08 April 2007

3 Buah Filem Yang Menyeronokkan

Perfume- Cerita Seorang Pembunuh (2007)
Jangan lepaskan menonton filem ini. Bagiku, ini ialah antara sebuah filem terbaik tahun ini. Pencampuran 'magic realisme'nya ialah antara yang tidak pernah aku lihat sebelum ini, telah benar-benar membuat soket mata aku terbelik sebesar-besarnya dan ini berlaku pada dekat-dekat klimaks filem ini. Filem ini memaparkan tentang keinginan manusia (mengikut falsafah material barat) mengikut hawanya kerana bercampur dalam masyarakat (ingin jadi terkenal, ingin kaya, ingin berjaya di antara orang lain, ingin diikuti, ingin manusia mengikuti ajarannya, ingin jadi tuhan), dan bagaimana keinginan itu diselitkan dengan rasa yang manusiawi dan sepatutnya ada dalam setiap kehidupan- cinta, takut, kelakar, syahwat, benci, sedih, meluat- kesemuanya dipaparkan dengan manusiawi walaupun ada antara penonton akan mencela filem ini sebagai perosak moral. Ini adalah kerana, pemerhati, atau 'penerima' rasa-rasa ini yang kita, penonton, dipaksa untuk merasainya bersama-sama ialah seorang pembunuh. Kita, terpaksa bersimpati dengan pembunuh ini untuk merasai manusiawi. Ironis bukan? Antara filem terbaik tahun ini.



Ketika (2005)
Kalau anda tidak duit bagi efek khas, buatlah filem yang sebegini. Ini ialah sebuah filem fiksyen sains Indonesia yang sangat-sangat-sangat berjaya bagi aku. Walaupun ada sebuah babak efek khas yang 'rosak', serta dua babak lagu MTV yang melalut, ia tidak menentang minat aku melihat paparan filem ini yang betul idea distopianya.

Bayangkan, Indonesia diperintah dengan undang-undang yang sangat ketat, dan orang kaya boleh jadi miskin dalam beberapa saat sahaja. Ini adalah filem tentang seorang ayah, yang di dalam 'brink of suicide', cuba menyabarkan dirinya dari menjadi gila apabila melihat kawan-kawannya membunuh diri sekelip mata.

Sebenarnya, filem ini dibahagikan kepada dua bahagian, satunya ialah mengikut pandangan ayah (Deddy Mizwar yang turut menjadi pengarah filem ini), dan bahagian keduanya kepada anak perempuannya. Filem ini membuka banyak premis, dari menyindir kaum intelek dan kaya di Indonesia, sehinggalah memaparkan kemanusiaan dalam kegilaan manusia yang mengelilinginya. Ia juga tentang melihat peluang kedua setelah berlakunya satu-satu kejatuhan. Jiwa manusia ini, paling susah untuk dihasilkan telah berjaya dihasilkan, dan bagi aku, walaupun filem ini tampak murah daripada segi produksi, telah melampaui idea yang jauh lebih agung daripada Gie. Sebuah filem fiskyen sains Indonesia yang patut ditonton dan aku mengaku, kuasa cultnya dan klasiknya akan melampaui sejarah.





Jangan Pandang Belakang (2007)
Aku terpaksa mengaku, akhirnya David Teo mempunyai sebuah kemenangan untuk filem ini. Malah, filem ini ialah, bagiku, sebuah filem yang terbaik yang pernah dikeluarkannya. Memasukkan sari kata adalah satu perkara yang turut dihormati.



Secara pendek, filem ini menghiburkan serta menyeramkan, satu perkara yang sudah lama tidak aku tonton dalam sebuah filem seram di mana sekarang, oleh kerana kedatangan pelbagai filem seram Jepun dan Thailand, orang lupa akan filem-filem gaya Frankenstein yang sudah lama mencampur-baur elemen seram tetapi tidak melupakan ianya satu hiburan, dan kadang-kala komedi (yang tidak terlampau), seperti mana yang dibawa oleh Buppah Rahtree beberapa tahun lepas.

Pertama kali, biarlah tiga perkara yang melemahkan dahulu. Pertama ialah lakonan Intan Ladyana (walaupun cantik tapi tampak bodoh). Dia kayu. Habis cerita. Tetapi beberapa babak, lebih-lebih lagi babak menjerit (dan filem seram penting bagi babes yang menderita kena tekanan seram) dan histerianya, dia agak berjaya. Ini yang penting (oh ya, peminat seram akan meminati babak-babak perempuan kena siksa bukan?). Kedua, hantunya. Bukan, bukan semua babak, tetapi beberapa sahaja (contohnya, babak terawal), Lebih-lebih lagi beberapa babak tepi tingkap kereta. Walaupun begitu, aku respek dan tunjuk tanda hormat aku kepada Ahmad Idham kerana tidak mengambil CGI untuk hantunya. Ketiga ialah suara. Suara filem ini, walaupun efektif dalam beberapa tempat (lebih-lebih lagi pada babak-babak akhir), kadang-kala ia terlalu dibuat-buat dengan muzik yang terlalu.

Tetapi kesemua ini dapat dimaafkan kerana semangat Pierre Andre, selaku penulis skripnya, serta Ahmad Idham, pengarahnya, yang bagi aku, walaupun meletakkan filem ini sebagai filem seram terbaik tahun ini seakan satu perkara mengarut, telah sekurang-kurangnya menandingi filem-filem seram tahun ini yang lain dan telah pun ditayang. Beginilah kalau anda mahu buat sebuah filem seram, yang tetap tidak hilang ruang untuk berhibur serta unsur tempatannya.

Beberapa babak dalam filem ini, secara peribadi telah memberi efek 'hair rasising' secara literal, serius! Contohnya adalah babak awal filem ini, babak 'exorcism' hantu raya/saka dalam badan datuk Pierre. Ianya sangat efektif (sehinggalah tiba-tiba ada hantu di luar tingkap itu). Beberapa babak menghalau hantu (dalam filem ini ada tiga!) juga memberi efek yang sama. Malah, sebuah babak yang paling baik bagi aku dalam sejarah seram filem Melayu ialah, babak Pierre yang mengangkat Mak Mah untuk tidur. Sampai sekarang, aku boleh terasa keseramannya. Malah, babak itu tetap 'subtle' terhadap identiti saka dan tajuk filem ini- Jangan Pandang Belakang (babak ini telah berjaya, memaparkan idea 'saka' yang akan sentiasa menghubungkan dirinya terhadap sesebuah keluarga itu yang telah mengikat janji dengannya berzaman-zaman lamanya- aku merasakan babak ini sangat menakutkan, serta 'poignant'- seakan hantu itu hanya mahukan 'keluarga'nya kembali- efektif!).

Jangan Pandang Belakang mungkin sahaja boleh diertikan sebagai satu tajuk 'mengumpan' penonton. Aku tersenyum apabila tajuk ini dekat dengan Jangan Pandang Sekarang (Don't Look Now) Nic Reog. Tajuk ini juga membawa erti yang agak berbeza tetapi berkait dengan semangat filem ini, iaitu keinginan orang Melayu untuk mencapai kemajuan (dan tidak lagi melihat ke belakang). Ideanya ialah, pada zaman dahulu, ianya satu kemestian atau 'fesyen' bagi kebanyakan orang Melayu untuk menyimpan 'saka', satu amalan kurafat kerana bersongkol dengan makhluk lain untuk keselamatan dan rezeki mereka. Apabila kebanyakan orang Melayu mula tersedar bahawa mereka tidak sepatutnya mempunyai 'pertolongan dengan mahkluk lain', mereka melepaskan saka ini (atau terpaksa melepaskannya). Cerita dalam filem ini ialah bagaimana masyarakat muda dan moden Melayu sekarang melalui satu pengalaman baharu selepas fasa 'pembuangan saka' ini dan bagaimana mereka bertindak terhadap perkara 'kurafat' yang nenek moyang mereka tinggalkan.

Yang menariknya, Pierre dengan tepat telah menggambarkan watak-watak orang muda yang moden, dan kurang didikan agama (atau ada agama tetapi sudah terlalu mengikut arus material). Mereka tahu sesuatu itu salah, tetapi mereka susah mahu memahaminya- ini digambarkan dengan baik oleh lakonan Pierre sendiri (dalam satu babak, Pierre benar-benar memeranjatkan aku dengan lakonannya. Dia boleh saja merangkul anugerah untuk lakonannya bagi babak 'meluah perasaan' itu).
Watak Intan sebagai Ros juga memperlihatkan perkara itu. Selepas pengkebumian kakak kembarnya, Ros tidak pun berkabung tetapi menyambung memakai baju moden yang mendedahkan auratnya. Dia wanita moden, adat dan agama sudah menjadi perkara enteng baginya. Orang sebeginilah, apabila menghadapi sesuatu yang agak tidak masuk akal, cuba, untuk benar-benar memahaminya dalam kekalutan. Idea ini setaraf dengan pembawaan skeptisme 'keyakinan wujudnya syaitan' dalam The Exorcist (1973).

Maka, secara ironisnya, Pierre sebenarnya perlu juga 'memandang ke belakang'- dia perlu mengetahui apa ertinya 'saka' dan kenapa perkara ini boleh membahayakan serta merugikannya (di mana, penonton juga akan memahaminya di akhir cerita). Walaupun idea akhir filem ini didaktik, mesej yang ingin disampaikan itu efektif, dan tidak memberi kesan semacam berdakwah, maka itu yang terbaik,

Beberapa lakonan pelakon lain, Khatijah Tan, Cat Farish, sangat efektif. Lebih-lebih lagi Cat, memberi satu keseronokan dalam babak yang sangat menyeramkan di tengah jalan. Malah dia adalah 'show stealer' filem ini. Babak tengah jalan waktu Pierre ingin balik ke kampungnya ialah sebuah contoh kenapa filem ini aku katakan sebuah filem seram yang boleh menjadi sebuah klasik. Kita sudah sedar, bahawa hantu yang digunakan dalam filem ini tampak 'patung'. Tetapi, apa yang Ahmad Idham lakukan ialah satu kebijaksanaan yang tinggi. Sewaktu Cat membetulkan kereta Pierre, hantu di belakang Pierre telah bermain-main dengan rambutnya. Babak itu, sekaligus kelakar dan menakutkan, mengingatkan aku kembali pada filem-filem seram Hollywood lama yang berjaya mencampuri dua elemen ini kepada penonton.

Mak Mah juga satu lakonan yang klasik. Dia patut mendapat anugerah pelakon pembantu wanita terbaik bagi lakonannya sebagai opah Pierre. Walaupun dialek Peraknya sumbing, lakonannya mengesankan. Dari lakonan mamai awalnya memanggil masuk 'saka' itu ke dalam rumah, sehingga 'breakdown'nya pada akhirnya- Mak Mah sememangnya seorang pelakon yang tidak boleh dibawa main.

Akhirnya juga, dalam beberapa babak, muzik filem ini telah memaparkan satu jalinan suara yang efektif bagi sebuah filem seram tempatan. Malah, walaupun ada mencampurkan muzik seakan 'techno beat' pada beberapa babak, ia berjaya membawa keseraman dan 'hiburan' menguja penonton melihat apa yang berlaku selepasnya.

Paling akhir, Pierre Andrelah orang yang sepatutnya kita berterima kasih dengan untuk filem sebaik ini. Skripnya yang kuat, bagi aku telah berjaya membawa sebuah filem seram yang berjaya, berjaya membawa elemen-elemen memeranjatkan dan ngeri yang sudah banyak kali dibuat dengan salah oleh pengarah tempatan sebelumnya. Malah, yang paling penting ialah membuat segalanya ini tampak 'real' (walaupun kita boleh persoalkan bagaimana botol itu boleh kembali, ia tidak apa) dengan situasi sekarang, serta psikologi wataknya yang terjaga baik. Babak-babak efektif yang masih menghiburkan seperti babak televisyen, bilik mandi, babak kembar Ros mati, babak-babak di kampung menunjukkan, akhirnya, kita telah bertemu dengan seorang penulis skrip yang tahu, apa yang diperlukan dalam sesebuah filem seram. Maka setakat ini, kalau anda mahu menonton sebuah filem seram yang menakutkan tetapi masih menghiburkan, inilah filemnya.

27 comments:

Ajami Hashim said...

tak aci! tak aci!.. kau pegi tak ajaakkk!.. aku taknak pandang belakang kau lagik!..

fadz said...

tak leh tak leh..aku tgh dating masa tu...

Anonymous said...

arghh! tak sabar mahu tonton jangan pandang belakang.
aku rasa ahmad idham bole ganti aziz m osman kot lepas ni.
aku rasa laa....(aku tak pandai bab-bab filem ni!)

maberik said...
This comment has been removed by the author.
kekure said...

Piere Andre,I lap U! I wanna have ur baby! (jeritan ala2 wanita gatal di konsert rock hahaha)

Azuan Zameer said...

Aku melihat pengaruh Kurosawa dalam ketiga2 filem ini, jgn tanya kenapa tapi jelas dan nyata bahawa teknik pengarahan dan shot banyak diambil dari pengarah dan penulis tersohor ini.

Ada 'The Most Beautiful' dalam filem 'Ketika',
ada pengaruh 'Rashomon' dalam 'Jangan Pandang Belakang'
dan terselit unsur 'Throne Of Blood' dalam 'Perfume'.

Ahhh.. terlalu Kajiro Yamamoto!!!

'Too western but such an artistic work'!

Anonymous said...

pehhh... review ni meyakinkan aku utk tengok JPB.

review ZKP aku tak baca, sbb filem tu mmg aku nak tengok dan tak nak spoil..

maberik said...

Perfume yang aku tak suka adalah babak klimaksnya tu.(ya memang orgy tu best tengok heh)

mungkin aku tak dapat tangkap kot 'makna agung' pengakhirannya tu. cuma terlampau ridiculous bagi aku. dan aku tak nampak kesinambungannya dengan keseluruhan cerita.

fadz said...

kamarul, haha, pandai2 le kau..but yes..aku tunggu jenis director yg mahu cuba yg besar2..sekarang mari kita tunggu Finas dan beberapa syarikat berani bergabung buat filem bajet tinggi dan cerita yg meyakinkan.

haha, maberik, sabar, sabar...aku dah kata, perfume bukan utk semua org...ia kehadapan, org yg banyak layan tulisan magik-realisme akan suka dgn perfume.

rash, interesting..lets just put it that these directors are montage school directors aliran Sergei Esenstein. intertextual anyone?

khys, emm, ok..but many film ppl dont like JPB u know, byk angle shot deme tak suka...to hell with that, i enjoyed, and that matters more. huhu..

maberik said...

haha double post? shite!aku igt satu tak lepas.

delete la satu ;)

Anonymous said...

perfume seolah membawa watak "keramat" ketika klimaks(hari hukuman bunuh) dan akhirannya apabila dia lenyap begitu saja tika org kerumuni dia..superb walaupun sangat canggung pada jiwa. aku suker setting citer tu yg sgt teliti esp bangunan2 kat Paris tu yg dibuat mengikut struktur lukisan bangunan pelukis terkenal sorang ni( apa tah nama dia aku tak ingat)..sgt bijak!dan saat paling bijak skali masa dia tersedar rupa2nya ditubuhnya tada unsur bauan.aneh kan? tapi itulah kelebihannya dan menjadikan dia keramat.mmg aku setuju tu filem dark n artistik terbaik~!

Anonymous said...

lagi satu unsur keramat pada watak mamat lam Perfume tu ialah apa cara sekali pun dia seolah2 tidak boleh mati dibunuh..part masa dia lahir, masa budak2 tekup muka dia dgn bantal, masa lepas dia keluar dari rumah gurunya dan bangunan tu terus roboh, masa hari pergantungannya.Ending yang melenyapkan watak tu aku cukup suker.ok sekian itu saja..

p/s: aku tunggu lama dah org nak review citer ni sbb aku dah tonton masa bulan 12 tahun lepas..tapi tader org nak sharing..ehehhe thanx fadz~! -dex-

Anonymous said...

fadz kalau free u cari filem The Illusionist..quite interesting movie. sebuah filem magisan yang cantik.

-dex-

fadz said...

maberik, ah, biarkan aje deh..hehe

dex, trimacih..yeap, just love it, checkout rebiu nixander.blogspot.com, lebih teliti..illusionist? antara filem yg aku lepas tahun lepas...

Kahuna said...

teringat kat citer Don't Look Under The Bed mase aku kecik-kecik.

Ajami Hashim said...

Salaam abg fadz..

tunang Darma yg mati itu namanya - Ros.. adik kembarnya yg masih hidup - Seri!

for me, yes ia seram! itu shj! titik.

btw cemana botol tuh boleh pecah erk?..

Anonymous said...

eh betul ke nixander.blogspot.com tu? naper page not found eks?..hemm...

-dex-

fadz said...

opss, dex, nickxander.blogspot.com, aku ras ani yg betul, huhu, kalau tak, tgk link kat sebelah tu..

haha, sori ajami, aku mmg tersasul selalu..but yes, ia menghiburkan dan menyeramkan...but do read my comment dlm blog u..

Anonymous said...

hmmm... kurang mahir review filem, tapi pada saya JPB takde originality! Camne en Fadz boleh cakap babak Pierre yang mengangkat Mak Mah untuk tidur tu babak yang baik, sedangkan kita dah tengok babak yang lebih kurang sama dalam filem Dark Water?

Rasanya, Chermin jauh lebih baik dari JPB. Pandangan saya je :)

apa jadi kat nickxander.blogspot.com ??? dah tutup ke?

fadz said...

Pak Su, fasal itu aja? Bagi aku, originaliti takde masalah, konteks pun lain (dlm dark water, hantu dia budak kecik, dalam jpb, hantu dia setan)..mana ada satu filem yg original pun, melainkan beberapa. Blair Witch copy Cannibal Holocaust, Scream copy Halooween/Friday the 13th, Van Hesling pinjam Frankenstein, The Ring pun ikut The Well...hmmphh...need i perpanjangkan? Copy tak jadi masalah, tapi bagaimana dia mainkan dlm filem tu yg penting.

Anonymous said...

kalau ikut tatabahasa..jgn pandang belakang=jgn pandang punggung...hahaha...

IshaQHaniS said...

salam,

Yer, filem ni bole menang award untuk taun ni klu ade kategori tuk filem seram... huhu..

aku sokong komen pasal Intan Ladyana, pd aku lar kan, die ni memang aset penting dlm memusnahkan cite ni. Betul, lawa tapi kayu !!!, kayu cengal, keras...

it's quite a lot of strength in setiap plot... mabruk lar pd diorang, sebab bole jeritkan sorang member aku ni dgn x pasal2...

fadz said...

huhu, Jangan Pandang Belakang dah jadi cult, maafle Pak Hassan..sekarang, aku dgr, ada org suka hantar sms "jgn pdg belakang", huhuhu... Oh ya, aku baru beli Female Trouble John Waters, so much better than Zombi Kg Pisang

fadz said...

huhu, Jangan Pandang Belakang dah jadi cult, maafle Pak Hassan..sekarang, aku dgr, ada org suka hantar sms "jgn pdg belakang", huhuhu... Oh ya, aku baru beli Female Trouble John Waters, so much better than Zombi Kg Pisang

Anonymous said...

Betul, tapi kalau mcm dalam Van Helsing, Frankenstein yang ditiru tu diberi cerita sendiri. Ini, tiru hampir bulat-bulat.

Apa pulak komen En Fadz pasal hantu merangkak yang kita dah tengok dalam banyak filem hantu Korea/ Jepun (padahal sebelum tu hantu tu elok aje boleh terbang), bukan ke itu sesuatu yang dah basi jugak?

fadz said...

i dont give a damn lah pak su, huhuhu, (JPB pun plot cerita lain dari jepun, setan dia bukannya nak balas dendam...) ari tuh tengok Spiderman 3, lagilah tak logiknya, gila babi tak logik (meteor dari angkasa keluarkan kuasa jahat yang merosakkan Spiderman, XX Ray anyone?) but i bet no one will ever notice

Anonymous said...

hemm..JPB ada origanility dari segi saka yg cari keturunan rumahnya...sbb kalu tgk citer hantu lain2 sema mesti pasal dendam jer..itu yg kena sikit dgn budaya melayu (sesetengah la) yg suka bela saka tu..ehhehe just my opinion :D

-dex-