Super 8(2011): Meaningless Labour of Love to the Light Behind the Door Maestro.
Ulasan ini sangat pendek.
Sepertimana pendeknya akal dan jiwa aku selepas menonton filem ini. OK. Aku tahu, Hollywood sudah mencapai tahap mandul untuk mencerna bahan-bahan original, sampaikan kalau dulu, hal itu (mencipta cerita-cerita segar) semacam hal yang klise jika kita mahu dicernakan Hollywood. Maka pembikinan semula (remake) dan penggunaan semula (refer/homage) merupakan sesuatu yang biasa dalam dunia pascamoden Hollywood.
J.J. Abrams, mengikut sepatu Peter Jackson (tokoh pascamoden agung ini pun tahu mencerna bahan original!) bolehlah dikatakan putera homaj dan pembikinan semula. MI3 dan Star Trek, khususnya Star Trek merupakan beberapa pembikinan semulanya yang boleh dibanggakan kerana "menaikkan" minat generasi baharu terhadap francais "lapuk" Hollywood.
Lantas kemudian, cerita ini.
Nazim Masnawi merumuskan yang terbaik bila menonton filem ini. Kata-kata ini terucap daripada lidah beliau: macam tengok ET versi supersize. Pun intended, memang dia turut merujuk kepada francais makanan segera tak berkhasiat itu.
Aku pula, oh itu dia E.T. dalam salutan Jaws dan Jurrasic Park terbalikkan bas, kemudian wujud semangat War of The Worlds di gerabak jatuh dan kemudian, ohhh, syot luas ala Saving Private Ryan, dan aksi bergerak demi bergerak Indiana Jones dalam terowong dan cahaya ala biru buta Close Encounter of the Third Kind. Hanya, bukankah aku pernah tonton semua ini dengan lebih baik daripada pencipta karyanya sendiri?
Apa tujuan filem ini dibikin? Rasa kasih seorang Yahudi kepada seorang Yahudi yang lebih original? Pengembaraan kanak-kanak lagi seronok dalam Goonies. Tapi aku suka lakonan si budak lelaki (anak Sheriff) dan anak perempuan si penjenayah desa. Itu sahaja yang mengikat aku kepada filem ini yang caca merba menakrifan "filem musim panas"nya..
Serius Abrams... Anda patut terus membikin filem tanpa "terikat" lagi dengan veteran atau francais lama. Kenal Psycho Gus Van Sant? Dengan kemasukan imej kambing biri-biri pada bahagian inspektor itu di anak tangga, "takde makna" begitulah yang menyelurus setiap imej filem ini.
Ulasan ini dedikasi buat Azwar yang menggemari filem ini.
17 comments:
lakonan kanak2 best la.. tapi seakan draggy utk tau alien tu.
its def goonies for the 21st century..
The Monsters jugak...
Yep, agree with U....The Goonies, Arachnophobia, Cloverfield....semua ada dlm filem ni....mcm dah tak ada idea jer....aku lebih suka dgn homaj untuk Romero di akhir filem
The Monster Squad la bai..
Saya suka ini movie!
Aku suka filem ni. Best pop corn Hollywodd 2011 so far.
Tak kata kau salah, tapi aku cukup suka dengan Super 8. JJ Abrams beri apa yang aku nak ketika aku masuk panggung dan duduk.
tak tengok lagi
tiba2 rasa malas nak tgok
maybe sebab esok rasa2 nak tgok Green Lantern
hehehehe
Eh,bro
esok tak pergi tengok filem 3,2,1 Cinta?
hehehehe
"its def goonies for the 21st century."
Well, at least those Goonies are kinda proactive from the start. The kids in this fucking flick see an alien fucking object wiz out of their bedroom, making a perfect hole framing up a water tower, and don't check it out? It's like if the Goonies found the map/coin to Willy's treasure and decided to go home and get some rest... until the third act.
The film isn't bad - it's well-made - it's just so fucking wrong.
well said nazim..
The Monster la..
http://www.imdb.com/title/tt1470827
Aku put it that ramai orang tertipu dengan scene loket terbang masa nak ending tu. It was a beautiful crafted scene, no doubt - cinematography, score and all. The problem is, it doesn't bring any shit. Joe HAS let go of his mom; he's a well-adjusted kid - dia does go out there making movies, falls in love with the most beautiful girl in school, berani bentak bapak dia, etc. Dia cuma rindu mak dia sikit-sikit but nothing severed. Nothing put him in an arrested development. Weirdly, hal dia dengan bapak dia yang sebenarnya tak settle - takde teks langsung yang menunjukkan bapak dia finally "get" his dreams and his vulnerability at the end. Just datang dan peluk and that's it. Fuck that shit.
And don't make start with the whole "sometimes bad things happened" nonsense. Aku tak faham macam mana Joe boleh jumpa connection between the death of his mom and the alien yang kena fucking prisoned and abused for some time. It's not the same thing at all.
aku tak rase pun cerita ni untuk entertainment.aku still rase cerita ni to pay homage to the old movies yg related dengan alien and all those film makers back when they were kids.aku rase dorang nak rase teringat camne dorang mase kecik2.lebih kepada self-fulfilling,tak semua orang buat filem for the masses.lagipun banyak simbolik dalam filem ni,terpulang la kat orang nak faham ke tak.aku tak cakap la cite ni best gile,tapi menarik la.
Bagi aku, filem ini bagus. Bagus bukan kerana letup dan betapa Hollywood nya filem ini. Bagus kerana bagaimana dia menyalakan api cinta pada filem semasa kecil mereka (dan kita - cuma kita tak ada 8mm). Filem ini bukan pasal alien. Filem ini pasal kita, manusia yang punya hati dan perasaan. Sumpah, aku juga fikirkan filem ini 'the next cloverfield' tetapi ternyata bukan. Ianya masih bagus walaupun tidaklah sebagus filem perang dan filem aksi. Cuma mungkin kalian tidak memahami apa itu filem (wayang) yang sebenar. Anda harus memahami karya.
mungkin kerana, aku sudah biasa dgn homaj2 Richard Donner, Joe Dante, Tobe Hooper, Zemeckis, dll terhadap Spielberg, jadi bila ada suatu semangat anak-anak yg mahu dibawa kembali, yg mana aku sudah tonton berkali2 indah dalam Goonies, Poltergeist, Batteries Not Included, Gremlins, aku dah rasa homaj Abrams LESU..
ya, semuanya berkenaan "anak-anak" dlm filem ni (mana filem yg tidak ttg manusianya), kerana itu hanya aku peduli dgn si Joe dan perempuan itu.. entah, mungkin kerana aku tak suka perangai dibuat2 anak2 mata Abrams (yg lebih teliti dan terlalu melodramatik, seperti DARYL dan tidak sporadic mcm anak2 80-an yg aku kenal), yang kita faham, "mesej" 'kau kehilangan sesuatu yg kau sayang untuk digantikan dgn sesuatu yg lebih baik' (penanda loket itu dibawa pergi lantas si Joe berpegang tangan dengan si perempuan).. jadi atas peribadi aku, aku tak suka mellow2 garapan sebegini..
ini poin peribadi lah..
filem yang sebenar?
heck, kita memilih wayang kita.. dan wayang dalam 8mm sangat lesu.. jangan kalian bikin filem macam ni..
poin yg paling aku bingit IALAH: afasal Abrams PERLU ambil setiap babak dan semangat Spielberg dan masuk rodokkan dalam filem ni.. serius, kalaulah dia buat sahaja sebuah filem yang bergerak dgn "cerita"nya .. kan menarik?
Post a Comment