19 January 2010

Apa Lagi Yang Tak Kena?


Baru-baru ni, ko jangan pulak terkejut; aku masuk TV. Alah, Awani je, tapi kira so"p"istikated jugaklah dengan warna oren, merah dan putih jenama syarikatnya. Bukan, ni bukan rebiu aku tentang Paranormal Activity yang Ajami "sebok" masukkan dalam You Tube (habislah, aku "musti" kena hentam atau kena santau lepas ni), yang ini lagi menyimpul perut aku ke-100 kali simpulan kerana isunya "berat", tentang hala tuju pengisian filem Malaysia yang dikatakan lesu. Aku ditemu ramah oleh seorang pengacara yang faham filem iaitu En. Rizal (tak leh tipu-tipu dia, cheh, siap bagi istilah filem gila gaban, P**** betul! Hoho) dan duduk di sebelah "gergasi" pengulas filem, Pak Wahab Hamzah.

Ya, Pak Wahab Hamzah yang aku mahu sangat temu ramah tapi tak dapat-dapat, dan sekarang, mata sang kancil berdepan dengan raksasa!

Bagaimana temu ramah tu? Aku tak berapa puas (siapa yang tak), lagi-lagi dengan gagap-gagap kancil aku (itulah, dulu aku kutuk pengacaranya merojak bahasa, bila kena tang aku, haa, padan muka aku!), malah banyak perkara yang aku rasa aku geram, aku nak luah, tapi aku tak dapat, sebab di sebelah aku adalah seorang gergasi. Poin yang paling aku mahu meluahkan ialah, seperti mana pengacara, Rizal Zulkapli nyatakan, terdapat pandangan negatif masyarakat tempatan terhadap filem Malaysia (dengan isi dan konsep yang klise dan moral negatif). Yang aku ingin nyatakan sebenarnya, pandangan itu sedikit "on the surface" dan tidak ada penyelidikan yang menyeluruh, oleh sebab, kalau dilihat, baik daripada kuantiti ataupun kualiti, filem-filem kita memang sedang "diperhatikan" dunia (bermula selepas pencerahan Puteri Gunung Ledang), tetapi hal ini aku tak dapat simpulkan dengan baik kerana kepala bengang depan TV, dan aku amat-amat rasa rendah diri depan Wahab Hamzah.

Poin aku: sebenarnya ada suatu "pencerahan" yang sedang berlaku dalam perfileman Malaysia, dan hal ini disedari kuat oleh pemerhati antarabangsa, baik dari Itali (Venice), para pemerhati Asia (Singapura, Hong Kong, Taiwan, Thailand, Filipina dan Indonesia), juga beberapa negara Islam di Timur Tengah. Fakta paling benar, jika diselidiki laman berbahasa Inggeris Twitch Film, laman Rumah Film. Org (sampaikan, laman penting daripada sekumpulan pengkritik hebat dari Indonesia ini menyatakan kandungan filem di Indonesia sebenarnya lesu berbanding dengan ide-ide segar dan menembusi kebiasaan dalam filem-filem indie Malaysia) dan laman mendiang Alexis Tioseco, pengkritik film progresif dari Filipina.

Ya, kita memang tidak menghampiri kekuatan teknikal filem Indonesia (penerbit dan kru mereka tahu menggunakan sumber dengan masa yang betul mungkin), ataupun Thailand (Amir Muhammad menyatakan, dua buah negara asia tenggara, Thailand dan terutamanya Filipina yang jauh mendepani baik ide ataupun teknik, serta apresiasi) dan sudah tentu Filipina (filem-flem DVD yang masuk ke tanah kita merupakan filem-filem popular, bukan filem-filem besar mereka seperti Jose Rizal, The Blossoming of Maximo Oliveros, Batang West Side), tetapi kandungan filem kita, kini, sekarang mempunyai suatu kesegaran yang terkini dan tersnediri, membentuk "dunia baharu sinema" yang buat aku, boleh menandingi mana-mana kandungan filem negara lain.

Secara rumusan, filem kita terpecah kepada tiga tema, yang berbentuk genre (terutamanya seram dan komedi, tipikal buat seluruh negara dan sememangnya popular dalam mana-mana negara pun), yang berbentuk eksperimen (filem generasi baharu seperti James Lee, Tan Chui Mui, Ho Yuhang, Azharr Rudin, merupakan yang terbaik, termasuk Karaoke, yang dikatakan oleh pengkritik filem Benjamin McKay sebagai filem "landmark" Malaysia tahun lepas [dalam Off The Edge], dan buat aku sendiri, filem pascamoden Malaysia, $ell Out!(2009) merupakan filem terbaik yang aku pernah tonton tahun lepas) dan yang merujuk lalu mengintepretasi hikayat atau genre filem atau filem itu sendiri dalam bentuk dan persembahan lain (parodi, neo-noir, pascamoden, antaranya Anak Halal, Baik Punya Cilok, Jangan Pandang Belakang Congkak, Adnan Rempit, Anaknya Sazali, dan terbaik: Kala Malam Bulan Mengambang).

Tetapi takpe, aku berjaya juga maklumkan, masalah buat aku di Malaysia, ialah, kita tidak ada semangat mengadaptasi novel/komik/hikayat/cerpen/buku bukan fiksyen kita ke filem (hal ini dibincangkan dengan panjang lebar bersama penulis skrip drama fenomena Nur Kasih).

Tetapi entri kali ini bukanlah hal berkenaan itu, tetapi persoalan yang aku sengaja lontarkan kepada A. Wahab Hamzah tentang beberapa filem:

- Wahab Hamzah sendiri mengatakan, tidak ada masalanya jika mana-mana filem ingin menyampaikan mesej. Persoalan mesej bukan masalah, maknanya jika filem itu berbentuk "propaganda" (rujuk Bilut, 1957: Hati Malaya), ianya mesti "menghiburkan". Ya, itu merupakan hal yang paling penting: untuk menghibur. Aku selalunya menyatakan, paling penting dalam pengalaman menonton adalah merasa. Konsep "perasaan" atau tindak balas emosi ini yang menentukan filem apa yang kita akan suka. Seperti aku, aku suka "ditakuti", jadi filem seram merupakan genre kegemaran aku. Hal propaganda dan filem bermesej masih subjektif buat aku. Tetapi buat aku, filem yang mempunyai "cerita" dna lantaklah apa orang mahu katakan tentang "mesej" atau "estetika"nya merupakan sebuah filem yang bagus. Filem Abang oleh Rahim Razali mempunyai kekuatan sebegini. A. Wahab Hamzah sendiri mehu membikin filem berestetika tinggi yang boleh "berhibur" menontonnya (tidak menolak penonton umum). Aku terngiang konsep Slumdog Millionaire.

- Aku kemudian bercakap tentangnya bahawa, seperti mana yang dikatakan (dan aku sokong) oleh Pak Hassan Muthalib, filem tahun 2010 banyak judul-judul filem yang "entah apa-apa" (err, maaf, Adnan Rempit merupakan satu contoh). Pak Wahab terus menyatakan, "tidak adanya masalah dalam judul, kerana kita perlu fahami dengan hal semasa sekarang. Penonton kita [penonton filem Malaysia] kebanyakannya bangsa Melayu dari kampung, jadi mereka perlukan sesuatu yang dekat dengan mereka [kekampungan?], mengikut intelektual mereka. Lama-kelamaan dengan adanya pusat seperti ASWARA, dengan adanya pendedahan filem sedari kecil, dan adanya perkenalan dengan sastera dalam KOMSAS, budka-budak kampung ini tentu berubah seleranya". Begitulah. Aku harap ramalan Pak Wahab ini benar. Buat aku pula, secara subjektif, aku akanmengajar anak-anak aku dogma yang sudah aku turunkan di sini supaya membentuknya sebagai penonton berbudaya.

- Kemudian aku bertanya soalan yang paling sensitif sekarang, tentang dokumentari The Residency Years oleh Mansor Puteh (aku belum menontonnya) dan isu yang sedang berlaku. Beliau dengan jujur menyatakan, bahawa seorang yang pakar dengan bahasa filem (Mansor) perlulah kadang-kadang mengikuti piawaian yang diberi oleh "tukang beri kerja"nya . Malah sebenarnya, hal-hal yang ditegur itu merupakan hal-hal teknikal kecil yang boleh diubah dengan cepat dan tidak perlu kos tinggi. Dan seeloknya, kerana ini sebuah "projek" pemberian orang berkuasa, seeloknya perlu pengarah (Mansor) ada pasukan yang berpakaran dala mdokumentari, dan jangan buat semuanya sendiri dan ikut syok sendiri.

Aku macam, whhoooohhh! Aku nayatakan pula, seperti mana bicara aku dengan Jhebat Bin Filem yang sudah menontonnya, filem terbaharu Mansor itu sungguh "naturalistic", mengambil semangat Werner Herzog. Wahab Hamzah terus menggeleng dan kata, "Mereka boleh kata apa yang mereka nak kata, tetapi ini, kerja ini satu kerja yang sepasukan dengan perjanjian dan permintaan dengan piawaian, memanglah, orang boleh kata apa-apa tentang filem itu."

Persoalan aku: dan bukankah ITU tujuan filem? Untuk melihat PELBAGAI REAKSI orang dalam satu-satu hasil seni (sebagai hasil akhir, tidak mengambil aspek metod pembikinannya). Aku sebenarnya menyalahi FINAS dan menyalahi Mansor Puteh sekali gus. Aku menyalahi FINAS kerana kenapa FINAS, yang mempunyai "permintaan" tertentu untuk dokumentari itu (dengan gaya tipikal Discovery Channel/History Channel) kenapa tidak nyatakan dengan jelas kepada Mansor? Kenapa pilih bersetuju dengan Mansor "in the 1st place" kerana kita sudah sedia faham dengan cara dan falsafah Mansor yang sememangnya seorang "pembikin gerila terulung Malaysia". You kow what you're getting into FINAS. Dan Mansor Puteh pula, jika BENARLAH standard itu sudah diperjelaskan, kenapa terus menjalankan kerja, melanggar "amanah" yang sudah diberi? Tetapi jauh dalam sudut hati aku, aku percaya FINAS tidak menyatakan standard mereka kepada Mansor, kerana tak mungkin Mansor sanggup melakukan hal menggigit tangan sebegitu rupa kepada ia yang memberinya makan?

Penyelesaian buat aku, kerana rata-rata ramai penonton muda yang sudah menontonnya membelakangi Mansor Puteh (tayangan di unibersiti-universiti) dan hasil kerjanya, filem ini biarlah dibawa untuk tayangan filem festival luar negara dan beri keluasan tayangan umum yang lebih luas (mungkin ASTRO boleh ambil peluang). Jika hal ini memerlukan "kad hijau" FINAS atau kementerian, berilah saja kepada Mansor, kerana tak elok menahan semangat pembikin yang mahu menyimpang hal lain (ide seni memang begitu, kan mereka orang-orang yang pelik?)..

Lalu kemudian, aku bertanya tentang Merantau yang sedang ditayangkan, dan beliau terus kata, ia tidak ada makna, lemah dan mengikut gaya Ong-Bak. Waktu tu ajelah aku secara serius berkata dalam diri aku, "hah, ini saja garisan perbezaan aku dengan idola aku rupanya!" Secara serius, Merantau bukan sebuah filem yang perlu diambil secara serius, ataupun secara mengikut genre. Ianya sememangnya filem bertih jagung dilunakkan dengan hal realiti sosial Jakarta. Paparan tanpa potongan filem penuh yang aku tonton di Jogjakarta menampilkan hal ini. Seperti Paul Agusta, Wahab Hamzah tergolong dalma kumpulan yang membenci Merantau.

Ini membawa kepada poin akhirnya kepada pengacara malam itu, Rizal, yang mana dia (baru) sedar, tidak pedulilah filem apa yang kita tonton itu bernilai atau tidak kerana penilaian estetika dan taraf hiburan (guilty pleasure) kita sendiri lain buat setiap individu. Ini sangat-sangat benar. Dan aku tepuk tangan dengan pencerahan baharu pengacara itu (yang baru sedar). Aku punya pandangan aku sendiri tentang Avatar, tetapi itu tidak bermakna engkorang tidak akan terhibur dengannya, begitu juga Man Laksa, ataupun Nana Tanjung. Di sinilah, kita dibawa ke budaya baharu iaitu budaya "cult" dalam menonton. Dan seperti fenomena ini tertulis dalam blog ini (dan masih berkembang) bagaimana pengikut kecil Misteri Rumah Tua sedang memohon untuk menonton filem itu (dikatakan blog yang aku paparkan itu tidak dapat menayangkan filemnya, aduh!!!) Buat aku, Misteri Rumah Tua ialah sebuah filem bajet rendah yang setaraf John Waters tetapi mengambilnya dengan terlalu serius (itu masalahnya). Tetapi, lihat bagaimana "fond of" para pengikutnya untuk mencarinya.

Seperti mana yang berlaku terhadap rerun Ali Setan arahan Jins Shamsuddin itu baru-baru ini. Separuh daripada kami yang menontonnya di TV3 baru-baru ini menjerit dialog-dialog "Tipah tertipu" dan "Ali Setan, anak iblis"nya serta kiutnya pantun-pantun katak yang dipaparkan. Ini adalah momen-momen, dan momen-momen ini bermakna baik secara ritual menonton juga secara prasedar (hal ini berlainan dengan memahami pengalaman menonton filem klasik). Ini yang membuat filem seperti Ali Setan mencapai tahap "cult". Jika korang ada ternampak majalah Aesthethic yang memperkatakan bahawa filem kita tidak ada filem yang berstatus "cult", betapa salahnya penulis itu, kerana penulis itu perlu melihat "cult status" dalam ruang lingkup budaya kita (dengan tahap intelektualnya, serta cara kita menonton, dan budaya ritual kita tersendiri) dan acuannya. Ambil saja contoh filem Ringgit Kassorga. Aku tetap boleh ketawa bila ada seorang pengawal keselamatan baru-baru ini boleh meluah, "siapa yang malu, mereka dan keluarga mereka!" Jadi, siapa kata filem kita tak kena?

11 comments:

Ajami Hashim said...

bro, aku rasa sebahagian besar 'kuasa' pembikinan filem di Malaysia MASIH bergantung kepada 'kehendak' penonton awam iaitu 'hiburan komersial yg menguntungkan'..huhu!

fadz said...

Ajami, err, itu melihat "kuasa pembeli", dan itu tidak salah, seperti yang Pak Wahab nyatakan, perlunya filem yang seimbang dalam kuasa komersial dan estetikanya (Cinta tu mungkin satu contoh terbaik)..

kebergantungan ini sarwajagat dalam mana-mana bikinan filem sekarang.

persoalan yang menarik dibawa malam itu ialah: bagaimana mahu memecag budaya penontonan filem "senang" atau "hiburan ringan" ini di kalangan penonton umum. Hal penonton berbudaya atau penonton menonton filem bernilai tinggi (dengan adanya sekolah filem, komuniti) merupakan hal yang aku dan Pak Wahab bincangkan malam itu.

hoho, nasib baik ko terlepas, kalau tka, mesti byk yg ko nak komen.

fadz said...

point aku ialah: it doesnt matter if u want to do a crappy film, but u have to know how to appreciate and channel good films.

Hurt Locker (0) Avatar (1) kan?

Ajami Hashim said...

cuba kau definisikan maksud 'filem bernilai tinggi'? huhu!

fadz said...

senang: Momo and Gogo man...

hahahahaha!

baca ajelah Adab Menonton Wayang, bagi aku, hal2 peribadi yg aku tulis itu dlm tu merupakan nilai sebuah filem yg bagus.

Ajami Hashim said...

bro..menyarankan, mengulas, menegur bla bla bla samada di blog, media cetak/elektronik akan tinggal sekadar perbincangan/perdebatan semasa/bermusim ajer..yg menentukan filem apa bakal yg dibikin MASIH bergantung kpd budget & networking empunya karya..polemik kau masih berpusing kpd soal filem yg sudah SIAP (pahat & tukul)..ia tak akan habis bro! tapi sejujurnya pandangan kau masih diperlukan utk menyoal/memuji sbg bacaan yg seronok selagi kau sanggup!

fadz said...

yeap, hal itu juga disarankan oleh aku dan pak wahab, aku nyatakan, perancangan kena betul, pemilihan pelakon, skrip, bajet, semua tu berlikar dan berlikar... paling penting, pengolahan (hal yg Z Lokman kata baru2 ini ttg melawan birokrasi dan mengada2 org sekeliling amat menarik).. ini hal BIKINAN filem.

Hasil tu satu hal yg lain (cth: Heaven's Gate merupakan filem yang punya segala peluang besar tetapi hasilnya buruk juga, walaupun secara teknikalnya bernilai tinggi).

Jadi, apa salah dengan berbicara ttg filem? duh!

Ajami Hashim said...

seorang pakcik pernah kata pada aku secara berjenaka "kau menjual 'soul' kau kpd 'devil' industri hiburan bila kau juga menulis skrip cerekarama" ..aku jawab "sebab itulah saya nak join industri itu utk menjadi 'angel'" hahaha!

[dialog di atas telah diubahsuai/ditokoktambah utk meyedapkan cerita! huhu!]

ya! betul! aku cuba mengikut jejak-langkah Nizam Zakaria..we walk our talk!..

huhu! bring it on bro!

amer zaman said...

aku harap, fadz akan terus jadi penulis filem supaya anak-anak aku dapat ilmu dari dia...

Bukan Sepet said...

Hmm. Interesting buat aku yg dummies ni bila Fadz dan Ajami, ada perspektif yang pada aku bukan bertentangan, tetapi jalan berasingan...

Bagaimana pun aku suka cara Ajami Walk The Talk concept. Memang nampak cam jual 'soul', tapi that's life I guess. Give and take. Macam jurukamera yg ambil gambar org kahwin. Tak ke macam jual 'soul'? Ambil gambar teknik silhoutte di katakan oleh 'majikan' (pengantin) amik gambor tak jadi! So, kena tolerate, kurangkan aspek teknikal kreatif, dan hanya bagi 'majikan' apa yg dia nak sebab bottom linenya, dia yg bayar kita! Tapi of course celah celah tu, selagi boleh blah.. kita selit ler sesikit unsur angle kreatif, yang mana kut kut lah, 'mungkin', majikan tu leh terima... through that, to me, although look like we sell our 'soul' but it's not entirely.

Tapi untk masa depan yg lebih baik, let's do something yg kita mungkin rasa kecil, tapi siapa tau impaknya lebih dari yang kita jangkakan? Cam Fadz dengan caranya mengulas filem sekaligus 'mengajar' pembaca jadi lebih selektif dengan filem di tonton.

Ajami juga 'mulia' kerana berani mati, terjun dan tukar dari dalam!

I wish I'm as good as you guys.
Good luck. You're both right. You're both pejuang.

Kata Arwah Kak Min, (not in exact word) yang tak sempurna, perkara yang kecil kecil, perkara perkara itulah yang buat kehidupan ini cantik.

Ke camna?

fadz said...

Amer, kau juga perlu mengajar anak-anak kau dengan ilmu, rasa dan jati yang kau ada dalam diri kau. Itupun sudah cukup.

Bukan Sepet, line arwah Kak Min yang paling menyentuh, dan sememangnya benar.. ya, saya tidak menyetujui cara Ajami (saya jenis yg tidak berkompromi, seperti Mansor mungkin dalam menyatakan apa yg saya mahu) tetapi saya sememangnya menghormatinya.. kerana mmg dalam sejarah, begitulah. Dari awal Stanley Kubrick atau Hitchcock (Rebecca) hanya membuat filem yg diminta studio, dan bila filem mereka "berjaya", lalu mereka memberi laluan kepada filem-filem yg punya jiwa-jiwa yang mereka mahu sampaikan.. dan ini menjadi tahap yg tertinggi..

setakat ini, aku lihat ianya berlaku dgn Mamat Khalid, Aziz M Osman (sedikit kurang sekarang) dan Bade Azmi. Aku menunggu hal ini akan berlaku dgn Osman Ali, Moo Jin, Bernard Chauly, James Lee dan Amir Muhammad. Kalau dibandingkan dengan Chris Choong, Yasmin Ahmad, Azharr Rudin, Wan Azli, dan Adman Salleh yang terus mengikut hati mereka tanpa peduli dan tetap hati.