Ada satu babak yang menarik dan sekali gus mencuitkan dalam filem ini, dilakonkan oleh Muniff Isa. Ianya berlaku sewaktu kedengaran bunyi dentuman dan orang berjalan. Muniff waktu itu sedang makan mi segera dalam cawan. Untuk sesekali dalam layar filem subgenre sebegini, ada "kecilikan" yang berlaku, sengaja diletakkan untuk "mencuit" proses formula yang sudah dikitar semula berkali-kali oleh Hollywood dan juga popular dalam pembikin filem Nusantara. Dalam detik babak ini, jika ianya mengikut konvensi, Muniff akan berhenti makan, lantas satu syot memaparkan Muniff bergerak mencari suara tersebut (hal inilah yang klise). Dalam filem ini, lebih bergetar bunyi tersebut, dengan perlahan, dan kemudian laju, Muniff menghirup minya. Ia sekaligus membuak perasaan "thrill" dan kelakar, yang sepatutnya wujud dalam filem ini - sebuah slasher/rumah berhantu yang menghiburkan - tetapi tak. 18 April 2011
Dilarang Masuk(2011): Diperlukan Cerita
Ada satu babak yang menarik dan sekali gus mencuitkan dalam filem ini, dilakonkan oleh Muniff Isa. Ianya berlaku sewaktu kedengaran bunyi dentuman dan orang berjalan. Muniff waktu itu sedang makan mi segera dalam cawan. Untuk sesekali dalam layar filem subgenre sebegini, ada "kecilikan" yang berlaku, sengaja diletakkan untuk "mencuit" proses formula yang sudah dikitar semula berkali-kali oleh Hollywood dan juga popular dalam pembikin filem Nusantara. Dalam detik babak ini, jika ianya mengikut konvensi, Muniff akan berhenti makan, lantas satu syot memaparkan Muniff bergerak mencari suara tersebut (hal inilah yang klise). Dalam filem ini, lebih bergetar bunyi tersebut, dengan perlahan, dan kemudian laju, Muniff menghirup minya. Ia sekaligus membuak perasaan "thrill" dan kelakar, yang sepatutnya wujud dalam filem ini - sebuah slasher/rumah berhantu yang menghiburkan - tetapi tak. 11 April 2011
OK, mintak buat SURVEI sedikit
06 April 2011
... Dalam Botol(2011) ialah Filem Bulan Ini

Pengalaman menonton ini membawa kepada suatu yang dipanggil "perbincangan", atau wacana. Terus-terang, aku tidak pernah dengar dalam filem kita di mana penonton biasanya melewati perbincangan yang biasa seperti "terhibur - best - tak faham" kepada sesuatu yang berlaku terhadap filem art house seperti filem ini.
Bila suatu filem diperkatakan, itu bermakna filem itu hidup. Walaupun suara yang diperkatakan itu negatif, atau suara yang diperkatakan itu positif, maka berlaku pertikaian (yang sihat) atau sesuatu yang pergi lebih lunak dari itu.
Dan filem ini "hidup", dan "membesar". Itu sesuatu yang amat baik untuk latar apresisasi filem kita.
Di sini ada beberapa yang menarik yang aku jumpa:
Ulasan sekumpulan pengulas homoseksual
Ulasan Amir Muhammad (bagi aku, ini kupasan yang terbaik, walaupun aku tidak mengakui beberapa pendapatnya dalam beberapa bahagian, tetapi itulah wacana)
Ulasan BinFilem (juga antara yang terbaik, yang juga disusuli dengan beberapa lagi berkenaan filem ini)
Ulasan Hassan Muthalib, Sejarawan Filem Malaysia
Ulasan Si Naganaga yang heteroseksual
Ulasan Sinefela
ps: Ada suatu perkara yang aku kurang setuju. Mengapa filem ini ditayangkan tanpa sarikata apabila tayangan filem di FINAS bersarikata?
31 March 2011
Kak Nab Suka Dengan Bangkok Traffic Love Story
Jadi, aku nak ubah perangai sedikit dalam tulisan ni, mengikut mak cik-mak cik (atau penulis lelaki macho yang mengaku perempuan macam Siti Jarum) kolumnis dalam media hiburan utama, lagipun mereka tulis kan sempoi dan senang dijamah pembaca kita yang sampai hari ni tak faham mengapa lagu masa pengantin Anu dalam Botol perlu kasar dan "bilazim", aku cuba eh:
Kak Nab baru-baru ni sukalah tengok apa yang sedang berlaku dalam industri perfileman kita. Iyelah, takkanlah kita nak harapkan kepada Upin dan Ipin sahaja buat filem yang bagus. Lagipun dua watak tu masih kecik lagi, khusus untuk anak-anak Kak Nab yang baru je masuk tadika. Itu yang Kak Nab seronok sangat bila Yusry KRU dan abangnya sanggup buang duit berbilion-bilion duit syarikat dan Kerajaan untuk tunjukkan pada Kak Nab bahawa dalam sejarah Kedah, raja-raja kita rupanya berketurunan Mat Saleh. Kak Nab tengok bisep dan perut ketul-ketul Stephen Rahman Hughes pun Kak Nab dah teruja. Kita rupanya dah ada pelakon Hollywood yang boleh cakap bahasa Melayu, kira bahasa Melayu dah antarabangsa lah kan? Lepas ni, bolehlah kita ajak Brad Pitt jadi Hang Tuah dan Natalie Portman jadi Dang Anum. Tapi Kak Nab boleh bayangkan mereka bercawat dan bercoli, aduh, sesuai sangat, tentu penonton kita dan penonton luar n
egara akan suka.Lepas tu Kak Nab dipanggil oleh Raja Azmi untuk tonton filem terbarunya, ... dalam Botol. Kak Nab pun tak faham, apa yang ... tu, macam ... filem kontroversi U-Wei pula. Tapi itu yang merimaskan Kak Nab, sebab ... dalam filem U-Wei tu kisah seorang perempuan, tapi ... dalam filem Raja Azmi tu fasal seorang perempuan palsu. Runsing Kak Nab. Dah lah gambar filem tu satu take saja, lepas tu bergoncang sana bergoncang sini, macam camera man tak cukup makanlah, kesian betul. Kak Nab tak fahamlah apa yang Raja Azmi buat. Tapi Raja Azmi bilang kat Kak Nab, ini filem Khir Rahman. Kak Nab lagi jadi keliru, bila pula Raja Azmi tukar nama lelaki? Nasib baik filem tu ada Ogy Ahmad Daud, terubat rindu hati Kak Nab nak tengok dia berlakon lagi. Nak harap Arja Lee tak boleh sebab bagi Kak Nab dia kurus sangat. Wan Raja pulak boroi, tak macam Stephen Hughes ...
Lepas tu, Osman Ali pula bawak Kak Nab tonton filem dia, Cun! Kak Nab suka betul dengan filem Osman kali ni. Awal-awal lagi Kak Nab boleh ketawa tengok Ning Baizura bermulut becok kenakan Maya Karin. Kak Nab pun setuju sangatlah Maya Karin bercerai dengan suaminya, sebab Maya Karin memang sesuai sangat dengan Ramy Ishak. Kalau tak percaya, tontonlah filem ni. Kak Nab restu sangat mereka berdua, kira macam Erra dan Awie zaman Sembilulah. Lagipun, ada satu adegan Remy Ishak berkubang di parit. Kak Nab dapat rasa sangat, Remy dah setaraf dengan pelakon Hollywood, tengok saja badan dia yang berketul-ketul tu, kalah Brad Pitt.
Lepas tu, Kak Nab tontonlah filem Thai ni pula, judulnya, Bangkok Traffic Love Story. Ini sebuah lagi filem Kak Nab suka. Memang korang takkan rugi tonton filem ni. Kisah dia pun tak meleret-leret macam Sayang Salmah, tak keliru macam ... dalam Botol. Pelakon lelaki dia, walaupun tak sesasa Stephen Hughes atau Remy, Kak Nab tetap boleh jatuh cinta dengan dia.
Filemnya banyak berlaku di stesen LRT di Bangkok. Memang kreatiflah pengarah dia, buat filem atas LRT dan stesen LRT, Kak Nab terfikir-fikir juga, kenapalah pengarah kita tak buat filem berdasarkan LRT kita? Dah lah kita dah ada 2 LRT. MRT pun sudah nak diperkenalkan oleh Kerajaan. Prasarana beginilah boleh digunakan sebagai latar yang tentu menarik di layar, dan dalam masa yang sama, menarik para pelancong untuk berkunjung ke negara kita. Barulah orang akan kenal dengan filem kita.
Oh ya, Kak Nab lupa nak ceritakan cerita filem ni. Filemnya tentang seorang wanita biasa yang jatuh cinta dengan seorang pemuda kacak yang bekerja sebagai jurutera penyelenggara LRT. Semua yang wanita tu buat salah, tetapi pemuda tu sabar dan tenang sahaja dengan kerenah wanita itu. Wanita itu juga mendapatkan tips-tips untuk mengorat lelaki itu daripada drama televisyen kita yang serupa seperti Samarinda. Lihat, siapa kata TV tidak perlu memberi mesej yang berguna. Orang Thai pun faham, drama TV perlu mengajar nilai-nilai positif agar memberi kebaikan kepada penonton. Kalau wanita itu tidak menonton drama TV, tak dapatlah dia mengikat pemuda kacak itu sebagai kekasihnya.
Kak Nab suka filem ini sebab filem ini panjang, dan bukan pendek-pendek macam Cinta, tiba-tiba saja orang dah boleh bercinta. Lepas tu, semua perasaan, suka, benci, kelakar, semuanya ada dalam filem ni, macam novel-novel cinta yang Kak Nab selalu baca. Lagipun, pelakon-pelakon Thai memang kacak-kacak dan Kak Nab rasa terhibur dengan lakonan mereka.
Nanti, jangan lupa ya tonton filem ni. Kak Nab gerenti korang akan ketawa semahu-mahunya, menangis semahu-mahunya!
tulus ikhlas,
Kak NAB
ps: OK, aku tahu ia lebih sarkastik, tapi serius, filem ni memang worth the watch (aku akan tonton sekali lagi lepas ni). Memang ada bahagian2 bodohnya yang kita teringat kartun Dik Cerdas, yang aku setuju pengarah sengaja ambil ideal perangai Jepun (untuk memahami latar budaya Siam yang terikat kuat dengan budaya pop Jepun-Korea atau Sino, ini sebuah filem yang menarik untuk dimasuki), tetapi lawak-lawaknya menjadi dan aku asyik ketawa. Dan semakin lama aku masuk dalam filem ni, semakin serius, semakin benar pertunjukan "cinta" si wanita dan lelaki. Waktu itu, babaknya mula menghampiri indah dan sesak orang bercinta. Yep, akhir babak itu, walaupun aku tak menangis, tapi rasa "hangat"nya boleh dirasai membara di ulu hati aku. Untuk orang yang pernah dan sedang bercinta. Filem ini merupakan antara filem yang indah dan boleh dijadikan simpanan memori yang indah untuk pasangan.
23 March 2011
Peraduan CUN! Senang Nak Menang!

Hadiah-hadiah menanti anda:
Pemenang Pertama: RM500 x 2 tiket tonton Cun!
Pemenang Kedua: RM300 x 2 tiket tonton Cun!
Pemenang Ketiga: RM200 x 2 tiket tonton Cun!
10 Pemenang Sagu hati: 2 tiket tonton Cun!
Pemenang akan dikira melalui jumlah undian "LIKE" @ "SUKA" paling banyak dalam FB Cun!
Cara-cara:
1. Muat turun gambar di atas
2. Isikan belon dialog di dalam gambar atau isi dalam teks:
Remy sebagai Atan "________________________"
Maya sebagai Luan "________________________"
3. Pos jawapan/gambar terisi dalam wall/dinding FB Cun!
4. Paksa semua orang undi dialog anda lah,a ap lagi!
Tarikh TUTUP: 31/3/2011
nota pendek: Aku tak sempat nak ulas filem ni, tapi aku nak bagitau, pengawalan filem ni yang sengaja dibuat semacam kita terperangkap dalam filem Razak Mohideen akan terubat dengan babak-babak kampung yang langsung hilang superfisialnya dengan watak-watak berwarna, khusus Luna Maya dan Remy Ishak. Kekuatan tema berkenaan keluarga yang dimainkan amat menjadi. Aku suka budak yang retard dalam filem ni, dia "jiwa" filem ni. Dan cinta lakonan Remy dan Luna amat menjadi dan bulat, malah merupakan bibit cinta yang sudah lama kita tidak tonton selepas Sepet, Azura, Ali Setan dan kumpulan-kumpulan filem Melayu yang setaraf dengannya (romance, I mean). Memang tahap klasik! Yeap, aku suka, malah aku suka kritikan Osman Ali terhadap media dan caranya on your face itu. Paling tidak lupa, perjuangan Osman terhadap the meek, the weak, the forgotten diangkat sekali lagi (dengan paparan kampung) sungguh menyeronokkan! Filem komersial Osman yang paling menyeronokkan setakat ini.
16 March 2011
Hujan Panas(2011): Filpen Peribadi Indah

Semalam, aku dapat peluang menonton filpen 20 minit terbaru Nadiah Hamzah (pengarah filem Sub Rossa). Aku menyukainya, kisah anak Malaysia Melayu yang meninggalkan tunangnya untuk menyambung belajarnya di New York. Ada tiga baris dalam filem itu yang indah, pertama, "di sini, kau boleh jadi apa-apa yang kau nak jadi", kedua, "semua orang mempunyai rahsia", dan ketiga, "kalau kaududuk di sini, kau takkan boleh keluar lagi."
Nadiah mungkin mengambil idea judul filem ini daripada pantun;
Hujan panas pagi hari,
Ayam putih masuk reban;
Hilang emas boleh dicari,
Hilang kekasih guna teraban.
Ajami menyatakan, filem ini ada penggunaan cerita atau tema yang sama dengan Sub Rossa, yang aku rasa, mana-mana pembikin juga begitu (dan kadang-kala itulah tandatangan mereka). Aku melihat hal yang lain, yang aku suka, paling penting, iaitu rasa dan pengalaman menontonnya. Ini terletak kepada watak Beto Kusyairi sebagai sang Melayu yang baru tiba di kota New York. Aku bayangkan, filem ini meletakkan watak Beto ke dalam sanubari kita, khusus golongan konvensional. Dan kemudian, golongan ini, atas kaki Beto, bergerak dalam latar dan ruang yang kita sedari, biasa diperkatakan oleh U-Wei sebagai "terasing" (dan hal inilah yang digali dan digali semula oleh U-Wei). Pengalaman ini dinaik tarafkan dengan satu lagi interaksi buat kita, perkaitan Bento dengan alam baru itu dalam bentuk seorang wanita Indonesia. Secara kelakar (yang Amir Muhammad bayangkan sebagai ulang semula Hujan Panas si naif P. Ramlee kepada si jahat Siput Serawak), kita diberi "peluang" merasai perasaan Beto mendepani hal-hal yang "calar" akhlak buat kita di sini, tetapi tampak semula jadi di kota seperti New York, dengan satu babak yang aku kira menyeronokkan apabila Beto menerima weed/pot daripada wanita Indonesia itu (babak sebegini tidak boleh dan tidak akan berlaku dalam filem Melayu tanpa adegan hukuman moralis - oleh sebab itu ramai juga penonton pada malam itu mahu "lagi" kerana aku kira, tak puas). Babak ini dan saat inilah, kita, penonton diberikan peluang merasai, sebagai penonton Malaysia, "sedikit keAmerikaan" yang kita impikan selama-lama ini berlaku terhadap kita. Hanya pada kali ini sahaja kita rasakan, enaknya detik ini, dan detik ini tidak salah malah indah untuk dirasai sama. Secara seloroh, Nadiah juga sengaja memaparkan bagaimana kerana melepak dengan wanita itu, Beto terlepas solat Subuh dua kali (sekali waktu hisap weed, satu lagi sewaktu lepas solat Isyak). Akhirnya, walaupun ada perasaan "terlepas" dan "hilang", sebenarnya Beto memiliki sesuatu yang lebih berharga daripada wanita itu, Beto memiliki "kebebasan" dan "pemahaman diri yang lebih nyata", dan ini dibayangkan (secara pilu jika kita boleh kaitkan basikal tersebut dengan wanita itu) dengan Beto menunggang basikal milik wanita itu dengan laju dan tersenyum. Ini merupakan poskad selamat tinggal yang terindah buat Nadiah kepada tanah Amerika yang berbakti pengalaman kepadanya. Dan pengalaman ini, dapat kita kongsi bersama.
Nuansa-nuansa, yang aku kira, hanya seorang wanita sahaja yang memahami dan boleh nyatakan dengan baik di layar. Dan ini bukan komen yang seksis.
Aku menyukainya, dan aku suka lagi, jika Nadiah diberi lagi kesempatan, walaupun dikatakannya, ini merupakan filem peribadinya yang mungkin terakhir selepas meninggalkan Amerika. Aku harap tidak, dan Nadiah diberi peluang untuk merakam ruang "terasing tapi sangat dikenali" dengan watak Malaysia dan cerita-cerita baru yang berkaitan. Nadiah mempunyai jalan yang sungguh nyata dan luas untuk ini.
Tentang Nadiah dan filpen terbarunya.
11 March 2011
BUNOHAN - Mungkin Lebih Baik Daripada Merong Mahawangsa

Alfie meletakkan satu gezet filem baru, Bunohan dalam entri ulasan Hikayat Merong Mahawangsa aku. Bila aku tonton, IMPRESIF ...
Malah aku teringat dengan Dukun yang merupakan filem arahannya yang tak pernah boleh melihat pagi tanahair kerana seorang bitch yang mahu tunjuk kuasa. Bitch!
NI, tengoklah sendiri .. aku rasa gembira sedikit, tahun ni, dah ada beberapa filem Malaysia yang tampaknya dah berani menyatakan, "Hey, kita lain, dan tak menyesal kalau layan kita":
Laman filem ni.
08 March 2011
Hikayat Merong Mahawangsa(2011): Antara jerat epik dan harapan bangsa
Ok, ego check!
Semalam aku mendapat peluang (aku tidak dijemput) menghadiri Press Preview filem yang dinanti-nantikan ini. Yeap, banyak kawan aku yang bengang gila aku dapat gi. Aku faham, antisipasi untuk menonton filem ini begitu tinggi, dan aku berharap, atas dasar cinta terhadap filem Malaysia, aku utuskan di sini agar kawan-kawan aku tu pegilah tonton filem ni. Hah, see, free marketing lagi!
Ok, tujuan entri "1" ini adalah kerana, sewaktu aku beratur di luar (dengan banyak kali dihalau oleh PR KRU yang profesional sebab aku pariah buat mereka), aku nampak lah kelibat para pelakon, artis kita melalui karpet merah memasuki dewan pawagam, di sinilah pemerhatian aku:
Craig Fong - Pendek
Anuar Zain - Pendek
Norman KRU - Pendek
Yusry KRU - Pendek
Syahir AF - Pendek
Stephen Rahman Hughes - Pendek(!)
Kesimpulannya, bolehlah aku berbangga dengan darah Arab-Acheh-Bugis-Patani aku bahawa sekurang-kurangnya aku lebih tinggi daripada kebanyakan artis Malaysia yang aku selalu nampak gah dan tinggi di dalam majalah hiburan (yep, aku baca juga kadang-kadang, aww), filem serta Melodi itew. (Optical Illusion beb!)
Pengajarannya ya anak-anak, anda tidak perlu ketinggian yang tinggi untuk menjadi artis Malaysia.
"2"
Aku sudah meroyan bahawa aku tidak dijemput. Kiranya aku macam wedding crasherlah (aku dapat rasa sangat, awek Yanie malam tu rasa aku janggal untuk berada di situ, tapi dia betul-betul bersikap profesional dan memberi juga aku tiket), ha ha, muka tak malu. Lagipun Syazwan GalaTV membantu aku (memaklumkan tarikh). Kiranya, aku macam terkedu jugaklah, depan kaunter tiket, meminta macam minta sedekah untuk tiket, walaupun ada kaunter BLOGGER di situ (aku sepatutnya masuk bawah Media). Boleh tahan jugalah PR dan protokol KRU ni, kiranya, kalau kau rasa kau bukan groupie mereka, kau akan rasa terbiar. Tapi aku rasa, pak cik ni lebih teruk daripada aku, sebab, aku walaupun tak dijemput, aku redah aje kerana berbangga untuk menonton filem yang Malaysia tunggu-tunggu ini (semuanya atas kerana filem, dan bukan lain), tetapi pak cik diva ni, menyatakan pendiriannya yang tidak dijemput bagaikan ratu yang dihalang memasuki parti terpenting tahun itu. Hebatkan Harian Metro?
Aku pun sedar aku ni siapa. Blogger yang tiada apa-apa selain hebat mencarut. Bila Syazwan tanya kenapa aku tak masuk pawagam lagi, aku jawab, "Aku tahu, aku ni pariah." Serius, ini pertama kalilah dan kali terakhirlah aku "cuba" datang menghadiri pratonton filem-filem KRU, aku faham tahap dan penghormatan aku buat kalian, terima kasih kerana beri aku peluang.
"3"
OK, now the review of the film.
Korang sedar atau tak, aku campur-aduk bahasa dalam entri kali ni,? Yeap, sebab itulah semangat filem ini, yang Bissme nyatakan sebagai "1 Malaysia". Syazwan menyatakan filem ini "commendable", dengan skrip yang begitu ketat. Kawan yang aku bawa dari ofis menyatakan filem ini MANTAP dan tidak rasa bosan, malah mengujakannya dari awal hingga akhir.
Bagi aku?
Ini verdict aku selepas menontonnya:
Agak menghiburkan dalam beberapa momen, kejantanan yang bermain dalam dunia plastik (same goes to 300 what!), talky, kelam-kabut dan tidak terkawal. Secara keseluruhan, perasaan aku berbaur, tetapi tidak bermakna filem KRU kali ini gagal, malah buat aku, setakat ini, inilah filem KRU yang paling memahami cerita dan garapan, malah melebihi Magika, dan untuk itu, inilah filem KRU yang paling berjaya setakat ini.Hal "kelam-kabut" dan "tiada kawalan" yang dinyatakan di atas sebenarnya subjektif, kerana Yusry selaku pengarah filem ini ingin menyatakan sikap "rojak", dan bagai aku, kiranya, dia berhasil dari segi itu.
Jika kalian dari kumpulan sejarah ini, kalian akan rasa tersinggung dengan filem ini kerana ini merupakan intepretasi Amir Hafizi dan Yusry KRU menelusuri sejarah lama orang Kedah. Sebagai konsep, aku begitu teruja dan mengucapkan tahniah kepada Amir dan Yusry atas kerana mengintepretasikan suatu pemahaman sejarah yang segar akan hikayatnya. Garuda yang dibayangkan merupakan kumpulan lanun berkuasa sihir, Jentayu merupakan kapal Merong Mahawangsa, kata kiasan dalam ucapan orang Melayu menyatakan bahasanya perlu dibaca berulang kali kerana intinya kaya dengan simbolisme, Langkasuka datang daripada nama ibu Merong, Lang (lakonan mantap walaupun pendek Umi Aida, walaupun hal ini tidak dinyatakan dalam filem), ideal kenapa kisah "bersejarah" ini tidak dimasukkan dalam senarai data sejarah orang Rom mahupun Cina dinyatakan dengan bersahaja - bagaimana dua negara ini "malu" ditundukkan kebijaksanaan dan kehebatan mereka oleh seorang Melayu campur, ideal dunia Melayu yang sudah lama berlayar sungguh indah, serta pembinaan sebuah negara kota yang dahulunya tanah kampung mempunyai makna yang tersendiri.
Malah ada satu bahagian, yang kiranya, Amir dan Yusry telah memberi tempat yang begitu indah buat pantun Melayu, pertamanya, pantun yang diingati oleh Merong Mahawangsa daripada ibunya, telah dijadikan suatu mutiara kata yang tidak jelas tetapi menimbulkan pancawarna; ia merupakan kata bidalan cinta dua orang yang tidak pernah bertemu, prophecy kedatangan seorang raja bagi orang Melayu, dan akhirnya, satu puisi yang tragis tetapi berkesan. Penggunaan pantun di sini, kiranya berjaya dari segi pengisian cerita, penciptaan misteri, dan sekali gus memaparkan lapisan demi lapisan yang ia boleh pergi. Aku mengaku, bahagian akhir sewaktu Merong Mahawangsa "memahami" pantun ibunya itu apabila berlawan dengan Taji, lantas melakukan apa yang dia telah lakukan, membuatkan bulu roma aku berdiri. Malah aku nyaris-nyaris menangis atas kuasa pilu (poignant) yang berjaya disemarakkan dalam babak akhir itu.
Yeap, aku menyukai babak akhir filem ini. Kali itulah, aku mengaku, aku dapat menjumpai makna "epik" bagi filem ini. Hanya dengan babak itu sahaja, aku memaafkan Yusry yang pada awalnya, aku menunggu kemunculan sikap epik.
Ini adalah kerana, epik merupakan genre filem yang paling susah hendak dibikin kerana belanjanya tetapi paling disanjungi oleh mana-mana negara pembikin filem. Secara tuntas, Amir dan Yusry menyatakan dengan jujur, janganlah pandang filem ini sebagai filem serius sepertimana Puteri Gunung Ledang, Suryothai, atau Naresuan, tetapi lebih kepada bertih jagung seangkatan Queen Langkasuka. Nilai komersial itu tidak merunsingkan aku, malah, aku menyedari Yusry banyak membuak semangat Pirates of the Caribbean, contohnya apabila babak Putera Rom cuba mendapatkan Merong di pasar Goa. Malah dialog demi dialog (buat aku, ianya membosankan) antara Putera Rom dan Merong mengingatkan aku kepada dialog-dialog kena-mengenakan Keira Knightly-Orlando Bloom-Johnny Depp.
Ada beberapa hal lagi yang mencuitkan yang mungkin akan dibikin spekulasi, sepertimana pemahaman "penyatuan dua kampung", aku merasakan, secara sinikal, KRU sengaja mahu mempamerkan filem ini tepat pada masanya sebelum PRU kita atas makna "tersirat" penyatuan. Kalian mungkin akan berspekulasi bahawa Geruda itu PAS kerana simbol-simbol "purnama mengambang" yang jelas, dan kemudian Merong dan Langkasuka itu UMNO kerana simbol kerisnya (yang datang dari atas angin). Hal ini mungkin lebih mencuitkan jika anda tonton pengkahiran filem ini serta makna pantun yang dinyatakan.
Satu lagi yang aku jumpa, aku sedar, kepala hotak Amir Hafizi ni boleh tahan lucahnya. Dari Jin Notti, Magika hingga projek KRU sekarang, aku tersedar Amir ni suka dengan lawak-lawak lucah, yang kadang-kala membingitkan. Bagi aku, lawak-lawak lucah ini (yang ingin menyerupai Pirates of the Caribbean) sesuai buat mentaliti orang Malaysia tetapi mungkin kelihatan "murah" buat penonton luar. Satu contoh merupakan babak Merong menegur Putera Rom memakai skirt, yang bagi aku agak corny, lebih-lebih lagi dituturkan dalam bahasa Inggeris.
Mungkin kerana itu, dengan projek lunak yang tinggi kos ini, terlalu besar buat bahu Yusry. Secara serius, Yusry mempunyai impian yang maha ikhlas dan suci, tetapi impiannya itu, masih dicalarkan dengan beberapa masalah atas kerana, aku tampak dengan jelas, kepakaran teknikal kita yang masih belum setaraf, walaupun Indonesia dan Thailand. Ya, kebanyakan babak filem ini "betul" tetapi tampak "janggal" atas kerana beberapa hal. Aku tidak suka dengan mainan warna sephia yang sengaja untuk memaparkan kelam dan malam. Aku memahami ini disengajakan untuk membandingkan "masa" perantaraan kisah ini diceritakan dan kisah Merong tersebut, tetapi Ya Rabbi, buruknya! Kadang-kadang kelihatan "pasir-pasir putih" yang berkeliaran di atas layar. Kemudian runut lagunya, walaupun aku teruja, tidak memberi impak yang sepatutnya terhadap imej di layar. Aku juga tidak menyukai suntingan yang tidak begitu terkawal serta sudut tangkapan kamera yang begitu bermain-main (kejap-kejap terbang, kejap-kejap ke darat), inilah kelemahan Yusry dan pengarah penggambarannya dalam
memahami bila syot fokus dan bila syot luas dilakukan. Ini menyebabkan kuasa sinematik filem ini merundum dan tidak dapat dipegang dengan erat.Aku begitu teruja dengan kesan CGI dan seni pengarahannya sekurang-kurangnya, yang bagi aku, bolehlah dikatakan impressive bagi sebuah filem tempatan, dan bagi aku berjaya mengatasi Puteri Gunung Ledang. Lakonan pula, aku bangga dengan lakonan Rahim Razali walaupun kemunculan awalnya membuak ramai penonton menjerit "GANDALF!" (ada satu babak ni yang aku terkekeh sorang melihat Rahim isap "rokok" yang membayangkan yang dia tengah "high", aku tahu babak ni disengajakan), Umi Nazeera yang bagi aku sempurna, malah merupakan antara pelakon yang akan menggegarkan industri kita. Setiap gerak-gerinya, kata-katanya cukup dimakan, dirasai, kita seakan bercium dengannya. Malah Stephen Rahman Hughes pun kalah dengan ucapan Braveheartnya terhadap kata-kata akhir Umi tentang "panah", "parut" dan "jiwa". Umi merupakan bintang bersinar dan suatu yang ditunggu-tunggu dalam filem ini.
Pelakon-pelakon lain agak sederhana. Aku menyukai Gavin, tetapi atas kerana kekurangan kuasa imej, Gavin tidak diberi peluang drama yang sebenar, yang kadang-kala kamera cuba lari dari Gavin. Walaupun begitu, aku nampak Gavin ada potensi. Mano Maniam buat aku pula terlalu OTT. Craig Fong terlalu kayu, termasuk si puteri dan inangnya yang terjerat dalam filem yang salah. Tiba-tiba sahaja aku terbayang French & Saunders di tengah-tengah filem. Stephen Rahman Hughes? Tuhan, kita rupanya mempunyai our own Arnold Schwazeneger. Serius, filem ini memerlukan seorang Merong yang bukan sahaja tangkas, action hero ala-ala Hollywood, tetapi juga seorang thinking actor (mengikut kedalaman skripnya), dan tanggungjawab ini kelihatan susah dipikul oleh Stephen Rahman. Satu babak sahaja memaparkannya, bila Stephen bertanya, "Does it hurt?" pada seorang soldadu yang rebah ditikam ("hello, tentulah sakit?!"). Hanya seorang pelakon yang ada karisma dan wit boleh menyampaikan babak selamba itu dengan berkesan, dan bukan dengan wajah satu dimensi yang kosong.
Percubaan kareografi lawan dan aksi juga kurang menyengat, yang aku sedar, hal ini berlaku dalam mana-mana filem tempatan kita. Beberapa plot turut dipersoalkan seperti bagaimana Puteri Cina tiba-tiba dapat melepaskan diri dengan inangnya di pulau Garuda. Tetapi hal-hal ini, kiranya, aku lihat tidak akan mendatangkan masalah buat penonton kita, memandangkan ada banyak hal hiburan yang terisi yang boleh diikuti oleh mereka. Tetapi bagaimana pula dengan penonton luar?
Inilah persoalan yang paling susah dan subjektif yang ditangani oleh Yusry dan kumpulannya. Filem ini dibuka (dan ditutup) dengan penulisan hikayat (yang kita tonton, di sini, kita memahami, pembikin filem cuba "menulis kembali sejarah", satu semangat pascamoden yang enak). Hal ini agak "besar" dan penting buat kita penonton Malaysia, khususnya Melayu, kerana di sini, kita diperlihatkan bagaimana dengan kedatangan Islam, penulisan itu diperturunkan (secara fakta, hal ini agak salah kerana sebelum itu lagi, orang Melayu sudah ada sistem penulisannya, Pali) dan bagaimana bermulanya tamadun dengan penulisan dan penceritaan. Tetapi buat penonton luar, aku risau mereka "care less" berkenaan hal ini. Jika kalian rujuk mana-mana filem epik, Cleopatra, The Ten Commandments, Spartacus, Braveheart, Gladiator, Troy, Naresuan, Suryothai, kalian akan sedar, filem mereka digerakkan dengan satu watak sebagai "pemegang naratif". Pemegang naratif ini merupakan "tingkap" kepada penonton, dan dia tidak semestinya watak utama filem.
Aku merasakan, filem ini sepatutnya digerakkan oleh Putera Rom, si orang luar yang baru hendak mengenali hidup, kekasaran, kebebasan dan kemuliaan dunia Merong Mahawangsa (Melayu). Rujuk Pirates of the Carribean dan anda akan sedari filem itu pun bermula dengan Orlando Bloom sebagai penggerak naratif, dan bukan Johnny Depp, walaupun filem itu milik bintang itu. Apabila filem ini dimulakan dengan "mengejut" secara naratif, antara Putera Rom dan Puteri Cina yang agak pendek dengan montaj-montaj, kita tidak sempat untuk mengenali Putera Rom tersebut. Malah pembangunan watak hanya berlaku waktu dialog antara Merong dan Putera Rom di atas Jentayu, yang bagi aku, agak kelam-kabut, kerana kita perlu mencari pengakaran, to whom should we root for. Malah sejarah dan perkembangan kisah Merong juga "dimulakan" dengan mimpi. Banyak enigma yang tidak dinyatakan (adakah kerana Merong campuran orang asing, orang Melayu membencinya?) dan ini membuat kita menjerit, wehhh nak extended version!! Jika mungkin, kita dipaparkan satu arch yang indah berkenaan Putera Rom yang dahulunya pandang rendah terhadap bangsa asing, kemudian berubah rupa bila bertemu Merong, mungkin ada sesuatu yang boleh diakarkan di sini. Kerana, semua penceritaan seakan-akan laju dan kelam-kabut untuk menuju ke barisan penamat.
Di sinilah aku tampak sedikit kerosakan filem gah ini, yang aku risau tidak dapat diterima oleh pihak luar. Tetapi aku berharap, dengan filem ini, filem Malaysia boleh juga menjelajah ke serata dunia, walaupun ada cacat-celanya, untuk diperkenalkan bahawa Malaysia mengambil cabaran untuk membikin filem yang lebih baik dan menunggu untuk diletakkan di peta dunia perfileman.