15 March 2012

Sedikit Nota Berkenaan Bunohan: Layar Kelir Yang Dikoyak



Nota ini ada spoiler, besar-besar, lebih khusus kepada mereka yang menghayati filem ini, dan seperti yang dinyatakan oleh beberapa ulasan, "hanya boleh dibaca oleh orang berakal". (ini amat menyedihkan, takkan segelintir penonton tidak membawa akal ke dalam panggung?)

Adapun terbahagilah penonton kepada dua bahagian apabila mula-mula menonton Bunohan. Yang memahami dan menyukainya, dan yang tidak faham dan menolaknya (sebenarnya, ada juga yang memahami tetapi tidak menyukainya, serta yang tidak faham tetapi menerimanya).

Tetapi sakitnya jiwa aku apabila membaca beberapa ulasan, yang bagi aku, dicarik jiwa, sepertimana tercariknya layar kelir yang dihiris Bakar. Tidak pernah suatu wayang (sinema) menyatakan realiti yang benar-benar berlaku, mengetahui takdirnya sendiri, sepertimana Ilham di tangan Deng, Pok Eng di tangan anaknya sendiri. Dain Said sudahpun melihat hal ini, dan filem ini menulis takdirnya sendiri dengan berani.

Ini satu hal yang amat menarik dan berlaku dalam wayang kita.

Di sini aku hendak kongsi beberapa perkara yang menjadi perbincangan menarik.

Pertama bersama Ridhwan Saidi, pengurus Bin Filem. Dalam semua misteri filem ini, hanya babak Ilham di bawah kolong mencari foto ibunya, kemudian suara mengerang orang bermain yang aku tidak tahu rumah siapa. Ridhwan menyatakan dengan senang, itu sememangnya rumah Pok Eng, ayah Ilham (Bakar dan Adil). Aku "samar" hal ini kerana aku tidak dapat menerima bagaimana Ilham boleh ambil sesuatu yang penting dan dirindui di tempat yang paling menyakitkannya, di mana Ridhwan menyatakan suara "Mek Ani dan Pok Eng bermain", bagi aku ini kontradik. Aku terlepas suatu perkara, Ilham TIDAK PERNAH jejak rumah itu, hanya di bawah kolongnya, menunjukkan bagaimana keterasingnya terhadap dia kepada ayahnya sendiri dan keluarganya (tetapi dia yang paling mengikut cara orang lama, adat zaman-berzaman). Ridhwan menyatakan, suara main Mek Ani dan Pok Englah antara motif Ilham lari dari rumah sewaktu kecil. Mula-mula aku tidak dapat menerima ini tetapi kemudian ianya "jelas" apabila "hantu" yang mengacau Ilham adalah "suara". Ruang rumah yang didengarnya suara mengerang itu penanda kenapa dia tidak akan jejak langsung ke dalam rumah itu, langsung kakinya takkan, dan hanya bermain bawah kolong (yang mungkin selepas dia lari pun, itu yang dia lakukan) sahaja yang membuat dia waras dan teringat ibunya (kisah asal yang sempurna), walaupun masih tetap menyakitkan bila mendengar suara ibu tirinya mengerang dari bawah. Hal ini pun berkait dengan penanda bagaimana "porak-peranda"nya keluarga sang partiaki Pok Eng. Mek Ani, dan kemudian Bakar melambangkan "porak-peranda" ini menusuk keluarga Pok Eng.

(kemas kini terbaharu, ramai yang menyatakan, adegan awal, Ilham membuka peti itu dan menjumpai foto ibunya merupakan rumah Jing, sewaktu dia jalan keluar kolong kita dengar Jing bermain dengan isterinya. Adegan kedua Ilham di bawah kolong, mengambil foto yang "seakan-akan" sama dengan foto dalam album dilihat Adil merupakan rumah Pok Eng. Ilham bawah rumah memberi perlambangan Ilham ialah "buaya" yang tidak naik ke rumah, sedari atau tidak, Ilham tidak pun naik ke rumah Jing, hanya bot Jing.)

Berkenaan "porak-peranda" atau caca-merba ini satu hal yang lagi satu perkara yang menarik. Hal ini aku dapat daripada seorang rakan Kelantan yang amat mendekati Main Peteri dan Wayang Kulit.

Budak dalam filem ini dia katakan adalah Budak Seri Panggung/Budak Seri Mannam, sejenis "makhluk ghaib" semacam budak yang berfungsi untuk buat orang leka dan melekat menonton Wayang Kulit ataupun Main Peteri. Ini dinyatakan bila budak itu bercakap mahu "bermain sama" Pok Eng bila wayangnya dibuka. Dalam memahami ini, kaitkanlah pula Budak Seri Panggung ini dengan filem, apakah intepretasi lambang benda ini terhadap industri perfileman?

Antara babak paling menggoncang jiwa aku dalam filem ini adalah monolog panjang Mek Yah yang tampak seperti melepaskan luahan kasih-sayang rindunya terhadap Pok Eng, dilambangkan kepada Budak Seri Panggung tadi. Kawan aku menyatakan hal yang menarik, memandangkan Mek Yah "tukang Main Peteri", dia sebenarnya mempunyai perjanjian, suatu amanat bersama Pok Eng, suatu hal yang biasa bagi adat orang bermain ritual ini, yang mana Pok Eng "telah" memporak-perandakan apabila "melepaskan" Mek Yah dan memasukkan Mek Ani ke dalam "rumah"nya sehingga Mek Yah terpaksa bawa diri di sebuah rumah tepi laut (yang mana Ilham kembali sewaktu sampai, bagi mereka yang tidak faham mengapa Ilham tidak cari Adil tetapi ke rumah ibunya dulu, rujuk babak Ilham bersama kawan Cinanya, Jing, apakah imej atau adegan yang berlaku sewaktu dia di situ?) Mek Yah perlu kembali kerana itu, perlu "main peteri" bersama Pok Eng untuk mengubat semangat caca-merba yang berlaku terhadap Pok Eng (boleh dilihat dengan bagaimana Pok Eng "diubat" oleh Bakar, dan ketidaktentuan duduk dan lamunnya). Kerana itu Ilham kembali membawa mayat itu ke pantai. Inilah signifikan pentingnya. Ini digambarkan dengan jelas terhadap mimpi yang dia dapat (bangkai buaya adalah dirinya, bila dia selesai menjalankan tugas mengembalikan tulang-temulang itu, dia akan mati). Selepas Ilham matilah, roh keramat Mek Yah boleh kembali menemui Pok Eng, memujuknya untuk melakukan ritual buat kali terakhir, untuk memulih keluarga Pok Eng, yang sebenarnya "memulih" masyarakat, pentas politik, industri filem itu sendiri.

Tetapi ritual Pok Eng tidak selesai, malah dicucuk. Layar putih dicarik (ini suatu kerja paling kurang-ajar). Sudah terlambat. Ini tragedi yang paling menghayat dan menghiris jiwa aku.

"Bagaimana boleh jadi macam ni?"

Tetapi babak akhir masih memberi harapan. Walaupun sudah tak ramai yang hendak "main peteri" sebab ramai yang sudah meninggal (tokoh politik yang jujur bersih, pembikin filem yang jujur, anak watan yang luhur), dua watak itu berdiskusi memberi "pengakhiran terbuka" disambut oleh Pak Woh, warisan didik adat Mek Yah (anak murid Mek Yah), mereka adalah harapan tanah (negara/industri) ini. Sekarang persoalannya, kita mahu "ikut serta" memulihkan keluarga ini, tanah ini, atau kita masih tunduk di bawah pengaruh dan tipu daya Bakar dan ibunya?

Tetapi nampaknya, secara pesimis, masih jelas kelihatan, kita lebih senang mencarik layar kelir bukan?

"Dah terlambat..."

ps: Husyairi Husin sepatutnya menang "Pelakon Harapan Terbaik" tahun ini di FFM, jika Akmal Abdullah dan rakan-rakan juri lain betul-betul peka dan tahu mencuci dosa lalu mereka terhadap apa yang mereka buat pada FFM. Buat aku, lakonan watak Jing juga amat berkuasa, walaupun Husyairi sebagai Jolok amat menyerlah.

33 comments:

AbduL QaDir said...

reporter mstar tu semacam Bakar atau yg ditipu Bakar?

PerangFilem said...

dah paham sapa yg 'buat drama' yg didengar Ilham....

Anonymous said...

Mengikut perbualan aku dgn salah seorang pelakon utama Bunohan, Ilham jumpa foto ibunya (Mek Yah), di bawah rumah Jing (chinese dude cakap kelate). Jing yg tengah beromen tu. Aku tak ingat apa dia ckp utk kukuhkan fakta. Kalau tak salah aku kereta Jing & plate number. Jing juga yg buka rahsia pasal Mek Yah ibu kandung pada Adil.

fadz said...

Gaia, reporter tu ialah Muski. Rujuk watak Muski dlm filem ni.

Anon, terima kasih! Maknanya, sangkaan awal aku betul! Ridhwan, ambil maklum!

zan said...

Jing yang tengah beromen tu aku setuju tapi tempat Ilham simpan barang peribadinya pada aku tetap rumah Pok Eng. Rujuk scene Ilham kat bawah kolong n Adil dalam bilik yang 'terkejut' bila Bakar sergah budak dalam bilik Adil...:-)

zan said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

lagi sekali fadz, kau seorang je yg betul2 memberi kupasan yg faham dan mendalam ttg filem ni, betullah kata arwah Kak Min, dua org saja pengkritik yg penting yg dia rujuk, kau dan hassan mutalib.

tq for this beautiful writing fadz!

rudy said...

Saya sokong.iya memang waktu cari foto umah bapak,babak org main tu umah lain,cuba tengok kereta dan bentuk umah berbeza

fadz said...

Ah, jadi betullah rumah org lain, rumah Jing, dan sangkaan aku itu bentuk rumah org lain seperti yg aku nyatakan kpd Ridhwan.

Sekrg hal ini menjadi menarik:
Jing ialah kawan sepermainan Ilham, sewaktu kecil (boleh dirujuk Ilham dtg ke Jing mula2 dia masuk Bunohan, org pertama yg dia cari), ini dikaitkan pula Jing sdg bermain dgn isterinya. Permainan org besar dan kanak-kanak!

saat omar said...

..if anything ianya mencadangkan bahawa Ilham seorang lelaki yang kesunyian (atau horny). dia takde bini untuk beromen. jadi pada waktu malam bila kawan baiknya buat projek dgn bini, Ilham duk korek kubur sorang-sorang.

fadz said...

Saat,

aku nampak lain pula.

Ilham sendiri yg memilih untuk menyendiri. Ingat, dia "buaya" dan buaya ini (pemangsa) selalu seorang.

Ini bagi aku dinyatakan dgn jelas oleh Ridhwan berkenaan Ilham lari daripada "love making". Begini, kita dipaparkan babak Ilham diurut batin. Kita kaitkan lambang ini dgn kehebatan Ilham dgn pisau lawi(?):

"Kau punya besar, tapi aku punya lagi tajam" - Ilham kpd Deng.

Ilham mendapat "semangat batin" jantan bukan untuk mencari bini, bermain pelacur atau usik anak dara, jantan yg ada dlm karung seluar dan tubuhnya disampaikan dalam tikaman dan cecah "pisau"nya kepada tubuh mangsanya. Dia "dingin" terhadap mainan bersama perempuan (kecuali kiblatnya kepada ibunya), yg boleh dan masih dikaitkan dgn psikologi dia "lari" mendengar ayahnya (yg caca-merba) bermain dengan ibu tirinya.

Dia berasmara dgn membunuh. Inilah signifikan babak pelbagai imej burung di tengah paya bakau, signifikan "roh2" mayat yg dia sdg bawa (rujuk babak awal dia bunuh Cina Burung, bila dia tgk seakan roh Cina keluar, dia memandang burung), juga kaitan buaya hanya berteman dgn burung.

fadz said...

Dan benda2 macam ni Dr Hasbullah tu nampak tak?

Anonymous said...

en fadz, dikesempatan mendatang. diharap pihak tuan boleh menulis menggunakan laras bahasa yg lebih mudah. agak sukar untuk saya memahami filem ini. dah tgok kat panggung. bace ulasan2 dari blog ke blog. masih lagi kurang faham. sighhhh

fadz said...

Anon, maaf, saya takkan ubah, itulah saya, itulah takrifan dan diri saya sendiri.

Tetapi saya boleh ambil ruang ini untuk memberi peluang Anon untuk tanya, apa perkara dalam Bunohan yg Anon tak faham, akan saya nyatakan sebudka sekolah mungkin, cepat, komen di bawah!

kieran nair said...

Dr Hasbullah mesti nampak punya, dia kan ada ampat mata...

Azmi Ali said...

Aku tetap rasa Ilham di bawah kolong tu rumah Pok Eng dan bunyi bermain tu rumah Jing. Dia berlalu dengan tersenyum menunjukkan sikap respek dia pada orang (atau mangsa)dan Ilham lebih percayakan Jing (teman baiknya) daripada keluarganya sendiri.

Apa yang kau cakap ni Fadz memang aku setuju. Mungkin orang berbeza pendapat tapi bagi aku inilah ulasan yang paling hampir dengan maksud sebenar. Dan Dain pasti tersenyum sebab niatnya untuk budaya kritik sudah mula berlaku.

Betapa hebatnya Bunohan :)

saat omar said...

very well..Dain cakap watak yang paling dia yakin masa develop the story adalah Ilham. Ilham adalah core dalam filem ini. In a way, Aku rasa Ilham tu adalah cerminan diri tuan director sendiri. macam Hermioni adalah JK Rowling sendiri..

wallahualam

Anonymous said...

fadz, aku ngaku, kau dah tahap dewa!

kieran nair said...

oh ya. Bila tengok Ilham, gua teringat Zarul dlm Kanta Serigala yg jg saorang pembunuh. Adakah ini kesinambungan pembawakan watak oleh Faizal sendiri...

Anonymous said...

rasanya mek ani dah duduk bandar/ dah berpisah dgn pok eng, sbb bila bakar balik kata nak jaga pok eng, pok eng tanya smula ke bakar " mak mu kata gapo? "

apa2 pun aku setuju, jolok adalah watak yang paling berjaya menjolok mata kepala aku hahaha

dan terima kasih fadz, kau punya penerangan buat aku tambah faham dengan bunohan. :)

Anonymous said...

beberapa perkara yg bermain2 kat minda:

1. apa signifikasi nya babak2 awal pembukaan. semasa di warung - syot tv. keluar nama pelakon2 bunohan. part of story or just kredit pelakon?

2. babak seekor burung hinggap di depan muka ilham dalam syot perlahan

3. babak2 flasback. kalo xsilap mak yeh berlatarbelakang piramid.

Anonymous said...

aku pun rasa bab romen tu jing,sbb masa lepas ilham dengar kan dia senyum sinis.takkan dia nak senyum sinis bila pak heng dgn main dengan mek ani??

lagis atu aku tak faham
kenapa aidil anak luar nikah?
sedangkan dia adik kepada ilham?

harap boleh jelas kan

kieran nair said...

"Di situlah ada saka, nak cerita tentang dukun, pergaduhan adik-beradik, permainan wayang kulit dan perlawanan Tomoi. Semua benda hendak disumbatkan dalam satu masa. Ia sebenarnya telah menyimpang daripada asas dramaturgi yang sebenar" - Dr Abu Hassan Hasbullah

Anonymous said...

babi aku belum tengoklah. ok sabar.

fadz said...

anon,

1. tu aku dah maklum dalam ulasan pertama Bunohan, warung tu simbol masyarakat biasa, kita, yg suka duduk2 tepi warung, minum kopi, pembukaan ni serius pernah digunakan dalam babak filem Lynch, yg mana berlaku "filem dlm filem" - ini menyatakan yg apa yg berlaku di TV/wayang/kelir itu mewakili org2 betul dlm masyarakat (yg akan dimainkan sekali lagi, seperti filem, atau wayang kulit), jadi ia bukan shj "part of the story" tetapi "part of the malay universe".

2. babak tu selepas kematian Cina Burung tu kan? Itulah "roh" dan juga penanda kematian. Babak ini menarik, pertama kita boleh saja andaikan Ilham tgk "roh" (kedua2 watak menyatakan hal yg sama, Bunohan), dan juga penanda "kematian" Ilhan "di" Bunohan. Ilham melihat kematian dia sendiri, awal lagi sebelum sampai ke Bunohan.

fadz said...

3. Itu babak "mimpi". Apakah dia mimpi? Mimpi boleh saja mainan syaitan atau penanda Tuhan, dalam dunia surreal, mimpi ialah alam prasedar yg tidak termain di realiti dimainkan dlm mimpi. Mimpi ini jelas menyatakan misi Ilham dan takdir Ilham selepas itu. Pertamanya kita semacam tgk "sejarah" Bunohan dan mengapa nama tempat itu dinamakan "Bunohan" dan perkaitannya dgn "buaya" (buaya merupakan binatang yg digeruni org kampung itu, juga dihormati, ini pemahaman kita mengapa Mek Yah dikaitkan dgn buaya putih), kemudian Mek Yah di belakang piramid. Ada menyatakan bahawa Mek Yah belakang piramid memaparkan Mek Yah dlm keadaan "dizalimi" (firaun kan zalim), Ilham berada di situ untuk menegakkan "keadilan" terhadap zalim yg sedang berlaku. Aku pula melihat, piramid sbg dua maksud, 1 tempat mengawet manusia, dimana manusia akan "hidup selama-lamanya", kedua sebagai penanda manusia akan dapat bergerak ke "dimensi" seterusnya, ini merupakan "permintaan" ibunya yg selama ini "diganggu" kuburnya(?) (cont)

fadz said...

3. Itu babak "mimpi". Apakah dia mimpi? Mimpi boleh saja mainan syaitan atau penanda Tuhan, dalam dunia surreal, mimpi ialah alam prasedar yg tidak termain di realiti dimainkan dlm mimpi. Mimpi ini jelas menyatakan misi Ilham dan takdir Ilham selepas itu. Pertamanya kita semacam tgk "sejarah" Bunohan dan mengapa nama tempat itu dinamakan "Bunohan" dan perkaitannya dgn "buaya" (buaya merupakan binatang yg digeruni org kampung itu, juga dihormati, ini pemahaman kita mengapa Mek Yah dikaitkan dgn buaya putih), kemudian Mek Yah di belakang piramid. Ada menyatakan bahawa Mek Yah belakang piramid memaparkan Mek Yah dlm keadaan "dizalimi" (firaun kan zalim), Ilham berada di situ untuk menegakkan "keadilan" terhadap zalim yg sedang berlaku. Aku pula melihat, piramid sbg dua maksud, 1 tempat mengawet manusia, dimana manusia akan "hidup selama-lamanya", kedua sebagai penanda manusia akan dapat bergerak ke "dimensi" seterusnya, ini merupakan "permintaan" ibunya yg selama ini "diganggu" kuburnya(?) (cont)

Siti Mardhiah said...

Buaya can pick any girl that he want, but he choose to be alone.

Kesimpulannya, kesendirinyanya menandakan yang dia bermasalah, ada masalah besar yang perlu dirawat segera. Namun dari sudut kebatinan, menyendiri itu HERO. Ijazah tertinggi bila seorang "petapa/pemburu kesempurnaan kebatinan" itu dapat menepis godaan wanita. Sesat ka tak sesat, menyerupai paderi dan sami, tak pula berani saya menghukumnya.

"wadahnya telah terpenuh dengan kangen yang lebih muluk dari kangenkan seperti kangennya manusia amarah seperti kebanyakkan kita"

Dalam cerita ini, kangen untuk menyempurnakan_____,(apa mau kata eh?) yang berkaitan dengan ibunya, itu kemuncak kesempurnaan kebatinan.

Memanglah kalu dia pi jumpa psikiatri, dengar suara itu skitzofreniac. Makan ubat, bolehlah meneruskan hidup macam manusia normal. Dan jika itu pilihannya, maka tak jadilah cerita hebat seperti BUNOHAN.

test said...

aku masih lagi mencari, kebenaran yg didebatkan oelh semua ttg bunohan ini dan bila baca kupasan kau ni ada sedikit pencerahan. bukan tak tepat tapi boleh aku jadikan rujukan.

babak ilham mengali dibawah kolong rumah mencari sesuatu tu bagi aku adalah satu simbol dimana Ilham mencari sesuatu yang pernah dimiliki dan segalanya tersembunyi tidak diketahui sesiapa dan memperlihatkan dunia ilham yang kecil tersembunyi tidak dapat dibaca oleh sesiapa pun termasuk kawan baiknya Jing. foto foto lama yang tersimpan hanyalah metaphor memori yang Ilham ada.

dan yg paling aku suka bagaimana kau menghubungkaitkan politik industri filem kita dengan babak akhir itu sedangkan kalau dilihat dan dibaca ia telah bermula dari awalan filem lagi dimana sutradara sememangnya bercerita ttg politik filem di layar.

Anonymous said...

nah, cukupkan 30. tak payah ucap terima kasih atau i love you puncak.

Anonymous said...

nah, 31! i luv u!

Anonymous said...

"Dia berasmara dgn membunuh" Ilham,BUNOHAN = "Keinginan untuk bersetubuh sama dengan keinginan untuk membunuh" Diana, DUKUN.

Anonymous said...

marseille and mesir semasa perbualan jing dan ilham.adakah persamaan ini ada kaitan dgn mimpi ilham yg berlatarbelakangkan piramid ( sbb piramid terletak di mesir? )