27 July 2011

Hanna(2011): Simfoni Aksi, Individualisme, dan Keindahan Manusiawi

Filem ini merupakan antara filem terbaik tahun ini. Mungkin belumlah lagi boleh dikatakan "filem terbaik", tetapi sememangnya antara yang amat memuaskan dari segi viskeral dan kuasa sinematik.

Plotnya mudah. Kaitkannya dengan plot balas dendam dan mitos kotak pandora. Pemain utamanya adalah Cate Blanchet (yang hebat), Eric Bana (yang mengkagumkan) dan, Saoirse Ronan sebagai Hanna yang membawa filem ini dengan penuh bergaya dan indah. Aku teringat emosi dan "innocentness" awal-awal kemunculan Natalie Portman dalam Leon. Saoirse telah dilatih oleh "ayah"nya, Eric Bana untuk membalas dendam ke atas kematian ibunya, Johanna, dari tangan "ahli sihir", Cate Blanchet. Hanna, di"bangunkan" sebagai seorang "mesin balas dendam" dengan perangkap usia masih membaca Brother's Grimm Fairy Tale, dan itu sahaja. Tetapi Eric Bana terlupa, bahawa Hanna bukanlah "mesin" seperti mana yang kita akan tahu, atas apa kelahirannya (dan buat perkara-perkara yang mengkagumkan kita) tetapi seorang "manusia" juga seperti kita yang sepatutnya diberi "rasa" dan "pengalaman" hidup, inilah yang mengguluti kita untuk meneruskan perjalanan bersama Hanna, melihatnya merasai "dunia", membesar selepas keluar dari lubang yang selama ini memerangkapnya. Konflik yang tercipta ini sungguh memaut!

Inilah kekuatan imej dan sinema filem ini. Aku teringat akan Stanley Kubrick yang begitu mengambil ketelitian layar keseluruhan (setiap gambar seperti catan seni), ini dibantu dengan tempo sunting yang betul, seakan satu okestra yang tersusun indah. Keadaan latar yang luas inilah yang akan memaut hati kita untuk melihat Hanna "membesar" dalam dunia yang tidak dia ketahui. Berkait pula dengan "fantasi" yang diprogramkan terhadapnya (juga kita), baik yang dia sudah tahu (dia dimaklum dia datang dari mana, siapa kawannya) dan dia tidak tahu (dunia, yang sedikit demi sedikit, dari realisme, menghala ke fantasi, lantas kembali ke buku yang dia baca sejak kecil iaitu taman Brother's Grimm di Jerman).

Kita akan merasai gaya biasa William Friedkin dan terutamanya Fellini apabila mengambil semangat manusia sekitar, dengan kamera tangan mengambil "mata" Hanna mengenali "orang" di Morroco buat pertama kali. Kita teringat seakan Hanna benar-benar memasuki "wonderland". Kanvas yang dilukis, yang selalunya tepat, besar dan seimbang, makin lama, makin lama menjadi kecil, gelap, tidak teratur, dan menuju ke satu titik. Pada waktu ini, kita memahami Hanna sudah tidak sanggup lagi hidup dalam dunia "dongengan" yang diciptakan untuknya.

Jalan cerita filem ini indah. Rasa aksi, sai-fai, pengembaraan, romantik, komedi manusia, ngeri, seram, dan sudah tentunya kemanusiaan. Akhir filem ini, walaupun sepatutnya sempurna, agak janggal dan terasa "huru-hara" buat aku (nampak sangat pengarah nak cepat-cepat habiskan pengakhirannya), tetapi ia tetap tersusun indah.

Keindahan filem ini juga dikuatkan lagi dengan runut bunyi The Chemical Brothers yang begitu benar kepada bentuk "sinema" yang diperlukan terhadap Hanna, penting lagi terhadap dia "menegnali dunia". Daripada bisu dan suara "alam", ia sedikit demi sedikit berkresendo kepada pelbagai bunyi budaya dan sentuhan (rujuk satu babak di mana MUZIK juga menakutkan), melengkapi makna filem ini dalam "mengenali kebenaran manusia" atau seadanya manusia.

Dua perkara yang aku teliti dan aku suka terhadap filem ini. Ada satu babak Hanna mendengar suara orang mengaji Al-Quran, lantas waktu itu Hanna mengingati kata ayahnya tentang muzik (menyentuh jiwa dan perasaan, satu hal lagi filem ini turut menafikan orang Islam sebagai musuh Barat, walaupun menjadi MANGSA mereka). Kedua adalah "in joke" yang mana pelakon Olivia Williams sebagai Rachel mengatakan kepada Hanna bahawa dia tidak suka memakai "solekan" kerana orang bersolek itu nampak "menipu". Walaupun petanda ini jelas bahawa Hanna bersama orang-orang "jujur", kita juga faham kemungkinan bajet solekan hanya tertumpu kepada si penipu jahat Cate Blanchet (haha, adijahat filem ini orang Amerika!).

Ini sebuah filem yang mesti ditonton di pawagam untuk memakan keindahan sinema yang bukan selalu boleh dilihat lagi sebegini.

ps: Dengan memasuki filem ini lagi, kita akan mendapat jawapan pelbagai perkara yang membuatkan motivasi ebebrapa watak filem ini melakukan apa yang mereka lakukan.



7 comments:

Hans Hanis said...

wah
pujian melambung2 nih
haihhh
pawagam dkt rumah aku tak tayang
lambat lagi la nak tgok gamaknya

saat omar said...

Joe Wright memang pengarah filem british gen baru yang harus diberi perhatian selain Shane Meadows,david yates,Andrea Arnold, Nolan,

Anonymous said...

padu

Hans Hanis said...

bro....
aku dah tgok filem James Lee nih
:-)

Review Filem Tolong Awek Aku Pontianak

Angkatan Pembikin Filem said...

Aku dah pun tonton filem ini. Aku dengan review (atas angin) dari banyak tempat mengatakan filem ini bagus. Dan sememangnya, sangat BAGUS! Rekaan Produksinya yang maha hebat telah menjadikan ini filem yang paling aku suka selepas Black Swan. Cuma aku kurang setuju Eric Bana. Dia dia dapat menunjukkan kenapa dia perlu selamatkan Hanna dan apa status dia sebenarnya dengan reaksi dan emosi. Itu sedikit kurang. Selain itu, filem ini memang memukau. Aku ada teori yang agak gila mengenai filem ini.

Hanna (simbol kerjasama sainstis Amerika dengan anjing Jerman) dicipta untuk apa, tidak pasti. Cate Blanchett adalah anjing Amerika bersama Eric Bana di mana Cate taksub dengan arahan Amerika untuk memusnahkan semua rekaannya dan Eric Bana (yang masih punya emosi dan perasaan) lari. Secara ringkasnya, ini adalah WWII. Waktu kini, Eric Bana (hero Jerman) telah membela Hanna (mesin Amerika) untuk menghapuskan Amerika (Cate Blanchett). Dan di sinilah bermulanya cerita - mengenai pembalasan dendam Jerman terhadap Amerika selepas kalah semasa WWII. Lihat saja lokasi Jerman, negaranya hancur. Taman tema pun menjadi surreal dan satu-satunya penghibur di situ (Brother Grimm) dibunuh oleh anjing Amerika.

Aku sukakan setting dan production design dia. Memang bagus! Sangat bagus! Dan aku sangat sayangkan Soairse sejak The Lovely Bones, The Way Back.

fadz said...

horaaay untuk pandangan APM dengan penangan WW2nya.. poin yg lagi menyelirat: lantas pengarahnya bangsa apa.. hehehe.

Nizam said...

This is a breathtaking film. Filem mcm ni yang buat aku bersungguh-sungguh nak bikin filem lagi dan lagi supaya aku dapat memperbaiki craft aku.