23 July 2010

Tower 13 is Awesome!



Ok, ceritanya, aku buat kerjalah kat ofis, sampai tengah malam. Yeap, aku siap tidur kat ofis fasal menulis. Bohong sangatlah sesiapa mengkarung dan cipan yang bagi maklum kat aku, bahawa sesungguhnya ofis aku ni banyak hantu, pigi dah! Memang, sedari 2 pagi, sejuknya dah semacam, tapi takdelah sampai ada jerangkung pusing-pusing bumbung atau dengar nenek kebayan decit terkekeh, atau kena rogol puteri bunian.

Semuanya senyap sunyi dengar aku melalak sambil menaip.

Sewaktu yang sama, aku dapat tonton Tower 13 yang tersiar lepas Midnight News di TV3 (yeap, ofis aku ada TV, grunge kan?).. dulu entah kenapa aku tak terpaut (walaupun kawan aku Faren kata, weh ni Kabir Bhatia ni weh!), tetapi malam semalam, mulut aku ternganga macam "Whooaaahhh, F###!"

Nop, citernya tak seram, efeknya taklah buat kau meloncat, mekapnya hancus (Daniel yang sepatutnya tercoret darah kerana menghiris dirinya dan kemudian tengkuknya amatlah tak real), tetapi CERITANYA, dan pembukaannya, dan kreativiti penulis dan pengarah dalam mengupas dan membawa penonton at the edge of the seat, cilakak, gila gaban betul!

Malah, ada satu babak ni, GILA, si bomoh dalam alam yang gelap (portal alam tu, pagar untuk memasuki alam Tower 13) yang kemudian masuk ke dunia serba biru pangsapuri Tower 13 (di mana seakan-akan budak kecik yang tercalit 13 itu merupakan "kunci" kepada portal alam realiti dan Tower 13), dan cut to babak gelap, kemudian semacam senja inspektor polis ke tempat itu. SERIUS, dimensi dalam dimensi dalam dimensi! Aku boleh bayangkan HP Lovecraft tergolek-golek menyukainya, lantas Clive Barker juga! Yah, Clive Barker, IDOLA aku mendapat tempat yang indah dalam siri drama ini. Dalam satu babak si bomoh bertemu dengan hantu-hantu dewasa di alam Tower 13, deme sebijik macam cenobites. Aku macam, whooohhh, KAGUM! Malah babak kawan si bomoh tu, Daniel ke apa bila mencalar-calar dirinya, dengan duduknya dan lekatan azimat di dinding, aku macam, gila weh, fusion timur dan aksi kultus ala filem Clive Barker siot!

Serius, orang sekarang asyik tergila-gilakan Inception, rupanya di belakang rumah kita ada sebuah drama siri yang meletakkan konsep "dunia dalam dunia" yang bagi aku setaraf mana-mana drama/filem Amerika/UK.

Malam Jumaat depan, aku nak sambung tonton drama siri yang mengujakan ni!

Kekure! Aku nak pita episod Tower 13!

14 comments:

Syed [rumput yang hijau] said...

better late than never. keh keh keh. tower13 dah end. late night tu ulangan.

thank god dorang ulang tayang kan?
kalau tak sabar nak tunggu bleh download. aku jumpa orang upload full 13 episod kat rapidshare dan mediafire. nak ke bro?

AbduL QaDir said...

aku kagum dgn T13 masa tengok episode pertama kat kedai, tapi minggu2 seterusnya sampai habis siri tak dapat nak mendedikasikan diri terhadap siri tu....sayang

ko tengok kat web la Fadz....takyah tunggu minggu depan

fadz said...

serius, aku siap boleh bayangkan yang Tower 13 ni macam analogi terhadap 1Malaysia, bagaimana "kepelbagaian" yang musnah dalam "Malaysia". Ini sememangnya sebuah drama siri yang provokatif dan berkuasa sebenarnya!!

mana tempat nak muat naik????

Anonymous said...

sini manyak celita hantu woh http://sayangwayang.blogspot.com
-pek

Syed [rumput yang hijau] said...

bro ni links untuk download tower13. ikut susnan ni dari episod 1 sampai 13. size untuk stiap episod kecik jer.. less dari 200mb.

http://www.mediafire.com/?mdymnyqwyzz
http://www.mediafire.com/?olnoy01y2y2
http://www.mediafire.com/?mcjzb1e3mmw
http://www.mediafire.com/?i1zdnczzyq4
http://www.mediafire.com/?1znuefulzig
http://www.mediafire.com/?yj5jqnxtzny
http://www.mediafire.com/?mmwtnmc5mln
http://www.mediafire.com/?y3hyi5kdy5t
http://www.mediafire.com/?mn0zyivmqtl
http://www.mediafire.com/?jkwjtzznwmd
http://www.mediafire.com/?jojbimwtb3w
http://www.mediafire.com/?ycoummzdbew
http://www.mediafire.com/?i5jthdtuqjt

fadz said...

wah wah!!!!!

ni media fire ni aku kena id dulu ke? malasnya......

fadz said...

sulfuric, cayalah, thx, aku dha cuba masuk, muat naik percuma, yehhh!!

tulah Khabir, kalau hang keluarkan DVDnya, aku mesti dah beli dah! hahaha

fadz said...

Haaaaaakkkk..!

Alfie penulis Tower 13?! Oh no, terkezut gue!!

yah, my sin, coz i didnt get to discover Tower 13 a bit earlier, even Kekure said it was awesome, i was a bit preoccupied, got lots of thing to do, cant really focus (ok, the real reason was, i was too engross with BSG and Rome at that time!)

my bad, Tower 13 rock my world! Serious! Bloody twister and a hell of a dark world attitude..

Paksa Kabir keluarkan DVD boleh tak?

bte, frens, i will still watch it tonite, coz nobody can lawan watching tv drama, anticipating each episode every week, love that feeling!

Alfie Palermo said...

BSG? Battlestar galactica rules man!

DVDs of tower 13? nah, i think they save that gesture for their better performing shows (ratings-wise) like nur kasih. heheh.

many thanks for your kind words bout the show. if you find tower 13 kinda cool, and have the patience to watch it (and overlook the obvious flaws as per special effects, make-up, bad acting, and even yes, bad writing, of which i am always and will always be guilty of), do check out episodes 11 and 12 (that's when the shit truly hits the fan).

May the Lords of Kobol protect you.

fadz said...

yeap, Battlestar ruleeeees!!

Oh i see, macam tu kaaa? Havent they heard about cult following? Adddduuhhhhh..

i think last nite was the last episode coz everything seems to be "answered" and resolved.

LOVE IT!

aku suka bhg2 kecik, lagi2 dialog, bila side kick inspektor tu cerita fasal A Famosa, tiba2 inspektor tu selamba, kata macam "sumpah aku akan cari balik buku teks sejarah ting. 3 aku.." dengan selamba, dan aku macam, Whooooohh dan ketawa gila. Genius man! Inilah org kata "the machine gun effect" (rujuk American Werewolf in London, scene Nazi masuk rumah), tgh gubra2 tiba2 dibagi satu detik yang menterbalikkan sekejap konteks citer tu, memberinya "nafas lain", aku suka ni, tak ramai org berani buat ni.

OK, do u have any future projects? Aku sure nak tgk lepas ni..

Alfie Palermo said...

heh. glad u liked it bro. future projects lepas tower 13 ada tapi semuanya conform pada kehendak orang ramai yang tak nak 'sebuah lagi tower 13'. gua nak suruh lu tgk penunggu gunung raya malu ah pulak sebab gua sendiri pun xleh tengok. baik layan battlestar galactica je. will keep u posted if anything cool comes up dude.

fadz said...

mana aku bole jumpa Penunggu Gunung Raya ni? tu drama Kabir yg terbaru ke?

ok Alfie, keep in touch bro :D

Alfie Palermo said...

ada kat website tv3 kot. but sucks big time anyway. plus memang rip-off cerita IT. shud have ripped-off clive barker. hate stephen king anyway. haha. tower 13 pun ada gak kat sana if u wanna stream it.

peace bro.

Anonymous said...

vegna ekki:)