05 February 2012

Pelangi Ada Tujuh Warna

Sebelum aku bermula membedah (hahaha) filem pop paling ditunggu-tunggu ini, aku mahu membelah ini drama filem yang aku tiba-tiba tonton. Ya, aku telah menonton seperti 10 minit awal drama skrip yang ditulis Faisal Tehrani (role cue: Agghhh, I watched a Faisal Tehrani movie!) diarahkan Bade Azmi. Bila aku sedar ini drama mula membawa aku kepada "menguap", aku mula bertanya, adakah ini hasil orang besar itu yang pernah kutuk arwah Yasmin dahulu berkenaan "nilai moral"nya? Aku terus-terang, mamat Faisal ni "got balls". Baru-baru ni aku habis membaca novelnya yang ada berkenaan pembikinan filem era baharu Malaysia, yep, dan revolusi yang ingin dia bawa, bersama kupasan teorinya, bagi aku, menarik (atas kertas) malah mengangkat Dasar Kebudayaan Malaysia pada tempatnya, dalam dan luar. Tetapi menonton aktres pujaan aku, Lydiawati, dimomok dalam babak dialog berjela-jela dengan kawannya berkenaan itu jantan dan ini jantan (talk about unsexing everything about sex in ISLAM), mulut aku ternganga panjang. Kemudian, lepas babak itu, kita ditangkap dengan babak panjang MTV tanpa suara tapi lagu yang memaparkan Lydiawati terpegun tonton pelakon lelaki bermisai bercakap ala-ala MLM, kemudian tanda tangan dan kemudian, ugh apa lepas tu? Oh ya, Lydiawati dipaparkan membelakang kamera, siluet jauh, kemudian si pelakon lelaki bermisai datang, tunjuk diri. Dan aku tak tipu, kita dengar runut bunyi burung berkicauan, lantas dua orang tua ni bercakap benda-benda syariah komplien (yang membosankan), dan tiba-tiba, potong, bawa ke babak baru, tempat sama, suara burung kicau sama, dengan sudut tangkap lain, masih dua orang bercakap (yang membosankan). Aku mengutuk-ngutuk babak ini sampai tendang-tendang TV aku dan lepas tu urut-urut dada ingat Allah dan beristighfar (cewah!) Ya tuan-tuan dan puan-puan, itulah yang dinamakan DRAMA RADIO, dan bukan drama radio biasa tapi DRAMA RADIO RTM yang aku dengar zaman-zaman 80-an masa kecik nenek aku pasang (zaman sekarang drama radio RTM pun dah berubah betul).. Dan nama drama ni apa? Pelangi Ada Tujuh Warna? Oh, 70-annya, oh, oh, aku boleh anggap, betapa aku Noor Kumalasari menunggu matahari menjenguk wajahku dan memberi aku cahaya semula untuk mempercayai apa yang aku dengar dan tonton, ohhh Tuhan... Inilah pengajaran buat Faisal. Ya Faisal, tontonlah filem Iran, imej, potongan dan sudut bergerak, imejan bergerak, semua ini penting untuk "menggerakkan cerita" wahai Faisal, bukan main dialog-dialog-dialog saja. Janganlah dibandingkan dengan filem Iran hebat, 10 itu yang hanya kamera mengambil wanita dalam kereta dan bercakap kerana ISU dalam filem itu provokatif, bentuk awalnya sahaja menampakkan provokatif, maka jika bercakap panjang pun si wanita itu dan itu sajalah yang berlaku dalam filem tu (seakan berselindung daripada ditangkap) sudah meletakkan kewajaran sekali gus intrig yang sangat memikat.

Ah, setakat ini belumlah lagi tertunai revolusi Faisal atas kertasnya yang idealis itu. Aku harap dia cuba lagi yang terbaik lepas ni.

6 comments:

Anonymous said...

=.='

Anonymous said...

hahahhaa... ayat kaw pelik lor... mcm tak pernah exam :P peace

ekceli, knp org suka sgt yasmin ahmad? her film is nothing...

Rem said...

Lepas ini tunggulah kena ligan dengan Faisal! :-)

Macam teruja pula mau menengok lepas baca ulasan yang sangat grafik ini. Sebenarnya peranan Faisal apa dalam pembikinan drama ini? Penulis skrip saja atau memang ada terlibat secara langsung dalam produksinya?

fadz said...

rem, aku cakap apa yg aku perlu cakap.

skrip faisal, arahan bade. tapi suara faisal kuat, mcm filem adaptasi stephen king, suara stephen king kuat.. macam tu lah

Anonymous said...

And Faisal is also nothing, it was waaaaaaaay boring yo!

Anonymous said...

SANDIWARA RADIO BERGAMBAR!

ps-dah ini upaya dia.

Penchinta Ruang Gelap.