30 October 2008

Hadiah Halloween Yang Paling Berharga

Masa Halloween, ada beberapa saja kawan yang berkongsi 'alamiah seram' dengan aku, dan mereka hanyalah kawan-kawan yang dekat, juga ahli keluarga. Aku ingat semasa Azwan bawa aku menonton Cabinet Case of Dr. Caligari dan Nosferatu (genius gila!) di Sobranie, atau bila adik aku bawa menonton The Exorcism of Emily Rose dan bagaimana di Singapura aku pegi menonton tiga filem seram sekali gus dalam satu hari dengan seorang teman.


Kali ni, aku hanya dapat CD. Ya, hadiah daripada seorang kawan karib yang sudah lama tak ketemu, Spiral dari Perth. Aku 'puasa'kan diri aku daripada menontonnya sehinggalah 31 Oktober (atau selepas itu) atau menontonnya di KB nanti memandangkan tak ada wayang di sana (alah, kecoh la korang, aku nak balik aku balik la naik bas). Inilah hadiah daripada seorang kawan yang sejati.

6 comments:

Nazim Masnawi said...

"...Azwan bawa aku menonton Cabinet Case of Dr. Caligari..."

Cabinet CASE?!?? Ni apa, sekuel dia ke? Bwahah!

mahhass said...

oh tidaakk, (*ya ya.. aku steady, tengah kontrol terharu*) damn, tak boleh, aku terharu jugak.

Apa sekalipun, enjoy watching bro. Bak ucapan Zack - Selamat Hari Halloween, Maaf Zahir Batin.

Anonymous said...

oh ada cita Teeth.. aku baru tgk beberapa minggu lepas.. idea menarik tapi execution yg agak kureng skit kot..

Anonymous said...

masters of horror yg aku kasik tak keluar blog lak.... hmm....

Anonymous said...

spiral, tq again.. nuppy, ya, menunggu masa je nak tgk, tapi yg betul2 nak tgk ialah Inside.

ed, oh sori sgt, ya ya kau pun termasuk sama

fadz said...

nuppy, felem seram apa lagi yg bagus eh thn ni?