Pada malam Maskara Shorties, yang sudah mula membuat kami para penonton penat kerana deretan filpen yang panjang (waktu itu aku sudah tidak peduli menunggu filem yang dikatakan Naga buat sesiapa menontonnya tak mau bikin filem lagi, like I care), menonton beberapa sedutan bikinan serta klip yang "segar dari ketuhar", kesemuanya daripada sang pengarah tersohor, Hafsham dengan adaptasi filem Karipap-karipap Cinta (pengarah filem komedi 80-an terbaik), Mamat Khalid dengan mainan spoof (again???) terhadap filem-filem seram Melayu serta sekuel Zombi Kg. Pisang (ada bahagian POV Rashomon yang kiut) iaitu Hantu Kak Limah Balik Rumah (The Ghost of Kak Limah Comes Back Home), dan U-Wei Haji Shaari dengan Hanyut, adaptasi novel pertama Joseph Conrad.
Antara ketiga-tiga itu, Hanyut merupakan sesuatu yang membuat mulut aku ternganga. Ia menggetirkan, dan suasananya, semangatnya lain - paronama. Perasaan dekaden wujud, serta tunggang-langgang dunia Melayu. Baranya terasa. Masing-masing berkomplot (aku rasa, oleh sebab itu U-Wei arah teater Wangi Jadi Saksi, sebagai aras pengkajiannya dalam komplot orang Melayu). Banyaknya cahaya yang dimainkan, banyaknya misterius, seakan-akan "Melayu" itu ditutup, dikelam dan dibusukkan (lihat sahaja imej Khalid Salleh yang separa Melayu-Mat Salleh seakan absurd, memiliki atau menyelami dunia impresionisnya tersendiri, move over Johnny Depp!), dan cahaya memerhati kekuatan dan panas orang Barat di tanah Melayu (filem ini berlatar di Borneo). Dalam satu babak, Si Melayu (aku rasa, Sofea Jane), isteri Almayer, menjadi "mata" orang Melayu melihat si Orang Puteh bertutur asing, dengan anaknya (Diana) di antara ayahnya (Almayer) duduk di meja bersama tentera Inggeris. Aku tak tahu kenapa, sekejap perasaan "jahil", "ganas" dan "kasar" wujud dalam mis-en-scene ini, sekejap (dan aku tahu ini akan digerakkan oleh U-Wei) berubah "suara" tenggelam dan misterius Melayu ini ingin mendabrak keluar, menenggelamkan personifikasi dan perspektif si Orang Puteh. Dan aku rasa, "titik" yang menjadikan penenggelaman ruang dan "suara" ini adalah Diana.
Mungkin ini pemaknaan "hanyut" yang sebenar ingin di bawah U-Wei.
Aku betul-betul terpesona. Dan ini baharu 5-8 minit daripada filem sebenarnya (yang belum disunting sepenuhnya).
Aku merasakan, U-Wei dalam top of his form. Kini, kita akan dapat menonton kembali, rasa kelam, keterasingan, wanita dan kuasanya terhadap lelaki (khusus wanita Melayu), serta simbolisme seksual yang kuat dan perdana dalam wajah filem-filem U-Wei sekali lagi.
Hanyut, secara rasminya menjadi filem yang ditunggu-tunggu untuk tontonfilem.
Aku tak sabar menunggu.
Insya-Allah.
10 comments:
syabas bro! http://www.tonton.com.my/
bosan jew aku tgk...best lgi antu kak limah balik rumah
Hafsham dan U-Wei kembali, yah, memang aku tunggu2, Abg Mamat punya filem pun.
film ni sedikit perlahan and kurang emosi compared to
hantu kak limah yg superbkebabo.othman hafsham era dia dah abis dah lepas dia direct asam garam scenario
- syafiQue filmGuy
rindu utk mnonton buah tgn u-wei...
aku lupa, zaman sekarang semuanya nak laju, semuanya kena ikut konvensi Hollywood.. patutlah filem2 indie kita korang tak layan.
Hanyut tu baru je penggambaran, aku rasa belum habis sunting lagi. Mak Limah tu dah lama, tentu dah banyak kali pusing (dengar suara pun tahu).
so?
Rugi rasanya tidak berkesempatan ke Maskara Shorties aritue, membaca komen fadz membuatkan aku tidak sabar utk melihat karya U-Wei dan Hafsham. Thanks!
Untuk anonymous di atas, Othman Hafsham tak direct asam garam senario, yang direct asam garam senario adalah Hatta Azad Khan...Hatta Azad Khan adalah penulis untuk Othman bagi siri sitkom Pi Mai Tang Tu...
Hantu Kak Limah dan Hanyut adalah berlainan genre...sebagai peminat filem, kita perlu tahu melayan genre-genre tersebut yang pastinya berbeza...Hantu Kak Limah lebih mesra penonton kerana genrenya komedi seram...Hanyut lebih kepada 'epik' dan 'historikal' dengan konten yang berat sebegitu sudah pasti cara presentasi visualnya atau mise-en-scenenya sarat dengan segala aspek yang menyokong konsep dan keberatan idea filem tersebut...sudah pastinya bukan satu filem untuk penonton berlibur.
Nak Download Link. TQ
sesiapa tahu mau nonton online nyaaa dimana ??
Post a Comment