Ada tiga cara untuk menonton filem ini, sepertimana ada tiga bentuk penonton yang akan mengerumuni filem ini.
Pertama ialah golongan IT nerd dan geek, atau mereka yang seumpama dengan itu (baca: Nazim Mannawi, ha ha ha ha), di mana filem ini akan menghidupkan segala bentuk fantasi yang mereka mahu imbaukan tentang kehidupan - awek seksi mengajak main, kau kaya dan dihormati golongan cantik dan hodoh, kau boleh tidur pada bila-bila masa kau suka, apa-apa yang kau kata adalah kool, kau diberi parti tapi kau bercadang kau tak kuasa nak layan sebab kod dan siber lebih penting, mamat beefcake bengang gila ngan kau sebab kau lagi kool. Filem, sepenuhnya, memberi gula-gula manis kepada golongan ini (dan inilah jawapan kenapa filem Hackers dahulu lakonan Angelina Jolie dibantai oleh golongan ini serta laman webnya digodam). Cara menonton filem ini, relaks, terhibur, dan ikut lencongan cahaya!
Kedua ialah golongan rakyat biasa yang cuba memahami golongan nerd dan geek. Segolongan daripada mereka akan turut menyatakan bagaimana "dekat"nya filem ini mempersembahkan golongan mamat geek di kampus, dan bagaimana mereka terhibur dengan peragaan mereka, idea mereka, cara cakap mereka dan segala yang tampak impresif sebagai sejenis makhluk yang di luar kod normal. Separuh pula mungkin, tidak akan peduli dan melihat budaya, cara, dan kisah golongan ini dan menuduh mereka hanya sebagai "segolongan lagi umat manusia yang Tuhan beri otak tapi mengejar dunia" (yeap, ini golongan fundementalis agama). Cara menonton filem ini, tonton filem ini berkali jika mahu memahami nuansa dan gaya hidup golongan ini, maka bolehlah diperturunkan kepada anak-anak supaya mereka juga boleh pergi ke Harvard.
Ketiga ialah, mengenali Aaron Sorkin dan David Fincher, Sorkin penulisnya (adaptasi daripada buku, hah, buku lagi, FAHAM tak Ridhwan, you just have to start from something), dan Fincher pengarahnya.
Sorkin sebenarnya lebih dikenali sebagai penulis siri drama The West Wing. Kekuatan Sorkin ialah dialog, khusus dalam retorik dan penjelasan. Sorkin suka mencari dan mengenal pasti "kebenaran" dalam hal-hal samar. Ini tampak jelas dalam skripnya, A Few Good Men. Kononnya, skrip ini menyatakan "sejarah". Di dalam filem ini pula, Sorkin mengambil sudut perbicaraan tertutup antara sudut Mark Zuckerberg-Eduardo Saverin-kembar Winklevoss. Hal ini membentuk perspektif yang berlainan antara tiga sudut berkenaan. Tetapi ini bukan Rashomon, kerana Sorkin "menggerakkan" kepelbagaian perspektif ini (kadang-kala bersilang, kadang-kala bertentang, seperti rangkaian sosial!) untuk menjurus ke satu penghujung yang sama. Kebanyakan drama dalam mahkamah mempunyai plot yang sama sebenarnya. Ambil sahaja The Last Exorcism of Emily Rose, anda akan jumpa pergerakan motivasi yang sama. Apa yang penting di sini ialah retoriknya, adakah ia memadai? Cara susunan, cara pembukaan dan penutup, ia amat-amat memuaskan daripada Sorkin.
Malah teks Sorkin dikatakan telah menenggelamkan auteur David Fincher, seperti kata-kata Leonard Maltin dalam ulasannya. Aku rasa tak. Jika dilihat, bermula dengan Zodiac, dan seterusnya Benjamin Button, Fincher mula melukiskan watak lelaki latar Amerika yang obsesif dalam pencarian (dalam filem ini, pencarian Mark Zuckerberg untuk menyempurnakan Facebook menyerlah kuat daripada, hal kekayaan). Watak-watak ini "susah" hendak didekati kerana sikap self-absorb dan sentimen mereka terhadap diri dan "kerja" yang mereka lakukan. Ini sebenarnya sindiran Fincher sendiri apabila ramai pengkritik menggelarkan filem-filem lamanya (Se7en, Fight Club, The Game) sebagai "syok sendiri" (pretentious). Secara kebetulan, hal ini juga menjadi rujukan terhadap pemahaman abad ke-21 yang banyak memberi sumber dan ruang teknologi kepada manusia. Secara menarik, ketiga-tiga filem termasuk yang ini membiarkan watak lelakinya seorang untuk menyoal dirinya dan punca kehadirannya dalam zaman itu. Dalam ketiga-tiga filem, watak Mark Zuckerberg yang paling menarik dan paling berjaya diangkat ke layar.
Filem ini dimulakan gelap. Gelap di sini sebagai petanda normal, prakejadian (di sini, kewujudan Facebook) dan "zaman gua". Babak gelap awal ini berlaku di dalam pub di mana anak-anak muda Harvard bertemu untuk minum, bersosial dan berpacaran (penanda kepada kewujudan Facebook). Satu "pertikaman lidah" sedang berlaku di antara Mark dan Erica (Rooney Mara). Ini adalah babak "pivotal" filem ini kerana di sini, malam ini, babak ini, secara nyata dan tersirat, pokok filem ini "dibina". Pergaduhan yang berlaku menyebabkan Mark berang dan mencipta satu laman yang nakal tapi bijak, dan ini akan terbawa ke pembinaan Facebook. Mark akan keluar dari pub "seorang" dan berjalan "as a nobody" dalam kalangan pelajar Harvard. Lihat secara teliti, anda akan sedar, babak ini gelap dan watak-watak tidak terkumpul kepada Mark (sedangkan pada malam yang sama, satu komuniti kampus berkumpul). Inilah matlamat pertama filem ini yang buat aku paling mengena. Secara jelas, filem ini menggambarkan bagaimana seorang anak muda tidak ada fitrah dalam berhubung (komunikasi). Keseluruhan filem ini berkenaan hal itu (gagal untuk berhubung). Ini merupakan ironi yang paling jelas (dan dijawab pada akhir filem) apabila seorang anti-sosial (daripada perspektif orang normal) boleh mencipta sebuah media sosial yang menjadi alternatif komunikasi yang paling terulung setakat ini.
Kita kemudian mengikut masuk ke dalam bilik Zuckerberg, dibuka lampu, lantas kita sedar, satu "eureka" akan berlaku.
Tetapi paling penting, dengan segala kebijakan Zuckerberg, adakah hal ini akan membantunya menyatakan yang sebenar, apa yang dia mahu nyatakan kepada seorang yang paling dicintainya? Aku melihat, seakan ada kesamaan filem ini dengan Citizen Kane (selain daripada dua-tiga watak yang membuka cerita yang menjurus ke satu arah). Sebenar-benarnya, Citizane Kane menceritakan tentang kehilangan "innocence" dan "cinta pertama", setelah apa yang dia kecapi. Adakah perumpamaan "Erica Albright" merupakan "Rosebud" Zuckerberg? Ini yang mungkin menyebabkan Zuckerberg "seronok" dengan filem ini.
Filem ini juga sebenar-benarnya, sepertimana suara hati Fincher hendak katakan, merupakan "dunia sunyi imaginasi". Akhir filem ini, kita tidak akan memahami mengapa Zuckerberg mengkhianati kawan terbaiknya (punca yang diberi dalam filem ini kerana keuntungan syarikat, tetapi Fincher dan Sorkin tidak memberi penjelasan yang tepat dan membuka lubang akan hal itu), dan mengapa Zuckerberg tidak melawan habis dengan kembar Winklevoss. Hal-hal ini dibiarkan enigma, sepertimana persoalan pencipta sebenar Facebook itu sendiri. Tetapi paling jelas, filem ini menyatakan, Zuckerberg yang tidak pun menyedari bahawa wataknya "sunyi" dan tidak dihargai (dia mahu sangat dihargai) meneruskan suara filem sejarah yang memaparkan pemimpi-pemimpi besar yang sering-kali tidak difahami manusia, seperti Patton, Gods and Monsters, Lawrence of Arabia, dan Amadeus. Filem ini mengisi "fantasi" itu untuk menyatakan dunia-dunia karya ciptaan manusia itu indah, tetapi anda tidak akan dapat memahami kenapa ia dibina, walaupun apabila cahaya diberi dan lampu dibuka. Malah, secara sindiran, filem ini menyatakan, Facebook tetap tidak "memuaskan" Zuckerberg, walaupun pada akhirnya. Hal ini merupakan enigma yang paling menyengat.
Jesse Eisenberg yang berlakon sebagai tauke Facebook sangat tepat menangkap jiwa seorang genius yang terperangkap dalam dunia yang tidak mahu mengikut katanya. Walaupun wataknya "pelik" dan "celaka", ia memberi ruang untuk kita menyukainya. Sebagai watak "nominasi Oskar", Andrew Garfield sebagai Eduardo Saverin layak mendapat penghargaan berikut. Justim Timberlake juga tidak mengecewakan sebagai seteru Eduardo serta sang legenda Napster.
Paling aku kagum ialah runut bunyi filem ini yang menggunapakai suara permainan video 80-90an serta synthesizer yang berjaya membuah emosi benar. Malah nada lagunya membuak emosi bahawa filem ini sebenar-benarnya sebuah dunia emosi yang menakutkan dan celaru, mendekati filem seram, yang sememangnya akan dan sudah pun berlaku terhadap watak-wataknya tanpa mereka sedari.
Secara peribadi, aku tidak berapa suka dengan filem ini kerana maksud jujurnya terhadap dunia abad ke-21 yang tidak lagi mengikut prosedur dan normaliti, tetapi perubahan-perubahan yang laju dan bersikap individualiti dan kepentingan diri (rujuk satu babak, Zuckerberg dinyatakan tentang Bosnia, negaranya tak ada jalan, tetapi dah ada yang guna Facebook), tetapi sebagai pengolahan sebuah filem yang jujur terhadap makna mencipta sebuah idea tentang individualisme yang berjaya memahami realiti sosialnya, filem ini merupakan antara filem terbaik tahun ini.

9 comments:
Aku dah boleh dapat agak sebenarnya mood cerita (kalau tidak pun) menghampiri mood kelam dan seretan emosi, hanya kerana tagline-nya yang aku rasa (setidak-tidaknya) agak terpesong untuk sebuah filem yang mengadaptasi seorang geek (atau menurut Encyclopedia Dramatica : 'l33t').
Anyway, Sabtu ni aku akan tetap cuba untuk menonton filem. Tak boleh tidak.
Paan, serius ko akan suka filem ni.. bentuk filemnya tak kelam, tapi jiwa2 wataknya sangat kelam, heheh
btw ia bergerak laju so mmg tak bosan..
bg. aku, termasuk Benjamin Button dan Panic Room, ni kira antara filem mainstream/konvensional yg pernah dibikin Fincher.
Setelah berpura-pura (pretencious) memahami apa yang fadz tulis, akhirnya saya tersungkur juga...
Apa maksud sebenar "mencipta sebuah idea tentang individualisme yang berjaya memahami realiti sosialnya?"
tah, filem ini memenangkan individualiti, si individualistik (Mark) berjaya mencipta sebuah sistem yang menghubung dunia kepada satu sosial yang global. Persoalannya adakah dia peduli (kerana dia individualistik) terhadap hal itu? Itu yang dipaparkan dalam filem ini (individualisme tetap mempunyai tempat dalam abad ke-21 kerana penggeraknya ramai dan diikuti massa, itu maknanya)..
"Aku dah boleh dapat agak sebenarnya mood cerita (kalau tidak pun) menghampiri mood kelam dan seretan emosi..."
For this, you have to blame David Fincher. Arahan dan ton yang dia setkan membuatkan filem ini ada sedikit kaku dari segi emosinya. Runut bunyinya, dialog rapid-fire Sorkin yang dibiarkan sedikit ke belakang. I've read the original script almost a year ago, and serious shit, aku baca like it's some kind of John Hughes comedy. Feel dia.
"Akhir filem ini, kita tidak akan memahami mengapa Zuckerberg mengkhianati kawan terbaiknya (punca yang diberi dalam filem ini kerana keuntungan syarikat, tetapi Fincher dan Sorkin tidak memberi penjelasan yang tepat dan membuka lubang akan hal itu), dan mengapa Zuckerberg tidak melawan habis dengan kembar Winklevoss."
Ini penting untuk memahami tema filem ini bahawasanya rejection sebagai pemangkin cita-cita. Keseluruhan konsep filem ini berasaskan konsep yang Zuckerberg berjaya sebab dia direject. Dia mulakan Facemash sebab Erica reject dia (Interestingly, dalam skrip asal, waktu dia berjalan masa kredit pembuka tu, dia ditemani oleh lagu Love of the Common People by Paul Young); bila minah tu reject dia kali kedua - walhal baru fuck some amoi - dia terus membebankan diri dia dengan kerja untuk perluaskan FB ("Kita kena ke Boston University. Just do it!") Dia tikam belakang kembar Winklevoss tu sebab mereka adalah ikhtisar bagi segala yang reject dia dalam masyarakat - kacak, jocks yang berada ("Diorang bengang sebab pertama kali dalam hidup diorang benda tak menjadi."). Dan dia kembangkan lagi FB sebab dia kena reject oleh final clubs, dipersonafikasikan oleh kawan baik dia sendiri Eduardo ("Mungkin memang pun sebab diversiti."). Perkara inilah yang memberikan Zuckerberg motivasi, juga memberi motivasi kepada Sean Parker - satu-satunya orang yang tak pernah reject Mark, sebaliknya ajak dia join sekaki. Parker buat Napster sebab awek yang dia minat dating dengan orang lain; satu part FB dapat invesmen penting sebab Parker suruh Zuckerberg bagi fuck you kepada kapitalis venture yang fuck dia suatu masa dulu. Again and again kejayaan lahir dari rejection.
Aku rasa hal ini tidak pernah dibiarkan enigma. It's pretty much in your face, just never being said out loud. Mungkin kau dah terbiasa sangat dengan filem Kak Min.
"...aku tidak berapa suka dengan filem ini kerana maksud jujurnya terhadap dunia abad ke-21 yang tidak lagi mengikut prosedur dan normaliti, tetapi perubahan-perubahan yang laju dan bersikap individualiti dan kepentingan diri..."
Ni aku tak faham langsung. Are you saying that films should make you go out and sing?
yey Nazim bercakap!
most of yang kat atas, aku dengan gembira menyetujui Nazim... ko banyangkan Nazim, ada banyak pengkritik yg menyatakan filem ini sebenarnya berlandaskan Rashomon (KLue said the same thing!) yg mana FB kemungkinan dicipta oleh si kembar, termasuk kawan karibnya.. serius!! dna yah, aku happy ko dapat baca semua tu sebab aku biarkan org baca (dan, hahah, aku dah agak kop dapat!!)
serius, aku tak tahu, feel yg aku dapat mmg sakit, tapi aku tak pernah tolak yg filem ni mmg bloody brilliant! macam filem Brother Coen tu lah, aku sakit jiwa menontonnya tapi aku tahu, fielm tu mmg antara filem terbaik tahun tu, macam filem ni.. jadi secara peribadi (Maltin kata tak salah untuk mempunyai perasaan peribadi bila menonton) aku mungkin x suka filem ni, tapi kalau aku tonton sekali lagi, mungkin aku akan tambah sukanya, tgklah..
salam...
Aku suka baca apa yg ada dalam blog ni, nak tanya, apabila menonoton satu cerita tu, apa yang dilihat oleh encik?
Anon,
saya melihat "cahaya". Cahaya yang bergerak ...
Post a Comment