16 February 2010

Lu Pikirlah Sendiri(2010): Hit and Misses


Secara serius, filem ini boleh saja menjadi sebuah filem yang baik atas sebab dua perkara. Pertama, teraju utama Nabil sebagai penggerak utama filem ini merupakan mesin strategi yang cukup berpotensi. Selain daripada (dan dimaafkan mungkin) Sifu dan Tongga, aku kira, potensi dan keupayaan Nabil belum benar-benar dicari gali sebaik mungkin. Ini adalah kerana, pernah sekali aku duduk belek-belek Astro, aku ternonton acara lawak stand-up comedy Nabil yang dikoleksikan daripada Raja Lawak, sungguh terujanya aku, Nabil merupakan seorang pelawak (comedian) yang sebenar dalam erti kata seorang pelawak. Malah, ada kesegaran, kemudaan dan pembaharuan yang dibawa Nabil, setiap gerak dan timingnya kena. Lebih baik dari itu, mesej yang Nabil sampaikan mempunyai makna-makna yang berlapis, ia boleh saja bergerak politik, ia juga satu satira masyarakat dan sudah tentu ia juga hanya "cerita". "Lu Pikirlah Sendiri" sendiri sudah menjadi satu kenyataan kultus yang dinyatakan oleh anak muda kini yang mahu mencari pembaharuan dan semangat baharu Malaysia.


Kedua, tema filem ini sebenarnya amat kuat jika diolah dengan betul. Lantaklah kalau filem ini diambil daripada riwayat hidup teraju utamanya, rencahnya sudah cukup memikat: cerita anak-anak muda miskin di celah kota raya yang menyesatkan, lalu dengan semangat kental, anak muda ini cuba menjalani kehidupan untuk kesenangan. Hal ini sahaja sudah menjadi satu hal "real" yang amat menarik untuk ditempuhi (ingat: seni untuk masyarakat? Ini boleh jadi satu contoh untuk abad ke-21).


Jadi, dengan dua kekuatan ini, berjayakah filem ini? Entah. Hal ini, bolehlah aku tanya kepada seorang lagi tenaga pengajar UiTM yang berkecimpung dalam filem, Aminah Raphor jika dia sebenarnya betul-betul bersedia untuk menjadi seperti Hatta Azad Khan ataupun Razak Mohaideen. Entahlah, aku lihat, sudah tiga tenaga pengajar daripada universiti yang gah itu yang sudah tersalah langkah, aku berharap-harap benar anak-anak muridnya tidak terikut sangat dengan gelagat cikgu-cikgu mereka.


Contohnya, seperti awal filem ini. Semangatnya sudah ada atas pertolongan runut bunyi Taja Meet Uncle Hussein yang aku salute itu. Kita lihat satu imej yang memikat; dengan secara tiba-tiba, anak-anak UiTM memecah gerakan berjalan mereka lalu tiba-tiba menari memandang kamera (impakan fantasi, jiwa dan semangat anak-anak muda ini), tetapi lihat KAREOGRAFI yang dilakukan serta stamina dan semangat anak-anak itu: lembik. Semangat sebenar berlaku pada akhir filem sewaktu Puteri Sarah grad apabila anak-anak ini menari gembira dengan "betul".


Ada satu babak yang amat-amat merunsingkan, dan ini aku perlu salahkan Aminah Raphor selaku penulis skrip filem ini. Kenapa dengan tiada keyakinan dan motif, Nabil sanggup datang ke rumah Puteri Sarah sewaktu apa yang sudah berlaku, di mana "point of redemption" yang Puteri nyatakan untuk mereka berbaik sehingga Nabil, secara DUA KALI menyatakan rasa suka-menyampahnya kepada Puteri walaupun sudah diperlakukan dengan kejam kepada Nabil (adakah Nabil seorang sadomasochist?) Sila rujuk kesinambungan yang cantik dibuat Ahmad Idham dalam Adnan Semp-It dalam benci-suka Adnan dan Intan. Di mana logus Aminah dalam hal ini? Kenapa seakan-akan semacam terburu-buru Aminah?


Malah, ianya menyedihkan untuk menggerakkan cerita dengan bantuan Meet Uncle Hussein sahaja. Ada beberapa babak yang "kiut", ada yang kelihatan janggal dan ada yang dibuat-buat sehingga tidak kena. Paling menyedihkan, ada suatu gerakan tiada kawalan Taja dalam menyelami filem (yang sememangnya aku tahu, susah untuk diikuti secara sebuah filem yang lancar) dengan kepakaran runut bunyinya, lagunya cuba merefleksi emosi siaran sehabis baik, tetapi atas kurang kawalan plot, Taja terpaksa mungkin, melakukan impresionis yang terbaik. Buat aku, ia akhirnya caca merba.


Serius, aku mahu menyayangi filem ini kerana filem ini adalah petanda sejarah atas Lan kali terakhir bersama MUH, dan gerakan cerita from zero to hero yang menarik dalam dunia miskin serba mencakar dan hidup gerakan anak kelas ketiga yang susah (peliknya, Adnan Semp-It berjaya mengangkat semangat ini dengan baik), bagaimana gerakan plot Puteri yang kecoh akhirnya mencapai cinta dan graduasi (suatu kesegaran), dan akhirnya Nabil. Tetapi, entah, adakah Aminah tidak betul-betul duduk dan cuba menghasilkan sesuatu yang lebih jauh dan lebih kuat di luar kotak. Kerana apa yang diberi oleh Nabil, dengan makna "lu pikirlah sendiri" itu amat mendalam sifatnya, mungkin Aminah boleh saja cuba menghurai dan menelaah dengan lebih mendalam sketsa-sketsa yang dibuat oleh Nabil pada Raja Lawak atas pemaknaan "lu pikirlah sendiri", daripada memberi kuasa dialog itu kepada bos Nabil dalam filem ini secara "tiba-tiba" dan tanpa agenda yang seimbang. Dan ini menyedihkan kerana semangat "lu pikirlah sendiri" ini kepunyaan Nabil, bukan bosnya.


Beberapa babak yang memikat yang memaparkan kekuatan Nabil, seperti loncat dalam kolah, selamba mencampak Puteri ke dalam kolah air, kenyataan kepada ibunya, semuanya "diri" Nabil yang kita tunggu-tunggu, tetapi hal itu sahajalah, ia hanya menjadi tempelan-tempelan yang tidak benar-benar menyatakan potensi genius yang boleh Nabil utarakan lagi di sebalik mengaitkannya dengan tema serta jalan cerita. Hal ini, Animah perlu sedar dan perbaiki.

16 comments:

amer zaman said...
This comment has been removed by the author.
amer zaman said...

dalam filem ini, babak yang aku suka cuma bila nabil gaduh dengan abang dia. Ini kekuatan aminah rhapor sebenarnya. Sepatutnya dia buat filem yang lebih kepada lakonan.
tp sinematografi dlm filem ini, menarik.

fadz said...

aminah tetap silap.. malah kita peduli ke dengan abangnya pada bahagian pertengahan tu, kenapa dengan imej tiba2 sebegini? aduh aminah, runsing betul tgk filemnya..

Ajami Hashim said...

fyi, satu lagu MUH dlm ini filim adalah ost dari filim Apa Kata Hati bertajuk 'Hilang'..lalala! :)

Anonymous said...

kalau kau bagus sgt ko buat la filem ko... pandangan amer zaman tu ada benarnya.. sinematografi dlm filem ni mmg menarik.

fadz said...

fasal aku bagus sgt lah aku tak buat film, duh!

fadz said...

alasan picisan macam ko ni anon, dah belambak dah, aku kencing je.. meluat..

Ajami Hashim said...

tulah kau fadz! lain kali bagi 100 bintang yer! lalala!

anon! luv u bro/sis! :)

zubin said...

masih ramai orang di Malaysia yang tak paham2 fungsi pengkritik. Criticism itself is life and has life of its own. Boleh menjatuhkan dan boleh membangunkan. Samada menerima atau tidak itu terpulang. Untuk hati yang terbuka dia menerima, yang tidak susahlah sikit. Ada juga yang dikritik kata kepada pengkritik otak tak terbuka kerana seninya terlalu indah dan tinggi. Dalam pengalaman saya, yang dikritik selalu tak terima, tapi akhirnya menerapkannya di dalam karya yang seterusnya. Fadz, Hit and Misses, maksudnya, cuma satu hit dan banyak yang terlepas?

fadz said...

ajami, tuba dibalas tuba berbisa kan?

Zubin, its up to the reader, if uve "Read" 1 hit and many misses, its ur gain :)

Anonymous said...

it's a "waste" of time to write on something that will waste others..

Anonymous said...

"fasal aku bagus sgt lah aku tak buat film, duh!"
i likeeee!optimis!

-saya-

fadz said...

anon 1, ya, dats why this one is short.. but still i try to show some hope.

anon2, hehe, thx.

sinaganaga said...

i likeeeeeeeeeeeeeeee Zubin.

fadz said...

koserrr.. hehe

aei said...

anon yg kutuk ko tu, mcm org yg sama jek kutuk ajami...ni mesti dia ada terlibat sama dgn film tuh..

lek aa bro!barang tak baik, memang kena cakap tak baik la kan!