Filem arahan pengarah Iran ini, dengan dana Kanada dan dibikin di kawasan pergunungan Afghanistan, merupakan antara filem pengarahan Iran yang tidak memuaskan buat aku.
Buat pertama kalinya, inilah filem "arahan" Iran yang aku tak suka.
Sebenarnya, jalur politiknya menyesarkan dan amat menggemparkan. Malah jalur kemanusiaan dalam filem ini juga menyatakan yang terbaik ala neo-realisme filem-filem Iran. Aku hanya tidak suka CARA bagaimana pelakon bukan profesional kanak-kanak dalam filem ini dieksploit demikian rupa untuk menyatakan hal-hal luas dan dewasa, dan melihatnya, ini kelihatan memaksa.
Jauh pergilah kecerdikan pemahaman The Mirror apabila si anak kecil "tidak mahu memainkan peranan"nya seperti yang diminta oleh pengarah. Filem ini tampak, DIPAKSA buat anak-anak ini melahirkan jiwa sedih/seram (buat aku, sepenuh filem ini menyeramkan, ini berkenaan realiti Afghanistan pasca Taliban dan serangan Amerika, malah plot dalam filem ini tampak MEMAKSA), tidak mencapai kekuatan dan keselambaan para pelakon Not One Less (filem Zhang Yimou). Malah, beberapa babak ini menyatakan kekekokan ini dalam sebuah kelas di mana anak kecil itu menggincu seluruh anak murid di dalam kelas.
Ceritanya senang, berkenaan anak kecil yang duduk di pergunungan tempat patung Buddha dimusnahkan puak Taliban, yang ingin belajar, lalu bermulalah kembaranya yang seakan buatnya satu mainan (tapi ya, penonton melihatnya dengan menyakitkan) untuk "belajar" dalam sebuah kelas di Afghanistan.
Filem ini memaparkan "kebenaran" bagaimana wanita dan kanak-kanak perempuan "dimalukan" untuk mendapat hak mereka, lantas mereka tidak bersuara dalam dunia patriaki dan brutal seperti Afghanistan, kemungkinan bukan pun berkenaan sistemnya, tetapi budayanya. Filem ini berani membicara berkenaan hal itu.
Aku memandang filem ini lebih seperti sebuah filem absurd, kerana orang dewasa ditolak memberi logik mendekati anak-anak itu, semacam ini sebuah filem Dunia Ketiga yang mewajarkan pihak Barat merasa KASIHAN dan akan cuba ambil anak kita sebagai anak angkat. Hanya simbolisme, walaupun brutal atau horrifying buat anak-anak ini, antara simbol yang mengindahkan perjalinan absurd yang ingin ditonjolkan. Dan hal ini dilakukan dengan baik, hanya dengan beberapa unsur alam dan kertas.
Filem "percubaan" yang mencuba, hanya memerlukan bimbingan yang lebih daripada pengarah Iran lain yang hebat.

4 comments:
aku bertanya pada usia si pengarah ini, apakah yang dilakukan oleh gadis-gadis di tanah ini? Apa pula yang dibikin oleh gadis-gadis seusianya yg ada disekolah2 filem di malaysia (jika dikatakan ada).
PS-Sila tonton raavanan versi tamil. Dia lebih memberi jawapan-jawapan yang menarik bagaimana sebuah naskah lama diberi pendekatan yang baru.
ikhlas,
Penchinta Ruang Gelap
Ruang Gelap,
aku dah agak dah, hari tu pulak yg hindustan sdg bermain dulu sdg yg tamil pukul 5ptg.. aduh, mmg dah tahu kena tonton yg tamil daripada yg hindustan! masaih ditayangkan ya?
ditanah ini ada yang bertuah seperti pengarah ini tapi bumi ini memang bertuah jadi dibikinlah filem tentang budaya merempit kereta dan motorsikal.
- tijah
Hey!Aku tetap suka filem ini kerana semangat juang yang cuba ditunjukkan..Positif okies!
Post a Comment