21 June 2012

Prometheus(2012): Jahatnya Kamu!

Rangkap koir lagu gedik Stacy itu amat sesuai untuk menampilkan pengalaman selepas menonton filem ini buat kali ketiga.

Ya, tiga kali aku tonton filem ni, dan semalam aku tonton dalam versi 3D.

Mesti kau akan tanya, apa bangangnya aku nak tonton sampai tiga kali filem yang bergerak entah ke mana-mana ni. Seperti pepatah Inggeris yang berbunyi, "There are silly movies that demands to be seen again and again. Prometheus is such a movie."

Fasal apa? Fasal pembawakan persoalan yang dibawa dalam filem ini yang kita ulang dan ulang. Lebih banyak kau masuk dalam filem ni, lebih banyak (bukan sahaja bengong) enigma dan istilah baru yang akan keluar. Filem sebeginilah yang amat diangkat oleh pengkritik The New Yorker itu serta Roger Ebert, menafikan plot-plot "ape ke hal Bedah kaubuat macam tu?" dalam filem ni, yeap, mereka pun "meminggirkan" hal itu (yang bagi aku agak sedikit hipokritlah), tapi kau akan cakap, "Who the f*** cares, aight?"

Lagi-lagi dengan sedutan baru (deleted scenes) yang dipaparkan di YouTube yang mengikutinya akan terasa, whoah ada lagi sesuatu dalam sarwajagat bana ni! SPOILER, malah menonton filem ni buat kali ketiga aku "sure enough" bahawa watak Charlize Theron (yang aku suka bangat, OK aku terpana dengan minah ni sejak The Devil's Advocate lagi) tu memang android (Ridley Scott kata dalam satu sidang media, kemungkinan ada DUA robot dalam filem tu) lalu kalau ada sekuel nanti, dia akan "muncul". Ini adalah kerana melihat kepada dialog-dialognya yang cryptic, mengilhamkan bahawa Theron aka Miss Vickers seorang robot yang sengaja diprogramkan untuk memerhati "David" juga menjadi seakan "pertentangan" kepada motivasi dan semangat "cuba sedaya-upaya" David (anak "kesayangan" bos Weyland) malah Vickers tu TAHU bahawa Weyland di atas kapal (dia melonjak diva bila Noomi Rapace melihat barang bedah dalam bilik, yang kita tahu is meant for boss Weyland, bukan Vickers, dia menjawab berkenaan "Weyland" seakan suatu aturcara bila Rapace mempersoalkan kuasanya, serta Vickers bila-bila sahaja boleh pergi ke tempat "ayah"nya dan buka tempat menginapnya, tetapi kenapa tertahan untuk mendepani ayahnya sendiri?) 

Banyak lagi mumbo-jumbo dalam filem ini yang membawa pelbagai persoalan yang tidak terjawab. Sebenarnya, Matrix sudah jauh menyaingi filem ini dari segi membawa pelbagai "falsafah tak terjawab" yang sekurang-kurangnya memberi kita sebuah cerita "yang lengkap" dan sekurang-kurangnya persoalan "plausible" yang terjawab elok, walaupun hanya satu "perumpamaan". Serius, kau tontonlah Pontianak Harum Sundal Malam 1 & 2 yang mana bahagian satu banyak memberi persoalan-persoalan tidak terjawab manakala yang kedua menjawab segala persoalan-persoalan tergantung itu. Filem ini, khusus daripada Ridley Scott tidak sepatutnya melakukan kesilapan yang sama.

Apa-apa pun, memang terdapat beberapa imejan dalam filem ini, serta bauran sai-fai yang indah, sekurang-kurangnya. Idea "makhluk asing" sebagai "tuhan manusia", satu tema yang sememangnya kontroversial khusus buat kita dimainkan dalam filem ini, yang amat berkaitan pula dengan teori "Space Jesus", yang sebenarnya, sebenarnya, aku bermohon sangat, dalam pertengahan filem ini tidak "f*** up" tetapi itulah "kerja" penulis skripnya, hanya kerana ingin "menyatukan" francais baru ini dengan Alien (menyampah dengan kru dan pelakonnya kata filem ni takde kena-mengena), sampaikan dengan runut bunyi juga meniru yang rentak lagu pertama dan kedua. Memang, orang akan ingat, babak si bodoh biologis (biol) yang entah bodoh apa nak mengusap "hewan proto" berupa koneknya sendiri sebagai suatu kebodohan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah fiksyen sains (ini belum masuk lagi dengan beberapa lagi hal-hal yang tidak masuk akal secara tertib sains).

Tahniah Ridley kerana berjaya mencipta suatu adikarya lalu kemudian menghancurkannya dengan tangan sendiri.


3 comments:

zulazahari said...

Memang nampak mcm tak ada kena mengena dgn Alien....tapi cuma satu je yg mengaitkan filem ini dgn Alien...iaitu nama Weyland....kpd peminat francais filem Alien pasti perasan bahawa nama Weyland sering muncul dlm filem-filem Alien termasuk Alien vs Predator.

Anonymous said...

Thanks for sharing your opinions and thoughts this is great article!

Anonymous said...


Hmmm very interesting:)