15 January 2010

Akan Datang: KAPOWW (2010)


Aduh, iyelah, macam2 hal dalam minggu ni, tak sempat teman nak mengulas, hoho.. sabtu ni lah paling seksa, kononnya teman kena panggil masuk TV, 8.30mlm, Awani... aduh, entahlah, penat, penat! Novel pun tak siap-siap ni! Aduh!

Katanya akan tiba Jun 2010:



Menarik? Tak tahulah. Azizi Chunk aku pernah tersinggung dengan Antoo Fighternya, dan nampaknya filem ni ada campuran Power Rangers, Ultraman dan komedi gila-gila bodoh tipikal Senario, tapi satu hal yang aku bangga dibuat oleh Azizi ialah, dia CUBA untuk mencipta adijaguh (superheroes) tempatan (walaupun bodoh-bodoh alang). OK, soalan: adijaguh apa yang di Malaysia boleh digunakan? Komik mana yang boleh diadaptasi?

Aku ada beberapa cadangan:
Periwira Mat Gila (nukilan arwah Rejabhad, hero hikayat/bangsawan tempatan paling aku suka)
Akob Anak Tulakang (budak kecil genius yang jadi power hungry untuk menakluk dunia, gila! Nan dulu-dulu dah jauh glokal daripada Najib, poyo!)
Syah Mardan (daripada Hikayat Syah Mardan, tak, yang ini belum dikomikkan, tapi buku hikayatnya dah cukup kuat untuk buat filem sehebat Jaka Sembung!)
(... korang, sila isi ...)

Ini buat pembikin filem Malaysia yang nak buat filem adijaguh: kalau korang filemkan sebuah filem adijaguh yang serius, dengan naratif dan latar serius, dengan isu-isu sarwajagat yang serius, aku gerenti, meletup besar-besarnya!

now, this is interesting, hopefully with a good Garuda CGI:
http://www.youtube.com/watch?v=SamAxH4Tbag

12 comments:

Syed [rumput yang hijau] said...

untuk trailer merong mahawangsa dorang tak akan masukkan babak garuda. dorang akn cuba tafsir bahagian2 mitos kepada something yang lebih... well... as they say.. logic or realistic... entah2 kelompok lanun or bandit bergelar garuda or something like that.

"Ini adalah interpretasi kami sendiri untuk mendapat realisme filem tersebut. Kami tidak akan menggunakan keseluruhan cerita itu sebaliknya hanya bahagian penting yang menguatkan jalan cerita itu akan digunakan untuk penggambaran. Bahagian mengenai garuda akan kami gantikan dengan perkara lain yang akan melambangkan garuda tersebut. Kebanyakkan cerita asalnya adalah dari mitos dan kita perlu menukarnya menjadi logik yang mudah difahami untuk penonton masa kini. Pembinaan watak bagi Merong juga kami interpretasikan sebagai seorang yang kacukan Inggeris-Melayu. Filem ini juga banyak mengandungi mesej kepimpinan dan perpaduan di mana kita dapat lihat transformasi Merong dari seorang yang individualistik ke seorang yang berpewatakan seperti seorang pemimpin."

dipetik dari http://www.sinemamalaysia.com.my/main/clippingnews/Filem_terakhir_Yusri_Merong_Mahawangsa_2341

Lyn said...

Fadz lepas ni tanpa nama datang semula lah kat blog u hahaha

Btw I pun suka pewira mat gila..siap beli buku dia dulu :)

fadz said...

sufic, thanx for the info!

Bratty! hey, i dah dok d'sara, so bila2 ke bole kacau u kat hartamas ni?

Paan Ovrtd said...

Saya cadangkan diri saya sebagai hero lokal. Hahahaha!

Xde idea nak komen apa sebenarnya. Cuma masih lagi terngiang2 dengan Hard Candy. Hahaha!

Sir Hady Jupaz said...

teringin nak tengok kluangman pula di moviekan...haha..

>>>otakmovie.blogspot.com

AKuSEmpoiGirL said...

alahai, tgk promo nyer ala2 mcm cite katoon je. rase upin n ipin lg best, kuikuikui....

M-Yusof said...

bila merong mahawangsa nak ditayang?

zulazahari said...

Hantu Silap Mata (Alif Firdaus)

Ira Fazir Ishak said...

KAPOWW: ATOI THE AJAIB BOY


A family comic graphic film, ‘Kapoww’ is Malaysia’s answer to Spiderman, except it’s definitely a little wacky, a little silly and a lot of fun!

Through films we laugh, we feel, we learn and ‘Kapoww’ offers a layered film with superficial laughs, witty dialogue, crazy scenarios but also with a deeper meaning – how people so soon forget their roots and are distracted by power, fame and fortune. How a mother’s love and support should never be taken for granted, and that you should believe in your friends. And that through belief in family country and countrymen, we will only grow to greater heights!

True to the old school Superheroes you grew-up watching, comes ‘Kapoww!!!’ a new comedy by writer/director Azizi Chunk Adnan. Follow Atoi, kampong boy turned super hero, when he is literally struck by lightning. With the help of some popular drink, watch Atoi’s super powers come alive as he runs at the speed of sound and fires a bolt of lightning with his bare hands. Overcome by his latest discovery, Atoi moves to KL to join the elite group of super heroes known as, ‘Kapoww’.

Fighting the bad guys, and saving old lady from thief snatcher however proved to be too easy. The real challenge comes when Atoi is lauded with the glory of fame and fortune. And in the midst of this crisis with himself, comes the ultimate villain, Alakazambo. Will Atoi overcome the challenges to win the day? Or will he succumb to his losing ways?


irafazir

fadz said...

thx Ira!

Anonymous said...

cinta filem kita

salam bro,ade member gua yg da tgk citer ni kata cite ni cite bodoh & x lawak..

diorang kata lawaknya nak buat macam 'mo le tau' ala2 movie2 stephen chow ching si..

tapi xjadi..ade part2nya lawak xfaham..camna benda ni leh terjadi?

dah dua movie saudara chunk ulangi kesilapan yg sama..hmmmmm

kena wat post mortem pas ni if movie ni gagal..

gua rasa kalo adaptasikan perwira mat gila ke filem...lagi gempak hasilnya dari kapowww..

fadz said...

anon, aku tak berani cakap ah, aku tak tgk lagi.. tapi ari tu Ajami bagitau aku, Kapow ni bagus... so, tak tahulah, hahaha