07 June 2011

Toyol Nakal(2011)

Toyol Nakal(2011): Perangkap Bikinan Filem Z. Lokman dengan unsur makanan, seks(!) dan kencing/berak, setentunya unsur alamiah yang mana-mana manusia tak boleh lari punya! - Gaya Z Lokman!



"Dia makan ayam bengkok, udang bengkok dan sotong pancut." - Pelayan Kedai tepi pantai KK



"Anak aku tu memang toyol, kepala botak takde bulu!" - Tuan Ali Shahbana




Jangan terkejut, kalau aku cakap, dalam dunia serba kompetetif, Cyberjaya dan pascaPPSMI ini, masyarakat kita secara dasar masih terikat dengan tradisi lucah Melayu dan lawak kekampungan (hal ini bukan suatu kejian). Ini dapat kita lihat dalam minat kita terhadap mainan lawak "mak cik-mak cik kampung mengumpat" dan "bini nak lahir anak" di kampung yang dibawa oleh Sepah dalam Maharaja Lawak, melebihi sofistikasi dan lawak intelektual yang ada dalam lawak solo Nabil tentang bahasa rangkaian sosial dan teknologi (orang tak faham sindiran Nabil terhadap penonton kita yang menonton Kardishian wa cakap lu!) Ini lumrah. Kadang-kala, ada unsur dalam diri kita yang tidak akan berevolusi. Ini namanya budaya.



Z. Lokman dikenali sebagai pemutar bahasa imej lucah (atau seks ala Melayu) di dalam filemnya. Gayanya bad taste, punya semangat antara terang-terangan John Waters dan bikinan filem main tangkap muat murahan Ed Wood. Jika Razak Mohaideen merupakan "sofistikasi" terhadap lucah-kampung masyarakat Melayu, Z. Lokman ialah versi "poor man"nya. Ya, hal ini pun, walaupun aku tidak suka, aku terpaksa mengakui kelegendaannya (sebenarnya, Z. Lokman pernah membikin sebuah filem yang bagus dan mendapat pujian pengkritik, filem pertamanya!)



Suatu hal tentang pengarah, mereka selalunya berkembang dan menjadi lebih baik, lebih sofistikated, atau lebih "gelap" (tetapi ada juga yang makin bebal, contohnya Spielberg di era sekarang). Lihat sahaja John Waters dengan filem-filemnya sekarang yang tetap keras dengan impak mesej sosialnya, hanya "pembikinan" khusus teknikalnya yang "jauh lebih baik". Kini, penonton agak susah bila menonton filem Waters dan menggelarnya "trash".



Hal ini tidak berlaku dengan Lokman. Contohnya, filem ini. Ini sesuatu yang, aku fikir, unik untuk Z. Lokman untuk memerangkap dirinya dalam mileunya (80-an: rujuk babak Julie Ziegler dan kakanya bersolek ala 80-an di pasar raya!!!) dan "ciptaan cult" (tapi siapa je yang layan filem Z. Lokman?) yang dilakukannya. Segalanya yang anda benci terhadap filem Melayu 80-an ada dalam filem Z. Lokman ini; paparan kamera tak bermaya, suntingan lari (tapi sampai sekarang pun ada kan?), suara rakaman, tata suara lari habis(!), lakonan hancur, pelakon berdiri tanpa apa-apa makna, orang lalu-lalang tengok kamera, dan babak-babak lagu yang tiba-tiba. Pendek kata, filem ni nampak sangat murahannya.



Paling mengejutkan (atau menakutkan), berlaku beberapa babak kencing yang tidak pernah dibikin pembikin kita sedar zaman Senario Lagi (alah, babak Yasin minum "macam pernah aku rasa air ini.." tu). Anda sudah diberi amaran: Anda akan melihat, si toyol kencing (gila!), wanita gemuk pegi kencing (dan ada orang nak skodeng tanpa apa-apa maksud kecuali kehendak seks!), Joey Exist yang kita ingat mimpi basah tapi kena kencing toyol(!), seorang lelaki kencing macam anjing (babak ini setakat ini merupakan babak "trash" John Waters kita yang paling menakjubkan!) dan akhirnya, Z. Lokman sendiri kencing dalam seluar!!! Ok, aku serius ni, paparan imej dalam filem ini, melainkan ianya memang "main-main" atau ada kaitan dengan bomoh kencing (yang berkait juga dengan pembikinan filem? Filemkan buat cerita "kencing", yang bermakna "menipu") atau subplot si Joey dan Toyol yang bekerja sebagai pencuci kereta (atas sebab itu ada main pancut-pancut air). Apa-apa pun, dengan sedar atau tidak, Z. Lokman sudah menyatakan, filem ini sebuah filem "kencing".



Ada yang mengatakan, filem ini lebih hancur daripada 2Alam. Beb, filem tu memang filem laknat (arahan anak Z. Lokman, yang juga bersongkol bikin filem ini) tetapi mengaku "besar" dan penuh permata. Filem ini, sekurang-kurangnya dah maklum kepada penonton, "Weh, aku trash, kau nak sama-sama kencing tak?" (kalau filem John Waters ia akan berkata: "Nak makan tahi anjing sama-sama aku tak?") Awal-awal lagi, Z. Lokman sudah beri amaran ini dengan paparan babak awal: kita ditemukan dengan watak Joey Exist dan Toyol (aku tak ingat nama budak celaka tu) di dalam bot pelancong yang sedang mengelilingi Kota Kinabalu. Tiba-tiba (dengan lakonan yang amat lemah) pembesar suara si pegawai pelancong rosak. Kita "dimatikan" suara si pegawai (orang berautoriti). Kita faham, menonton filem ini tanpa suara (poin: filem bisu, yang mana kita faham berkait dengan slapstik, atau tidak ada maknanya pemberian "mesej"). Kita tidak perlu berfikir! Sekali lagi poin ini dibawa (dengan babak tengah-tengah yang tiba-tiba! Sangat John Waters era awal!) apabila sekumpulan pembikin filem (murahan: kita tahu, ini penanda pembikinnya) yang tangkap muat, sedang bikin filem di tepi jalan! Si pengarah suruh watak dalam kameranya "berlaga". Pembaca skripnya kata, "salah, manusia bertarung, haiwan berlaga." Si pengarah menjawab: "Dalam filem, apa-apa bahasa pun boleh guna asal orang faham maksud yang sama." Serius! Inilah falsafah Z. Lokman yang berani: kau buat filem kencing murahan macam celaka pun, ia tetap filem.



Malah filem ini juga tidak lari dari imej makanan, seks dan buangan isi badan. Jika anda hendak baca "seks" berlaku dalam filem ini, rujuk saja babak "tarian" dan "lagu". Ya, inilah contoh betapa "dated"nya filem ini (tetapi anda pernah tanya, kenapa tarian dan lagu dikaitkan dengan persona seks?) Menariknya, itulah unsur-unsur "asas" jika kita belajar falsafah, yang mana "memenuhi keinginan hawa nafsu manusia" yang asas. Jika kita teliti betul-betul filem ini, kita akan lihat bagaimana Z. Lokman hendak ber"cerita" bahawa strata kaya atau miskin, unsur-unsur itu "tidak lari" daripada memerangkap pengalaman manusia seadanya, hanya bagaimana perspektif dan kelainan sikap manusia melihatnya "membezakannya" (seorang boleh saja kencing tepi jalan sebagai tanda dia "merdeka diri", seperti watak Toyol dalam filem ini, tetapi orang berakal, seperti Joey yang merlihat ini merasakan orang yang kencing tepi jalan "tidak ada sivik"). Aku terpaksa akur, ada "pemahaman dalam" untuk Z. Lokman berbuat begitu walaupun dalam kecelaruan dan kelihatan "out dated".



Dan berbeza dengan 2Alam, sekurang-kurangnya ia mempunyai cerita! Kau boleh bayangkan kisah hikayat lama, bercampur kisah sosial (pertarungan pelbagai kelas yang Amir Muhammad selalu idam-idamkan!) yang pernah ditulis oleh penulis Peranchis! Si Toyol merupakan anak orang kaya, yang mana atuknya merupakan bomoh kencing yang baru ditangkap polis kerana merogol isteri orang (kelas menengah). Toyol membenci ayahnya (sebab itu dia sentiasa larikan diri) sejak ibunya mati, dan mempunyai sikap kebencian seks yang kuat terhadap ayahnya. Peliknya, sikap ini AMAT homoseksual (Toyol memerlukan watak lelaki tua untuk bersamanya, kerana dia tidak ada ayah, dia bertemu dengan Joey dan "tidur" bersamanya. Toyol juga disengajakan "botak" kerana atuknya suka, dan seperti kata ayahnya: botak takde bulu yang sebenarnya dibaca sebagai simbol kote. Maka Toyol merupakan "the walking penis" dalam masyarakat). Pada malam pertama si ayah dengan isteri mudanya, Toyol jadi "tidak keruan" dan "cemburu", lantas melarikan rumah sekali lagi dan hidup seperti gelendangan. Toyol ketemu Joey dan bersahabat dengannya (Joey yang membenci sikap Toyol yang suka mengacaunya tetap menyayanginya). Homoseksual Toyol ini boleh dibaca lagi apabila setiap kali Joey bertemu dengan penanda Yoni agungnya, Julia Ziegler yang buta, Toyol akan "kacau" dengan baling bola terhadap Joey. Suatu hari (setelah entah apa-apa pengembaraan yang "dua hero" ini lalui di dunia kelas marhaen), untuk membalas budi Joey, Toyol telah membawa Joey ke rumahnya, lantas Toyol masuk ke dalam rumahnya dan mencuri harta ayahnya! Tetapi Toyol ditangkap oleh ayahnya (apabila ayahnya tanya kenapa dia curi, dia jawab: Kan ayah nak saya jadi toyol, dan sekarang saya dah jadi toyol betullah!) sedang duit itu sempat dibawa lari oleh Joey. Joey memberi duit itu pula ke Julia Ziegler agar dia dapat mengubati butanya.



Lihatlah fantasi "pemberian sang kaya kepada si miskin" yang berlaku di atas!



Ya. Aku terus-terang (kecuali dengan babak toyol betul dalam filem ini, yang itu just plain ridiculous), jika filem ini lebih dikawal, lebih dibikin dengan betul, diikatkan dengan logik yang mapan terhadap suasana dan filem, dengan membuang babak-babak tidak perlu dan melewah, diangkat dengan teknik yang kena pada belanjanya, filem ini akan menjadi lebih baik. Malah ia sudah dekat mahu mendekati beberapa filem Peranchis yang aku tonton tentang kecelaruan strata sosial.



Lihat sahaja antara babak terakhir filem ini. Kita sudah kenal, dengan paparan awal, kita dipertunjukkan dengan keindahan alam Kota Kinabalu dengan gunung-ganangnya. Di babak akhir, tiga orang buta (rujuk puisi Three Blind Mice sebagai paparan absudisme dalam hidup yang tidak dapat kita sangkakan) saling berpegang akan sampai ke tebing sebuah pantai di K.K. Mereka sedang "menghirup keindahan alam" seakan-akan celik, seabsurd puisi Three Blind Mice. tetapi, sudah tentu, hal seindah dan pilu ini, akan hilang dalam imej kata, kerana cara Z. Lokman, yang masih terperangkap dalam mileunya, tidak mahu melarikan diri daripada tatapan suara lemah, aksi entah apa-apa, lakonan hancur, babak tiba-tiba, slapstik lucah dan bikinan main-main murahan. Estetika yang dibawa jadi sia-sia sahaja.





22 comments:

Hans said...

.......
(menepuk tangan, duduk antara dua sujud, kemudian mengangkat kedua - dua tangan dan menggerakkannya dari atas ke bawah berulang kali sambil menunjukkan wajah penuh kagum)

tahniah bro...
berjaya menonton filem Toyol Nakal
tak terjangkau dek akal
hehehehehe

Ajami Hashim said...

*terduduk lalu menghentak-hentakkan kaki ke lantai*

"Ini tidak adil kerana kau tak ajak aku!"

saat omar said...

Filem Z Lokman yang saya suka adalah Bas Konduktor!

fadz said...

betul x kalau aku kata: filem Z Lokman selalunya sentuh org2 kecil Malaysia.. golongan marhaen.. tapi aku teringat juga dgn lady boss, filem tu bukan ramai org2 kaya ke?

filem ni mmg sesuai utk mamat2 bawak awek utk main wyg dlm wyg..

Hans Hanis said...

bro fadz : filem ni mmg sesuai utk mamat2 bawak awek utk main wyg dlm wyg..

kalau z lokman baca nih..hahaaha

Anonymous said...

respek bro sebab sanggup tengok, aku tengok trailer pun hilang selera

Anonymous said...

z lokman ftw!

AbduL QaDir said...

walla...tak terkata aku...dari filem yg kedengaran nya tak perlu berfikir dalam, baca review kau terpaksa memerah otak utk berfikir dalam2...hihihi

ryann said...

legenda murahan yang punya falsafah

fadz said...

tapi kalau nak pilih antara razak dan lokman, aku anytime pilih lokman.. hahaha

Anonymous said...

Z.Lokman adalah Z.Lokman. Persetankan apa yang terpapar dan mari Berhibur ikut cara dan rentaknya.!

Setidaknya dia tidak cuba mengiktelektualkan apa yang dibikin sebelum ini. Sila rujuk filem2 bikinan pengarah filem yang ada "Phd, MA. Prof dan semuanya mengajar di... Nah, disini kalian akan lihat siapakah yang masih mengarah dan berlakun di luar layar.


ikhlas
Penchinta Ruang Gelap.

PS-Apa kata perunding skrip gambar ini?

Mensh said...

Kenapa link Z. Lokman pernah membikin sebuah filem yang bagus tu rujuk pada Cikgu Sayang (1983)? Rasanya film pertama Z. Lokman ialah Raja Laut (1982) dan itu memang mendapat pujian pengkritik. Kena tunggu kat Astro Citra kot nak tengok balik R.Laut ni.

fadz said...

Cikgu Sayang adalah yg terbaik, silap akulah filem pertama tapi Cikgu sayang yg sgt rare tu mmg antara filem yg terbaik zaman tu..

Pechinta, yeap, Lokman sekurang2nya tak perlu "belajar filem" utk berhibur, dan sense of filmnya jauh lagi menyeronokkan dari Razak Mohaideen, ataupun Hatta Azad Khan.

awan timur said...

ko mmg hebat la beb..sanggup masuk & stay sampai abis..mmg terbaek la lu!

aku tgk trailer ala2 power point tu pun dah sedih....giler aa..tak evolve langsung mamat tu..

indraputra said...

Lu tgk filem ni bro? kekekke ini lah yang chek habaq, rasa loya bila tgk trailer dia masa nak tgk filem kongsi... Wa tabik spring kat lu sbb sanggup tgk filem ni. Lu memang tegar. hehehe Wa penah kene masa tgk filem No Problem dulu.. Maya karin gagal membuatkan aku rasa nak baling t**k kat screen besar tu...

fadz said...

awan, putra.. huhuhu, ok, aku sebenarnya dipaksa atau diberi "bet" untuk menonton filem ni (kalau aku berjaya, pengarah tu nak belanja aku tiket wayang 1) jadi aku pun pegilah.. but seriously, tak lah sampai aku menyumpah benor filemnya (aku sumpah filem2 Razak anw).. i did had fun, dat 1 i didnt deny .. its trash fun! haha

Anonymous said...

The investor of this film is my friend, Haji memang pandai buat business kereta pun jual, filem pun buat...dia buat dua version pulak..satu versi Philippines satu versi Melayu. Habis versi Melayu berlakon versi Philippines pula take place jimat..boleh settle 2 filem dalam satu masa...belum pernah ada orang buat mcm ni

Anonymous said...

Masaalahnye anon,dua2 versi takde kualiti,apa cer? :P




*sang pencinta filem kita>
yg tiada google acc :(

Anonymous said...

bro..ce ko check it out citer ni..agak2 bleh lepas ke kt panggung?

http://www.youtube.com/watch?v=9yLluQPQydU

fadz said...

bro anon, THE ULTIMATE LOST SENSE OF DIRECTION???? Ure not serious right (look at the pun!!)

aku suka konsep cerita ni, malah, aku pernah nak menulis novel berkenaan cerita cegini.. harap2 ia tersusun indah dari segi drama, aksi, agama dan politik.. kalau tak, ia akan jadi hancur...

Anonymous said...

z.lokman memang legend...sebiji rumah dia boleh buat bnyk location...dia hebat dlm cheat short...dgn light stand dia boleh bikin lock up...
"apa lagi yang ada dalam bidang ni...semua short abang dah buat dik"(Z.Lokman)

Anonymous said...

ada short lagi yang abg Z lum buat.. short atas katil filem porno..haha..

psst fadz..jangan lepaskan msg aku..
haha..lawak2 ja..