30 December 2010

Hina Sangatkah Sastera Melayu?

Yeap, kali ini aku bercakap fasal sastera sikit, tapi ia juga kena-mengena dengan filem.

Hal ini adalah atas reaksi aku terhadap Salbiah Ani baru-baru ini di Berita Harian yang memohon pihak persatuan penulis, DBP dan badan sastera lainnya bangkit memberi wacana yang adil terhadap INTERLOK, satu-satunya novel SN Abdullah Hussain yang bagi aku sangat-sangat sesuai difilemkan (aku pernah cuba-cuba tulis skrip mengadaptasi novel ini kerana kekuatan imej dan gerakan ceritanya yang indah sekali untuk dilayarkan).

Bagi aku senang sahaja, T Murugian seorang asshole, Interlok lebih daripada hanya Melayu lembik dan India Pariah, tetapi bagaimana dunia yang dijajah, yang mana golongan penjajah (buku ini sebenarnya tipikal novel neo-kolonialis, bagaimana golongan yang dijajah dicemik penjajah, maka dengan mengikut gaya dan ilustrasi penjajah terhadap mereka, mencipta 'sejarah' mereka tersendiri untuk bangkit daripada kelam penjajahan) dakyahkan terhadap masyarakat waktu itu. Novel ini tidak lebih dan tidak bukan hanya mencoret orang-orang kecil (BUKAN TOKOH BESAR ATAU PEJUANG BANGSA) yang melalui perubahan (rujuk juga novel Sandera, Lepaskan Aku Kembali Ke Laut yang mempunyai tujuan yang sama walaupun lebih politikal) zaman, dan bagaimana mereka boleh bangkit, membina sebuah negara dengan hanya melalui perpaduan (tiga kaum diberi latar penceritaan yang sama berat dan sama rata, falsafah Abdullah yang tersirat bahawa tiga bangsa itu tidak boleh bergerak jika masing-masing tidak mengenal antara satu dan masing-masing tidak diberi suara). Bagi aku, kerelevan perkataan "pariah" sepertimana novel Uncle's Tom Cabin, yang mana, mahu tidak mahu, golongan kulit hitam Amerika yang dipanggil "nigger" dan dibawa ke tanah itu sebagai hamba abdi diabadikan.

Murugian, usah jadi asshole sejarah. Malu sahaja!

Aku berkata hal ini, kerana ada dua lagi adegan yang berlaku yang membuat aku faham, kenapa novel-novel kita amat susah diadaptasi.

Senang sekali, orang filem dan karyawan seni, rata-ratanya, BUTA sastera kita sendiri.

Kes 1:
Aku pernah duduk semeja dengan seorang pengarah Melayu terkemuka, yang mana aku tanya direct, kenapa novel kita, kalau tak mahu novel sasteralah (sebab dulu kan S. Othman Kelantan pernah buat perangai bila U-Wei ubah novelnya, bodoh, ubah sikit pun buat tersinggung, sekarang U-Wei langsung takut nak sentuh novel Melayu) novel popular pun boleh. Lantas aku terangkan bagaimana novel Ramlee Awang Mursheed yang menunggu sahaja untuk difilemkan (tak payah saga Laksamana Sunannya yang mungkin mahal bajetnya, ambil saja novel-novel modennya), Anis Ayuni, Salina Ibrahim dan entah berapa banyak lagi penulis yang jadi jutawan yang menunggu novel-novel mereka untuk ke layar. Aku siap bagitau pengarah tu bagaimana novel-novel itu terjual beribu-ribu naskhah.

Pengarah itu boleh kata, "Oh, saya baru tahu tentang hal ni..!"

Serius aku tergamam! Berapa ramai pengarah, penulis skrip dan penrbit filem di luar sana mempunyai kenyataan seruan yang sama dengan pengarah tersebut?

Kes 2:
Abang aku kenalkan seorang penyanyi lelaki, kira hebatlah rumah ayah aku hari tu, seorang artis bertandang di rumah. Dalam bercakap punya bercakap, si penyanyi ni (yang aku tahu tak kenal sastera Malaysia) terus-ternag menyatakan, "novel JK Rowling tu memang novel fiksyen sains yang amat hebat!"

Huh?

Elok sangatlah KOMSAS diperkenalkan, agar anak-anak muda, lebih-lebih lagi anak bukan Melayu yang tak kenal sastera Melayu kenal sedikit apa itu SASTERA. Jangan fasal mengejar Wawasan 2020, sikap masyarakat kita hanya kenal JK Rowling, Transformers, dan Lord of the Rings dan tahu NAK BERHIJRAH KE LUAR SAHAJA.

Fasal itu, aku menulis, sebagai nota editor dalam Dewan Masyarakat dalam talian baru-baru ini, kenapa sudah tiba masanya, sasterawan dan pembikin filem duduk dalam satu ruang dan berbincang! (yeap, Dewan Masyarakat dah ada web!)

Majlis-majlis seni macam Maskara Shorties sudah pun menyediakan tapak untuk kedua-dua golongan ini bersatu dan bertemu (aku percaya, golongan sasterawan penat nak ke UiTM tonton filem percuma, dan golongan pembikin filem penat nak pegi dengar forum sastera di DBP kalau mereka rasa tak bawa untung), jadi seelok-eloknya mereka kenal-mengenali. Jadi DBP, Finas, bila lagi kalian mahu lakukan sesuatu untuk menyatukan kedua-dua pihak ini??

ps: Aku masuk Gua.com arituh, berceritakan 3 filem terbaik, dan 3 filem terburuk Malaysia sepanjang 2010.. tengoklah!!

23 comments:

Paan Ovrtd said...

Fadz, aku tunggu 'Mikhail' difilemkan. Serius.

Jef Hadi said...

serius sedih aku tengok macam mana interlok kena buat macam tu sekali.

seriuslah. kalau ada yang tak kena dengan buku tu, bukan ke ada cikgu yang mengajar? kan ke tugas cikgu bagitahu yang baik dan buruk. yang dorang takut sangat ni apehal?

ceh.


p.s- konserto terakhir pernah terima nasib sama kan?

fadz said...

Paan, tu la fasal!

Sastraboy, ce citer sikit citer Konserto Terakhir tu biar org lain tahu, ce citer! (ambil gaya Hantu Kak Limah)

kak Jah said...

Tunggu Teduh Dulu....

Anonymous said...

inilah jadinya kalau tukang pukul nak jadi tukang bot, buku nak jadi filem dan lelaki nak sontot lelaki. ini semua sebahagian dari jihad songsang!

artisticklytouch said...

oh, saga Laksamana Sunan itu kalau difilemkan...makan hati peminat LOTR

fadz said...

artistick, yeaaaagghhh!!! haha

kalau korang ada idea, novel mana yg cantik kalau difilemkan, baik sastera, popular, picisan atau yg tka pernah dgr pun ...

artisticklytouch said...

oit, panggil aku art sajork.

satu lagi novel yang aku nak tengok difilemkan adalah Cinta Terakhir karya Ujang terbitan Creative Enterprise, entah kenapa aku rasa sangat melankolik walaupun cerita dia biasa2 je haha

memang sedihlah sastera melayu ni tak mendapat tempat sangat dalam masyarakat kita.

yang sang pengarah pun aku rasa tak pernah peduli nak membaca, apatah lagi membaca sastera melayu, itulah sebabnya boleh tak tahu.

sekarang kita nantikan hikayat merong mahawangsa...jom kita baca dulu baru pergi menonton.

fadz said...

art, Cinta Terakhir? Aduh!!

Aduh!

hahaha..

yep, hate that book but aku hormat pandangan ko..

Hikayat Merong Mahawangsa, aku rasa dekat dengan semangat Scorpion King, Krull, dan Solomon Kane.. I hope KRU prove me wrong..

artisticklytouch said...

next entry aku:
Hina Sangatkah Cinta Terakhir

LOL

Anonymous said...

nak adap macamana sebab kebanyakkan org filem msia sekolah tak habis.baca surat khabarpun.baca ruang gossip artis je

Melody M. said...

Teringin tengok Trilogi Cinta, novel oleh Siti Jasmina versi filem. Dulu masa zaman universiti pernah propose nak adaptasi jadi naskhah teater, tapi pengarah tak setuju (sebab ada kekangan).

shazleeshahazeman said...

oh,nanti aku nak gi rembat interlok di kedai buku berhampiran ah.zaman aku komsas dulu tak pakai novel ni.

oh,aku teringin 1515 karya Faisal Tehrani difilemkan.

Jef Hadi said...

pasal Konserto Terakhir tu, novel tu, hampir lagi jadi teks rujukan untuk pelajar sastera. kira masuk dalam final list-lah. malangnya, tak lepas tapisan.

sebab dia, novel tu, mengajak orang main muzik, dan masa tu(tak tahun zaman bila, 70,80 an kot) muzik macam mainan setan kan. so, tak lepaslah.

abdullah hussain bidas balik, kalau muzik tu salah, biarlah. kan ada cikgu, dan apa tugas cikgu? mengajar benda baik buruk. lagipun, dalam novel tu, muzik digunakan untuk perkara baik.

(aku lupa untuk apa muzik dia dalam novel tu, dakwah kot.)

tapi novel tu best!

Jef Hadi said...

setuju dengan shazlee!

shazleeshahazeman said...

a ah novel tu layan siot.aku suka penggunaan frasa 'masa bodoh..' dalam beberapa perenggan.nampak macam lingo zaman 70-an.tapi plot die macam melompat sket a.mungkin yang original tak macam tu,tapi lepas ditapis utk komsas die jadi pelik sket.

eh interlok utk tingkatan berapa ha?aku cari kat satu kedai ni takde ah.

fadz said...

Interlok untuk Tingkatan 5, zon Wilayah Persekutuan, Selangor dan apa ntah..

beli yang original terus, tebal dan sedap, ada juga yg diterjemah keluaran ITNM.

KOnserto Terakhir kan sebelum ni juga dibikin teks KOMSAS, tak silap aku tingkatan tiga ke empat..

Trilogi Cinta eh, haa, sekarang tak eh buat? kekangan apa ah?

fadz said...

konserto terakhir katanya pernah idea itu disampaikan kepada Allahyarham tan sri, benarkah?

Anonymous said...

aku tingin klau novel ramlee 'hatiku diharajuku' buat filem...xtau napew aku mmang minat sngt novel tuh smpai aku baca 3 kali....mcm ko kata aku trtnya gak napew owang kita xnak filemkan sastera2 melayu.....mcm buku ramlee cnth trbaik

Anonymous said...

aku tingin klau novel ramlee 'hatiku diharajuku' buat filem...xtau napew aku mmang minat sngt novel tuh smpai aku baca 3 kali....mcm ko kata aku trtnya gak napew owang kita xnak filemkan sastera2 melayu.....mcm buku ramlee cnth trbaik

Mr JaY said...

BAru la aq sedar kenapa banyak novel melayu x difilemkan..aq rase, karya abang Ramlee murshid banyak hebat2x. Dari dulu aq da terpikir benda ni, baru hari ni ade jawapan..Rupe2x nye, ini puncanya...

Anonymous said...

http://www.freemalaysiatoday.com/author/uthaya/

pandangan lain?

Anonymous said...

Wow, this piece of writing is nice, my sister
is analyzing these things, thus I am going to convey her.