14 December 2010

Atas Sebab Kuasa Sinemanya, Aku Keluar Panggung ...


Aku tonton Rakhta Charitra dalam versi Tamil (aku sudah tonton Bahagian Pertama dalam versi Hindi bulan lepas) semalam yang berdurasi dua jam setengah. Kekure memaklumkan aku bahawa versi ini merupakan Bahagian Kedua filem tersebut.

Atas sebab itu aku pegi tonton ...

Di Capsquare, siap penjaga tiket tanya, "Betul ke nak tonton filem Tamil ni?"

Bila cahaya mula kelam dan cerita bermula, Ya Tuhan, cerita ini (seperti makluman Wikipedia) merupakan cantuman Bahagian Pertama dan Kedua! Aku rasa gusar kerana Pratap Ravi (lakonan mantap Vivek Oberoi) yang aku kenal dan sayang dalam Bahagian Pertama dicincang-cincang perwatakannya lantas menjadi seorang watak yang "jahat" (kesemua latar keluarganya, kembara ceritanya kenapa dia terpaksa mengganas dipendekkan tanpa justifikasi yang kuat). Ini sangat maklum kerana versi Tamil ini "memenangkan" anti-hero yang lebih dekat buat penonton majoriti Selatan India, iaitu Surya (Maddelacheruvu Suri). Memang, sejak Surya muncul di layar, wajahnya diikonikkan dengan babak slomow John Woo dan gaya ketuhanan.

Aku rasa agak janggal dengan versi Tamil ini kerana bukan sahaja ianya TERLALU cepat bercerita, dan sangat menekankan aksi daripada drama (80% drama dan intrig serta kuasa emosi yang aku tonton dahulunya hilang lantas semacam sebuah filem aksi Yusof Haslam yang bertaraf lima bintang!) tetapi banyak adegan ganas yang aku dapat tonton dahulu termasuk dialog celanya telah dipotong kotor oleh LPF, aghhh, tensen!

Bila sampai ke "Bahagian Kedua" filem tersebut, rentak dada aku bergegar. Ada sebuah babak yang sangat bergaya memaparkan bagaimana dunia Pratap Ravi ini akan ditumbang-balikkan oleh Surya (Surya dan konco-konconya datang bom kereta Pratap). Secara literal, memang, tangkapan kamera tiba-tiba mengguling tiba-tiba dengan perlahan sewaktu orang Pratap mengejar Surya, malah rasa seakan diri tidak mencecah graviti! Aku rasa mahu hendak menangis, Ram Gopal Varma aku sedari mencipta sebuah adikarya yang sungguh besar, lebih-lebih lagi dengan mengambil petikan Mahabrata berkenaan "dendam merupakan emosi paling asas" dan Mahatma Gandhi berkenaan keganasan "mencipta keganasan". Sememangnya dunia filem ini seakan satu gelombang pening yang tidak dapat lagi melepaskan anda. Lingkarannya yang penuh, menyedut anda dalam dunia ganasnya dan anda terus terpusing tanpa arah keluar di dalam sedutan puting beliungnya!

Aku dapat merasa (kerana menonton versi terdahulu, penonton Tamil tidak akan dapat merasainya) bagaimana jiwa di atas jiwa disamarkan dan terlalu sentap emosinya bila dua filem ini bersatu dan bersenggama, lebih-lebih lagi dengan pemahaman "dalam setiap kerja keras kita, akan ada lubang dan cacing yang cuba masuk ke dalamnya", dan hal dendam dan kuasa diperahkan dengan emosi yang sangat asas (marah, sakit jiwa) seakan-akan membenarkan Mahabrata dahulu bahawa peperangan dan pembunuhan sesama manusia itu tidak dapat dihindari kerana ianya merupakan naluri utama manusia itu sendiri!

Dan kerana pemotongan demi pemotongan yang bagi aku masih tidak memberi justifikasi Surya, ibunya, dan isterinya untuk bersikap "mengentam" Pratap, aku sudah tidak dapat tahan. Pada babak keluarga Surya dibom, dengan gegaran emosi (inilah hal yang mensabitkan kesalahan Pratap, dan mainan dramanya, ohhh, setaraf mana-mana drama Greek atau Shakespeare!) suara dan rasa Surya pada tahap terhitam, poin yang mana dari detik itu, kita (penonton) mengikuti terus CERITA DARAH Surya walaupun masih bersimpati dengan Pratap!

Filem ini sememangnya lari daripada segala yang kita faham tentang Bollywood. Ini sebuah filem besar yang bagi aku, disempurnakan setelah beberapa filem Ram Gopal yang terdahulu.

Setelah itu, aku menyedari, tidak, aku takkan puas walaupun aku dapat menonton akhir cerita filem ini, maka, aku terus keluar, mendengar Pratap Ravi berucap dalam Tamil (waktu itu beliau berhadapan dengan isterinya yang menyedari perbuatan suaminya, sangat babak Al Pacino dan Diane Keaton dalam Godfather!), tidak pandang-pandang lagi, tetapi memegang dalam diri aku, Ya Tuhan, indahnya sakit yang aku simpan, yang aku jumpai dalam filem itu.

Aku mahu curahkan perasaan itu bila datang Bahagian Kedua nanti!



7 comments:

Nazim Masnawi said...

Aku sebenarnya keliru gila dengan filem ni. Versi Hindi punya ada dua bahagian, innit? Dan versi Tamil cuma ada satu. So kedua-dua versi ni lain terus ke or whatever? Ke perlu tonton kedua-dua versi and such?

fadz said...

Versi berlainan dari segi bahasa bro, alih bahasa (bahasa sebenar ialah, ermm, apa eh kaum Ram Gopal, aku dah lupa tapi tu lah bahasa sebenar filem ni).. tapi ketiga2 filem berlainan sebab mengikut massa penonton masing2.. tapi aku pun tak faham, apakah penonton Tamil tak sesofistikated daripada penonton Hindi ke sampai mereka dapat the worst version macam cincang gila aksi filem MTV-action bagai?

Paan Ovrtd said...

Damn! Nazim wuz 'ere yo! This should be epic! Atau...sebelum2 ni pun dia ada ke sini? I'm slowpoke.

Aku tak tau kenapa dan sejak bila filem tamil jarang aku tonton. Maybe sebab terlampau disogokkan dengan filem2 yang ditayangkan (for sure yang telah 'disucikan') oleh televisyen. Mungkinlah. The last tamil movie yang aku tonton adalah filem yang ada kaitan dengan (mungkin adaptasi) Face/Off, pasal temanya sama. Anyway, poster filem ni sangat gempak. Seolah-olah jalan ceritanya akan membawa aku melalui pengalaman ekspedisi ke kem Abu Sayyaf.

Hehe...aku baru baca memoir 'Sepasang Kasut dan Selipar Jepun : Di Bumi Abu Sayyaf' tulisan salah seorang wartawan BERNAMA, Jackson Sawatan.

fadz said...

gila ah peminat Nazim sorang ni, dah macam stalker pulak, hahah, aku jeles ah kat Nazim sebab aku nak juga stalker yg ikut setiap gerak-geri aku dan tiba masa satu hari... ok, aku dh melalut..

ko cuba check entri2 lain, Nazim sendiri ad akomen apa yg ko tulis dalam entri Social Network aku.. dan ada beberapa.. paling aku terkejut, dia baru tonton papa-dom dan itu pun dia komen.. aku siap dh lupa ttg filem tu.

Paan Ovrtd said...

Aku stalker kau jugak la kiranya sebab aku tak jumpa twitter kau sampai hari ni. Nazim aku dah follow tapi haram berlagak macam lahanat. Untuk seketika, Nazim berjaya buat aku ucap "I am Jack's inflamed sense of rejection, celaka."

Kah kah kah!

fadz said...

damn!

aku nak stalk ko pulak lah!

oh ya, btw, i dont do tweet..

jefri sempurna said...

:)