18 September 2011

Memilih dan Tidak Memilih Untuk Menonton dan Menayang

Wah, dah lama kan aku dah tak masuk... Ohh ohhh, itulah penangan orang bersalin! Ha ha! Masa aku banyak dihabiskan dengan membuang lampin kotor, buat susu, baca Quran, dan tengok Astro sepanjang masa. Siaran apa? Aku banyak tonton siaran filem-filem Tamil, yang mana bukan mainlah bengangnya aku dengan Astro ni yang masih tak reti-reti nak pasang sari kata untuk kesemua siaran filem bukan Melayunya (weh, ini Malaysia kan? Tolong aplikasikan sari kata bahasa rasmi boleh tak Astro??), kalau siaran Arab 111 tu tak usah haraplah, aku rasa kucing aku naik tanduk pun Astro akan gagal lakukan hal tu.

Adalah aku tonton beberapa filem, dan juga bengang dengan korang yang kat luar yang dah tonton Contagion (siot), Nasi Lemak 2.0 (babi!), dan apa-apa ntah yang sedang ditayang tu.. Dah la balik pejabat ni aku kena hadap muka-muka seposen orang-orang ingat hebat nak mati untuk baiki buku teks. Bermulalah nanti dengar dan tengok ego mereka dikipas rak dengan kehebatan punggung mereka membesar bagai juara dengan entah-entah apa entah teori dan pandangan. Serius, aku rasakan pembikinan buku teks kat Malaysia ni macam main funfair, lagi-lagi dengan buku teks yang aku tangani. Serius, dah kalau kau tak suka penulis tu, boleh tak kau sendiri yang cari penulis yang betul-betul berpengalaman dan tahu apa yang kau nak dan boleh berikan sesuatu yang kononnya ikut piawai yang kau dah bagi, dari bermain aci-aci cop macam budak-budak? Serius aku rasa mentaliti orang kita masih gagal nak faham benda-benda yang selogik mungkin (seperti silap masukkan aku ke bahagian kerja ni, ha!)

Ini pulak cerita masa anak buah aku datang nak tonton Hantu Bonceng kat Astro First. Melihat pada ulasan TMBF yang berkuasa tu, aku pun tontonlah, dan memang, there's nothing new selain daripada genre ala-ala penyiasatan dalam plot budaya rempit (aku langsung tak rasa filem ni seram) yang mempunyai tiga kali "penipuan" untuk penonton. Masuk akal jugalah TMBF bantai dan menyokong filem adaptasi Vovin daripada yang ini, walaupun aku masih tidak berapa setuju berkenaan hal tu (kerana kerja kamera filem Ahmad Idham ini masih tetap rajin). Pun begitu, filem ini biasa-biasa ajelah, tidak ada yang va va voom, dan aku setuju dengan TMBF, masa aku tonton dengan anak buah aku, bahagian Zizan bercakap lucah "malam pertama ketujuh" dan dipersoal anak buah aku, aku jadi keruan dan kata kat dia, nanti umur dia besar sikit, aku citerlah..

Ini masalah ni. Ini masalah pembikin filem kita masih tak tahu, apa yang boleh dan tidak boleh ditayang. Lagi-lagi bila aku dah ada anak ni, mati-mati aku kena teliti dan saring betul-betul filem kita, baru aku bagi diorang tengok. Ya, Sepet pun walaupun dapat U aku susah nak bagi budak-budak tengok (ada tema zina, kekasaran, ganas, aksi bogel). Mungkin dah tiba masanya LPF bukan sahaja bagi klasifikasi U, 15 dan 18, tetapi maklumkan dalam U atau 15 apa perkara-perkara yang tidak bersesuaian (seperti adanya unsur lucah, keganasan minima, kata kesat), sekuarang-kurangnya mak ayah boleh kawal anak-anaknya.

Selain daripada menonton beberapa filem Tamil/Telegu yang bagus, aku juga menonton Coming to America lakonan Eddie Murphy itu. Walaupun mungkin bukanlah Spike Lee dan penuh dengan kemahuan fantasi orang kulit hitam, sisi-sisi sosial New Yorknya amat-amatlah menarik buat aku, khusus dengan wajah superfisial Eddie Murphy, melihat semua yang "buruk" tentang realiti golongan hitam di Amerika waktu tu dengan "terbuka" dan "senyuman". Kalaulah dia buat lagi filem sebaik ini...

Aku juga berpeluang menonton Cerekarama Ohh Haraaam arahan Erma Fatima yang buat aku dibikin dengan baik sekali oleh Erma (dengan "memaksa" Sharifah Armani memakai tudung amat-amat kiut!!!) dengan butiran putih - hitam dalam hukum agama serta sempadan manusiawinya (malah ada satu subplot berkenaan psikologi sejarah Aqashah yang tidak diselesaikan adalah sangat berkesan kerana tidak memberi penyelesaian terhadapnya).

Aku tak nak komplen filem tu (walaupun penggayaan filem itu tipikal drama komedi Melayu), tetapi drama malam semalam, Bara Cinta Ramadan, aaahh, telefilem ni boleh saja menjadi suatu filem yang bagus, yang bagi aku, kesemuanya, dari awal hinggalah ke klimaks filem, indah dan sangat terikat kukuh garapannya. Lakonan memberangsangkan (dah lama tak tengok Zamarul berlakon, dan alangkah hebatnya lakonan minimalis beliau, dan lakonan isterinya itu) dan paling indah adalah cara filem ini disusun. Aku suka filem ini kerana walaupun topiknya klise (ibu mertua tak suka menantu yang miskin), tetapi hal-hal yang dirungkaikan adalah "jujur" dan ditunjukkan, bukan mengajar. Malah, kita menontonnya, kita menyedari bahawa kesemua watak, Zamarul, Fauziah Nawi, Yasmin, Zarina, Ako, semuanya mempunyai putih dan hitamnya, khusus Zamarul dan isteri dan Fauziah. Maka ia bukan filem yang bersikap moral semoral-moralnya (isunya senang, Zamarul tidak mahu buat kerja lebih pada bulan Puasa kerana mahu pergi terawih dengan anak-anaknya, sedang mertuanya merasakan waktu Puasalah si menantu yang duduk percuma di rumahnya perlulah kerja kuat sikit supaya anak perempuannya yang tidak pernah merasa hiasan dan cucunya merasa makan sedap dan berbaju cantik). Konfliknya amat "kelabu" dan ini dinyatakan dengan sesubliminal mungkin. Hal politik dalaman keluarga Fauziah Nawi ini yang menarik buat aku, yang mana, Zamarul di sini dijadikan "target" untuk dipengaruhi.

Tiba-tiba, keindahan emosi melodrama filem ini terus merundum pada bahagian "Rashid Sibir" filem ini apabila watak Zamarul tiba-tiba "mati katak" dilanggar lori, tiba-tiba lepas beli makanan buka puasa untuk anak-anaknya! Ughhh! Masa tu aku dah kata, kalau ia bergerak ke situ, hancurlah filem ni, lantas hancurlah ia, walaupun bahagian si isteri mencarik langsir baru sampai meroyan mohon maaf kepada suaminya itu efektif...

Serius, kita punya drama yang sebenarnya baik dan sangat teliti, hanya kita perlukan satu keberanian untuk lakukan sesuatu yang "melanggar" dramatik yang sudah biasa dibuat. Seperti drama ini yang tersusun elok, dan sudah menampakkan ia akan "lari" dari tragedi biasa dalam drama-drama Melayu (mati dilanggar)..

Kalau akulah, aku tak mahu sesiapa mati dalam drama tu, biar Zamarul beli ayam panggang tu, dan bila sampai rumah, ayam tu dikongsi bersama anak Ako yang rupa-rupanya minat ayam yang sama, yang mana Zamarul bagi dengan tanpa rasa cemburu. Ini akan buat Fauziah terdiam. Zamarul kemudian bawa anak dia beli baju raya yang mana Ako turut tolong belikan dua pasang lagi, supaya sama dengan anaknya, dan ini mengeratkan lagi perjalinan biras antara Zamarul dan Ako. Pada hari raya, furniture yang dibeli oleh Ako tak sampai, sampailah hari Ako dan keluarganya balik. Tapi masa itu juga, Zamarul dah dapatkan rumah sewa untuk berpindah, lantas si anak dan menantu bersalaman dengan Fauziah dan untuk pertama kalinya Fauziah merasa kekosongan. Babak akhir, seperti syot babak awal, Fauziah buat kekabu, tetapi kali ini Fauziah "seorang" dan memandang sunyi rumahnya, yang ada langsir baru, furniture baru tetapi kosong tanpa cucu dan anaknya. Tak standard antarabangsa gitu?

Serius para pembikin kita perlu berani sedikit dan lari daripada melakukan suatu hal yang sama dan merasakan ia "boleh jual". Bila aku dan bini aku tengok ada judul telefilem bernama PONDOK PLASTIK, aku terkikih ketawa dengan bini aku yang dapat bayangkan entah berapa banyak PONDOK yang telah dibikin oleh para pembikin filem acapkali datang Syawal dan memberi "pengajaran" yang sama seakan-akan penonton kita tak serik-serik. Wei korang, kita, penonton pun ada had kesabaran kita. Contoh, kalau korang bagi lagi satu isu rempit atau bohsia yang sama dalam pawagam (melainkan ada mainan plot yang menarik, tak salah main tema yang sama), tunggulah untuk filem itu merundum dikutuk, kalau tak pun dibanding-bandingkan.

9 comments:

Hans Hanis said...

hahahaha
tergelak2 aku baca bab drama rashid sibir dekat cerekarama tu
aku pun tgok juga semalam bro
memang seronok gila
tapi sampai jer part dia tiba2 kena langgar tu terus aku menyumpah seranah
hahahahaha
harap Rashid Sibir baca entry ko nih dan lari daripada kisah2 drama dia sebelum nih yang selalu sangat mematikan watak dengan situasi2 tak masuk akal
:-)

AbduL QaDir said...

Sayang pulak rasanya skip cerekarama ari tuh.

hakimi2010 said...

Mmm..x sempat tengok dari awal BCR tu..balik rumah pukul 11 baru start tengok.citer dan lakon layar mmg best walaupun jalan citer tu biasa jer.tapi..betullah apa yg dikata.endingnya menghampakan.macam x logik pulak semua anak,cucu dan keluarga duduk beramai-ramai x buat apa2..pastu si emak meroyan cabut langsir.

PerangFilem said...

tak sempat pulak aku nak tgk 2 telefilem raya ni... sibuk beraya gamaknya...

Anonymous said...

setuju pasal cerekarama tu....ada hitam putih dalam tiap watak yang saya asyik persoalkan ....tapi apekes babak last tuh semua duduk beratur sambil tgk jasmine?? berbakul2 saya dan housemate kutuk scene tu....dan seterusnya tgk siapa pengarah drama tu....dan lantas berkata.....gagal! :p

lapah said...

nasik lemak 2.0 satu bro! thank u in advance ;)

fadz said...

anon, thx..

lapah, dah..

fadz said...

Perang Filem mmg, artis beraya katakan..

fadz said...

Anon, saya pun turut terkesima.. hoho