Idea yang dibawa dalam filem ini segar dan menarik - poin watak raja Islam terpaksa berbuat begitu oleh sebab menaikkan kuasa politikalnya untuk mendapatkan sokongan Hindu di Hindustan, menghilangkan perasaan 'Islam itu alien' dalam hati-hati rakyat Hindunya. Oleh sebab plural raja (ideanya), keharmonian kaum dan agama tercipta di India. Aishawara Rai berlakon sebagai Jodha, si puteri kerajaan Rajput yang akan dikahwinkan kepada Akbar atas tujuan diplomatik, yang mana dia bertegas mengekalkan agama Hindunya.
Ada beberapa subliminasi 'jawapan' yang cuba menyentuh sufisme (dalam sejarah Sultan Akbar memang dekat dengan sheikh-sheikh tarekat) tetapi dibuat dengan 'lembut' supaya tidak memberi makna sufi membenarkan penyatuan dua insan berlainan agama yang sememangnya menentang syariat. Epik cerita ini seru, antara yang dibuat dengan teliti dan mengikut gerak dalam tekstur gaya Bollywood (teknik efek runut bunyi, tangkapan sudut, tangkapan wajah, suntingan, bunyi yang membawa 'drama').
Walaupun beberapa 'kerajaan' yang berperanan dalam filem, ia tidak melemaskan. Sentimentalitinya tersusun, tidak terlalu melodramatik seperti kebiasaan filem Bollywood, dengan cetusan-cetusan kemanusiaan yang wajar dan universal. Aksi perangnya tidak sehebat Suryothai tetapi kumpulan pelakon tambahan yang besar memberi semangat 'besar' terhadap filem ini. CGI diperkurangkan untuk mengimpak cerita manusianya dan dialog. Lagu-lagunya pendek dan bagus.
Banyak yang boleh diperkatakan akan isu 'Islam' dalam filem ini, yang sudah tentu diterima baik oleh golongan liberal. Sebuah filem "costume drama" yang baik.
Body #19 (2007)
Filem seram Thai yang mendapat nominasi filem terbaik dalam Anugerah Kebangsaan Film Thailand tahun ini (filem The Love of Siam memenangi filem terbaik). Sebenarnya ini bukan filem seram, mungkin boleh dipanggil sebuah filem ngeri. Aku lebih senang kalau memanggil filem ini sebuah filem fantasi berkonsep tahyul (supernatural) dan psikologi.
Pelaksanaan psikologi dalam filem ini adalah antara yang terbaik dalam filem-filem 'pemahaman minda manusia' dengan twist ajaran karma/Buddha, menyanjungi Hitchcock dan benar-benar melodramatik dalam jawapan finalenya. Sebenarnya aku lebih suka jika pengarah filem Paween menidakkan pengakhiran yang agak terlalu panjang dan membiarkan 'psikologi' filemnya bergerak mengatasi efek tahyul dalam filem ini.
Malah permulaan filem yang bermula dengan bulan purnama sepatutnya berakhir dengan mata cerah dan bukan 'seksa-seksa' moral yang penonton sudah tahu. Ini adalah kerana, sejak filem ini memberi 'asumsi', kita mendapat 'assumption' bahawa segala yang kita tonton setakat ini sampai ke finale 'lori' adalah sebuah 'derita' pesakit yang mengalami bipolar psikosis yang akut, dengan pemahaman budaya bahawa orang Thai 'terikut mimpi hantu' oleh sebab budaya tahyul dan karmanya. Segala kemungkinan ini telah berjaya diangkat oleh pengarah, malah setiap lagu, dan setiap 'fakta tahyul benar atau tidak' telah menjadi suatu 'cycle' yang separa realiti kemunginan (moral manusia yang terperangkap dalam perbuatannya sendiri) dan separa surreal (semua yang kita tonton selama ini hanyalah mimpi) - melampaui kewajaran Hitchcock dan sama taraf dengan Henri-Georges Clouzot dan Roman Polanski walaupun memaparkan efek-efek CGI buat aksi hantu (efek CGInya antara yang terbaik buat filem Thai yang aku tonton).
Malah, 'sound' yang real dalam panggung sewaktu aku menontonnya memberi impak dunia yang kita sedang tonton adalah benar (suaranya tidak sebaik mana, hanya efek suara William Castle yang 'benar' yang impresif kerana kita seakan terasa 'hantu' itu ada di belakang kita). Maka oleh sebab itu, filem ini 'rosak' dengan pengakhiran yang terlalu 'Buddhistic' dengan idea moral yang sangat terang, kemungkinan kerana badan sensor Thai yang menginginkannya. Sebuah filem yang sedikit lempab kalau dibandingkan dengan Shutter, tetapi antara mainan psikologi terbaik yang membariskan filem ini sebagai sebuah filem separa psikologi-ngeri yang baik dari Thailand menandingi psikologi-ngeri-gothik Alone.
Boleh dikatakan, Tanging yaman, sebagai sebuah genre filem keluarga per se, bolehlah dikatakan antara filem 'nasional' Filipina yang cemerlang. Malah filem ini lebih terjerumus sebagai drama keluarga yang 'dipendekkan' daripada biasa yang kita tonton dalam drama TV Filipina. Malah, antara penulis skripnya, Ricardo Lee adalah seorang legenda dalam penulisan skrip drama TV (juga penulis Pangako Sa Yo'), malah banyak berkaloborasi dengan beberapa pengarah filem buat filem-filem berunsur melodrama. Apa yang mencuitkan akan filem ini adalah gerakan mood dan emosi yang seimbang yang diberikan dalam strata realistik tanpa warna-warna keras kebiasaan filem-filem remaja Filipina. Dialog-dialog yang tercetus benar dan boleh dirasa, walaupun kadang-kadang merempuh melodrama (rujuk Titanic). Kita akan lebih tertarik melihat cerita dan lakonan daripada gaya dan imej idola para pelakon. Dan ceritanya sebuah cerita yang mencuit, walaupun mungkin sedikit lapuk dari segi eksekusi. Ceritanya akan pemecahan sebuah keluarga yang besar oleh sebab keinginan harta pusaka seorang ibu yang belum mati tapi menghidap alzimer. Ya, sangat drama Melayu, tetapi apa yang Laurice Guillen serta panel penulisnya lakukan ialah, membawa segala identiti benar akan Filipina (pelambangan apa itu Filipina) sebagai campuran plot dan makna yang memberi kemudahan cerita yang segar dan menarik.
Lagu dalam filem ini antara yang terbaik dalam filem Filipina, malah filem ini bergerak kerana runut bunyinya. Walaupun runut bunyinya kadang-kala terlalu 'formulaik emosional' dalam menggerakkan emosi penonton, lagu-lagu nyanyiannya menjerat jiwa untuk mengenali sekali gus kuasa Tuhan dan ketabahan manusia kerdil. Tanging yaman mungkin mengambil masa untuk diapresiasi sebagai sebuah filem yang baik, oleh sebab penonton sekarang yang sudah tersedia biasa dengan filem-filem 'feel good'. Percayalah, kalau ditonton sekali lagi dan sekali lagi, ada lapisan-lapisan tertentu yang baru, bersifat sosial malah estetik yang terkupas nanti, membuatkan filem ini antara filem komersial Filipina yang perlu ditonton walaupun pernah dilakukan.
13 comments:
Yeh! aku pun memang perasan pefilem Pinoy ni ada sesuatu....tak lama dulu slalu gak dpt tengok pefilem Pinoy yg berjiwa kat tv1...tapi skrg dah takde....
Sila tonton 9 Mornings - my peberet tu. Milan ko dah tonton kan? Besstt
hindustan ada identiti,
ada bagus ada tak.
mana dapat feel hindustan kat hollywood.
..Shanon penggila Hindustan tulen
- sangat setuju, sejak dari zaman sekolah lagi. Aku rasa pengaruh kuat dari ayahnya, Cikgu Sidek.
Pinoy movies? Aku setuju dgn Amir. Dan kau juga perlu tahu filem-filem softcore/x-rated terbaik Asia juga datang dari Filipina. Tak percaya, cuba gelintar Viva Hotbabes.. :)
gaia, 9 mornings nak cari kat ne? Milan tu macam Hindustan je bunyinya, takut nak tgk.
anon, ya betul.. hindustan unik, malah aku juga sedar, filem2 kita juga unik dan byk yg individualistik, jarang2 formulaik (diikuti satu 'blueprint' beramai-ramai), termasuklah Prof Razak dan Yusof Haslam.
cuba tengok 'Sigaw'
aku suka.
Sigaw, dah nak terbeli ari tuh tapi tak sempat2.. but i hated the director's debut, Feng Shui, bodo nak mampus.
anw, terlupa nak beritahu suatu lagi tentang Tanging yaman, filem ini sebenarnya sebuah filem agama yg ingin mengetahui erti 'kecantikan'.. kalau ditonton pada awal, kita 'dengar dan lihat' kecantikan ini pada nyanyian dan bagaimana cahaya merembes ke atas para penyanyi, si nenek menyukai 'kecantikan' ini. Lalu si cucu bertanya akan "bagaimana Tuhan mendengar?" di sinilah, untuk 90 minit seterusnya para penonton akan dibawa 'membaca' kecantikan Tuhan dan bagaimana tuhan memberi 'cinta' itu balik selepas 'mendengar'.. semua ini disambungkan dengan 'suara' dan elemen rembesan cahaya.
Ha ah, filem Thailand sekarang dah jauh tinggalkan kita. Tapi saya sudah bosan dengan cerita seram dari Thai lah. Banyak sangat kot.
p/s:tidak seberapa berminat dengan filem seram. Tapi saya pernah membaca sebuah buku theory yang mengatakan horror berkait dengan socialism. Lupa nama penulis itu, sebab masa tu tiga tahun yang lepas. (saya pelajar yang lemah tentang theory)
bang fadz, aku ni bolehlah dikatakan penggemar filem.nak mintak tips dari bang fadz filem apa yang boleh dikategorikan sebagai 'best film ever' from around the world.senang aku nak cari.setakat ni filem-filem yang aku taksub shawshank redemption, y tu mama tambien, malena, forrest gump, saving private ryan, pan's labyrint,dan filem kontemporari lain.ade tak filem lain yang abang boleh suggest supaya senang aku cari.
razai, iye.. tapi mmg hebat di sana, setiap bulan ada saja filem. Seperti kita, hanya sebuah atau dua untuk sebulan dan kadang2 tak ada utk setahun. Kalau mahu yang terbaik, sila lihat imdb.com dan selidik filem2 mereka yang dinominasi sahaja (lebih2 lagi buat filem dan skrip terbaik).. yang lain2 mmg agak menyedihkan malah lebih teruk daripada filem kita, tetapi teknik dan seni sinematografi mereka antara yg terbaik buat Asia Tenggara sekarang. Buku tu macam kenal, mungkin Ajami boleh ingatkan.
Salam seseorang, hmm, kalau nak beri list saya, nanti awak tak suka, hehe, lagipun 'tips' itu subjektif, malah kadang2 'personal' terhadap satu-satu individu (cth: jika seorang budak mengatakan filem Ace Ventura Pet Detective sebagai filem terbaik, itu haknya).. mungkin apa yang boleh dinilai utamanya ialah: adakah filem itu memberi anda, sebagai penonton 'sesuatu'? Sesuatu di sini subjektif, baik dari segi estetika (filem Itali berjudul Adventura mempunyai kekuatan ini) atau perasaan (filem Titanic boleh dimasukkan dalam kategori ini). Seperti saya, saya suka filem2 yg sedikit terarah kepada hal manusiawi dan drama manusia, juga epik2 besar dan filem sejarah. Semasa kecil, empat buah filem ini menjadi kegemaran saya kerana isu kemanusiaannya serta kekuatan epiknya:
- Cry Freedom!
- Killing Fields
- Gandhi
- Dune
ok, i can give u the essentials memandangkan awak nampaknya kenal dengan World Cinema dan mahu cari yg terbaik (tetapi tak salah juga untuk cari yg tak baik sgt tapi ikut hati kita):
Nuovo Cinema Paradiso- filem yang sememangnya mesti ada dalam senarai mana2 peminat filem. Kebanyakan peminat filem/pencinta filem akan mengatakan, inilah filem 'nostalgia' yang teragung buat mereka. Percayalah, kebanyakan blogger yg saya tanya, meletakkan nama filem ini antara 10 terbaik mereka. Filem ini juga bagus buat anda kerana anda meletakkan Melena sebagai antara filem yang anda suka (buat saya, bukan yg terbaik daripada Tornatore), jadi sekarang biar saya ajar satu lagi perkara, jika ingin mencari filem, sila lihat sang pengarah dan penulis skripnya, jika kita kenal, maka kita beli (buat saya, melihat penerbit, pelakon, sinematografer dan penuliz muzik faktor kedua). Ini dipanggil mengapresisasi pengarah (jika kita suka Saving Private Ryan Spielberg, kita perlu tonton Schindler's List), melihat perkembangan satu2 pengarah dan juga mencari inti atau elemen yang kebiasaannya diguna pakai pengarah. Buat filem Tornatore, anda akan tersedar, cerita2nya semacam 'glimpse' fairy tale dan nostalgia, yang dicampur aduk dengan penegertiaan kemanusiaan di kalangan manusia2 kerdil berfikiran pendek. Seorang budak menjadi kebiasaan dalam ceritanya. (ops, Jhebat mengatakan, ada perbezaan cerita dan naratif)
The Virgin Spring - kalau anda tidak kenal Ingmar Bergman, mungkin sekarang anda perlu mengenalinya. Bak kata seorang pengkritik, "Mengenal Ingmar perlu untuk mengenal erti sinema". Filem Virgin antara yang paling senang diikuti. Mungkin selepas itu anda boleh cuba The Seventh Seal.
filem-filem Clint Eastwood selepas Unforgiven - Clint Eastwood ialah seorang auteur Amerika yang paling senang dikenal dan diikut filemnya (Spielberg pun kadang-kadnang susah, apa lagi Martin Scorsese). Tidak ada filemnya yang susah kecuali mungkin Mystic River (itupun kerana durasi filem ini yang terlalu panjang), malah kesemua filemnya dipanggil 'kotemporari' jika dibandingkan dengan filem arahan Terrence Malick (antara pengarah kegemaran Amerika saya). Filem-filem Mel Gibson juga termasuk dalam kategori ini.
Goodfellas - walaupun buat saya, City of God saya letakkan sebagai filem 'gangster' terbaik secara peribadi (kini sedang menonton Satya, filem gangster hindustan yg memeranjatkan!), Goodfellas arahan Martin Scorsese adalah antara yang perlu ditonton dan sememangnya terbaik dalam penggunaan runut bunyi, imej dan tangkapan era yang betul. Kalau ditonton berulang kali, seperti Shawsank (yes, its my personal fav too, Shawsank), anda akan terjumpa sesuatu yang baharu setiap kali. ya, itu sebuah lagi tip dalam melihat kehebatan filem, tersimpannya isi2 subtle yang kita terlepas dan terjumpa bila kita tonton sekali lagi dan sekali lagi..
setakat ni cukuplah.. boleh juga lihat blog rakan2 yg lain seperti jimi Wiser, Maverick, Mahass, Mensh, Ajami, Edd Vedder yg sememangnya kenal akan filem yang bagus, hanya mungkin genre mereka sedikit lain dengan saya (kegemaran utama saya dalam genre seram, Edd dalam komik, Maverick dalam Thriller dan drama).
wow, panjang jugak kali ni, mcm entri pulak, wo hooo! take dat Utusan Malaysia & Berita Harian!
aku hanya beli filem kalau ada Angelina Jolie hahahah
wow...aku tak expect macam ni punya reply.thanks a lot.
aku takde belajar pasal filem, cuma minat menonton dan mencari yang terbaik.
sekarang tengah cari city of men, sambungan city of god.
thanks again.
Sokong!!!!! Kau memang soulmate aku haha. Kalau ko pompuan dah lama aku madukan ko fadz hahahaha
aku suke filem2 Almadovar, Mani Ratnam, Hayao Miyazaki.
filem2 spielberg lama2 pon bez jugak e.g empire of the sun, the goonies
aku baru lepas menangis tgk Taare Zameen Par,BLS, Kite Runner
dan aku akan ulang2 tgk Jeepers Creepers dan trilogy Final destination bila aku rasa adrenalin aku kurang.
Post a Comment