17 July 2011

Sekali Lagi(2011): Sekali Sahaja


Bini aku yang suruh tonton filem ni. Dia baca ulasan Syazwan Zakaria dan nampaknya ulasan Syazwan Gala TV itu agak mengujakan terhadap filem ni. Aku pula baca coretan status Ajami Hashim yang memuji filem ni di Facebook. Jadi aku bagi peluang menonton filem ni semalam di rumah bersama bini.

Ada dua perkara yang aku fikirkan menarik diolah oleh filem ini. Pertama, permainan "imaginary friend" iaitu kesamaran rakan "kahayalan" kepada watak Amy (Mia Sara). Poin ini menarik jika kita lihat latar "anak yatim" Amy yang ibunya (Lisa Surihani) kira merupakan khayalan Amy. Tetapi unsur ini hanya dibiarkan begitu sahaja tanpa perkembangan (kerana ini filem melodrama). Kemudian, relatif Lisa Surihani dan Saheizy Sam yang kahwin lari, yang aku kira juga bagus sebagai "dakwah senyap" sang pengarah Hashim untuk anak generasi sekarang yang kerap berzina dan membuang anak (kahwin lari itu kiranya sesuatu yang sangat 80-an, dibawakan sekali lagi dalam filem ini. Ingat Azura?)

Tetapi itu sajalah.

Filem ini merupakan sebuah kerugian yang amat, khusus percubaan melodramanya, atas hanya ingin mengSean Pennkan watak Saheizy Sam. Serius, melodrama sebegini bukanlah biasa tak pernah ada, malah 80-an cukup berkobar dengan intim-intiman cerita filem ini. Aku sebenarnya boleh "bersabar" dengan keklise-an filem ini. Tetapi ada beberapa hal yang amat-amat mencacatinya.

Mis-en-scene filem ini berterabur. Adakah Hashim cuba bereksperimen? Ada beberapa watak yang mana kita lihat syot sederhana (medium shot) berubah kepada syot jauh yang AMAT JAUH, mengambil keluasan gargantum, dan ini berjalan sewaktu watak-watak masih berdialog menerangkan perkara. Komedi tidak, drama pun tidak (komedi dan drama amat-amat memerlukan gerak aksi dan mimik pelakonnya, latar hanya hiasan cerita, rujuk bagaimana Amelie melakukannya). Kejanggalannya berleluasa. Dan ini bukannya sebuah filem art-house (kesalahan ini juga dibikin oleh Papadom).

Satu lagi, jika dilihat betul-betul, ada kesalahan yang amat aku tidak boleh maafkan, hanya kerana pengarahnya tidak memberi establish shot yang kuat antara premis Bront Palarae, taman permainan dan stesen LRT. Ini adalah kemunculan "tiba-tiba" Lisa kepada watak Amy. Aku menelitinya dan menyedari bagaimana setiap kali Amy tidak ada dengan Sam, Lisa akan muncul (ini trick lama, yang kita sudah tahu apa akan berlaku bila tiga unsur ini bertembung). Maka, apabila tiba babak taman permainan tu, aku maklum pada bini aku, "Tengoklah, lepas ni, out of nowhere, mesti Lisa muncul." True enough! Masa Lisa muncul tu aku tergolek-golek ketawa dengan bini aku betapa betulnya sangkaan aku. Dan hal ini dapat ditelaah seterusnya kerana betapa "biasanya" pergerakan plot filem ini (termasuk akhirnya).

Ini sesuatu yang merugikan, melihat kepada himpunan si pelakon yang kesemuanya hebat, Sam yang memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Bront yang memenangi Pelakon Lelaki Terbaik dan Lisa Pelakon Wanita Terbaik (kesemuanya menang pada FFM tahun lepas) adalah satu "mimpi indah" untuk disatukan. Tetapi penerbit dan pengarah kita hanya dapat mempamerkan mereka sesederhana ini sahaja tanpa benar-benar mencabar kita, sepertimana mungkin drama Kramer vs. Kramer atau I Am Sam. Aku saja namakan filem-filem itu kerana filem-filem tersebut tidak memerlukan pun bajet yang gah. Hanya cerita dan konflik yang menarik.

Sekali Lagi wajib ditonton sekali sahaja.

8 comments:

Hans Hanis said...

hahahhaha
aku suka filem nih tapi bukan keseluruhan..
tu kasi 3.5 jer tu bro
maybe sebab lakonan sam dengan bront best
cuma mcm ko cakap agak tak logik bila lisa mesti muncul kalau mia bukan dengan sam
dan aneh tu mia tak pula kan kena culik padahal budak kecil tu selamba je jalan sorang2 dkt KL..
heheehh

Meck said...

aku baru tengok cerita ni semalam. boleh tahan la. tp betul kan. tak kena culik pulak mia tu haha. tp oklah sebab lain sikit

indraputra said...

(menyampuk) aku tengok dua kali filem ni. sekali di wayang dan sekali dirumah. banyak yang aku setuju ngan tuan tanah. tp entah mcm mana, aku rasa ia tak menjengkelkan kecuali watak ibu arman. Just my two cents.

fadz said...

rasa itu buat keinginan masing2 indraputra :)

aku tgk ngan bini byk tgk sesama dan ketawa guling2 sebab merasakan kejanggalannya.. teringat melodrama 80an yg gila2 dulu..

Anonymous said...

masa tgk cerita ni, banyak skip, kalo skip punmasih boleh faham jalan cerita

Danielle_Corleone said...

Fadz,Filem ini idea sudah baik. Tetapi grafnya makin lama, makin turun. Dan kemuncak penurunan grafnya adalah waktu penyelesaian konflik. Konflik begitu besar, diselesaikan dengan cara mudah. Bahasa senangnya, nak cepat habiskan cerita. :-)

indraputra said...

Fadz, memang rasa itu milik peribadi setiap manusia. Aku suka la phrase tu. Bkn niat nak contradict ngan u. sorry kalau u rasa offended.

fadz said...

mana lah aku nak rasa offended bro..