10 November 2010

... Dalam Botol (2011): Kecelaruan Yang Indah dan Hodoh Sekali Gus

Terima kasih JAS Production dan Amy Ikram Ismail (Finas) kerana menjemput aku menonton filem kontreversial ini tadi.

Pertama sekali, nama filem ni ANU DALAM BOTOL, there, get use to it people!

Tadi, aku entah kenapa berani, GATALnya mulut Ajami Hashim, memohon aku diinterbiu oleh pihak BBC lantas bertanya akan filem ni.. Aku nak lari-lari pun tak boleh dah, Nazim Masnawi siap ambush aku kat tengah jalan. Habis berterabur speaking London aku tadi...

Tapi aku dengan berani menyatakan begini, Anu Dalam Botol ialah sebuah filem anti-gay (mungkin sebuah subgenre atau subversif genre dalam Queer Cinema?) Filem ini mungkin tidak "menghukum" para homoseksual secara terus, khusus transgender terhadap "pilihan" mereka, tetapi memberi satu tanggapan yang amat negatif terhadap mereka, bahawa golongan ini celaru dan keliru (dan hal ini dipaparkan dengan baik oleh Arja Lee). Ini benar-benar mencela golongan ini di akar tunjangnya, menyatakan dunia dan diri mereka "tiada roh" (tonton babak sewaktu Ruby buka peti ais yang kosong dan hanya dua biji telur yang ada), tidak ada identiti (rujuk bagaimana celaru dan gelapnya paparan dunia Arja-Wan Raja dan bagaimana tidak ada rujukan, personafikasi atau identifikasi terhadap mana-mana tokoh atau imej, mereka hanya "terpinggir" dan "sesiapa" dalam dunia urban serba moden), dan paling teruk, tidak ada signifikasi (dalam Malaysia). Begitulah yang dinyatakan, digarap dan dipaparkan secara penuh dan bulat.

Filem ini akan dipersoal dan mungkin akan dicerca oleh pemerhati antarabangsa, terutama peminat Queer Cinema.

Lebih-lebih lagi, "suara" Arja Lee (Ruby/Rubidin) di"mati"kan. Kita tidak tahu kenapa dia "bertukar" (hal ini samar) dan untuk apa dia berdiri (dia tidak berdiri untuk haknya), kenapa memilih mencintai Diana Danielle (walaupun hal ini "believable" dalam filem ini) dan kenapa dia memilih untuk melakukan klimaks di akhir cerita. Semua ini di"samar-samar"kan, disunyikan dengan sengaja. Apa yang kita rasa ialah "menipu" (deceptive), Kehadiran Arja Lee ialah "menipu."

Menipu ialah "ilusi" yang digerakkan oleh Khir Rahman dalam memahami Arja Lee. Hal ini sangat-sangat ditentang dalam dunia filem gay (kerana seorang watak yang tidak mahu menerima dirinya, atau menerima dirinya dengan cara yang amat negatif dan memalukan sekali).

Tetapi "ilusi" ini perlu, malah secara halus, "signifikan" dalam tata, aura dan jati filem Melayu.
Ini adalah kerana, mahu tidak mahu, filem ini "mengaku" akan hegemoni "Islam" dan adat "Melayu" kotemporari yang jelas-jelas menentang watak-watakl seperti Arja Lee dan Wan Raja.

Maka di sini, idea filem ini digerakkan. Aku terus-terang, ada ruang yang dimainkan dalam filem ini yang bagi aku, mencipta satu jalur yang indah. Paling utama, filem ini hanya "menunjuk" tidak pernah menghukum, Khir Rahman sebagai pengarah hanya merakam "dunia terpecah dua" Arja tanpa apa-apa campur tangan, malah kadang-kadang seakan menyatakan testimoni peribadi si Arja buat tatapan masyarakat (hal ini mengecilkan filem ini, dan menolak filem ini menjadi filem berlapis). Di sini, filem ini menjadi filem berlandas forum sosial, filem yang mana menjadi petanda untuk diperbincang dalam masyarakat berkenaan "benar" "salah" atau memahami pilihan-pilihan "celaru" Arja Lee itu. Ini yang menarik.

Secara teknikal, beberapa babak yang dibikin Khir agak celaru dan kelihatan janggal, serta beberapa babak tampak panjang. Tetapi Khir juga berjaya mencipta beberapa babak yang benar-benar memaut cantik. Lebih-lebih lagi dengan babak "kahwin" yang bagi aku dibikin dengan teratur dan lancar sekali, ditolong juga oleh Ogy Ahamad Daud dan Diana Danielle sebagai pemancar babak klimaks yang sungguh indah (pautan terakhir mereka sungguh indah, menjawab persoalan "sumpah" Diana yang awal, juga persoalan Ogy dan Diana yang ditinggalkan). Sememangnya, keseluruhan filem ini (dan sudah dapat ditangkap, kerana bagaimana watak utama dipaparkan kepala belakangnya) sebenarnya merupakan sebuah Tragedi Greek yang tersusun. Kerja Arja hanya "menyentuh" watak-watak yang mengelilinginya dengan pasif (kita tidak jumpa, satu pun babak yang mana dia betul-betul melakukan keputusan yang berjustifikasi atau berjaya, kecuali membayar hutangnya) dan watak-watak inilah, yang berkait dengannya yang akan bereaksi. Menariknya dalam hal ini, watak-watak yang dekat, dan disengajakan banyak berinteraksi dengan Arja merupakan watak PEREMPUAN, ibu Arja dan Diana Danielle. Hal ini menarik, kerana kita memahami, filem ini bukan sahaja hanya kerana Arja, tetapi orang-orang yang mengelilinginya. Ini merupakan filem berkenaan mereka yang "tidak memahami"nya (penonton majoritinya tidak akan memahami Arja).

Secara sayu juga, filem ini dengan "sengaja" tidak memberi kebahagiaan terhadap tiga wanita utama dalam filem ini. Adakah ini disengajakan? Hal kesayuan inilah yang mengherdik "masyarakat" untuk memahami "dunia lain" ini dan mengapa mereka berdiri di garisan "antara wanita" (dia wanita tetapi tidak diberi peranan menjadi wanita dalam dunia mereka). Hal ini sengaja mungkin, kerana "tragedi" sang wanita ini dipaparkan "terjadi" kerana menyentuh "tragedi besar" watak Arja Lee. Kehancuran tidak boleh membaiki kehancuran (nilai ini amat negatif). Pengkaji teori seks tentu akan mendapat makanan enak untuk menganalisa hal ini.

Suatu lagi hal yang menarik berkenaan filem ini ialah berkenaan ruang "kampung" dan "kota" yang dimainkan sekali lagi, tetapi bukan secara stereotaip. Di sini, ruang "kampung" disengajakan memberi personafikasi "penyucian" bagi watak Arja, atau normalisasi (tetapi kita tahu, ianya sesuatu yang sementera, lihat sahaja babak dalam dewan awam). Aku suka dengan babak "terasing" Arja yang "lupa" dengan hidup mudanya di kampung, menyatakan dia sudah "jauh songsang" atau "kotor" dalam arus kemodenan bandar (bandar selalunya personafikasi dunia berdosa). Hal ini menarik secara ironi (tetapi ingat, watak Arja dimusykilkan "kesahihan"nya, seperti mana pilihannya dalam erti kata pemahaman konsensus Islam-Melayu sebagai "palsu"), dengan memaparkan seseorang yang meninggalkan dunia "kota"nya untuk mendakap dengan penuh hati akan dunia "kampungnya" tetapi "melupainya".

Kehadiran Diana sebenarnya berperanan sebagai pembantu Arja untuk "mengenal kembali" atau "disucikan kembali" kepada dunia konsensus budaya dan agama Arja. Di sini, kita akan selidiki, jika benar-benar Arja akan "disucikan" atau menerima dunia "indah" itu secara hipokrit. Paling nyata, kehidupan kampung yang "indah" ini dipaparkan seteliti mungkin, malah memenuhi filem ini, melebihi dunia "kota" (yang kelam dan tragik). Kita sekaan mempercayai dunia kampung yang "hegemoni" mendominasi kesedaran kita dan "tentu" kesedaran Arja. Hal ini menjadi "turning point" filem ini.

Lakonan dalam filem ini baik, malah semuanya memiliki kekuatan yang sempurna. Aku amat menyukai runut bunyi filem ini, disusun pada detik dan babak tertentu dengan betul sekali sebagai filem, malah banyak membantu menyatakan hal berkenaan sesuatu babak.

Memang filem kecil ini mempunyai peranan untuk berilusi (watak Arja sendiri, terlalu misterius), dan dari ilusi ini, isu-isu "penipuan" itu dimainkan. Tetapi hal ini, walaupun indah, hanya dapat disanggupi dan difahami secara "jahat", dengan memahami kenapa "ilusi" itu dilakukan. Inilah kecelaruan yang indah yang dicipta Khir, sekali gus juga amat menghampakan.

fadz: baca reaksi aku terhadap reaksi Ajami terhadap ulasan aku. Jawapan anak seorang ustaz yang bagi aku agak adil mengulas filem ini. BTW, Lut, felem ni keluar 2011, bukan 2010. Ni lagi satu yang bagus daripada Nazim Masnawi. Jadi, Paan, ko wajib tonton!


14 comments:

Paan Ovrtd said...

Err...Fadz, out of topic sekejap. Boleh tinggalkan ulasan tentang short films yang aku share di entri terbaru?

(well, aku sebenarnya membodek dengan sepenuh ikhlas)

fadz said...

ko tetap peminat besar Nazim masnawi kan? aku pun!!!

Ajami Hashim said...

terimakasih kerana memautkan ulasan saya incik fadz hehe..

lutfi said...

Fadz, skurang2nya filem ini tidaklah meraikan klise filem Melayu, mcm Magika dan Lagenda budak setan. Aku ada juga buat review amatur di blog aku untuk filem, menunaikan tanggungjawab stlh menonton free

Paan Ovrtd said...

Hahahaha! Dia memang baguslah. Dan bagi aku, kamu berdua adalah rujukan ulasan filem yang bagus untuk aku.

sinaganaga said...

Banyak semiotik tak dalam filem ni?

fadz said...

Lut, betul.. sebab itu ia indah dan hdoh sekali gus, mengikut perspektif masing2..

naga, ada tapi malas nak nyatakan dengan sepenuhnya.

Paan, ops bontot ku kembang tiba2

lutfi said...

Fadz, memang 2011. Sebab itu ada perkataan 'jika' sebelum '...dalam botol'.

Naga; hang kena tonton filem tu

Taf Teh said...

Queer bukan 'DNA' yang diperlukan oleh masyarakat atau budaya di Malaysia.


Kita, sesungguhnya, tidak mahu disambar petir...

fadz said...

Lut, owait! Saje je..

Taf, well said! Hence ull enjoy this film.

saat omar said...

Let Me In is a direct adaptation of Let The Right One in. I mean it literally!

jangan tengok LMI kalau dah tgk LTROI....
tapi kalau nak tengok jugak, tengoklah...

fadz said...

Saat, yeap, Carbon Copy, but brilliant Carbon Copy aint it?

aku suka percampuran imej bahawa "ayah" si lelaki tua rupanya kekasih si Chloe, aku suka semangata tu (we know the repeating dread towards the new boy) but this time, we do not feel manipulatived.. i fell the relationship of the boy and Chloe is more intimate, believable.. yeap, aku tak suka perempuan yg dalam sweedish tu, dia sangatlah iblisnya, hahahahaha

gaik said...

Fadz, I couldn't agree with you more on this and your other reviews (on Malaysian Gods, and Punggok Rindukan Bulan). It would be great to translate your reviews into English.... Bila?

fadz said...

Gaik, what i really need is a good translator.. who could take the challenge, ITNM?