... Ya, bukan apa, aku tiba-tiba dalam beberapa minggu ni terpaksa berbengkel kerana aku dah tukar bahagian (boleh tahan kerja tempat aku ni, macam syarikat swasta, tup tap tup tukar bahagian, boleh lemha jantung dibuatnya) ... serius aku cakap, aku tak suka bahagian baru ni sebab ia memandulkan aku menulis, lagi-lagi untuk blog ni kan?
Jadi baiklah aku titipkan kat bawah ni, beberapa penulisan aku setakat ni yang pernah keluar dalam sebuah projek yang aku gerakkan, sekurang-kurangnya korang yang rindu tulisan aku, terubatlah rindu (AS IF, hahahaha):
Ha ha ha, banyak juga tu kan? Itulah, tapi aku khuatir aku boleh menulis sebegitu lagi dalam bahagian ni.. serius, aku rasa, kadnag2, organisasi aku ni tak pernah ingin memahami aku walaupun aku sudah jelek ingin memahami perangai ketua-ketua tertingginya (lihat, ni tak masuk memahami misi yang mereka canangkan lagi ...)
Oh ya, SEMALAM aku sempat lepak ngan Syazwan (pengacara Gala TV Awani) dalam pesta Academy Awards. Jangan jeles, aku bersegel bahu ngan Maya Karin (yey, aku lagi tinggi) dan Nicholas Saputra (his sooo bloody tall, no wonder his a model) eh! Aku rasa wawancara pendek aku permintaan Syazwan ada disiarkan semalam dalam Gala TV (siapalah aku, hahahaha). Tapi serius, aku tersinggung bila The King's Speech menang Filem Terbaik semalam. Filem itu nampak sangat filem "berlaku hanya sekali" dengan kehebatan strategi Weinstein. Takpelah, Weinstein pun dah lama tak menang (sejak zaman kegemilangannya pada 90-an) dan filem ini memberi ruang untuk filem British gah (walaupun dalam sudut hati aku, aku takkan pilih filem ini sebagai filem terbaik Brisith abad ke-21) setelah banyak kali dielak daripada memenangi Filem Terbaik. Pilihan aku tetap untuk The Social Network dan Inception, yang mana dengan mengejutkan, tetap membawa pulangan yang mengujakan. Acara semalam bolehlah meriah sedikit (kau letak orang muda macam mana pun, anak muda takkan tonton Academy Awards kecuali yang meminati filem) walaupun takde siapa boleh mengambil tempat Billy Crystal buat aku. Oh ya, aku suka seni pengarahannya, cantik bebenor semalam.
Tetapi serius, semalam merupakan acara paling sangat dapat dijangka dan masih menandakan, Hollywood masih setia dengan bintang dan gemerlapannya.
8 comments:
Hoi rindunya aku masuk sini...
Yup, dari segi sinematografi, aku rasa Inception atau The Social Network terlalu jauh layaknya dari King's Speech. Nasib baik ada Helena Bonham Carter. Itu pun belum mampu buat aku tepuk tangan beriya-iya.
Aku jeles sebenarnya ni yang part kau bergesel bahu dengan Maya Karin. Tapi dengar cerita bau badan dia nau'zubillah. HAHA! Ye ke? I love gossips! lol
secara keseluruhannya, haruslah Inception yang menjadi pemenang kalau dinisbahkan dari sudut pencalonan. walaupun The King's Speech mendpt 12 pencalonan, tp hanya memenangi 4 pencalonan manakala Inception mendapat 8 pencalon dan memenangi 4 pencalonan. :) teori yg bagus....
Paan, boleh tahan jugak ko ni eh!! hahaha, tak ah, dia harum semerbak je, ko gila, dia dtg majlis takkan nak bau busuk kot! Fauziah Ghouse pun ada tapi aku tak minat dia.. dan satu lagi, Bunkface..
yey to Khadijah! tapi aku dah agak, Inception jatuh setaraf LOTR (I) dan avatar buat mereka, walaupun secara peribadi, perwatakannya jauh lebih dinamisme..
fadz, you should do twitter la. blm ada lagi tweets menarik pasal filem secara serius (local) yg aku jumpa.
Paan, i dont have time to twit..
Cis.. aku ingatkan., Inception boleh gondol juara!
hampesss!
Waa.. hang singgul bahu Maya ke?? waa.. kalau aku laaa.. aku singgul lagi daa.. hahahaha(Jeles akuuu!)
lain kali ajak laa... makan sorang2!
anyway, Saga horizon 2 dah siap ke?
fine. aku merajuk. haha!
Post a Comment