28 April 2009

Sebuah Babak Mengejar Klasik Filipina "Tag Ulan Satag Awar"(1975)



Aku sedang membelek-belek filem-filem pengarah terhebat Filipina Lino Brocka (jika sesiapa yang turun Manila, harap dapat tolong aku beli filem-filem klasik Lino Brocka). Lalu aku terjumpa filem ini lakonan pelakon ternama Filipina, Vilma Santos (pelakon besar yang sangat terkenal pada 70-an) dan Christopher de Leon (macam Syarul Ezani tapi berisi sikit, haha). Filemnya klise cinta antara dua darjat atau Romeo dan Juliet (dalam plot filem ini, dua kekasih ini bersaudara, maka ianya salah untuk mereka menikah dalam tradisi Katolik) tetapi lihatlah semangat dan gerakan wajah/watak yang berlaku serta susunan muzik yang sangat kena, menceritakan segala emosi yang diperlukan (malah, sampai tahap Hindustan, siapa kata kita orang Melayu sahaja yang mencuba sangat dengan Hindustan? Kemungkinan emosi sebegini biasa dalam psyche kita?) dalam hanya beberapa minit tentang "mengejar cinta yang pergi". Hal ini menarik juga untuk dikaitkan sebagai antara babak si lelaki mengejar si wanita (atau sebeliknya) dalam mana-mana filem romantik (dalam filem Hollywood, berakhir di lapangan terbang, sama seperti Apa Ada Dengan Cinta?) Pada awalnya, kita lihat sang hero (kita tahu sebab dia seorang melawan jalan raya laju) berlari (dengan runut lagu yang damai) dan menjumpai kereta, lalu perempuan (Vilma Santos) dalam kereta histeria. Kita semacam menangkap bahawa perempuan itu dipaksa pergi daripada lelaki itu, dicolek barangkali. Kita meletakkan sesiapa yang tidak mahu perempuan itu melepas pergi sebagai "zalim" dan melabelkan mereka sebagai "penjahat". Kita mahu hero itu ditolong, dapat mencapai tangannya lalu kereta itu pecah dan perempuan itu dapat keluar dan bersama-sama dengan hero (seperti The Graduate). Tapi ini tidak berlaku, kereta itu terus meluncur laju. Hero itu mengejar lari. Kita dengan berdebar sama-sama mengantisipasikan hero untuk menemui kereta itu. Kereta yang telah meninggalkan hero itu tiba-tiba berhenti apabila ada isyarat merah. Hero itu berjaya menjumpai kereta. Lalu di sinilah segala kaotik/cinta/berahi/histerikal/gila berlaku apabila hero itu meloncat naik ke belakang kereta (hindustan!)! Lihat apa yang lelaki itu buat di tingkap dan apa reaksi wanita itu. Ini membuat babak ini sangat klasik dan sebuah "masterpiece". Aku takkan cerita apa yang akan berlaku lagi tetapi ini sememangnya antara "chasing love scene" yang paling kuat pernah aku tonton. Kuasa ini bertambah apabila kita dapat tahu, sebenarnya isi kereta yang menahan wanita itu terlepas keluar bersama lelaki itu adalah keluarganya, dan mereka sedang membawanya ke klinik gugur anak kerana pasangan gadis itu telah melakukan perhubungan di luar nikah.

6 comments:

Amir Muhammad said...

Saya ada lebih sedozen DVD Lino Brocka, jgn mare!

Unknown said...

amboooooi...!

fadz said...

cik Amir, ghoyak je tak cukup, hulur2 lah..

james said...

lelaki itu patut masuk itu X-Men

AKuSEmpoiGirL said...

kesiaann nyer mamat tu (hero dlm vklip). bukan awk ye fadz. Amir, simpan DVD tu jgn bg kat org lain. hihihi.... =.=

fadz said...

haha, james, lawak eh

en amir, BOLEH TAK BURN VCD ITUU? hehe