08 March 2011

Hikayat Merong Mahawangsa(2011): Antara jerat epik dan harapan bangsa

"1"

Ok, ego check!

Semalam aku mendapat peluang (aku tidak dijemput) menghadiri Press Preview filem yang dinanti-nantikan ini. Yeap, banyak kawan aku yang bengang gila aku dapat gi. Aku faham, antisipasi untuk menonton filem ini begitu tinggi, dan aku berharap, atas dasar cinta terhadap filem Malaysia, aku utuskan di sini agar kawan-kawan aku tu pegilah tonton filem ni. Hah, see, free marketing lagi!

Ok, tujuan entri "1" ini adalah kerana, sewaktu aku beratur di luar (dengan banyak kali dihalau oleh PR KRU yang profesional sebab aku pariah buat mereka), aku nampak lah kelibat para pelakon, artis kita melalui karpet merah memasuki dewan pawagam, di sinilah pemerhatian aku:

Craig Fong - Pendek
Anuar Zain - Pendek
Norman KRU - Pendek
Yusry KRU - Pendek
Syahir AF - Pendek
Stephen Rahman Hughes - Pendek(!)

Kesimpulannya, bolehlah aku berbangga dengan darah Arab-Acheh-Bugis-Patani aku bahawa sekurang-kurangnya aku lebih tinggi daripada kebanyakan artis Malaysia yang aku selalu nampak gah dan tinggi di dalam majalah hiburan (yep, aku baca juga kadang-kadang, aww), filem serta Melodi itew. (Optical Illusion beb!)

Pengajarannya ya anak-anak, anda tidak perlu ketinggian yang tinggi untuk menjadi artis Malaysia.

"2"

Aku sudah meroyan bahawa aku tidak dijemput. Kiranya aku macam wedding crasherlah (aku dapat rasa sangat, awek Yanie malam tu rasa aku janggal untuk berada di situ, tapi dia betul-betul bersikap profesional dan memberi juga aku tiket), ha ha, muka tak malu. Lagipun Syazwan GalaTV membantu aku (memaklumkan tarikh). Kiranya, aku macam terkedu jugaklah, depan kaunter tiket, meminta macam minta sedekah untuk tiket, walaupun ada kaunter BLOGGER di situ (aku sepatutnya masuk bawah Media). Boleh tahan jugalah PR dan protokol KRU ni, kiranya, kalau kau rasa kau bukan groupie mereka, kau akan rasa terbiar. Tapi aku rasa, pak cik ni lebih teruk daripada aku, sebab, aku walaupun tak dijemput, aku redah aje kerana berbangga untuk menonton filem yang Malaysia tunggu-tunggu ini (semuanya atas kerana filem, dan bukan lain), tetapi pak cik diva ni, menyatakan pendiriannya yang tidak dijemput bagaikan ratu yang dihalang memasuki parti terpenting tahun itu. Hebatkan Harian Metro?

Aku pun sedar aku ni siapa. Blogger yang tiada apa-apa selain hebat mencarut. Bila Syazwan tanya kenapa aku tak masuk pawagam lagi, aku jawab, "Aku tahu, aku ni pariah." Serius, ini pertama kalilah dan kali terakhirlah aku "cuba" datang menghadiri pratonton filem-filem KRU, aku faham tahap dan penghormatan aku buat kalian, terima kasih kerana beri aku peluang.

"3"

OK, now the review of the film.

Korang sedar atau tak, aku campur-aduk bahasa dalam entri kali ni,? Yeap, sebab itulah semangat filem ini, yang Bissme nyatakan sebagai "1 Malaysia". Syazwan menyatakan filem ini "commendable", dengan skrip yang begitu ketat. Kawan yang aku bawa dari ofis menyatakan filem ini MANTAP dan tidak rasa bosan, malah mengujakannya dari awal hingga akhir.

Bagi aku?

Ini verdict aku selepas menontonnya:

Agak menghiburkan dalam beberapa momen, kejantanan yang bermain dalam dunia plastik (same goes to 300 what!), talky, kelam-kabut dan tidak terkawal. Secara keseluruhan, perasaan aku berbaur, tetapi tidak bermakna filem KRU kali ini gagal, malah buat aku, setakat ini, inilah filem KRU yang paling memahami cerita dan garapan, malah melebihi Magika, dan untuk itu, inilah filem KRU yang paling berjaya setakat ini.

Hal "kelam-kabut" dan "tiada kawalan" yang dinyatakan di atas sebenarnya subjektif, kerana Yusry selaku pengarah filem ini ingin menyatakan sikap "rojak", dan bagai aku, kiranya, dia berhasil dari segi itu.

Jika kalian dari kumpulan sejarah ini, kalian akan rasa tersinggung dengan filem ini kerana ini merupakan intepretasi Amir Hafizi dan Yusry KRU menelusuri sejarah lama orang Kedah. Sebagai konsep, aku begitu teruja dan mengucapkan tahniah kepada Amir dan Yusry atas kerana mengintepretasikan suatu pemahaman sejarah yang segar akan hikayatnya. Garuda yang dibayangkan merupakan kumpulan lanun berkuasa sihir, Jentayu merupakan kapal Merong Mahawangsa, kata kiasan dalam ucapan orang Melayu menyatakan bahasanya perlu dibaca berulang kali kerana intinya kaya dengan simbolisme, Langkasuka datang daripada nama ibu Merong, Lang (lakonan mantap walaupun pendek Umi Aida, walaupun hal ini tidak dinyatakan dalam filem), ideal kenapa kisah "bersejarah" ini tidak dimasukkan dalam senarai data sejarah orang Rom mahupun Cina dinyatakan dengan bersahaja - bagaimana dua negara ini "malu" ditundukkan kebijaksanaan dan kehebatan mereka oleh seorang Melayu campur, ideal dunia Melayu yang sudah lama berlayar sungguh indah, serta pembinaan sebuah negara kota yang dahulunya tanah kampung mempunyai makna yang tersendiri.

Malah ada satu bahagian, yang kiranya, Amir dan Yusry telah memberi tempat yang begitu indah buat pantun Melayu, pertamanya, pantun yang diingati oleh Merong Mahawangsa daripada ibunya, telah dijadikan suatu mutiara kata yang tidak jelas tetapi menimbulkan pancawarna; ia merupakan kata bidalan cinta dua orang yang tidak pernah bertemu, prophecy kedatangan seorang raja bagi orang Melayu, dan akhirnya, satu puisi yang tragis tetapi berkesan. Penggunaan pantun di sini, kiranya berjaya dari segi pengisian cerita, penciptaan misteri, dan sekali gus memaparkan lapisan demi lapisan yang ia boleh pergi. Aku mengaku, bahagian akhir sewaktu Merong Mahawangsa "memahami" pantun ibunya itu apabila berlawan dengan Taji, lantas melakukan apa yang dia telah lakukan, membuatkan bulu roma aku berdiri. Malah aku nyaris-nyaris menangis atas kuasa pilu (poignant) yang berjaya disemarakkan dalam babak akhir itu.

Yeap, aku menyukai babak akhir filem ini. Kali itulah, aku mengaku, aku dapat menjumpai makna "epik" bagi filem ini. Hanya dengan babak itu sahaja, aku memaafkan Yusry yang pada awalnya, aku menunggu kemunculan sikap epik.

Ini adalah kerana, epik merupakan genre filem yang paling susah hendak dibikin kerana belanjanya tetapi paling disanjungi oleh mana-mana negara pembikin filem. Secara tuntas, Amir dan Yusry menyatakan dengan jujur, janganlah pandang filem ini sebagai filem serius sepertimana Puteri Gunung Ledang, Suryothai, atau Naresuan, tetapi lebih kepada bertih jagung seangkatan Queen Langkasuka. Nilai komersial itu tidak merunsingkan aku, malah, aku menyedari Yusry banyak membuak semangat Pirates of the Caribbean, contohnya apabila babak Putera Rom cuba mendapatkan Merong di pasar Goa. Malah dialog demi dialog (buat aku, ianya membosankan) antara Putera Rom dan Merong mengingatkan aku kepada dialog-dialog kena-mengenakan Keira Knightly-Orlando Bloom-Johnny Depp.

Ada beberapa hal lagi yang mencuitkan yang mungkin akan dibikin spekulasi, sepertimana pemahaman "penyatuan dua kampung", aku merasakan, secara sinikal, KRU sengaja mahu mempamerkan filem ini tepat pada masanya sebelum PRU kita atas makna "tersirat" penyatuan. Kalian mungkin akan berspekulasi bahawa Geruda itu PAS kerana simbol-simbol "purnama mengambang" yang jelas, dan kemudian Merong dan Langkasuka itu UMNO kerana simbol kerisnya (yang datang dari atas angin). Hal ini mungkin lebih mencuitkan jika anda tonton pengkahiran filem ini serta makna pantun yang dinyatakan.

Satu lagi yang aku jumpa, aku sedar, kepala hotak Amir Hafizi ni boleh tahan lucahnya. Dari Jin Notti, Magika hingga projek KRU sekarang, aku tersedar Amir ni suka dengan lawak-lawak lucah, yang kadang-kala membingitkan. Bagi aku, lawak-lawak lucah ini (yang ingin menyerupai Pirates of the Caribbean) sesuai buat mentaliti orang Malaysia tetapi mungkin kelihatan "murah" buat penonton luar. Satu contoh merupakan babak Merong menegur Putera Rom memakai skirt, yang bagi aku agak corny, lebih-lebih lagi dituturkan dalam bahasa Inggeris.

Mungkin kerana itu, dengan projek lunak yang tinggi kos ini, terlalu besar buat bahu Yusry. Secara serius, Yusry mempunyai impian yang maha ikhlas dan suci, tetapi impiannya itu, masih dicalarkan dengan beberapa masalah atas kerana, aku tampak dengan jelas, kepakaran teknikal kita yang masih belum setaraf, walaupun Indonesia dan Thailand. Ya, kebanyakan babak filem ini "betul" tetapi tampak "janggal" atas kerana beberapa hal. Aku tidak suka dengan mainan warna sephia yang sengaja untuk memaparkan kelam dan malam. Aku memahami ini disengajakan untuk membandingkan "masa" perantaraan kisah ini diceritakan dan kisah Merong tersebut, tetapi Ya Rabbi, buruknya! Kadang-kadang kelihatan "pasir-pasir putih" yang berkeliaran di atas layar. Kemudian runut lagunya, walaupun aku teruja, tidak memberi impak yang sepatutnya terhadap imej di layar. Aku juga tidak menyukai suntingan yang tidak begitu terkawal serta sudut tangkapan kamera yang begitu bermain-main (kejap-kejap terbang, kejap-kejap ke darat), inilah kelemahan Yusry dan pengarah penggambarannya dalam memahami bila syot fokus dan bila syot luas dilakukan. Ini menyebabkan kuasa sinematik filem ini merundum dan tidak dapat dipegang dengan erat.

Aku begitu teruja dengan kesan CGI dan seni pengarahannya sekurang-kurangnya, yang bagi aku, bolehlah dikatakan impressive bagi sebuah filem tempatan, dan bagi aku berjaya mengatasi Puteri Gunung Ledang. Lakonan pula, aku bangga dengan lakonan Rahim Razali walaupun kemunculan awalnya membuak ramai penonton menjerit "GANDALF!" (ada satu babak ni yang aku terkekeh sorang melihat Rahim isap "rokok" yang membayangkan yang dia tengah "high", aku tahu babak ni disengajakan), Umi Nazeera yang bagi aku sempurna, malah merupakan antara pelakon yang akan menggegarkan industri kita. Setiap gerak-gerinya, kata-katanya cukup dimakan, dirasai, kita seakan bercium dengannya. Malah Stephen Rahman Hughes pun kalah dengan ucapan Braveheartnya terhadap kata-kata akhir Umi tentang "panah", "parut" dan "jiwa". Umi merupakan bintang bersinar dan suatu yang ditunggu-tunggu dalam filem ini.

Pelakon-pelakon lain agak sederhana. Aku menyukai Gavin, tetapi atas kerana kekurangan kuasa imej, Gavin tidak diberi peluang drama yang sebenar, yang kadang-kala kamera cuba lari dari Gavin. Walaupun begitu, aku nampak Gavin ada potensi. Mano Maniam buat aku pula terlalu OTT. Craig Fong terlalu kayu, termasuk si puteri dan inangnya yang terjerat dalam filem yang salah. Tiba-tiba sahaja aku terbayang French & Saunders di tengah-tengah filem. Stephen Rahman Hughes? Tuhan, kita rupanya mempunyai our own Arnold Schwazeneger. Serius, filem ini memerlukan seorang Merong yang bukan sahaja tangkas, action hero ala-ala Hollywood, tetapi juga seorang thinking actor (mengikut kedalaman skripnya), dan tanggungjawab ini kelihatan susah dipikul oleh Stephen Rahman. Satu babak sahaja memaparkannya, bila Stephen bertanya, "Does it hurt?" pada seorang soldadu yang rebah ditikam ("hello, tentulah sakit?!"). Hanya seorang pelakon yang ada karisma dan wit boleh menyampaikan babak selamba itu dengan berkesan, dan bukan dengan wajah satu dimensi yang kosong.

Percubaan kareografi lawan dan aksi juga kurang menyengat, yang aku sedar, hal ini berlaku dalam mana-mana filem tempatan kita. Beberapa plot turut dipersoalkan seperti bagaimana Puteri Cina tiba-tiba dapat melepaskan diri dengan inangnya di pulau Garuda. Tetapi hal-hal ini, kiranya, aku lihat tidak akan mendatangkan masalah buat penonton kita, memandangkan ada banyak hal hiburan yang terisi yang boleh diikuti oleh mereka. Tetapi bagaimana pula dengan penonton luar?

Inilah persoalan yang paling susah dan subjektif yang ditangani oleh Yusry dan kumpulannya. Filem ini dibuka (dan ditutup) dengan penulisan hikayat (yang kita tonton, di sini, kita memahami, pembikin filem cuba "menulis kembali sejarah", satu semangat pascamoden yang enak). Hal ini agak "besar" dan penting buat kita penonton Malaysia, khususnya Melayu, kerana di sini, kita diperlihatkan bagaimana dengan kedatangan Islam, penulisan itu diperturunkan (secara fakta, hal ini agak salah kerana sebelum itu lagi, orang Melayu sudah ada sistem penulisannya, Pali) dan bagaimana bermulanya tamadun dengan penulisan dan penceritaan. Tetapi buat penonton luar, aku risau mereka "care less" berkenaan hal ini. Jika kalian rujuk mana-mana filem epik, Cleopatra, The Ten Commandments, Spartacus, Braveheart, Gladiator, Troy, Naresuan, Suryothai, kalian akan sedar, filem mereka digerakkan dengan satu watak sebagai "pemegang naratif". Pemegang naratif ini merupakan "tingkap" kepada penonton, dan dia tidak semestinya watak utama filem.
Rujuk filem Alexander dan bagaimana filem itu "kucar-kacir" apabila pemegang naratifnya ialah Anthony Hopkins (sekarang kalian faham kenapa Oliver Stone memerlukan seorang pelakon hebat seperti Anthony untuk membuka Alexander?) Filem Oliver Stone itu berlainan sedikit kerana "fakta" yang diceritakan dipersoalkan oleh si penulis, berlaku retorik dan hal ini mengundang konflik menarik. Di dalam filem Yusry ini, penulisan "naratif" (kita fahami, teks cerita ini) ditulis secara "satu hala", menyatakan apa yang kalian tonton ini, walaupun tampak "unreal" merupakan hal yang "real" berlaku. Aku tahu, Alexander versi Director's Cut lebih baik (adakah ini bermakna kita dapat menonton extended version filem ini?) apabila dikaitkan dengan gaya ini tetapi meletakkan seorang pencerita sebagai pembuka memang berisiko, walaupun hal itu merupakan hal yang amat mengikut semangat abad ke-21.

Aku merasakan, filem ini sepatutnya digerakkan oleh Putera Rom, si orang luar yang baru hendak mengenali hidup, kekasaran, kebebasan dan kemuliaan dunia Merong Mahawangsa (Melayu). Rujuk Pirates of the Carribean dan anda akan sedari filem itu pun bermula dengan Orlando Bloom sebagai penggerak naratif, dan bukan Johnny Depp, walaupun filem itu milik bintang itu. Apabila filem ini dimulakan dengan "mengejut" secara naratif, antara Putera Rom dan Puteri Cina yang agak pendek dengan montaj-montaj, kita tidak sempat untuk mengenali Putera Rom tersebut. Malah pembangunan watak hanya berlaku waktu dialog antara Merong dan Putera Rom di atas Jentayu, yang bagi aku, agak kelam-kabut, kerana kita perlu mencari pengakaran, to whom should we root for. Malah sejarah dan perkembangan kisah Merong juga "dimulakan" dengan mimpi. Banyak enigma yang tidak dinyatakan (adakah kerana Merong campuran orang asing, orang Melayu membencinya?) dan ini membuat kita menjerit, wehhh nak extended version!! Jika mungkin, kita dipaparkan satu arch yang indah berkenaan Putera Rom yang dahulunya pandang rendah terhadap bangsa asing, kemudian berubah rupa bila bertemu Merong, mungkin ada sesuatu yang boleh diakarkan di sini. Kerana, semua penceritaan seakan-akan laju dan kelam-kabut untuk menuju ke barisan penamat.

Di sinilah aku tampak sedikit kerosakan filem gah ini, yang aku risau tidak dapat diterima oleh pihak luar. Tetapi aku berharap, dengan filem ini, filem Malaysia boleh juga menjelajah ke serata dunia, walaupun ada cacat-celanya, untuk diperkenalkan bahawa Malaysia mengambil cabaran untuk membikin filem yang lebih baik dan menunggu untuk diletakkan di peta dunia perfileman.

18 comments:

Bukan Sepet said...

Mender ler, tak di jemput pun ko redah!

Haha.. But I'm glad you did. :)

Review yang aku 'jangka' walaupun sah sah aku belum tengok. Statement lebih baik dari Magika, dah cukup baik utk bawa aku ke panggung nanti. KRU should be thankful to you.

I did. Thanks!

fadz said...

wahhh, me being extra nice berjaya jugak menggoda kau eh, hahahahahahah..

aku mmg suka nak buat kerja2 tak berfaedah ni, nanti aku nak cuba redah nude party pakai baju.

ryann said...

dari dulu kru suka produk yang nampak gah dan akhirnya filem ini terhasil.

adib said...

dalam trailer nampak suntinga-suntingan MTV-sih yang agak men'down'kan first impression aku tentang filem ni. dan dari ulasan di atas aku jangka perkara itu bukan dalam trailer saja kan.
tapi macam kau cakap, tak boleh nak anggap serius. by the way good review

honeysue said...

nice read dude, suka aku baca xD and your 2nd last paragraph memang aku setuju kaw2, ape2 pun aku akan tgk and review gak pas tgk hari khamis nih..

Led said...

french and saunders?

my feveret...

i loike...

azri abu hassan said...

http://azriabuhassan.blogspot.com/2011/03/shorts-film-screening-angkatan-pembikin.html

achik ezam said...

berbaloikah?

Alfie Palermo said...

bro tak tau kalo ko dah tengok, check out trailer for bunohan, dain said's latest.

http://www.youtube.com/watch?v=_OgrPtRhdnY

fadz said...

Alfie, thx! mmg mengujakan bro! apa lagi telefilem mamat ni buat supaya aku kenal akannnya..?

ezam, tgk leeer

azri, tahu..

led, hahahaha

ryaan, adib, korang dah tgk? sila komen.. aku dimaklumkan, kru sebenarnya takut dgn press, deme takut filem2 deme kena tibai, fasal tu media prbiu agak tunggang langgan, is it true? i dunno..

btw syazwan bagi good review yesterday in utusan.

oh ya, chk out Ikhares review on the right.

Unknown said...

Tq, Faz.. This fair review yang bawa aku ke panggung. And this is d best performance from KRU. Satu benda yang tak difahami, adaptasinya bagus, skripnya quite solid n production ok. Tapi yang banyak mencacatkan, post production yg messy dan melompat-lompat, ditambah dgn music yg tak kena. Macam they are rushing for something. Dan benda-benda ni merosakkan the whole story. Sayang kan?

Hafiz Atan said...

it's a good review!

"termasuk si puteri dan inangnya yang terjerat dalam filem yang salah"

"bagaimana Puteri Cina tiba-tiba dapat melepaskan diri dengan inangnya di pulau Garuda. Tetapi hal-hal ini, kiranya, aku lihat tidak akan mendatangkan masalah buat penonton kita, memandangkan ada banyak hal hiburan yang terisi yang boleh diikuti oleh mereka. Tetapi bagaimana pula dengan penonton luar?"

setuju

Nazim Masnawi said...

Ironically enough, aku benci pantun tersebut.

aDDy said...

wa tgk trailer dgn harapan ada kesah di rom dan china..

rupa-rupanya trailer dan pengawalan cerita sama

zubin said...

Fadz, thx for reviewing, I hope I can catch the movie when I go home next week. I am excited about Merong as a cultural activist, Fadz, would be great to komen from Siti Zainon, Muhamad Haji Salleh, Amir Muhamad and perhaps Mamat Khalid. For me I am not excited at all with the art direction, nampak murah sangat, dan lakonan2 ala drama Melayu, malah gaya lama teater Melayu yang menjerit2. But those are only from trailer. Also the soundtrack ala2 filem2 Hollywood gaya lama, or B grade. But I will wait till I see the full movie. Sokong filem Melayu

awan timur said...

salah satu petunjuk filem itu gagal ialah apabila aku asyik melihat jam & rasa nak balik walaupun filem belum habis lagi...

CGI & efek suma ok la..mmg mantap..tapi plot terlalu mudah, tak ikut lojik akal, dialog tak kena dengan karakter, direction & motivation merong tak tentu arah(kejap nak jaga prince jambu tu psl janji tapi bila dah jadi raja boleh plak lupa) & musik yg tak kena pada scene.

dosa2 tu walaupun kecil tp ia beri impak amarah pada penonton spt aku ni..aku rasa ditipu & nak mintak duit tiket aku balik..

skali pandang, memang filem ini tak layak dipanggil epik psl there's no WOW factor in it. walaupun dikala merong bagi speech nya sebelum attack pantai Geruda(time ni kelakor giler psl askar geruda bole plak tunggu tak buat apa2

aku rasa nk buat spoof filem plak psl merong ni..benggang sangat aku eh!

pesan aku pd abg2 koperat kacak KRU..jangan jual visul tanpa cerita ya..please!

fadz said...

my mom loves this movie, seriously, i geleng kepala...

Anonymous said...

watched it on a pirated dvd, what a crap!! what a shame..