Inilah "mokumentari" pertama (lepas ni, Seru) kita yang cuba mengikut subgenre yang dibawakan Blair Witch Project serta filem seram yang kembali kepada subgenre "rumah berhantu" (awal-awal lagi kita tahu dokumentari ini PALSU apabila melihat poster filem yang memaparkan kelima-lima pelajar berdiri macam artis). Ia berlatar tentang sekumpulan lima pelajar siswa yang menjalankan projek kelas untuk mengkaji kehadiran "paranormal" secara saintifik, dibantu oleh Uncle Seekers dan dua pembantunya. Pada awalnya, kita ditemukan dengan "Istana Billah" (tetapi latar sejarah istana itu tidak diberikan, walaupun secara fiksyen) di Perak, dengan beberapa syot yang mengambil sisi estetika seni bina rumah lama tersebut. Pada awal, secara lewa dan baik, kita diperkenalkan dengan perilaku pelajar tersebut, termasuk desakan klise tetapi perlu Uncle untuk para siswa tersebut "menjaga tingkah laku". Kita tahu, kerana sikap "nakal" budak-budak ni, mereka akan "kena" satu per satu.
Ada sesuatu yang hendak disampaikan oleh filem ini. Satu perkara yang pasti, walaupun ada beberapa babak yang tidak berkesan, kesemua "watak" pendokumentari tampak "real" atau benar kepada realiti, dengan main-main dan sikap suka anak remaja, jauh kita lihat anak-anak muda bertutur dialog skrip atau terkinja-kinja (hanya ada satu babak aku lihat ini berlaku) yang biasa kita tonton dalam filem seram Razak Mohaideen. Dalam satu babak, Mus, ketua kumpulan tersebut, merasakan, mereka perlu "menipu", untuk memaparkan "kesan khas" yang lebih memeranjatkan penonton (kita) bila dipaparkan nanti waktu persembahan. Sinikal prasedar ini menarik, tetapi adakah pembikin berjaya menangkap/menipu sesuatu yang "menakutkan" atau ianya hanya sebuah "cheap thrill"?
Aku mengaku, konsep ini mempunyai pertimbangan 50/50 untuk berjaya. Jika kita tonton filem ini secara maksud "dokumentari", memang, babak-babak awal filem ini "tulen" apabila dalam durasi 15 minit, "tidak ada apa-apa pun berlaku". Semua kamera statik senyap menangkap ruang dalam istana. Hinggalah Uncle Seekers meminta mereka membakar kemenyan untuk "membawa hantu keluar". Tetapi, jika anda mencari hiburan, hal sebegini amat memenatkan. Oleh sebab itu, ianya amat menarik apabila Mus, secara tiba-tiba membuat pilihan untuk "menghiburkan" penonton dengan perilaku "guna kesan khas". Kononnya, kerana pilihan ini, mereka benar-benar menaikkan kemarahan "penunggu istana".
Aku suka beberapa kesan statik dan paparan kuat, ruang istana, dalam dan luar diambil Secara prasedar, paparan imej ini diterima "creepy". Ya, masa aku balik lepas tonton filem ni, ada perasaan "takut" bila aku masuk ke dalam rumah aku semalam yang sunyi dan gelap. Secara prasedar, sikap vouyeur aku terisi, sepertimana yang dikehendaki oleh filem-filem sebegini (Paranormal Activity merupakan yang paling dekat).
Apa yang membuat "mokumentari" ini lemah ialah, cara logik ia mengikat "lima pelajar" itu untuk meneruskan "projek" mereka tanpa pemerhatian Uncle Seekers. Ya, adalah beberapa kesan khas yang "biasa" yang berjaya buat kita terkejut, tetapi logik akalnya untuk tunggu dan merakamnya difikirkan amat janggal. Persoalan utama di sini ialah: diorang ni tak pernah tengok citer hantu ke? Bohonglah kalau tak! Sikap para pelajar, khusus Mus, Amar dan Sara untuk meneruskan penggambaran walaupun melihat perkara-perkara yang pelik di dalam istana tersebut "mencurigakan". Kauingat Blair Witch? Dalam filem itu, kita sedari, tiga siswa tersebut "mahu keluar" dari hutan yang "memerangkap" mereka kerana mereka menyedari mereka "tersesat" dan sesuatu yang "pelik" mengancam mereka. Di dalam filem ini, jelas-jelas, beberapa perkara pelik sedang "menegur" mereka, maka kenapa, setelah satu simbol yang sangat "terang", berlaku, watak itu tetap "lepak", termasuk waktu malam! Malah, ada satu babak yang aku kira, sudah sampai tahap ridiculous, apabila seorang watak berjaya melihat suatu "hantu" yang menakutkan, dia TETAP mahu masuk ke dalam istana itu mencari kawan-kawannya (serius, babak awal kita dah ditunjukkan, istana itu berdekatan dengan perumahan, kenapa tidak ada babak mereka pergi mencari jiran-jiran tersebut, sekurang-kurangnya?? Serius, kalau aku, aku dah cabut ke balai polis yang terdekat KALAU KAWAN AKU HILANG dalam tempat tu!)
Inilah yang menyebabkan filem seram ini tidak efektif dalam memberi penontonnya kebenaran seram, mengganggu rasionalisasi penontonnya.
Pun begitu, ada sebuah babak yang boleh dikira menakutkan, apabila Mus dan Sara, masuk ke sebuah bilik, lantas kelihatan sebuah "kelibat". Hal subliminal sebegini hanya berlaku sekali-sekala dalam sebuah filem seram. Hal ini boleh dipuji.
Tetap, buat aku, Wan Hasliza boleh pergi jauh lagi, dengan memberi sedikit-sebanyak latar sejarah (atau dia nak tunjuk, para pelajar kita hanya tahu nak thrill, dan tak suka sejarah?) untuk mengisi latar "rasa" yang seram, juga pembukaan misteri tentang setiap BILIK serta sejarahnya, serta penggunaan "bilik berkunci" yang tidak ada apa-apa erti dalam filem ini, selain daripada menjadi ruang terpekik lolong para pelajar ini dengan kedunguan mereka, langsung tidak membawa apa-apa suspens yang dramatik dan surreal yang sepatutnya berlaku pada 10 minit terakhir filem ini.
14 comments:
tenguk trailernye mcm decent jer..
Hikayat Lubang Najis: Orang Melayu Mesti Baca!!!!
Aku orang Perak tapi tak pernah pulak dengar cerita2 supernatural tentang Istana Raja Bilah ni, mungkin filem ni lebih berkesan kalau shooting di Istana Kellie (Kellie's Castle), silap2 boleh jumpa Mr Kelly in person....hehehe
ada doku KRU buat ttg rumah tu, menarik gak.. wa org perak gak :)
Cerita ni macam sebijik cerita 'Hounted Cangi' karya Singapura. Tetapi 'mokumentari' itu sangat real dari poster, trailer, blog, FB, dan segala macamlah. Sehingga kini, filem itu masih aku konfius mokumentarinya. Diharapkan filem 'Penunggu Istana' pun boleh sebijiak itu untuk membuat filem. Setuju dengan Fadz, sejarah perlu dititikberatkan untuk membangkitkan karektor lokasi tu sendiri. Labih seram jika begitu. Dan diharapkan juga, tak adalah babak jerit-jerit kejar mengejar sepanjang filem. Amin...
x tau lerr nak kate psal cite nie..kejap mcm real,kejap mcm bohong..bile pikir2 balek,mcm lebeyh byk tipu jep..x logik byk sgt!!!!geram gak aku...yg part last tu,part yg 'amar' ddok kat kerusi tu,xkan habiz gitu jep..msti kamera tue record ape jadik ngan 'amar' tu...ilang ghaib ke??,bngon pastu jalan ke tmpat laen ke??...sara tu xkan lerrr x kuar2 dari rumah tu pas tgok mayat mus ngan fira??...yg tang darah haid tu,xkan lerr fira x basoh pad dier smpai si sara leyh amek bute2 mcm tu jep...betol gak kate kowang,xkan lerr jiran tetangga istana tu x de function lgsong???!!!!!issshhh!!sape nak jawab nieh???!!!!!
dua hr lepas aku ade tgk the making of movie ni kt astro. tgk trailer die x tkot sgt tp seram dengar cerita wan hasliza ngn lelaki yg tau psl sejarah istana tu. tp bdk2 tu nmpk mcm "terlalu selamba" (berlakon la tu kn..). so best x cite ni? seram ke tak?
APF, ohhhh, begitulah, wo hooooo! awat la direktor ni..
ok, nak tahu real tak realnya, cuba korang gi tgk web cinema malaysia, korang akan sedar, sorang dari cast tu ada nama "adeek" .. jeng jeng jeng, kan dah terpecah tembelang!
Seru aku rasa mungkin lebih baik, tapi, dah pegi amik pelakon yg dikenal, bukan amatur (ini kebiasaan mokumentari sebegini), jadi "feel" real tu dah x ada, hanya nak layan seram je saja..
seram bagi aku? hmmm.. entah le.. ok there r moments, but seriously not really enuf, especially how the ending part was executed..
sy mmg confuse tgok cite ni...
da 2 ly x tlg xplain part ending cite ni yg ada menyatakan ucapan penghargaan pada pihak polis n buat
keluarga almarhum dan almarhuma mcm tu lebih kurang...
kalo tipu tp bole ke wt ucapan tu sume?
sy da tgok cite ni smlm..
but still confuse till now...
ly x xplain part ending yg ada wt
penyataan penghargaan kpd pihak polis dan keluarga budak2 yg mati tu?
bole ke ckp cmtu kalo ni cume cite?
sy da tgok cite ni smlm..
but still confuse till now...
ly x xplain part ending yg ada wt
penyataan penghargaan kpd pihak polis dan keluarga budak2 yg mati tu?
bole ke ckp cmtu kalo ni cume cite?
cerita ni sbnrnya terinspirasi dari pengalaman director Wan hasliza tu sendiri, sewaktu dia membuat pengambaran telemovie Warkah Terakhir utk Astro dimana seorang pelakonnya di sampuk semasa shooting malam di situ. 2 hari gangguan ini berlaku. Aku tau ni sebab aku salah sorang krew yg ada di situ pada masa kejadian.
Aku belum tgk cerita ni. Cuma baru tgk trailer kat tv je..
nampak sangat menipu.. awal2 citer nampak gak cam real.. lepas 2, mmg leh agak menipu jek memanjang.. xkan ler fira leh kenal benda yang dibakar tue, pad dia..ni x, lepas dia tgk jek benda terbakar, dia terus mengamuk.. benda yg dah dibakar, mana nampak lagi.. mesti tinggal abu jek.. nak menipu pun agak2 ler..huh..
I coulԁn't refrain from commenting. Very well written!
Feel free to surf to my blog; Hämorrhoiden
Ϻy brothеr reсommendеd ӏ might like this website.
He waѕ entirely гight. This post truly made
my day. You can nоt imagine ѕimply how much time I had spеnt fоr thiѕ information!
Thankѕ!
my web site; wiki.ruckp.org
Post a Comment