yang teliti, amat teliti, dan paling aku sukai, runut bunyinya kali ini merupakan runut bunyi yang BENAR terhadap genrenya (aku tahu ini sebuah filem ngeri, tetapi sikapnya mengambil jalan semangat gothik cukup dipuji, atas makna "gothik" itu sendiri dalam pengertian sastera), perasaan dan latar yang diimbaukan BENAR untuk filem sebegini.
Ada dua perkara yang aku risaukan dan hal ini memerangkap Chiang untuk membikin sebuah filem yang aku perlu puji. Pertama, terlalu banyak babak yang terisi memberi "kejutan-kejutan palsu", terlalu banyak, terisi dalam 3/4 durasi filem, tanpa memberi kita "third act" yang boleh menguja kita untuk menonton seterusnya. Kepalsuan demi kepalsuan diisi untuk membuka "ruang rahsia" rumah buruk (kerana ini aku setuju dengan lagu gothik tadi, ini merupakan rujukan dan penghormatan bagi cerita gothik yang bermain dengan pengembara sesat, rumah buruk yang agam, laluan rahsia, dan kebenaran menakutkan yang disimpan pada akhir babak), tanpa benar-benar "menyesat"kan penonton untuk mempercayai sesuatu yang lebih berimpak. Dalam 3/4 ini, kita diberikan satu demi satu "episod" pembukaan rahsia rumah tersebut, yang bagi aku agak mundane dan pernah dibikin, malah biasa dalam novel-novel kanak-kanak/remaja DBP zaman 70-an yang mengikut gaya Hardy Boys dan Secret Seven.
Hal kedua terletak kepada dua babak cakap yang terlalu panjang, satu antara Shiqin Kamal dan Isma Hanum, dan kedua (yang lebih membosankan) ialah antara Shiqin Kamal dan Esma Daniel. Aku merasakan, semacam, "Hello, ini filem seram abad ke-21, tak perlulah korang berbicara panjang-panjang mengalahkan tragedi Shakespeare". Aku seakan merasakan sangat, Esma sengaja diberi ruang ini (sebagai psiko) seakan-akan dijadikan babak "menang anugerah"nya untuk FFM tahun ini (simpang malaikat 44).
Iyelah, inikan filem produksinya dan dia perlukan satu babak "bintang gemerlapan" waktu usia akhirnya dalam industri ini.
Sebab itu, filem ini jadi "suka" dan "tak suka" dalam jiwa aku, ya ada beberapa konvensi yang ia berjaya naikkan dalam filem sebegini, tetapi ada juga yang terperangkap. Malah aku tidak berapa menyukai subgenre kitar semula ini, yang sudah berkali-kali dimainkan oleh Razak Mohaideen (rumah-hutan-rumah, dan sekarang, pulau!) serta beberapa pengarah lain. Ya, aku faham konteks sosial dan ertinya, di mana kita memberi ruang para watak untuk menjumpai sesuatu yang asing (asing menyebabkan kita rasa takut) yang akan "mengacau" tahap psikologi atau sosial\humanisme kita, dan selalunya filem sebegini akan bermain dengan kad moral (rujuk Friday the 13th), yang mana, seperti yang aku sangka, dilakukan, walaupun tanpa seks (kali ini, ia berkaitan material dan hak). Dan apabila sampai ke babak WTF terakhir (rujuk Carnival of Souls), kebanyakan penonton aku rasa sudah rasa jaded dengan 3/4 babak awal maka sudah malas untuk memahami babak akhir itu walaupun bagi aku, agak impresif dan mempunyai sikap kultus (cult) yang menarik (tetapi dirosakkan sekali lagi dengan satu himpunan penerangan moralis tentang organ transplan yang tidak perlu, seakan-akan mengangguk dengan tujuan LPF untuk membikin filem ini "bermesej"). Ia seakan-akan merasa mi segera yang terlebih masak, walaupun sedap dihirup akhirnya, tetapi terlalu lambat untuk kita mengatakan ia memuaskan.
***
OK, ini pula untuk ruangan Siti Jarum 17/4/2011 dalam Utusan yang melalut berkenaan pembikin filem bukan Melayu yang nak mempergunakan kreativiti orang Melayu untuk keuntungan peribadi mereka. Aku nak cakap sesuatulah pada Siti, wei betina, bukak matalah, ni bukan zaman pramerdeka lagi, ni zaman pembikin semuanya orang TEMPATAN, bukan zaman orang luar datang ke tanah air ni nak kaut untung lepas tu blah, ni zaman anak darah tanah air ni sendiri nak cari rezeki isi sama-sama, kembang sama-sama untuk perkembangan filem tempatan. Aku tahu Siti bengkek dengan MiG production (aku tak defend David Teoh tapi aku tengok secara luas) yang bagi bonus beribu kat anak buahnya yang berjaya kaut keuntungan. Serius mak cik, cakap-cakap macam ni kira perkauman tau tak? Kau tahu ke berapa percubaan David cuba naikkan anak Sarimah (Momok, yang aku tak berapa gemar), Tarmini and Danny x-Factor, Raja Azmi untuk dapat sebuah pelantar tayangan? Aku tahu hasil terbitan filem dia kalut, tapi kalau takde orang macam David, kauingat senang-senang ke pembikin nak dapat duit, buat filem, lepas tu tayang (rujuk 2 Alam dan entah apa-apa lagi masalah yang perlu Dr. Rozmey lalui kerana tak tahu kaedahnya)? Tengok potensi yang sedang dan akan berlaku dalam pembikinan filem sekarang. Pembikin baru macam Jeffrey Chiang pun nak masuk, Esma Daniel, dan beberapa lagi kerana potensi pasaran dan penonton yang mula bangkit. Ini semua bukan dibuat atas dasar peribadi aku rasa, ni sebab nak tengok perkembangan, walaupun mereka bermula dengan filem tahap cipan. Dan Siti Jarum sedar tak, pembikinan bukan sahaja dari penerbit, FINAS dan bank, tetapi ada juga geran luar yang boleh didapati di festival filem antarabangsa dan badan-badan antarabangsa, dan diorang tu bukan pun kaum Melayu tapi reti juga nak tolong kalau idea orang tempatan bernas, Siti faham ke semua ni?
Aku rasa Siti Jarum ni kadang-kadang melatah tak tentu hala, tak boleh bezakan Shaw Brothers (yang takde ikatan kenegaraan apa-apa pun dengan Tanah Melayu) dengan Da Huang, MiG, Jeffrey dan termasuk juga Bjarne Wong tu. Serius, korang punya Polanski Syndrome yang buat perspektif korang terbantut, tak tengok luas, tahu nak melagakan orang je, serius mak cik, bukak mata dan jenguklah sikit apa yang sebenarnya berlaku dalam industri, dan bukan bagi generalisasi "penyapu" tahap Melayu duduk tempurung macam ni.
15 comments:
setuju dengan 2 perkara diatas
berkenaan filem Dilarang Masuk dan pasal Siti Jarum tu
filem Dilarang Masuk tu shot dia memang cantik dah tapi ending dia yang paling menyedihkan...saya tak faham ending dia yang akhir yang ramai - ramai orang datang tu...apa sebenarnya dia nak bagitahu pada penonton? hahaha
Saudara...dah tengok Senjakala? buat review cepat... :-)
hans, ok ok, nanti aku tgk senjakala eh (aku risau gak, takut mendatar)..
ending tu kiranya macam deme semua tu dah mati (rujuk filem Syaitan) dan sebenarnya mereka semua dalam alam Baqa', tapi aku gerenti bf Shiqin saje yg belum mati, seperti mana polis yg ambik not rm100 tu.
wei, aku nak tgk Scre4m lah!!
terlalu banyak babak yang terisi memberi "kejutan-kejutan palsu",
betul
aku pon rasa ending semua mampus..tapi cam tak gak..hence aku confuse
Setuju dengan artikel pasal Siti Jarum tu...kenapa dia marah sangat pasal David bagi bonus ntah.
Ok pe bagi bonus dari tak dapat lansung....kan?
Aku merasakan, semacam, "Hello, ini filem seram abad ke-21, tak perlulah korang berbicara panjang-panjang mengalahkan tragedi Shakespeare".
perbualan telefon dengan siapa ekk?
Salam bro... mula2 aku pun rasa cam diaorg dah mati... tapi in the end, aku rasa diaorg tak mati... si Fatia tu asyik sebut jer dia terpanggil ke situ... org2 lain tu pun penerima organ2 yg dicurik dari budak tu, cam Fatia yg dpt jantung... so suma sekali terpanggil ke situ utk jumpa budak tu... my opinion :)
Siti Jarum jeles. and maybe bagi dia, david bagi bonus sbb nak ikat artis keje ngn dia..
wan, aku serius serius serius suka poin kau! nice work man!
muhsin, ye ke, atau ada org cucuk jarum kat dia..
anon, dengan kit kat penari disko chow kit.
siti jarum tu... bukan jantan ke??? kehkehkeh... jantan serabai... sapa tah kata dulu...
Ak rasa, ni apa yg ak rasa, cite xde storyline yg clear. Ak faham pasal transplant, pun ak tk pertikaikn objekitf cite ni. Cuma yg ak tk tahan, jalan cite dan kesimpulan mcm dipaksa masuk kedalam otak ak. Ibarat tali yg bersimpul, last2 kite simpulkn lg. Tk kn ade part 2 kot? Kalo cite ni sekadar sesuka ati nk bg efek jalan cite yg kabur (blurred storyline), ak rasa mcm overdone.
Tapi ak puji set dan lakonan walaupun skrip sgt dipaksa (forced). Mad Doc tu sgt bagus lakonannya walau skrip mcm tk kena. Kalo ak abaikn skrip, semua pelakon agak tk kaku.
Ni pendapat ak, ke mmg cite melayu mmg begini penceritaan die?
yugi, poin kau menarik berkenaan kena simpul tu, dan aku setuju.. persoalan ni boleh tanya pengarahnya..
Ending dia bukan semua mati. Polis yang kutip not 100 tu tak nampak syikin sbb hantu salwa tu berdiri depan polis tu,so pandangan dia tertutuplah (kira mcm kena sorok dgn hantu). Yang ramai2 datang tu pun semua terpanggil seperti Fatia tapi bukan disebabkan oleh roh Salwa saja tapi juga mangsa2 lain yg ditanam di sekitar laman rumah tu. Doktor bedah haram tu dh menculik banyak mangsa sebenarnya dan tanamkn kt kwsn sekitarnya.
Just my 2 cents:)
ray, teori kau menarik... maksudnya, polis yg kat umah tu pun nampaklah.. soalan aku, kenapa roh Muiniff tak ikut sama lepas kena bunuh, hanya Fatia?
aku rasa yang last tu semua orang yg pernah dpt organ drpd mngsa2 doc tu dtg kt situ..doc gla tu mybe da bnuh bnyk org n sell the organ..or maybe hnya organ salwa yg dijual..satu badan la..mata,jantung,hati..semua la..so semua yg da dpt organ trpggl utk dtg situ..sbb tu fathia kta diorg sme cm dy...yg prmpn sorg g tu mybe da mti ataupn kne sorok hntu salwa tula kot..
Post a Comment