Pertama sekali, arwah Yasmin masih bolehlah terkekeh apabila festival filem Asia Pasifik (FFAP - buat kalangan pembikin filem, ni kiranya festival filem tahap nyamuk, walaupun dah lama bergerak) memberi beliau anugerah "Pengarah Terbaik" untuk Muallaf. Errmmm, tak faham kenapa Malaysia tak hantar Evolusi Kl Drift 2, bukankah pengarahnya menang baru-baru ni di FFM? Dan ya, Magika sebagai Filem Terbaik FFM tahun ni tak bawa balik apa-apa dari FFAP.
Hebat tak juri-juri kita?
Apa-apa pun, tahniahlah kepada filem-filem yang dipilih ke FFAP tahun ini.
Di bawah ini pula aku ringkaskan dua buah felem yang aku tonton dekat-dekat Awal Muharam yang mana aku boleh gerenti juga takkan boleh menang mana-mana festival. Oh ya, kita buat filem untuk untung kan, bukan untuk menang.
Saya Tak Bodoh(2010)
Boris Boo, kalian kenalkah? Yeap, aku pun tak kenal tapi aku rasa dia mesti mamat Singapura yang diberi peluang mengarah filem adaptasi I'm Not Stupid karya Jack Neo yang sangat terkenal di Singapura.
Premisnya sebenarnya menarik filem ni, malah adaptasi yang mencuba, dibikin oleh Hassan Muthalib nampak seimbang. Hanya pelaksanaan skrip ini ke filem yang tampak lemah. Banyak sangat babak yang kelihatan tidak disusun atau distruktur dengan baik, ditambah dengan kemalasan pengarah untuk menggunakan banyak suntingan laju dan sudut tangkap yang lebih menarik.
Tapi babak pendidikan seks dalam filem ini memang "priceless". Ini adalah kerana ia digerakkan dengan semangat anak-anak yang tidak memahami seks. Babak ini amat menarik.
Aku tak suka Amy Mastura dalam filem ni, dia sebenarnya tampak penyayang dan motherly, dan cara dia dibawa memarah dan meleter seakan-akan dibuat-buat walaupun dia mencuba (Amy pernah melanda watak yang lebih mencabar dan bagi aku, ini kekuatan Aziz M. Osman membimbingnya). Pelakon yang berlakon jadi Sudin tu boleh pergi jauh, kalau dia tahu pengarah dan skrip mana yang boleh membawanya jauh. Adibah Noor menyeronokkan dalam filem ini.
Tetapi aku tak tahu mengapa, didaktik tipikal Jack Neo tampak masih tidak sesuai sangat untuk filem ini, Hassan Muthalib. Mungkin kerana cara "pengajaran" yang berlaku dalam filem ini tampak "biasa" dalam Opera Cina, yang sebenarnya wujud dalam wayang kulit kita (watak Wak Dogol atau Wak Seman yang membaiki keadaan) tetapi di sini, cara ia tersusun tampak sedikit artifisial. Hal ini merupakan kretiviti Hassan dan Boris untuk memahami dengan mendalam lagi jenis tempat dan ruang yang boleh dimainkan, dan muka memasukkan kesemua watak dalam satu babak dalam satu tempat pada satu masa.
Ngangkung(2010)
Ada tiga dialog yang aku ingat dalam filem ini.
KTM - Kuda, Tutu, dan Mak-Nom!
"Ohh, beristighfar, Islam lagi rupanya!"
(yang ketiga, nanti ...)
Sebenarnya filem ni seronok dan ada babak seram-komedinya memang menjadi, malah poin didaktismanya bagus (jangan guna benda syirik untuk main judi yang haram), tetapi sekali lagi, cara pelaksanaannya boleh dibikin dengan lebih baik. Tetapi secara plot, filem ini memang ada plot.
Aku sebenarnya tak lah jumpa apa-apa daripada filem ini, selain aku menyedari, lawak, walaupun ia sejanggal dan sebodoh mana, ia boleh mengeluarkan ketawa, dan hal ini bukan selalu dan bukan senang dibikin. Ini dipanggil lawak "gags".
Contohnya, dalam filem Airplane!, banyak "gags" yang amat-amat menjadi dan lawak, yang diteruskan dalam mana-mana filem berbentuk rujukan. Gags menjadi dan hanya akan menjadi jika penonton yang dikaitkan mengetahui makna simbol yang dimainkan (selalunya merujuk kepada budaya popular setempat).
Dalam filem ini, sebuah babak memberinya dengan baik dan secara tiba-tiba. Pada waktu itu, si pelakon Senario Lan Pet-pet (melakonkan watak ini dengan baik sekali) masuk ke rumah si mangsa yang dikacau hantu, apabila dia mengheret hantu itu keluar rumah (dengan mencubit telinga hantu itu), si wanita jatuh pengsan. Si suami memangku isterinya di depan ruang tamu. Tiba-tiba Lan Pet-pet kembali dengan kamera digital di tangannya, lantas mengambil gambar, dengan dialog ketiga yang aku ingat: "Senyum semua, nak masuk Facebook..."
Si isteri yang pengsan tiba-tiba bangun dan tersenyum.
Yeap, babak ini sungguh hiperbola sebagai sebuah aksi yang logik, tetapi seluruh anggota dalam pawagam tergelak ribut kerana babak ini, kenapa? Yeap, kaitan budaya popular yang sungguh kuat terhadap situasi babak itu (cemas). Ini dikaitkan pula secara tidak sengaja dengan keriuhan masyarakat untuk "menangkap" aksi dan gambar cemas lantas dimasukkan dalam YouTube, Facebook atau media sosial baharu untuk dikongsi (sepertimana Uncle Seekers lakukan berkenaan Tuanku Aisyah). Persoalan ini menarik sebagai komentar sosial, yang mana filem ini serta filem atas cuba dan agak berjaya untuk nyatakan kepada masyarakat.
Tetapi pengakhiran filem ini, walaupun patut dan kena, seakan dilaksanakan kurang bermaya.
Bukan apa, ada yang beritahu aku, Ngangkung bakal lawan Adnan Semp-It yang bagi aku masih banyak babak-babak lawak yang genuine. Bagi aku, tak, filem ini masih tidak ada perencah lebih yang boleh mencapai tahap filem Saheizy Sam sebelum itu.

7 comments:
2 felem melayu yang wa dah tonton..
kedua-duanya memegang nasihatnya tersendiri..
sayangla wa tak tgk filem im not stupid too..
so wa x tau macam mana perbezaan antara 2 felem tu..
wa plak suka azli dalam ngangkung..
gaya dia menakutkan yana untuk buang anak tu sangat sweet..
boleh tak semua doktor wat camtu..
senang cite x bagi gugurkan anak..
dan nasihat dia untuk membe sam tu(x ingat nama) last2 cite tu memang terbaek..
cuma ending memang foul..
banyak felem melayu foul kat ending..
For the very first time ke kau puji Lan Pet2? Dang!
Yup, Amy Mastura lebih menjadi dalam filem apa entah yang jadi mangsa trauma tu, pada aku lah.
Paan, ko baca tak A Kotey's latest review on Scott Pilgrim, hillairous gila ah!!
Lan Pet-pet dan senario tak pernah masuk buku aku, aku merasakan runsing tahap gaban jika aku puji diorang, but yah, aku suka Lan Pet2 kali ni, sebab dia "constant" dan "tak over" kali ni. Azli(?) Senario dalam citer ni macam B*** dengan mata julingnya, walaupun dia dapat watak doktor-ustaz yg baik.
yeap, nama felem tu TRAUMA.. pandai betul ko eh! they should have a short lesbian scene between Amy and Nasha, or Nasha and Sharifah, or Sharifah and Amy, barulah filem tu aku boleh bagi label "klasik"!
addy, wa tetap tak suka dengan mata juling azli, rasa macam nak korek2 je mata dia.. serius, kalau dia berlakon selamba je pun dah cukup sebab babak tu menumpukan aksi cerita bukan aksi watak dah.
Aku baca dowh review tu! Haha! Sumpah aku terus termakan hasutan review tu untuk tengok Scott Pilgrim!
haha..
azli kan memang suka buat muka macam gampang..
wa pun sangat benci memekan muka beliau..
tapi sebab setiap felem dia buat memek muka, wa macam dah lali ngan perangai dia tu..
ahahahaha, paan, samalah kita!
addy, hahaha, serius aku dah tahap nak hiris2 muka azli dalam panggung masa tu!
Post a Comment