23 June 2011

Tergamam Bila Dengar Ini ...

Ini sesuailah buat pembikin-pembikin filem kita yang masih jahil untuk mencari pemuzik okestra buat runut bunyi filem mereka. Masa aku sedang pusing You Tube, aku teringat satu tayangan TV Astro (rancangan Astro RTM) yang mana Farah AF bertudung nyanyi Fireworks Kathy Perry yang diiringi oleh bebudak okestra Sekolah Alam Shah di perkarangan KL Sentral. Impresif aku kata, serius impresif tayangan program tu, dengan idea mereka membawa "muzik tinggi ke jalanan". Dan seronok melihat Farah yang memang hebat (dan bertudung) mencapai not-not susah Kathy Perry dengan selamba (mengingatkan aku, betapa hebatnya zaman awal AF yang mana kita ingat pesertanya satu-satu, semuanya kita sayang).

Aku mencari video tersebut di You Tube, tapi tak jumpa, yang aku ketemu, ini, persembahan-persembahan sekolah ini (berserta beberapa sekolah Malaysia yang juga bagus) yang mengejutkan buat aku. Rhapsody Hannukah? Wow! Sesuatu yang susah sebegini (memaparkan dinamisme sekolah ini menyampaikan "bunyian instrumen hembusan" dalam pelbagai ritma dan tahap kesusahan) dengan kontroversinya, aku harus mengangkat topi aku buat kumpulan ini, berani dengan seni.. Itu suatu perkara yang jarang berlaku di Malaysia (yang tak enaknya ada asshole yang boleh kita dengar suara mereka asyik sok-sek di belakang kamera).

Lantas aku sampai ke karya ini. Dan, aku terus menangis. Indahnya, aku tak dapat nak nyatakan. Ya, ia mencapai "pangkal" spiritual aku (kau ingat rahim??), sehebat itu...

Dan Syamsul Yusof masih lagi nak mencuri bahan muzik mat saleh luar??

7 comments:

wann afzan™ said...

nanti datang lah ke finale wind orchestra 3 julai ni di picc. ada 5 sekolah bertanding =)

fadz said...

salam, mohon maklumat lebih, org luar boleh ikut tonton?

wann afzan™ said...

mestilah boleh!! too bad tahun ni x blh dtg tgk sbb sy kne pergi jakarta. x boleh tengok sekolah sendiri. huhu

wann afzan™ said...

http://www.facebook.com/home.php?sk=group_327936222364&ref=notif&notif_t=group_activity#!/event.php?eid=227155030644816

for more info =)

Anonymous said...

fhad..ko boleh tengok riaksi okestra tak kat tv 1 ari setiap ahad pul 3:30 petang aku lupa pukul berapa. .
dia pasal rtm panggil budak2 sekolah menengah buat flash mob.budak2 ni semua budak2 okestra sekolah yang tersangat2 hebat!...

ni fb dia punya link...
aku rasa pengarah kita lupa pasal bakat2 baru....

ko cheak sendiri dalam fanpage
http://www.facebook.com/refleksiorkestra?sk=wall

aminlandak