25 September 2012

Lambakan Filem Tempatan Harus Dikawal

Kita hidup dalam dunia yang "demokratik".

Dalam dunia demokrasi, kita bebas memilih beberapa perkara yang berlandaskan dasar undang-undang yang sudah termaktub.

Dunia demokrasi bernama "pasaran bebas" berlaku dengan majmuk dan muhibah dalam tayangan pawagam tempatan kita, sama seperti Singapura (yang lebih pelbagai filemnya). Kita memilih untuk menonton sesebuah dan kita tonton filem itu.

Semenjak filem tempatan kita dibebaskan dalam dunia pasaran bebas ini dengan sifat "berdiri sendiri", nyata, filem-filem itu menghadapi badai yang amat mengejutkan. Filem-filem bermutu seperti Songlap dan Bunohan, mungkin "susah" untuk menarik penonton kotemporari (kerana unsur gelapnya?), tetapi bagaimana pula dengan filem komersial seperti Leftwing yang sebenarnya punya "tarikan penonton" tersendiri sebenarnya (khusus mereka yang terikat dengan dunia rock) tetapi gagal di pasaran? Ada yang mengatakan, orang luar tidak dengar pun akan filem itu. Beberapa filem komersial yang mengikut formula turut menghadapi masalah yang sama.

Secara kebenarannya, filem kita masih diperkecilkan oleh masyarakat kita sendiri sebenarnya. Contoh. Jika ada 10 filem yang ditayang di pawagam, etnik Melayu menengah, misalnya, tetap akan memilih menonton 3 pilihan filem Hollywood, ataupun sebuah filem bahasa lain. Terakhir, jika tiada pilihan, barulah filem Malaysia/Melayu dipilih.

Adakah kenyataan di atas benar? Mohon buktikan kepada aku kenyataan ini falasi semata-mata (dan aku berharap pun ia falasi).

Persoalan mencapai RM10 juta yang pernah dikemukakan oleh Suhaimi Baba (dan berlaku tahun lepas) kononnya mewarnakan bahawa kita sudah ada sejuta penonton filem tempatan. Adakah andaian ini benar dan boleh disahihkan dengan kajian? Adakah kita (Finas, dan khususnya optimisme David Teo) terlalu terburu-buru dan percaya terhadap dasar terkini (tayangan seminggu sebuah filem)?

Aku ingin bertanya kepada pihak berkenaan, adakah kutipan filem kita yang lesu tahun ini juga berkaitan dengan kebanyakan filem Barat yang lebih memberi "nikmat" untuk tontonan dibandingkan filem tempatan? Berapakah kutipan filem Hollywood tahun ini? Ataupun Hong Kong? Adakah ia turut terjunam sepertimana filem tempatan?

Aku sebenarnya mengaku. Buat tahun ini, aku agak lelah menonton filem Malaysia. Setiap minggu, ada sahaja filem "baharu". Jadi, elok sahaja aku "memilih", menyiasat dahulu sebelum menonton (bertanya kawan di twitter, contohnya). Lambakan ini tampak biasa jika kita di Amerika (yang hanya menayangkan filem bahasa Inggeris di pawagam komersial, hanya beberapa filem pilihan yang mendapat pengedaran terhad). Tetapi di sini, mutu pembikinan, penceritaan dan kuasa pasaran (lihat sahaja promosi, bayangkan bagaimana promosi filem Leftwing ingin melawan promosi serata dunia Premium Rush pada masa yang sama) berlainan buat sesebuah filem dengan sesebuah filem lain, belum lagi diperbezakan dengan filem tempatan dan filem luar.

Aku pernah menonton sebuah filem "art house", dibikin oleh pengarah "auteur" Thailand di Phuket (pawagam itu pawagam komersial). Dalam pawagam, ada tiga orang selain aku.

Di mana-mana, orang tetap mencari hiburan. Itu aku tahu. Tetapi dalam pencarian hiburan, dan formulaik, orang juga mencari "sesuatu yang lain".

SAM sebuah filem "gelap", yang setaraf Eraserhead ataupun House of the Devil untuk tayangan "tengah malam". Memang, tidak ramai yang akan "menyukai" filem itu, tetapi filem itu, kiranya "berjaya" kerana perbezaan semangat yang dibawa dalam garapan komersial yang dipakejkan. Promosi filem itu all out, jika dibandingkan dengan Leftwing (filem ini ditulis oleh legenda pembikin 80-an, Nasir Jani!) Filem itu, sekurang-kurangnya berbeza dengan judul pelik, genre spoof dan formula B-movie yang kita sedar melanda wayang kita (sepertimana filem-filem separa seks komedi melanda wayang Indonesia sekarang, sepertimana era kejatuhan filem Indonesia pada 90-an). Masalahnya, filem itu sebenarnya ada harapan untuk disukai oleh golongan kelas menengah Melayu (rata-rata masih orang Melayu yang menonton filem Malaysia dan ini fakta), tetapi mengapa penonton itu tidak tertarik?

Adakah kerana, kita, para penonton yang kononnya sofistikated, cepat mendiskriminasi filem kita sendiri?

Aku mengaku, hal itu ada (dan wujud mentaliti tunggu masuk Astro Showcase, DVD dan TV Raya) dan masih tumbuh kekar. Kerana itu, bila aku sendiri mempromosikan filem (dahulu) seperti Puteri Gunung Ledang, Sepet, Gubra, serta filem sekarang seperti Songlap, masih ada kawan-kawan yang melihat kepadaku dengan gaya serong. Sedangkan aku percaya, golongan merekalah yang dapat menghargai filem-filem sebegini.

Mereka semua terlepas keindahan Layar Lara, kebagusan Tsu Feh Sofiah dan kehebatan Jogho.

Adakah kita patut mansuhkan dasar terkini sebelum sedikit demi sedikit melemahkan lagi penguasaan filem kita di pawagam tempatan kita? Serius, secara realiti, jika aku di depan carta pawagam, aku akan menggaru kepala untuk memilih "dua" filem Malaysia yang sedang ditayangkan (kadang-kadang tiga, kecuali jika aku benar-benar menunggu filem itu, seperti Sembunyi, Penanggal dan Hanyut setakat ini), dan kadang-kadang aku akan terbeli filem Hollywood yang aku tidak ada niat pun hendak menonton. Itulah realitinya. 

Jika para penerbit filem dapat hidup dengan desakan dan kitaran cepat tayangan filem sekarang, teruskanlah dan redalah dengan pelaksanaannya, lalu perkuatkan promosinya. Jika tidak, sesuatu harus dilakukan, sebelum filem-filem tempatan benar-benar terkubur, dan waktu itu sudah terlambat hendak buat apa-apa lagi, sepertimana lambakan filem Melayu pop yeh yeh dan remaja girang era 60-an.

12 comments:

Anonymous said...

Apa kata kita tanam filem tempatan ini enam kaki di bawah tanah bersebelahan pusara sastera?

Unknown said...

LAYAR LARA SAYA NONTON 2 KALI..! JOGHO SAYA TONTON BERKALI2-MEMANG TAK PERNAH PUAS..! KAKI BAKAR PENUH SEMANGAT..! CUMA TSU FEH SOFIAH PUAS SAYA CARI VIDEONYA DI KEDAI 'HALAL' TAPI BELUM BERJUMPA..! KAT MANA ADA..? MAKIN SUKAR MAKIN LAMA MAKIN GIAN NAK MENONTON..!

Unknown said...

APA PENDAPAT FADZ TENTANG MAT SENTOL YG DAPAT PUBLISITI SEHARI 2 NI..? BAGAIMANA PENILAIAN ANDA DENGAN FILEM ARAHAN BELIAU YANG DULU2 TU-BERMACAM2 MAT..! SEPATUTNYAKAH BELIAU DIJAMIN DANA OLEH FINAS UNTUK ARAHAN TERBARU DAN MUNGKIN YANG TERAKHIR..? TAK CUBA MANA TAHU KOT..?

aku said...

Lebih baik pasaran yang tentukan daripada pengatkuasaan. Bagaimana nak klafikasikan filem yang patut masuk atau yang patut terbuang, Rata-rata pembuat filem berbelanja dengan dana sendiri. Jadi apa hak kita untuk menghalang mereka dari menjual hasil karya mereka walaupun filem sampah pada hemat kita.

Penyelesaian yang lebih baik pada saya ialah bantuan. Lantik hakim-hakim untuk filem yang bermutu dan bagi mereka bantuan dana setidak-tidaknya yang boleh litup 80 peratus kos produksi. Untuk elakkan dari filem-filem sampah dari masuk, kita boleh adakan klasifikasi Khazanah Negara contohnya.

fadz said...

Salam Sharizal,

Spoof dengan rujukan Buster Keaton yg dibikin Mat Sentul menarik. Saya tidak gemar dengan yg pertamanya (Mat Bond) walaupun ramai yang menyatakan ianya "klasik", ada beberapa yg mula "tought provoking" termasuk Mat Tenggek yang amat seksual, jauh meninggalkan zaman. Sememangnya, filem2 Mat Sentul perlu dibuat retrospektif apa/kenapa filemnya, dan unsurnya.

Saya setuju jika diberikan Dana kepadanya, serta kekuatan sokongan pembikin muda dan teknologi, itu sebenarnya yang beliau perlukan, tetapi kurnagkan guna CGI kerana rata2nya CGI kita masih tahap teruk.

fadz said...

Salam "aku", saya sokong berkenaan senarai Filem Khazanah Negara, sepertimana American Filem Institute top list (tapi ini hanya senarai dan dimasukkan dalam arkib dan diberi layanan baik terhadap simpanan filem) dan saya juga amat sokongan dengan bantuan dana "menampung balik" kos kerana filem itu disenaraikan dalam "Khazanah".

Saya akur dgn persoalan pasaran melebihi penguatkuasaan, tetapi malangnya, filem yg baik, kerana LAMBAKAN tetapi memberi input menolak penonton untuk menonton. Contohnya, bila tayangan 29 Februari contohnya ditayangkan, penonton seminggu awal yang suka akan memaklumkan seterusnya berkenaan filem itu, kerana kutipan yg kurang, ada beberapa pawagam sudah mula "menutup panggung" lalu penonton minggu kedua yang membaca ulasan mendengar cerita kawan akan ke pawagam dan mendapati filem itu "sudah tidak ada". Ini yang sedang berlaku dalam kebanyakan filem. Ya, hanya jika mesin promosi kita sudah begitu kuat, dengan keyakinan penonton MALAYSIA kita untuk menonton filem kita, barulah dasar seminggu sebuah filem itu sepatutnya digerakkan (dan boleh ditambah filemnya). Lihat sahaja tayangan dua filem serentak hari raya yang mana sememangnya sebuah filem akan "hidup" dan sebuah lagi tentu lingkup, bukankah ini kebiasaan? (zaman 90-an, saya pasti akan memilih satu, contohnya era Fantasi lwn Sembilu tak silap saya, saya pilih Fantasi).

fadz said...

Secara umum:

Jika secara amnya kebanyakan filem Malaysia bagus, penonton sesiapa pun akan pergi menontonnya.

Adakah ini bermakna secara keseluruhan, filem Malaysia masih tak bagus?

Amir Hafizi said...

Ya.

Bukan Sepet said...

Adakah ini bermakna secara keseluruhan, filem Malaysia masih tak bagus?

Atau

Adakah ini bermakna secara keseluruhan, PENONTON filem Malaysia masih tak bagus?

Bagus camana pun filem tu - Relaxlah, nanti raya tayang kat tv kan?.. haha!

aku said...

never bite hand that gives you food. Kita bergantung kepada perkenan mereka untuk melabur berberapa nota untuk filem kita. Kalau saya buat filem saya akan anggap penonton ialah raja. Tapi tidaklah pula bermaksud kita perlu korbankan secara total nilai artistik karya kita. Pengkarya yang baik akan tahu bahawa nilai kormesial dan nilai dirinya perlu sama rata. Penonton pada saya tidak pernah ada yang tak bagus. (Kecuali yang buat bising lelebih masa primier filem. padahal masuk free je. Macam Gaol FM.)




Anonymous said...

customer is always right!

Anonymous said...

tiket filem mahal la sekarang bro..dah la aku jadi penganggur sekarang ni, tak dapat la menonton wayang buat sementara waktu.. aku rindukan tiket wayang murah rm8 dan rm6 untuk super wednesday.. sekarang tiket filem blockbuster rm14 di TGV.. cerita melayu yang tak best pun tiket rm14??hmmmmmm.. seminggu sekali pula tu masuk tayangan.. patutnya penerbit filem rehat2 lah dari membuat filem semantara,janganlah produktif sngat tapi hasilnya hampeh..

ambil masa la buat skrip yang bagus.. cari pengarah yang bagus,cari pengarah muzik yg bagus,baru buat filem..janganlah la pulak 28 hari je dah siap abis shooting,cepatnyaa.. bermutu ke filem tu?

dan pulak,elak-elakkan lah bajet filem tu sampai sejuta..dua juta,atau tiga juta,kalau benar2 best.. ramai yang akan tonton..insya Allah boleh la dapat 10juta.. tapi kalau cerita klise,bosan,hambar.. alamatnya ratus2 ribu je lah kutipannya.. dah cerita tak sedap.. tak ramai la org tengok..

karyawan filem baik buat filem yang bajet rendah tapi best, janganlah bajet tu sampai juta2,lepas tu gagal.. kutipan sikit,camne nak bayar balik pinjaman dana camtu?jual kat astro first>berapa sgtlah org nak tgk?jual DVD?berapa boleh jual kalau filem tu kat panggung pun tak dapat sambutan?

kaji balik,buat post mortem dan brain-storm karyawan2 semua.. biar setahun 5 filem je tak apa.. asalkan kelima-lima filem tu bermutu mesti dapat sambutan punya.. dri berpuluh2 filem 3-4 filem je yang dapat sambutan yang lain hancur.. bankrup je nanti.. mana mau cari duit bayar hutangg??