Pratonton Antoo Fighter malam Halloween
“Itulah, banyak sangat tengok DVD cetak rompak”
Watak dalam Antoo Fighter.
Dialog di atas sudah merumuskan apa itu Antoo Fighter, sebuah klitch komedi-fantasi yang susah untuk memberi aku kepuasan atas beberapa sebab yang terlalu jelas dalam filem itu.
Antoo Fighter sekurang-kurangnya mempunyai idea segar ‘merokunstruksi tabu Melayu’ serta garis lurus naratif yang betul kalau mahu dibandingkan dengan Cicak Man, tetapi Antoo Fighter dibuat macam kerja budak-budak yang berjiwa besar (pengarah dia sendiri mengaku). Filem ini filem yang patut menggerakkan penonton. Di sinilah kelemahannya, kita rasa ia tidak bergerak.
Aku tak ada masalah dengan filem yang menghiburkan/menggerak, malah aku dah biasa (cth: Aku tak suka Transformers the Movie tetapi aku terhibur, aku tak suka Indiana Jones terbaru tapi aku terhibur, Ultraviolet cheesy tapi aku terhibur). Jadi, jika sang pengarah benar-benar mahu menghiburkan, dia patut belajar teknik suntingan laju, punya kerajinan mengambil shot yang pelbagai sudut untuk menggerakkan cerita dan ‘menggerakkan’ subjek dalam cerita daripada tampak kaku ais dalam paparan gerak plot. Keseluruhan filem ini ditandakan dengan shot-shot dan suntingan yang terlalu kaku, malah sifar kreatif - paparan adegan lokasi secara luas, lalu kamera bergerak ke kiri atau ke kanan menangkap aksi komedi sedang berlaku di hadapan kita. Kadang-kadang, dengan mengejek, kamera sengaja ‘terbiar’ lalu pelakon terpaksa buat pelbagai perkara ‘menarik untuk tarik hati penonton’. Bukan, ini bukan filem Charlie Chaplin. Ini filem 101 Ed Wood, serius! Aku tak tahu pembikin filem kita sudah pandai mengiktiraf Plan 9 From Outer Space! Sumpah! Kau akan terkejut melihat persamaan ‘masterpiece’ Ed Wood itu dengan filem ini. Ada dua buah filem contoh yang boleh dinyatakan jika sang pengarahnya ‘kecoh’ sangat mahu mencari kreativiti segar dalam mengguna pakai bahan filem Hollywood lama (walaupun daripada arwah Ed Wood).
Contoh pertama dari segi teknik dengan bajet yang sangat murah: Bad Taste arahan Peter Jackson. Bad Taste murah, buruk, dan berbajet rendah, tapi ia ada kreativiti tinggi. Peter Jackson menggunakan kamera yang murah untuk memfilemkan filem sulungnya, tetapi sila lihat shot-shot rajin serta masa yang beliau ambil untuk menghasilkan sebuah adegan kumpulan tentera menembak para zombi-makhluk asing. Lihat berapa banyak shot tatapan muka, sudut dari bawah, sudut dari atas, track shot, samping kiri, dan pelbagai lagi untuk menggerakkan adegan yang hanya mengambil 9 saat. Dan Bad Taste belum melalui revolusi CGI seperti sekarang. Contoh kedua dari segi penceritaan walaupun klise (mengitar semula cerita lama) tetapi ada ‘cerita bergerak’ yang menarik: The Monster Squad(1987), filem kegemaran aku sewaktu aku kecil. The Monster Squad mempunyai plot yang seakan-akan serupa dengan Antoo Fighter. Apa yang membezakan filem itu dengan filem ini ialah gaya penceritaan dan bagaimana satu-satu watak mempunyai lengkok cerita walaupun tampak kebudak-budakan.
Contohnya, cerita pertalian budak kecil perempuan bersama Frankenstein Monster pun ada ‘E.T. cuteness’nya walaupun meniru pengolahan pertalian Elliot - E.T. (waktu ledakan E.T., kebanyakan filem Hollywood termasuk Hong Kong tiba-tiba memusatkan cerita seorang budak dengan makhluk yang comel). Kita kenal dan faham bila si budak perempuan melambai-lambai tangannya sambil menangis untuk memegang Frankenstein Monster lalu bila anak patung itu sampai ke Frankenstein Monster, para penonton boleh turut menangis. Satu lengkuk cerita sudah tersimpul.
Di dalam Antoo Fighter, tidak ada satu watak pun yang disimpulkan dengan menarik, walaupun watak utama, Radhi OAG, dengan sifat laju, celaru dan lawaknya (dia berpotensi sebenarnya jika kena gaya dengan pengarah yang baik) yang memikat, tidak terbawa ke mana-mana oleh sebab cerita yang sangat hambar. Inilah masalah Antoo Fighter, sebuah francais yang menarik dari segi cadangan kertasnya tetapi gagal dalam bentuk aplikasinya.
Filem ini mungkin akan mendapat tempat buat kanak-kanak Malaysia yang dahagakan filem CGI/animasi dan pecah panggung kerananya, tetapi buat aku, aku terpaksa mengaku kalau bukan adik aku paksa aku tonton sampai ke akhir, aku sudah keluar 40 minit lebih awal dari panggung. Terima kasih Antoo Fighter kerana merosakkan malam Halloweenku.

30 comments:
first time aku setuju dgn dirimu...
aku dipaksa gelak sebelah radhi.
dia gelak, aku gelak je lah..
tapi kureng kreatif dan seni tu tak pe ah kan..sbb pengarah kata
"saya tak pandai ambik shot disebalik botol.."
"tapi kureng kreatif dan seni tu tak pe ah kan.."
Kau serius ke?
haha..aku dpt tgk kau tersengguk- sengguk kebosanan dari sebelum start cerita lagi sang deenasour...
tonton kali pertama ketika tayangan promosi filem di uitm = tampak agak menarik....
mungkin sbb tonton dari jauh dan tak bawak spek kot...haha....
Alamak....secara tiba-tiba semangat aku nak ke pawagam jadi pudar, mcm nie aku tunggu kat Astro je la
is it that bad.
wow.. this I have to see.
patut la industri tak maju sbb dah byk blogger2 mcm ni..
blogger2 yg tak pandai membuat research tentang sejarah permulaan filem2 dunia dan malaysia..
kualiti sebenarnya bukan bergantung kepada creativity tapi ada lagi yg patut kita tgk dai segi peruntukan masa dan kewangan..
tak terkejut kalu filem luar mengambil masa shooting 5-6bulan utk menyiapkan filem dan proses lain sehingga 2-4tahun..
dan filem kita hanya 2 tahun utk semuanya ..dgn masa yg singkat dan peruntukan yg minimum..
kalu semuanya mahukan kualiti yg tinggi dari segi pelbagai shot dan penghayatan yg baik..tak perlu la nak harap situasi sekarang..
aku pun ada jugak masa ari tu..but pada aku..itulah titik permulaan utk filem malaysia..merangkak dulu sama seperti filem2 luar..lama kelamaan mesti dah bole berlari..tapi memandangkan keadaan begini..dgn terlalu byk sikap2 negatif dari org2 sendiri..aku tak harap ianya akan maju
sekian
anon, awaklah org yg tak buat rujukan... Sila rujuk sejarah pembikinan BAD TASTE (boleh tanya Spiral/Mahhass dalam hal ini, atau rujuk wikipedia/makalah filem tentang retrospektif Peter):
1. Peter Jackson kesuntukan duit, malah perlu bekerja lebih masa dan buat kerja luar, pinjam dari keluarga/rakan2 untuk buat Bad Taste.
2. Bad Taste sendiri mengambil masa beberapa tahun untuk dibikin (seperti Antoo Fighter), malah Peter terpaksa 'dump' filem-filem selesai rakamnya dalam satu tempat khas dlm rumah mak ayah dia (masa tu dia belum kawin), dan bertangguh berbulan2 hanya kerana Peter tak dapat duit untuk beli roll filem baru atau masalah peminjaman kamera!
3. Kebanyakan tempat filem dibuat di latar ruang hillside (tak perlu bayar byk, hanya perlu maklumkan pihak kerajaan yg ia ingin buat filem ambil tanah lapang NZ, oh ya, kerajaan NZ lebih terbuka dan senang, takde red tape, aku tak tahu kerajaan Malaysia macam mana kalau boleh beri Datuk kepada Shah Rukh Khan dalam hal ni). Antoo Fighter pun macam tu tapi babak2nya BORING.
4. Tak ada org pakar (pelakon semua amatur) menolong Peter, malah WETA, kawan2 Peter sendiri bermula dgn filem ini utk berjaya (kini WETA setanding Jim Henson workshop dan Stan Watson). Ini mungkin ada persamaan dgn Antoo Fighter (punya pakar CGI yg baik).
5. Peter Jackson guna kamera lama yg berat tu tapi SILA TENGOK shot2nya.. kenapa filemnya lama? Sebab kegilaan dan 'passion' Peter dalam memahami pelbagai pergerakan sudut yg perlu untuk membina 'pergerakan'. Satu babak mungkin mengambil berhari-hari (sebab ini filem sulung Peter yg amatur!). Chunk silap di sini. Chunk membawa gaya 'still frame' dengan memacak saja kamera dan ambil aksi pelakon - ini kebiasaan filem2 realisme/berunsur teaterikal/eksperimental, adakah Chunk ingin buat dokumentari/neo-realis dan bukan filem bertih jagung?
6. Kelainan yang PALING TAMPAK antara Peter dan Chunk ialah, Peter pandai membuahkan sebuah cerita 'baru' dalam Bad Taste walaupun nampak lawak dan murah (Mamat Khalid bolehlah disokong dalam hal ini buat filem pertamanya Lang Buana, yang jauh lebih kreatif daripada Antoo Fighter).. Bayangkan cerita 'bodoh' tentang makhluk asing-zombi yang merosakkan tanah lapang New Zeland yg bersih, dan sekumpulan askar fasis cuba membunuh zombi ini, datang ke sebuah rumah tipikal NZ, lalu tiba2 rumah itu naik macam spaceship! Ya bayangkan! Memang gila gaban bodoh tapi telah berjaya 'melangkau' satu makna. Buat Antoo Fighter? Satu kitar semula yg membosankan, melainkan Chunk menambah beberapa 'details' dalam pergerakan cerita dan pengakhiran (rahsia besar kenapa Menara KL dipilih Drakulat sebagai satu contoh: kerana bawah tanahnya tersimpan khazanah rahsia kunci sebenar Syaitan, atau bagaimana dalam kumpulan itu, ada yg tiba2 terikut dengan org jahat - hal2 kecil yg buat rempah dalam cerita!).
Jadi jangan beritahu saya tidak MENOLONG industri, pathetik! OK, ini cadangan saya buat pembikin filem:
1. Tolong pusing/semak 100 kali skrip sebelum mula shooting. Cari semua lubang2 plot (dalam Antoo Fighter banyak: contohnya, minah teksi tiba2 sanggup bawak Poh Jee kejar atuknya, like what??? Ini satu contoh cerita tanpa lapisan makna dan dibuat untuk 'menyenangkan pergerakan plot'- akhir point: malas) sebelum kata ia sudah 'final'. Ikut negara luar, tak yah jauh, Thailand aja, di mana penulis skripnya 3-5, dan bukan jenis bolot semua sebab filem berbentuk 'kumpulan' seperti Antoo Fighter sepatutnya dikongsi dan bersenergi, bukan kerja 'auteur'(melainkan kau Rahim Razali atau U-Wei) atau S.S.
2. Kalau skrip rasa macam SIAL (problemnya, attitude pembikin kita ego, tak nak ngaku skripnya lemah, malah ada perasaan BUAT DULU baru PIKIR, atau ala2 kadar takpe, janji dah buat utk bangsa dan negara, ptui!), jangan shoot. Sabar. Tunggu dulu. Cari ilham, jgn terburu2. Pendek kata, praproduksi, buat perancangan gila babi dulu, baru shoot. (sekarang baru engkorang faham kan kenapa Datuk Jins S serta U-Wei susah nak buat filem, ya, aku pun bersimpati)
3. Tengok banyak filem. Antoo Fighter contohnya boleh jadi cun (walaupun babak hantu mak nyah sangat seksis dan 'degrading', tapi ini tipikal Melayu- semua yg buruk/bilazim adalah setan) kalau hantu2 itu diperkembangkan. Kenapa Drakulat? Siapa dia? Awie dah OK dan mencuba, kalau kita beri dia lebih 'isi', ia akan jadi lebih menarik. Lihat saja SOUTH PARK the movie yg bodoh tu, bayangkan ada juga penonton yg SUKA dgn watak IBLIS dan SADDAM HUSSEIN dalam filem tu.
4. Taktik mengatakan masalah kewangan adalah laungan paling pengecut (patutla org kata jiwa org melayu kecut) yg pernah aku dengar. Aku tgk hasil kerja amatur Spielberg dalam Amblin, atau tak yah pegi jauh, Osman Ali dalam Bukak Api, filem2 amatur John Waters, filem2 pendek Ridhwan Saidi, beberapa filem pendek budak2 universiri, filem2 pendek Maskara SHorties, jauh lebih kreatif daripada Antoo Fighter kerana 'passion' dan masa (masa di sini diambil dengan kool, bukan masalah!) dalam pembikinin kerja. Ya, adanya masalah artis nak ke set/aktiviti lain dan segalanya, jadi ini dilihat dari segi perancangan yg teliti. Qaisy & Layla produksi Habsah Hassan (walaupun ia bukan masterpiece) mengalami masalah ini, 1000 kali ganda lebih teruk daripada Antoo Fighter, tapi akhirnya siap juga dengan jaya dan elok, oleh sebab kelancaran dan 'intuisi' pengarah dan produsernya menghadapi dan membaiki masalah demi masalah.
5. Mmg masalah kewangan adalah masalah paling celaka dalam industri filem kita. Org kita bukan macam Thailand atau Korea, di mana konglemerat besar2 akan sumbangkan dana (rujuk filem The Host, Taegukgi, Suryothai) untuk bajet tinggi sebuah filem. Antoo Fighter jelas mengalami masalah ini kerana ketiadaan pengaruh yg kuat untuk bantu 'cari duit', bukan seperti filem2 terbaru Suhaimi Baba yg jelas 'ditolong sumbang' dengan agak baik (ada org nak tlg sebab Suhaimi dah ada nama dan nak buat filem 'mainstream'). Kalau kuasa2 ekonomi kita tidak mahu mengubah persepsi ini, mmg sedih, industri kita yg bersemangat tidak akan ke mana.
OK, mungkin aku terlalu 'harsh' dgn Antoo Fighter tetapi mungkin sebab itu mlm Halloween dan ekspetasi aku tinggi. Nazim Masnawi menyukai filem ini kerana beliau suka lakonan Awie. AKu cuba juga mencari sesuatu, dan jumpalah karisma Radhi OAG, beberapa efek (awal kredit) yg gempak serta arahan seni CGI yg tak kurang menarik (fasal tu aku letak gambar2nya di sini), serta beberapa baris dialog yg menarik. Tetapi ya, mungkin sebagai seorang penonton yg senang dengan 'cerita elok', aku agak terseksa menonton Antoo Fighter, bukan salah siapa, hal2 kecik pun, seperti panjang dan meleretnya babak Radhi nak meraung kematian org yg disayanginya.. hal2 begitu yg aku rasa 'leceh' dan klise dalam filem Malaysia yg aku harap sangat ia berubah.
alah, korang tka perlu risau pun, filem sebegini akan penuh dengan budak2, tgklah kalau tak caya.. pecah panggung nanti.. tapi poin aku, lepas ni, silalah buat cerita yg ada isi sedikit dan betul2 serius untuk menyampaikan dan bukan 'kerja latihan nak tunjuk org Malaysia gempak guna CGI'.
Sila rujuk filem ROGUE, buaya CGI Australia tu.. ceritanya senang tapi menarik dan bajet rendah gak!
Fadz, aku tak taulah sama ada berbaloi ke tak kau review filem ni dua kali.
.itulah titik permulaan utk filem malaysia..merangkak dulu sama seperti filem2 luar
dari dulu lagi filem kita merangkak, lama gile..bertatih pun idak lagi..camner???
blogger bukan nak ngutuk atau jatuhkan filem sendiri,
tapi setidak2 nya, kami bersuara dan tidak melindungi identiti..~
berani nak bersuara tanpa berselindung muka
p/s: lain kali komen bagik url, baru orang malaysia~
korang ni tau mengomen je..buat pun tak pandai..mcm bagus sgt hahahahaha
..aku rasa review kau dlm comments section ni kupasannya lagi better fadz. :)
..kau kena tulis dengan anger lps ni, baru terpacul semua.
Inilah masalahnya, apabila ada blogger menyampaikan pandangan mereka dengan jujur...kata nak membunuh industri filem...
Kalau filem itu elok...takde siapa nak kasi komen teruk...sila lihat BUDAK KELANTAN... takde siapa nak hentam filem tu...
Kebanyakan bloggers tahu filem Malaysia tak patut dibandingkan dengan filem Hollywood...Sesiapapun tahu CGI filem Hollywood berjuta batu lebih baik dari filem Malaysia..
Tapi takkan lah kalau jalan cerita yang teruk tambah buruk tu pun nak bagi alasan sebab bajet rendah?
Kalau macam tu baik tak payah buat filem.
uncle aku dah tengok filem ni kat preview dan dia cakap filem ni "filem cgi tak jadi" tapi aku rasa filem ni ada sambutan sebab grand brilliance punyer promosi kuat giler!! aku masih tak sabar nak tengok cicakman 2 dan aku bukan harap lagi tapi aku tahu filem cicakman2 gempak!!!
yeap syafiq, semuanya dalam strategi promosi.. oleh sebab itu, kalau kena gaya, filem lembap pun boleh meletup kalau kena gaya promosi (teringat masa mula2 Antoo Fighter diperkenalkan dalam YouTube, ramai yang betul2 terpesona termasuk aku).. ikhares dan deen, terima kasih.. anon, awaklah pengarah filem ni? kalau ya, maaflah tapi berusahalah bagi kami cerita dan pembikinan yg lebih rajin.. rajin tak bermakna mahal.. rajin bermakna awak sayang penonton.
pada aku la a good blogger forutk review is:
1: kritik with idea..not just kritik..
2: kritik with research meaning
research bout local market industry..
what means why jadi mcm ni..
so that kritik have a balance..
like u said Contoh pertama dari segi teknik dengan bajet yang sangat murah:
Bad Taste arahan Peter Jackson. Bad Taste murah,
buruk, dan berbajet rendah.....
bajet rendah luar negara berapa ratus ribu USD meaningnya
lebih kurang USD200K? utk tahun 1987..
maybe its true but now i dont think so la..
track back of malaysian industry...if get 5mill kutipan tiket
split kepada tauke wayang 50-50..jadi 2.5mill
so camna la para producer nak bikin the next movie if cant get a profit to roll
next movie..we're small market la..bikni la research dulu encik..
memang la bole cakap kalu takde duit jgn buat movie...but they all movie maker
trying to make local movie ni go to next level..but never get a positif thinking
coz org sikap melayu always like this..why hollywood can go far..coz they always
think a positif way..
so to me review blogger like this is not certificate coz they never research back
on local market..they research but outside market like hollywood but they not reasearch
bout currency, the kronologi of history between luar negara dan malaysia..
to me right now malaysian movie to many main plot of love story..thats why the producer
terlupa think bout teknologi...and one more think the money to invest..
coz to think like LOTR ..they need 50 digital artis on work for 1-5years
salary per person 3-4k x 50people permonth..lebih kurang cost = rm9600000
sudah rm9mill so..the kutipan tiket kalu meletup bole letup 10mill...bahagi dua
ngan tauke wayang baru dapat 5mill..so ?
u can said..jual ke luar..bole ker? we are not in top language like chinese
so?
to me u are not certificate blogger
u must think bout that baru la lepas ni bole review movie org..if not try la buat
movie sendiri then u know bout dis
"to me u are not certificate blogger" - what the hell is a certificate blogger anw?
"u must think bout that baru la lepas ni bole review movie org..if not try la buat
movie sendiri then u know bout dis"
question: has Pauline Keel or Roger Egbert or even Leonard Maltin and J. Hobberman including P. Clinton ever made a film to certify them as a film critic? Man, im sorry, i just cant accept any of your discourse..
for the 21st century, ur excuse is just lame man...
anonymous = tanpa nama
ermmm! merata-rata kau berak erkkk!!!
certificate blogger? isn't it supposed to be certified blogger..
adooyyyqaiii BI pon kantoi apa kes nak komen bersepah nih.. LOL
Antoo Figther is just another Zombie Kg Pisang rip off lol....not that anything wrong with it
mungkin ia filem syok sendiri..
adegan di tanah perkuburan agak melampau bagi saya.
erghh!! zombie kampung pisang jauh lebih hebat lebih kelakar dari cerita bodoh antoo fighter ni! tobatt aihh bodo! palat sungguh! menyesal! abis 10 ringgit aku! damn!
Anonymous ni tah2 si "ketulan' kot? Bengang semacam je? Its just a critic. Ini bukan negara fasis/komunis. semua punya hak berpendapat. termaktub didalam perlembagaan persekutuan Malaysia. komen seharusnya diberikan secara intelek, bukan emosi.
Blogger adalah manusia biasa macam anda wahai si yang tidak dikenali - mereka punya otak untuk berfikir.
Tidak semestinya anda pernah buat filem anda bagus. tapi isunya disini, sejauhmana bagus filem yang anda pernah hasilkan? Pernahkah dicalonkan di mana-mana festival filem antarabangsa..tak payah jauh2 la.. dalam Malaysia pun dah cukup. Pernahkah?
Saya akui, saya tiada ilmu dalam bidang perfileman. Tetapi sebagai penonton yang membelanjakan RM10 untuk sekeping tiket - kalau keluar dgn honey dah RM20+pop corn+soft drinks..tu tak kira duit minyak, duit parking lagi tu, saya punya hak untuk mengkritik mana-mana filem yang termasuk dalam kategori sampah atau kategori palat kerana filem sebegini telah bazirkan wang saya. Masa pun terbuang. (kat sini komen emosi sikit ;p)
Jangan salahkan penonton bila tidak sokong industri filem Malaysia. Orang kita bila dah pandai sesuatu ilmu itu sudah anggap diri dah hebat..the best! tanpa menyedari orang lain (baca bangsa lain) bukan sahaja belajar ilmu yang sama..tapi memperbaharuinya.
p.s: Taniah! Antoo fighter dah tercalon dalam kategori filem sampah saya pada tahun ini. berentap dengan filem GP503 - rasenya salah tajuk..tapi saya memang sengaja cuba melupakan filem yang SAMPAH.
untuk fadz, teruskan usaha! kritikan anda sebenarnya amat membina. Cuma ada orang yang keras kepala..mungkin kita boleh gelarkan anonymous ini mr. chunky head? :p Maaf saya tidak punya blog. tapi sy mengunakan nama sebenar saya.
and one more thing..saya memang celupar orangnya jadi maafkan saya kalau ada yang tersinggung!
jgn marah! chiao!
saat, true.. Antoo Fighter mmg pop corn movie, but it does insult me in soo many levels.. well fine, the CGI is cool anw.. oh btw, dgr filem ni tergolek di pecah panggung, aduhai... salah sangkaanku!
Ikhwan, terima kasih!!!
harkptuih, sokong!!
rudy, haha!
Bagi aku laaa.. masalah utama filem ni adalah pada nawaitu pengarah dia.. "nak carik duit lebih" .. tapi pada masa yang sama tidak cukup kreatif/malas untuk arahkan sebuah "creative fiction" dalam filem tu...
Sayang sungguh.. mungkin dia perlukan lebih masa lagi untuk perbanyakkan tengok filem2 di luar yang tidak semestinya dari Hollywood dan "study" dari sini..
atau mungkin dia boleh bergaul "rapat" dengan pengarah kreatif "baru" seperti Afdlin, Yusry, Mamat khalid atau Ahmad Idham sekalipun...
Dalam industri melayu yang kecil seperti ini kita perlu ada rasa "humble"....
- Hairil -
hairil, sokong... yang menariknya, filem ini mendapat nominasi Pengarah Harapan... wow?!
wahhh..syoknya baca komen2 korang..rasanya dah tiba masanya orang2 kita yg nak jadi pengarah or yg dah sedia ada fikir jalan macam mana nak buat filem budget rendah tapi kualiti tahap master.... wat something yg leh wat kita say wow..& ulang kali g ke panggung...& x sangka budget ciput tapi hasil power...lagi best dapat tahap cult...ni tidak..asyik2 nak fikir budget lebih..baru filem hebat.... kekreatif lebih penting dari budget...
I normally hate commenting, but i thought i would give it a go for this blog. Been reading your stuff for awhile.
Hello. And Bye.
Post a Comment