31 July 2012

Karma Reborn(2012): Malaysia, tolong BERHENTI buat filem seram!

Oh Tuhan!(Ohgurubesarku!, kata Ridhwan Saidi dalam Mautopia)

Aku tak peduli, aku nak celupar juga bulan-bulan puasa ni.

Tagline filem ini tertulis: SUSPENSE . HORROR . THRILLER! Biar aku tambah lagi satu: KIMAK!

Tidak pernah dalam hidup menonton aku di mana (Bjarne Wong tidak pernah mendapat penghormatan ini) sewaktu pertengahan filem, kesemua penonton keluar dari pawagam lalu tinggallah aku seorang. Ya, sewaktu menonton filem ni, ada lebih kurang tujuh orang termasuk aku. Tetapi apabila sudah sampai tahap babak-babak "apa yang kita tengok ni?", dengan sekali gus bersamaan 20 saat, kesemua penonton itu telah keluar dari pawagam.

Kesian M. Subash. Tapi padan muka dia juga. Kenyataan pertama: jika kau seorang pengarah "maverick" dan punya sentuhan artsy fartsy, jangan gatal cuba-cuba bawa gaya seni eksperimental lewah kau dalam sebuah filem genre seram yang mana sudah mempunyai ikatan komersial dan tatacaranya.

Untuk siapa yang tidak kenal M. Subash, dia sebenarnya seorang pengarah dan pelakon yang AMAT BERBAKAT dan sebenarnya, filem sulungnya, Pensil, mendapat tempat kebanyakan penonton yang menontonnya, termasuk pengkritik, lantas termasuk Faisal Tehrani pun! Mungkin kerana filem selepasnya merundum teruk, dan kemudian teruk lagi (dia juga membikin Sumpahan Puaka yang ramai juga yang memuji punya unsur gothic horror yang menarik walaupun teruk di pawagam), dia terus menghasilkan filem seram (kali ini dalam bahasa Cina) kerana "permintaan pemasaran". 

Filem ini sendiri "ada cerita" tetapi masalah utama Subash, mungkin kerana kengkangan belanja, dia tidak mahu "keluar" dari ruang selesanya yakni: menangkap dunia marhaen, menangkap golongan marhaen. Aku tidak ada masalah dnegan itu, malah seorang auteur bekerja begitulah, tetapi jika UNSUR MELODRAMA yang digunakan jelas-jelas diambil dari semangat tema yang sama dalam susun atur bayangan sebuah filem seram, ini merundumkan! Penonton yang lain telah jelas, terlepas menonton bahagian PALING PENTING filem ini, yakni "penceritaan" kisah lampau "apa yang berlaku" terhadap si wanita dan "dosa yang dipikulnya". Ini filem jelas didaktik, ini tiada masalah kerana kebanyakan filem seram punya konteks didaktik (kecuali anda memang memenuhi semangat modenisme mahupun pascamodenisme), tetapi kenapa perlu mengalurkannya dengan babak lewah yang terlalu, contohnya, satu syot panjang lama percakapan dua wanita di balik-balik tingkap tanpa suara mereka pun dan hanya runut bunyi membingitkan! Ia tak menakutkan dan langsung membuang mood! Subash perlu terus cut the chase dan tayang, jangan sesekali buat hal sebegini (dia mula lakukan hal sebegini dalam Jomlah CIUM)! Kenapa dia buat korang akan tanya, INI ADALAH KERANA KISAH yang hendak diceritakannya PENDEK dan dia MELEWAH dengan penggayaan ala-ala bukan-bukan dengan kamera meneropong dan menerewang bukan-bukan hanya untuk mencukupi 120 minit!

Sebenarnya aku menyukai penggambarannya, ia sekurang-kurangnya bergaya, serius, Subash punya kuasa "stylish" dalam menangkap, dengan gaya kelam dan sudut syot yang pelbagai dan tidak bosan, malah amat eksperimental, runut bunyi berdengung, semangat ini kalah mana-mana filem gelap (contohnya 8 Jam sepatutnya mengikuti gaya ini), aku seakan-akan menonton Bruce la Bruce tanpa pasangan lelaki homoseksual bercium dan model wanita menayang teteknya. Tapi ini bukan Bruce la Bruce, ini Subash, dan dia tersalah sangka hal sebegini boleh dibuat dalam filem mendatar dan kisah linear yang terlalu senang (berkenaan karma dan dosa pelakuan sendiri). Malah bila tiba babak-babak pengenalan "si Gila" yang hebat buat sup, ia mengingatkan kita dengan kehebatan Pensil dahulu (tapi ini filem seram!), malah mengejutkan kerana para pelakonnya boleh berlakon dan mereka berlakon bersungguh-sungguh! Semuanya terbuang. 

Ada satu babak, si lelaki tua/ayah termasuk "hantu" lalu mengucapkan, "Kau tak bagi aku belajar matematik!" Serius, babak "posession" tu berubah kelakar nak mampus! Inilah perkara-perkara yang Subash perlu sangat berjaga.

Secara rumusannya, aku dah tahap serik dengan hantu Malaysia, harap-harap Elly Suriyati dan Kabir Bhatia tidak akan mengecewakan aku lagi.

Klasifikasi: 18, entah aku pun tak tahu selain dialog klise orang Cina tak boleh kawan dengan orang Melayu.

5 comments:

Anonymous said...

la aku salah seorang dari yg keluar tu. pertama perut aku semakin lapar dan memual. pasti menu sahur aku tak sesuai atau filem yang aku tonton penyebab utama. kerana aku yakin akan sahur ada kebaikan dan hikmahnya maka sahih bahawa sebab filem inilah.

kalau aku guru ajaran agama baru, pasti aku cari surah untuk mengatakan bahawa puasa boleh terbatal dengan menonton filem ini atau seperti ini.

aku sebenarnya mahu tahu apakah sebabnya si pengarah semakin menurun. adakah kerana dia sibuk dengan acara2 saudagar motivasi atau kegiatan satu malaya janji capati. mungkin ada kebenarnnya kerana aku berharap malam 327 likur memberikan cahaya untuk aku mendapat jawapan.

Mungkin juga ini karma aku kerana menonton filem bikinan malaysia di bulan ramadan.

penchinta ruang gelap

Anonymous said...

filem 120 minit apa yang kau maksudkan ni wahai pengkritik filem penyebar kesedaran keseluruh alam mimpi? "Kenapa dia buat korang akan tanya, INI ADALAH KERANA KISAH yang hendak diceritakannya PENDEK dan dia MELEWAH dengan penggayaan ala-ala bukan-bukan dengan kamera meneropong dan menerewang bukan-bukan hanya untuk mencukupi 120 minit!"

junkredish said...

definitely u never saw momok jangan cari pasal

tak pernah seumur hidup aku tengok cter hantu malay/indo kuar masa halfway. tak kiralah brape lame pon cter tu

fadz said...

Momok Jgn Cari Pasal tu sampai jatuh hukum haram ditonton, tak sanggup nak ulas pun!

Anonymous said...

I wasted my rm45.00 for this movie. It has good story but the director don't know the way to film this movie.. movie not scary... wasted i feel it joke movie... the possesion 0/10. please dont repeat same mistakes to tAKE NEW HORROR MOVIE. Karma reborn 1/10.