10 September 2012

Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur dan Senarai Pendek Pencalonan Filem Tempatan Terbaik 2012

 

Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur adalah sebuah kumpulan pengkritik filem yang diasaskan pada November 2011 dan tertubuh secara maya di Kuala Lumpur (merangkumi sekitar Lembah Kelang). 

Majlis ini berfungs
i sebagai penonton berfikir yang analitikal dalam memilih filem Malaysia (serta beberapa kategori lain) terbaik sepanjang tahun. 


Kumpulan ini terdiri daripada sekumpulan pengkritik yang bertugas dalam pelbagai bidang, yang terpilih dalam kalangan editor, pengarang dan blogger yang berdedikasi dalam penulisan dan penganalisian filem, yang mana sekumpulan daripadanya sudah melahirkan beberapa ulasan filem yang kritikal, memenuhi aspirasi, mutu dan kefahaman sebuah pembikinan dan pengkaryaan filem yang unggul dan menyeluruh. Kumpulan ini turut bertindak sebagai badan penilai dan pemilih sekelompok filem yang ditayangkan pada satu-satu masa untuk diberi pengiktirafan yang sepatutnya dalam mencapai kewajaran seni, estetika dan kepakaran yang dipertanggungjawabkan. Filem-filem yang terpilih merupakan kesemua filem yang ditayangkan di "pawagam" Malaysia, termasuk di International Screening GSC.

Setiap tahun, majlis ini akan menghimpunkan senarai terbaik bagi Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur. Untuk tahun ini (2012), kami telah meneliti 62 buah filem dalam perhatian. Terdapat peningkatan kuantiti dalam pencalonan sulung ini, tetapi secara purata, kebanyakan filem masih lemah seperti tahun-tahun lalu, dan tidak mencapai piawaian sebuah filem yang boleh ditonton dengan berlandaskan formula dan bahasa yang benar-benar sinematik, walaupun untuk sebuah filem kotemporari (komersial). Kebanyakan filem masih lemah dalam asas pembikinan, khususnya cerita dan penceritaan.  Sungguhpun begitu, terdapat sekumpulan filem tempatan yang mencapai mutu baik yang amat dipuji. Rekomendasi diberikan terhadap beberapa filem, yakni Songlap, Misteri Jalan Lama, Bunohan,  3 Temujanji dan 29 Februari. Senarai pendek di bawah merupakan pengelasan kategori-kategori tertentu yang dianggap "terbaik" dalam kalangan filem yang ditayangkan. Senarai pemenang akan dimaklumkan pada bulan Oktober 2012.


Senarai Pendek Pencalonan
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur

2012




Pengarah Terbaik
Osman Ali untuk Ombak Rindu
Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak untuk Songlap
Afdlin Shauki untuk Misteri Jalan Lama
Dain Said untuk Bunohan


Pelakon Lelaki Terbaik
Syafie Naswip untuk Songlap
Shaheizy Sam untuk Songlap
Shaheizy Sam untuk SAM (Saya Amat Mencintaimu)
Faizal Hussein untuk Bunohan


Pelakon Wanita Terbaik
Mislina Mustafa untuk Sumpahan Puaka
Maya Karin untuk Ombak Rindu
Yana Samsudin untuk 3 Temujanji


Sinematografi Terbaik
Haris Hue Abdullah untuk Songlap
Khalid Zakaria untuk Ombak Rindu


Lakon Layar Terbaik
Fariza Azlina Isahak untuk Songlap
Afdlin Shauki untuk Misteri Jalan Lama
Khairil M. Bahar untuk Relationship Status
Dain Said untuk Bunohan
Hashim Rejab untuk 3 Temujanji


Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Abdullah Omar untuk Songlap
Hasnul Rahmat untuk Songlap
Benji Lim untuk Relationship Status
Fauzi Nawawi untuk Songlap
Hans Isaac untuk Misteri Jalan Lama
Wan Hanafi Su untuk Bunohan
Hushairy Hussein untuk Bunohan
Pekin Ibrahim untuk Bunohan
Bront Palare untuk Jiwa Taiko


Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Daphne Iking untuk Relationship Status
Norma Damanhuri untuk Songlap
Wawa Zainal untuk 3 Temujanji
Dira Abu Zahar untuk Chow Kit
Fauziah Nawi untuk Hoore! Hoore!
Nadiyatul Nisaa untuk Jiwa Taiko




Rujukan Ulasan Filem Tontonfilem:
Ulasan Misteri Jalan Lama, ulasan Bunohan, ulasan Relationship Status, ulasan Songlap, ulasan Hoore! Hoore!, ulasan Chow Kit, ulasan Jiwa Taiko, ulasan Ombak Rindu, dan ulasan SAM.

13 comments:

Anonymous said...

boleh senaraikan nama pengkritik-pengkritik tersebut.? tk

Man said...

Kenapa pencalonannya tak sekata? Kelakarlah, nampak tak profesional. Komen jujur dari kanda.

Anonymous said...

Kanda Man,

Kerana secara jujurnya, kebanyakannya tidak dapat masuk dalam senarai pencalonan. Harap maklum.

Kelakar itu sendiri subjektif buat saudara.

hzrhkamal said...

Personally, saya tak nampak isu 'tak sekata' disitu.

Shortlist diwujudkan untuk menyenaraikan yang terbaik, takkan nak main sumbat untuk cukup kuota?

anyway, tunggu result ni lebih nervous dari tunggu result FFM!

Anonymous said...

dapat hadiah apa ni? botol kicap?

Anonymous said...

Tak kan nak senaraikan nama-nama pengkritik pun tak boleh. jika begini samalah macam festival filem melayau yg tidak berani menyenaraikan nama juri-jurinya.

fadz said...

jap lah kambing, aku tulislah nanti, tampor satu2 kang.

Anonymous said...

Anon, dapat buat filem percuma dgn Kilang Mak Ezah Kicap Tiram.. tentulah penyenaraian saja buat, inilah mentaliti org Melayu-Malaysia, sesuai duit aje.

Anonymous said...

hantu dalam botol kicap betullah korang ni semua!!! Olang cina pun suka luit mah!

Anonymous said...

bro, jalan pintas kasi masuk lah dey... janganlah diskriminasi ini macam. itu filem tada diskriminasi sama pawagam komersil pun....

fadz said...

Jalan Pintas mmg masuk senarai (dalam perhatian), tapi tak ramai yg mengundi (tak ramai pegi menonton, mcm ramai juri tak tonton sesebuah filem Foreign Language lah).

Aku selalu angkat filem2 indie ni. Aku cadangkan lepas ni, kalian boleh tolong dgn maklumkan kat aku secepat mungkin berkenaan tayangan filem indie ni supaya aku maklumkan kepada ahli.

fadz said...

kalau tak pun, hulur lah satu dua DVD kat gua, boleh kasi pusing semua ahli dey! hahahahaha

PerangFilem said...

Tak tonton Jalan Pintas sbb tak tayang di tmpt umum seperti GSC, TGV etc. Kalau ada dvd bagus gak.