31 January 2009

Slumdog Millionaire(2008) sebuah filem yang kecil merayakan hidup

Rama bertemu Sitanya, bolehkah mereka bersatu selama-lamanya?

nota: Ulasan ini buat Edd yang sudi menghantar filem ini buat aku yang berpeluang menontonnya sebelum Oscar, terima kasih Edd!
Jamal, hero (filem ini tiada protagonis) di dalam filem ini, apabila ditanya oleh inspektor polis yang menyiasat tuduhan penipuannya dalam rancangan kuiz Who Wants To Be A Millionaire versi India, apa tujuan Jamal memasuki rancangan kuiz itu, Jamal (lakonan baik Dev Patel) menjawab, "Kerana saya tahu "dia" akan menonton."

Sungguh romantisnya, sungguh jujurnya. Hal semacam itu hanya akan keluar daripada mulut seorang manusia lurus dan penuh harapan dan cinta seperti Jamal, setaraf seorang wali Allah atau setaraf mana-mana perwira yang pergi berperang dengan naga untuk menyelamatkan puterinya. Tetapi lihat, sebelum Jamal menjawab soalan polis itu, kita diberi satu tayangan aksi yang panjang tentang sedutan riwayat Jamal (sebab dan akibat kenapa), termasuk bagaimana dia ditangkap polis lalu dihumban ke dalam penjara. Ia sedikit "bermain" dengan klise emosi tetapi kerana permintaan "jujur" Jamal, kita pun menepuk tangan dan menangis lalu menyokong di belakang Jamal apabila Jamal berkata, "Kerana saya tahu dia akan menonton."

Inilah keajaiban Slumdog Millionaire, sebuah filem yang kita tahu dan "penah lihat" saduran dan saluran emosinya tetapi kita tetap menurutinya kerana semangatnya yang "penuh harapan untuk mencapai tujuan hidup" (kita faham di sini, tujuan hidup Jamal ialah bersama dengan Latika, walau apa pun terjadi, Latika ialah simbol salinan ibunya yang mati dalam rusuhan). Malah kisah riwayat Jamal ini pun dibuka dengan kupasan demi kupasan yang memerlukan flashback, sebuah gaya yang pernah dibikin dalam The Last Emperor(1987) ataupun The English Patient(1997) dalam membuka riwayat seorang watak dalam sebuah filem.

Apa yang menyebabkan gaya "pernah cuba" ini menarik (kalau tak segar) di dalam filem ini? Ini adalah kerana pergerakan filem ini yang laju dan bertenaga. Kelajuan detik filem ini (lihat pergerakan lari para pelakon, pergerakan keretapi, pergerakan kereta di celah lorong) dikaitkan dengan lajunya bandar Mumbai itu juga berubah - penggayaan ini pernah dibikin dengan lebih baik lagi dalam The City of God(2002). Ia juga kerana, buat pertama kali, penonton barat dapat melihat seorang watak yang hitam-putih, penuh "wide eyed innocence", penuh suci (simbolisme romantisme tinggi ala Goethe) dengan keinginan romantisnya, mengejar dan mengejar apa yang diperlukannya, di balik latar hina dina dan kebobrokan India (hal yang menyebabkan kontreversi di India seperti yang berlaku dengan Salaam Bombay!(1988) dan City of Joy(1992). Ini hal biasa, hal kebangsaan sombong orang India. Sepertimana jika para pengarah barat ingin mengarah sebuah filem 13 Mei di Malaysia. Oleh sebab itu, kita dahulu yang perlu berani merakam dan mengarah sebuah filem 13 Mei sebelum para Hollywood melakukannya). Semangat ini yang jarang ada dalam filem Hollywood (lihat bagaimana kompleks dan pesimisnya Batman atau sayu dan tercalarnya Harvey Milk kalau dibandingkan dengan romantis juang Jamal yang tidak pernah putus asa - semacam Wall-E!) dan sudah terbiasa ada dalam filem-filem hindustan. Para pembikin memahami idealisme "lahir semula" Krishna/Rama ini lalu mengangkat idealisme ini dengan sebaik mungkin, dan ia sememangnya berjaya.

Apa yang lagi baik ialah, Danny Boyle dan penulis skrip Simon Beafoy tidak melupakan asam garam filem ini dengan mogul filem hindustan. Rujukannya ada. Paling kuat kemungkinan filem Mehboob Khan (Mother India mempunyai epik pasangan adik-beradik yang mana seorang abang menjadi jahat, dan seorang lagi baik), Ram Gopal Varma (filem Satya(1998) arahan Varma merupakan filem yang sememangnya berpengaruh terhadap filem ini. Malah Saurabh Shukla yang berlakon dalam Satya turut berlakon dalam filem ini sebagai polis. Satya adalah sebuah filem neo-hindustan, filem yang berani menggunakan dialog realisme, kekasaran para gangster serta latar kotor dan miskin kota Mumbai, menolak sepenuhnya warna kemilau kebiasaan filem hindustan) dan kemungkinan Kamal Hassan. Aku katakan kemungkinan kerana dalam tali arus filem hindustan, bebeberapa unsur diambil dan digunakan sekali lagi (malah, filem hindustan jauh meninggalkan filem Hollywood dalam perujukan, parodi dan pascamoden) dan sekali lagi tanpa malu, malah ada yang mencedok daripada filem Hollywood. Hal ini juga berlaku dalam Slumdog, tetapi perujukannya sangat terjaga. Buat unsur-unsur ini, para pembikin pula menyalutkan satu "semangat" yang kuat dalam diri Jamal sebagai "pusat" terhadpa unsur-unsur ini. Buruk atau kotornya dia, kita tidak akan tersinggung, kerana kita mahukan dia "menang". Ini boleh dilihat dalam satu babak di mana Jamal terpaksa masuk dalam lubang tahi lalu keluar busuk untuk mengambil autograf Amitabh Bachan, malah berjaya (unsur fairy tale bersalut realiti slum tertinggi di sini). Di sini, kita sudah faham ke mana arah tuju filem ini dan buat apa filem ini diteruskan. Dan ini boleh kita lihat, satu India nanti akan "di belakang" Jamal, si budak yang pernah mengharungi parit tahi untuk tanda tangan bintang besar India. Dan inilah semangat yang tidak putus-putus digerakkan oleh para pembikin, menyeronokkan sekali gus mengisi keinginan fantasi kita untuk melihat "kemenangan" - Boyle sebenarnya mencipta hindustan, dan dia melakukannya dengan baik.

Kesemua plot dan pergerakan cerita berhubung dengan semangat ini. Tidak pernah sekali pun terlintas di dalam jiwa kita bahawa Jamal ini "penipu" atau ada "hitam". Malah Anil Kapoor (lakonan tanpa lapisan apa-apa pun) yang menjadi hos rancangan itu lebih "nakal" daripada Jamal. Ini perlu kerana pergerakan/pembangunan watak abang Jamal pula, Salim bergerak ke arah kiri. Maka ini membuka satu persoalan besar: mengapa Salim akhirnya melepaskan kesemuanya (di sini, simbolnya duit) untuk kebahagiaan Jamal. Takkan senaif begitu? Hal ini tidak diberi jawapan, malah menjadi satu plot yang merimaskan buat penonton kritis. Tetapi, oleh sebab kita sudah termahsyuk dengan Jamal, Lalita dan segala yang mereka telah lalui, kita hanya mahukan ini: agar mereka hidup aman damai selama-lamanya. Boyle tidak menghampakan kita.

Runut bunyi oleh A. R. Rahman antara yang mengujakan yang pernah beliau cipta, malah gaya campuran moden dan tradisi masih kuat dalam projek lagu filem ini. Penggambaran banyak menggunapakai gaya realisme Satya dan City of God, dengan sedikit dinamisme filem-filem Hollywood, tetapi ianya bukan yang terbaik. Ada satu shot menunjukkan (sebagai bukti) bagaimana susahnya untuk merakam bandar Mumbai apabila seorang pegawai di tepi jalan tiba-tiba menyahut, "No camera!" membanting filem ini untuk "keluar" daripada fantasinya untuk seketika (bahawa apa yang kita lihat itu tipu). Para pelakonnya baik, malah yang lebih menyesakkan adalah para pelakon anak-anaknya, lebih-lebih lagi para pengemis dalam filem ini. India menunjukkan, mereka mempunyai kumpulan pelakon kanak-kanak terbaik di dunia.

Slumdog Millionaire sememangnya sebuah filem kecil yang ada pincangnya. Tetapi dengan perubahan semangat Boyle berkiblatkan India (Boyle sebenarnya merupakan antara pengarah British yang cuba sedaya upaya meruntuhkan beberapa genre, seperti yang dibuatnya dalam genre dadah, zombi dan jenayah), dan kupasan jujur filem ini tentang kehidupan realiti golongan miskin Mumbai serta rasa fantasi-romantisme ala hindustan yang terjaga, ia antara filem terbaik tahun 2008.

Ya, pada kredit akhir, kita terasa seakan mahu menari bersama! Satu tayangan merayakan kehidupan setentunya!

ps: Buat komentar yang mengatakan filem ini lebih hebat daripada filem-filem kecil Yasmin Ahmad, buat saya filem ini lebih berbajet tinggi daripada filem Yasmin, maka ia tidak boleh disamakan.
Oh ya, buat penulis skrip/produser tempatan, malu korang. Lihat filem ini, sebuah lagi CONTOH filem yang diadaptasi daripada buku. Ini menunjukkan produser dan penulis skrip tempatan tidak membaca hasil karya tempatan, sedang banyak novel sedang tunggu untuk diadaptasi!

47 comments:

Edd Vedder said...

nice fadz..
sorry tak dapat kasi dlm bentuk DVD. Tapi aku nak kau tonton 2 filem Korea dan dokumentari yg aku kasi tu.. dan ulas. Itu antara filem2 kesukaan aku, aku nak tahu pendapat kau pulak.. :)

AbduL QaDir said...

citer ni akhirnya bakal menjegah GSC International Screen...nak tengok skali lagi lah walaupun dah tgk versi downloadnya...

Anonymous said...

oh kena tengok bajet jugak eh. kalau pgl boleh banding ke?

Anonymous said...

Bila agaknya boleh nonton filem ini di pawagam Malaysia?

Tak apalah... baca bukunya dulu. Baru dua hari lepas dibawa pulang dari Kinokuniya. Heh!

Anonymous said...

salam...best kan dpt tgk byk movie.. dalam byk2 tu mesti ada yg 'the best movie'. my best movie is 'the green mile'.

Anonymous said...

Saudara Fadli,

1. sebelum itu saya ingin menyatakan komentar saya bukan kerana anda menyebut nama Yasmin Ahmad (baca: kalau anda letak pengarah yang lain pun saya akan tetap beri komen yang sama).

2. Saya belum menonton filem ini makanya mungkin lemah argument saya, but for i do think masih ada relevannya, jika sudi membacanya,

Okey, kita sudah establish that.

Saya kurang setuju dengan perbuatan "memaafkan" filem (dalam konteks komentar ini - filem Yasmin Ahmad, tapi it could be anyone, not just her) dalam konteks budget.

Jika filem ini menang dari segi hebat berbanding filem Yasmin, maka ia hebat, full stop. Tiada alasan untuk filem Yasmin (or yang sewaktu dengannya).

Saya percaya saudara Fadli sudah banyak membaca tentang filem-filem yang berjaya melawan faktor "budget" dan menjadi sebegitu hebat dan berani "bertarung" dengan filem-filem yang lebih tinggi budgetnya.

Dan persoalannya jika Yasmin (atau pengarah lain yang sewaktu dengannya) diberikan budget yang jauh lebih besar dari apa yang dia dapat sekarang, dia mampu membuat masterpiece seribu kali lebih bagus dari karyanya sekarang?

Sedangkan sudah ada bukti di mana pengarah yang dahulunya mempunyai karya bagus dengan budget kecil, tetapi filemnya hancur bila diberikan budget yang cukup besar.

Pokoknya, jika "budget" yang menjadi sandaran saudara untuk tidak menyamakan antara dua filem, saya agak kurang bersetuju.

Seakan, dari satu segi, tanpa sedar, memberi soft spot kepada filem-filem kos murah telah mendatangkan ketidakadilan kepada pengarah yang nasibnya agak baik kerana mendapat peruntukan yang lebih sedikit, lantas kita menjadi bias kepadanya.

Tapi mungkin saudara dan rakan-rakan lain lebih mengetahui kot...

Nota: Harap fanboy Yasmin yang lain tidak terburu-buru nak menghentam saya. Saya tiada masalah dengan filem-filem Yasmin, tak seperti Nazim Maswani.

Saya cuma ada masalah dengan iklan melankoliknya sahaja.

fadz said...

Salam Nazri, ok point yang paling aku tampak sememangnya bajet. Hal2 yg lain berkaitan bagusnya dalam penggunaan bajet itu hal yg kedua. Tapi mmg, sebenarnya tak boleh dibandingkan bajet saja, kalau kak Min tak nak buat pun filem yg besar (Slumdog lebih besar daripada filem2 Kak Min) pun buat apa kan? Yes, aku rasa aku silap sikit dari situ (sila rujuk pengaruh filem2 yasmin: ken loach, Ozu, satyajit Ray)). Tapi filem yasmin mmg jauh untuk disamakan dengan filem ini ataupun filem2 Danny Boyle yg lain. Point paling besar yg aku tampak, walaupun bagaimana hitam dan gilanya persekitaran Jamal, Jamal tetap lurus dengan tujuannya, tetap "playing the gentleman". Dalam mana2 filem kecil Yasmin, wataknya walaupun tampak lurus, tetapi ada "hitamnya". Dalam Sepet pun, romantisme Jason terkelar dengan babak Jason pernah membuntingkan seorang gadis adik tuannya. Ini tidak akan berlaku dengan Jamal.

fadz said...

Point aku letakkan ken loach, Ozu dan Ray: sila lihat teknik pergerakan kamera. Yasmin mengambil idealisme kamera statik (kebiasaan neo-realisme) untuk rakaman. Filemnya boleh saja bergerak laju dgn banyak suntingan kemas, tetapi dia ingin menangkap kehidupan, dan menangkap kehidupan yg baik ialah dengan idealisme tangkapan sebegini. Ini sewaktu dengan idealisme David Lynch.

David Boyle mempercayai pergerakan, ini kebiasaan di bawah mazhab filem Eisenstein yang mana pembikin filem jagung bertih seperti Spielberg sampailah kepada filem2 hindustan mempercayai idealisme ini (bahawa pergerakan ialah penuju cerita, gerakan penting untuk bercerita). Hal ini sememangnya memerlukan bajet yg lebih tinggi, dan sememangnya lari daripada ideal satyajit Ray yang menangkap "hidup real" buat estetika kesenian. Ya, filem2 Ray, Loach dan Ozu jauh lebih murah kalau dibandingkan dengan filem2 Eisenstein atau pun D.W.Griffith.

fadz said...

PGL ialah sebuah contoh filem pergerakan. Sama dalam mazhab filem Eisenstein dan Griffith.

Anonymous said...

Inspector sahaab: "What can a slumdog possibly know?"
Jamal : "The answers..."

Ralat : Latika bukan Lalita*

"Boyle sebenarnya merupakan antara pengarah British yang cuba sedaya upaya meruntuhkan beberapa genre.."

YA BETUL. Jelas nampak dlm dalam filem ni, Trainspotting dan jugak 28 Days Later.

Anonymous said...

ye le tu.

fadz said...

anon, kalau tak caya, bukak balik buku filem. Tsai Ming Liang bukan saja2 je buat filem statik tau.

Anonymous said...

ye le tu.

Anonymous said...

bajet pilem terbaru tsai ming liang Visages (2009) €3,875,000 (estimated)

ryann said...

tak sabar tunggu filem ini di gsc. sejak tonton city of joy, suka tonton filem2 yg memaparkan kehidupan masyarakat gelandangan di india

saat omar said...

Amita batchan!!

Lyn said...

Ni yang nak marah ni, sape kata penulis skrip tempatan tak baca hasil karya tempatan? sape fadz? sape? menara gedembai nak di adaptasi apa! ;)

adib said...

"mengapa Salim akhirnya melepaskan kesemuanya (di sini, simbolnya duit) untuk kebahagiaan Jamal"

ini pada aku la, lumrah manusia. Sesetengah orang akan terasa karma yang berat bila dah lama buat jahat. Dalam kes Salim ni mungkin salah satu contoh "carik-carik bulu ayam". Dia dah banyak buat jahat kat Jamal sampai timbul rasa bersalah yang terkumpul. Boleh nampak sedikit penyesalan dalam diri Salim masa dia jawab "I know" lepas Jamal bagitau dia takkan maafkan abangnya. Salim mungkin dah sampai poin f no return dan itu sajalah jalan kelar dia..

2 sen aku je hehe..

Anonymous said...

lagi tentang anjingsetinggan> http://www.davidbordwell.net/blog/?p=3592

- mr brat

Unknown said...

ye aku sgt igt city of god awal2 cite ni.

Nazim Masnawi said...

Yg aku nmpk is, filem-filem Yasmin Ahmad are absolutely wrong untuk dibandingkan dengan Slumdog.

Aku ckp gini bukan sbb bias. Kalau aku suka filem Yasmin sekalipun, aku tak nmpk apa kewajaran utk membandingkannya kecuali for the sake of membandingkannya.

Might as well start membandingkan semua filem indie dekat luar sana dengan filem-filem Yasmin, then, huh?

"Saya tiada masalah dengan filem-filem Yasmin, tak seperti Nazim Maswani."

Tak ada masalah... AT ALL?

Anonymous said...

filem ini memang kemas, dan nakal penuh dgn usikan budaya, cubitan sosial yang membiru dan yg kurangnya adalah janaan realiti PILIHAN yang di hentak dengan sokongan emosi mematahkan tunjang agama yang mana di luar frame sengaja dibiakan rapuh.

Jentikkan ketelinga ini datang bukan dari jari sendiri tetapi tapi di hantar orang jadi pedihnya melebihi merah muka. Begitu jugalah jika terjadinya di Malaysia.

Apa2pun Boyle dari estetiknya dia berjaya. Tetapi untuk apa? dan utk siapa? :)

Bro apa2pun komen kau memang sedap di baca

fadz said...

Nazim, good, u got that point, coz someone in the commenttary ASKED me to COMPARE this movie with yasmin's which i felt its unfair. So, u can see that happen in my analysis.. but its a small matter anw lah..

ryann, ini mmg filem emsti tonton tahun ni..

saat, well, yes..

Brat, only u je, org lain?


adib, u got a point there, maybe i want a more stronger point but urs dah cukup kot (i know this happen when Salem said, "he just wont give u up will he?" or smtg like that:) maybe i havent seen enuf of salim goin tru hell and back.

hafizan, yes. Siap ada satu babak, i heard it happen in our theater: "Mumbai ini kita punya!"

kamal, u have a point, filem ni mmg sanjungan pembikin filem Britain terhadap India/Hindustan yg laku besar di England (AR Rahman sendiri diberi penghormatan buat muzikal di London sebab kegilaan org England terhadap hindustan), malah ini satu "rujukan semula" Boyle terhadap mata Inggeris kepada India (seperti Attenbrough kpd Gandhi, seperti Joffe kpd City of Joy, kedua2nya pembikin filem dari England), kita pun ada beberapa, yg moden (Kabhi Kusyi Kabhi Igam, Cinta 100 Ela, dan secara parodi, Mekanik). Oleh sebab "pandangan "bias" mata dunia pertama kepada dunia ketiga" ini menyebabkan Amitabh Bachan sendiri mengecam Slumdog Millionaire (seperti mana yg berlaku terhadap filem2 melawan arus hindustan spt Salaam Bombay, Fire). Tapi perlu ingat sesuatu, mmg ada suara "kolonial" yg kuat di sini, dalam Slumdog. Aku dengar sekarang, bahasa Urdu/Hindi/Tamil melebihi penggunaannya daripada Inggeris sekrg di India, dan golongan biasa/muda lebih menurut ke arah bahasa ibunda/rantau/kaum daripada Inggeris. Ini boleh dilihat daripada penerbitan buku di India baru2 ini yg banyak menggunakan dwibahasa atau bahasa kaum daripada Inggeris, memaparkan penggunaan bahasa Inggeris ialah "orde lama". Maka penggunaan Inggeris sepenuhnya oleh watak dalam filem ini adalah "fantasi" Boyle terhadap "India"nya, yg diketahuinya dalam novel2 Naipaul, Narayanan, Rushdie dan Arudhati Roy. Ini dimaklumkan oleh ayah aku sendiri di mana sekarang di India, pemandu teksi yg dahulunya senang berbahasa Inggeris kini sudah berubah, generasi sekrg amat susah mahu berbahasa Inggeris seperti yg dibayangkan dalam filem ini. Lazim lagi, watak2nya dari "slum". Oleh sebab itu, penulis skrip pandai mengaitkan dgn Salim/Jamal belajar membaca novel Alexander Dumas itu (selain daripada menjadi alat plot), walaupun hal ini "fantasi" shj.

fadz said...

btw, ini makluman tak rasmi aku, aku berserta ramai pengulas blogger juga nampak, The Dark Knight adalah filem TERBAIK tahun lepas, kerana banyak lapisan yg ia berjaya "pecah". Mungkin kalau Christian Bale tak buat suara loklak kerongkong sakit tu, naik sikit kot, tapi itu pendapat peribadi.

Ajami Hashim said...

"Ini menunjukkan produser dan penulis skrip tempatan tidak membaca hasil karya tempatan, sedang banyak novel sedang tunggu untuk diadaptasi!"

contohnya: Jian & Saga Horizon (kata tuan rumah dalam hati)

..larrikkk!

fadz said...

ajami, no, not really mine, but some good ones by SN, or Abd Talib Hassan, Nazel Mohamad, HM Tuah Iskandar, do chk it out.

Edd Vedder said...

"..aku berserta ramai pengulas blogger juga nampak, The Dark Knight adalah filem TERBAIK tahun lepas"

- Setuju. Bayangkan 10 tahun lagi, yang mana akan lebih diingati? The Dark Knight atau Benjamin Butang?

"..Mungkin kalau Christian Bale tak buat suara loklak kerongkong sakit tu, naik sikit kot"

- Oscar race.. it's all about the timing of the release, and Oscar's 'For Your Consideration' campaign.

adib said...

dengar cerita Jibam nak buat filem yeke? mcam best je ni hehe

Anonymous said...

yeyeeye, saya dah tonton, download dari Limewire. Hidup Limewire.

Jamal dan Salim macam satu simbolik yang indah dalam filem ni. Jamal, melalui jalam yang sama dengan Salim, tapi dia amat-amat berbeza dari Salim.

Walaupun Salim amat bersalah dalam setiap hal, tapi Jamal sebenarnya amat banyak terhutang dengan Salim. Rasanya, Salim mungkin mahu jeluar dari dunia kongsi gelap tu, tapi tiada jalan buat dia.

SORRY lepas geram kat blog awak Fadz, best cerita ni!!

Kurt Kuden said...

my fav scene bile jamal jumpe idola dia, Amitabh bacan.. sincere gile

p.a.k.w.e. said...

hye

Pa'chik said...

dude... ko dah buat aku donlod pilim nih weh... hahahha.... beh beh.... baru tengok suku... nanti tengah malam baru beh tengok...

fadz said...

edd, setuju setuju!!

adib, ya betul! mmg best n menunggu! Jibam antara novel Melayu yg saya baca pertama kali dan terus jatuh cinta!

amira, ok jer, kita pun dah byk lepas geram, dah tgk filem ni 6 kali dah, kemungkinan juga sebab KB takde wayang.

kurt, hehe, yeah, jeritan dia tu gila ah

hye pakwe

pakcik, jgnt ak tgk, mmg besh!

azri abu hassan said...

fadz,

karya filem arahan Mat Sentul adalah sebuah filem yang terbaik. Kesemua filem arahan beliau mempunyai subtance tersendiri. Secara jujurnya, pengarah filem di Malaysia seperti Mat Sentul sudah mendahului oleh pengarah filem dari Slumdog Milionaire.

Mat Sentul adalah seorang karyawan eksperimantalis melalui naratif, editing, plot dan character. Apabila saya menonton filem Slumdog, saya teringat kesemua filem arahan Mat Sentul berbanding dengan filem City of God, Dark Knight etc.

Kalo ikutkan, di bandingkan watak Jamal jiwa halus hitam, saya rasa Mat Sentul lagi jiwa nya kuat, hitam dan halus permainannya terhadap isu contemporary, kritikan politik, sosial etc.

hanya memberi pandangan, jangan lupa orang tua. Kesian Mat Sentul.

fadz said...

Slm azri, saya tertarik dengan pandangan abang. Ya, saya pun dahulu menyukai sangat Mat Tenggek, tapi saya tak sempat khatam kesemua filem Mat Sentul. Saya amat marah dengan Mat Bond, tetapi ya, saya perlu meneliti filem2nya yg lain yg kemungkinan ada permata yg perlu saya cedok.

Ajami Hashim said...

bro,

baru jer abis tgk & abis baca betul2 rev kau nih.. aku rasa SM takderlah hebat mana sgt pun.. biasa2 jer.. ahahah

"Boyle sebenarnya mencipta hindustan, dan dia melakukannya dengan baik."

r u sure???

fadz said...

Biasa je?

Ini filem "feel good", mmglah tak setaraf Godfather atau Atlantic City atau Godfellas, tapi dia ada "jiwa" yg. lunak, yg dtg. sekali-sekala macam The Sound of Music, mcm Ghost.

Hindustan yg ko kenal ialah hindustan klise. Dunia hindustan luas, lebih2 lagi Boyle sendiri mengaku mengambil rujukan filem2 Ram Gopal Varma (filem2nya lebih "gritty", malah filem Satya lebih "dark" daripada SM), dalam filem2 Ram Gopal, permulaan selalu bermula dengan wayang gambar. Boyle ambil konteks tu dengan tayangan TV, seakan mengatakan TV lebih "rakyat" daripada pawagam. Juga TV sebagai konteks "India baru" (Gopal byk gunakan pawagam sebagai "latar perbandingan" realiti hidup vs. khalayan manusia). Kenapa konteks TV digunakan di sini? TV kononnya lebih "real" daripada filem (kuiz itu kuiz "secara langsung"), tapi soalan yg Boyle hendak tanya, iyakah?

Unsur Rama-Sita-Ravana (dari epik Ramayana) tampak dalam SM, tipikal mana2 filem hindustan, Rama (Jamal), Sita (Latika) dan Ravana (bos Salim). Kemudian kita ada pergerakan dua adik-beradik yg bersifat bertentangan dan menyimpang jalan hidup yg sangat tipikal dalam filem Hindustan (Mother India, filem abang polis adik penyamun, malah banyak filem Amitabh Bachan seperti Sholay menggunakan pergerakan plot ini, malah Bachan dikenali sebagai "the rebel". Malah oleh sebab Sholay, nama Bachan meletup pada 70-an, dan oleh sebab itu idealism Bachan ini dirujuk dalam SM). Dua-beradik berlainan "harapan" ini diambil daripada cerita klasik Mahabrata di mana berlakunya pergaduhan dua "clan" adik-beradik/sesaudara bermusuh (seperti mana perang Badr). Idealisme Salim yg akhirnya mengalah lalu sanggup gugur adalah tipikal perwira Kaurava yg melepaskannya untuk perwira Pandava.

Lain2 elemennya dibuat secara subtle/kecil:
- keretapi sbg simbol "line of life", "fate" dan "choice of fate" (Dil Se)
- dari budak terus membesar kepada remaja
- hujan ialah simbol cinta dlm filem hindustan. Sila teliti, babak mana ada "hujan"? Ya, ada babak "salji". (sila rujuk Monsoon Wedding, bagaimana pengarahnya pula mengintepretasikan hujan)
- coca cola (simbol kawan).
- lagu dan tari, yg mungkin tidak benar2 hindustan (bukan di tengah filem), tetapi ia tetap dimasukkan walaupun kredit akhir.

hal2 yg melawan kebiasaan hindustan walaupun pernah disentuh oleh pembikin Bollywood dan Tamil:
- pelacur
- lelaki lembut
- keadaan setinggan (tonton Hey Ram!)
- budak buta dan geng pengemis budak
- menolak keperkasaan Tuhan (Jamal tidak pernah meminta doa terhadap Tuhannya)

Ajami Hashim said...

yaa ampunnn!
nilah yg aku suka & sayang fadz tontonfilem coz bila dicocok skit jer akan merenjat mcm kena karen letrik! muahhh!

point taken bro!

Nazim Masnawi said...

"...aku rasa SM takderlah hebat mana sgt pun... biasa2 jer...'

Ajami!!! You heartless, unloved shell!

fadz said...

Jai Ho! Jai Ho!

Paling mengejutkan, A. Rahman pun menang! Pengiktirafan besar tu!

Tapi terkejut juga yg filem ni dapat best adapted screenply.. sebab ada beberapa lagi filem yg punya skrip kemungkinan lebih baik daripada filem ni..

Anonymous said...

whats up everyone


Just saying hello while I read through the posts


hopefully this is just what im looking for looks like i have a lot to read.

Anonymous said...

Everything about horse betting

Yes, horse racing does have its problems and challenges, but it also has a lot going for it. It's the only sport offering legalized wagering in the majority of the United States and across most of the world. Why it's even legal to bet on horse racing in China where basic human rights are hard to come by.
[url=http://www.pulsebet.com]horce racing bet[/url]
Horse racing is one of the world's oldest sports. It is followed world wide with ardor and passion. The aspect of betting, adds a flavor to the races and people are turned into millionaires over night. Money flows in and out of hands in this sport making it exciting and thrilling at most times.

Another significant aspect is the shortness of time between races. Most stakes graded horses of today run with 30 to 60 days off between races, but Triple Crown contenders must run 3 grueling races within the span of 35 days. Notably Sir Barton, the first Triple Crown winner, won the Preakness only 4 days after winning the Kentucky Derby while today's challengers do have 14 days between the two races.

[url=http://www.pulsebet.com]bet on horse racing[/url]
As the field takes shape for the 131st running of the Preakness Stakes this Saturday, the question on everyone's minds is do we finally have a horse that can win the Triple Crown?

Anonymous said...

Finding the right sports books and bookmakers to use for your arbitrage sports betting can be a daunting task with the internet now they are everywhere. The list of crooked bookmaking sites that have helped part people with their money and robbed them of their winnings grows longer every day. Being enlightened about this all sports bettors should do their due diligence before signing up with any bookmaker and be sure of their reputation as well as their guarantees on return of winnings. Almost all sports betting sites will have reviews so read them before making your decision on which one you go with.
bet football | bet online sport betting
Still, there are tons of bettors looking through rose colored glasses for the holy grail of betting systems that will let them make money without risking any. Well, there is a way to do that and it is called work! Gambling is called gambling for a reason, it’s risky. Let’s take a look at some sports betting systems.
[url=http://www.pulsebet.com]sports bets[/url]
It appears that the United States legal system is closer than ever before to cutting off ties with any type of online gambling within its boundaries. This includes poker, casinos, and sports betting among others. Generally speaking, anything that has to do with transmitting money via the internet as far as gambling is concerned is being cracked down on quite harshly.

From the above, therefore, you can see that finding a good Selection System and sticking to it is the only way to go if you are truly serious about making money at sports betting.

Anonymous said...

8.) Some bingo game sites offer various incentives for the players. Some offer free cash of around twenty to two hundred percent of your initial deposit money and bonuses on your deposit. Hence, you can play more games at such game sites thereby increasing your winning chances.
[url=http://www.bingokisses.com]new bingo[/url] play bingo Most players do not notice the bingo system in play while playing the game as you are in a hurry to mark the numbers accurately. Nevertheless, these bingo systems function in a subtle manner and a regular and intent player can locate these systems in action.
[url=http://www.bingokisses.com]bingo[/url]
The easiest way to avoid falling victim to a scam is to know the site on which you choose to play. One of the ways this can be accomplished is to talk to other people who play online Bingo to get a feel for the sites they use and what kind of experiences they have had with the site. In most cases, word of mouth is going to be your most accurate means of determining the legitimacy of a Bingo or any other gaming site. Of course, if you are using a free site, knowing about the experiences that others have had with the site is not quite as important, although you do not want to waste your time with something that is unlikely to produce any beneficial results. Of course, a free site is not going to give you much in the way of monetary compensation, and the prizes may be minimal, but for those who are addicted to the game, the challenge is there.
bingo online
Your aim would be to cover the prescribed pattern with the bingo letters, by coordinating the letters and numbers called. The patterns can be anything like, u shape, t shape, etc, though it usually is horizontal or vertical. As soon as you get the pattern, you should shout bingo and you get the prize. In case there are others who shouted at the same time as you, the prize will be shared among all winners.

Anonymous said...

3.) Every card poses the same chance or game odds of winning at a game of online bingo. Hence, if you play with more cards, you are increasing your game odds and winning chances. [url=http://www.bingokisses.com]free online bingo games[/url] If the second called number is say N36, probabilities of the next number not ending in 2 or 6 is more. The first six called numbers could have different digit endings. Thereafter, there could be pairing of one or more of such ending digits. [url=http://www.bingokisses.com]free bingo cash[/url] If you do not know anyone who uses the gaming sites or you want some additional reinforcement your first port of call should be an online bingo community. By reading reviews by other people who use the Bingo sites, you will be able to get a feel for the different sites that exist and make a more qualified decision about which one you would like to use. The knowledge concerning different sites and what other users consider important about them is an invaluable tool for the new online Bingo player. Whether it is for fun or for money, there needs to be an element of integrity within the site and a potential for the player to win the game. The knowledge of other users concerning specific sites will tell the new online Bingo player whether the site is for real or is just masquerading in order to harvest the players email addresses in order to bombard them with spam, or worse con them out of their hard earned cash. This can all be avoided with research and trying before you buy, as mentioned earlier the best places to scope out bingo sites is by using a review site or Bingo members forum.
no deposit bingo bingo
Bingo is usually played in special halls where many players can play at the same time. The actual fun is the tension building up seeing other players closer and closer to the finish line. However, with the advent of the Internet, BINGO has gone online as well. There are many ways to play on the net, though the basics remain the same. You will have to complete a given pattern before anyone else in order to win. Over the net, you need not shout the computer will flash it out for you. Some online games also have chat attached to the games where you can speak with other players online and have fun right from your home, office or any other place where you can get on the net. Chatting is a great way to meet new people and pick up the tips and tricks.

Anonymous said...

I just added this web site to my feed reader, great stuff. Can't get enough!

Anonymous said...


With thanks for sharing this superb internet site.