12 September 2008

Kekasihku Seru Just Blown Me Away!

Semalam berlaku suatu sejarah dalam TV perdana Malaysia. Di dalam episod Kekasihku Seru malam semalam, terdapat dua 'taboo' yang telah dipatah-patahkan oleh Kabir Bhatia dan Mira Mustafa.
Pertama berlaku sewaktu Mastura (lakonan Emelda, tetapi nenek kepada nenek Mastura) membunuh ayahnya sendiri untuk membangunkan kekasihnya dari alam barzakh. Mastura membawa mayat ayahnya di tepi kubur kekasihnya, Waris (lakonan Harith), lalu membaca mentera, lalu tiba-tiba di tepi tanah di sebelahnya, sepasang tangan keluar dari timbunan tanah di sebelah paha Mastura. Ya, hantu keluar kubur berjaya ditayangkan di saluran perdana!
Kedua berlaku sewaktu atok Rashad menenangkan Mastura (zaman sekarang) selepas dia disantau oleh hantu-saka Waris di luar rumah atok Rashad. Atok memberi Mastura sebuah tangkal untuk dipakai oleh Mastura sebagai pendinding. Ya, tangkal (sudah tentu dengan ayat-ayat al-Quran) dipakai tanpa perlu menyatakan mengapa dan hukumnya!
Syabas Islam Hadhari, aku sangat seronok melihat perubahan ini!
Syabas Kabir kerana keberaniamu! Lepas selesai Kekasihku Seru, harap dikeluarkan DVDnya!
daripada - peminat setia Kekasihku Seru

14 comments:

zulazahari said...

Salam Fadz,

Aziz M. Osman mesti bengang sebab time Fantasia dulu punyalah susah nak lepas, syorkan abang Aziz remake filem Fantasia.

Edd Vedder said...

fadz..
i was thinking the same thing too about the tangkal scene.. hehe.

Actually banyak lagi taboo issues cerita seram di TV malaysia yang dah siri ni padamkan.. Sangat bagus.

Ko ada tgk karya Wan Hasliza di Astro Ria, Lima? Bukan cerita seram.. tapi drama. Maybe melodrama in some parts, tapi aku suka aura dan tone siri tu.

Anonymous said...

slm zul azahari,

setuju setuju! kembalikan FANTASIA kembalikan FANTASIA!

cuqisz said...

yang aku perasan malam tadi - scene storytelling atuk kpd marissa, ada dialog yg disenyapkan? kalau baca kat sarikata bawah tu, something like "hanya kita saja yg dapat kalahkan/tentang waris".

ke TV housemate aku yg problem? ;p

aku suka Fantasia juga! ingat lagi raya ketiga [tahun bila tak ingat] dah pegi coliseum. huhu. kenangan.

Anonymous said...

edd, yah yah betul! but the hantu keluar tanah part is priceless, sangat-sangat menggegar segala yg tak pernah boleh dibuat dan berjaya dibuat dengan selamba je!

oh fasal LIMA tu, tak tak pernah tonton.. susah nak tonton byk2 ni..

cuqisz, yeap dialog tu ada, dunno wat happen to ur tv tapi dialog tu ada..

inilah masanya untuk orang tahu, kegunaan SIHIR ini banyak dilakukan oleh manusia2 yg kononnya berwatakan baik depan org tapi menyimpan pelbagai hantu di dalam rumah, nauzubillah min zalik, hanya Allah sahajalah yang menyelesaikannya.

AbduL QaDir said...

Haha...yeassss...aku pun terkejut gak part tangan kluar kubur tu..terus menerus teringat pada syarat2 lpf terhadap Shuhami Baba masa dia nak buat PHSM 1 dulu....syarat tu amat nyata lagi terang....Tak boleh ada adegan keluar kubur....

fadz said...

salam gaia, hey, i miss u bro..! salam ramadhan! bila nak jumpa eh? dtglah kat umah, kita citer2 panjang!:)

Anonymous said...

kabir bhatia ni versatile gak kan... skrip wife dia pun ok..:)
memang ada 'seru' drama ni..:)

Akbalanas said...

memg xdpat lari ngan tangkal sume ni dlm masyarakat kite...bukan org melayu sahaja tp kaum len jgak...tp jgn lak nak samekan melayu ngan islam...kalo ikut islam memg le xleh nak bertangkal ni...tp kan org melayu dulu lebih kepade metafizik....terikut le sampei skg...ish nape aku tulih panjang2 ni...td aku nak tulih "huhuhuhuu" je...

fadz said...

faris, yeap..

darkheart: sebenarnya ada tangkal/azimat yang dibolehkan, dan ada yang tidak boleh (yang tidak boleh setentunya yang dibuat dengan kalaborasi Jin, syaitan, tujuan sihir walaupun berniat baik, dibuat bukan dengan nama Allah), rujuk buku Ahmad ibn Naqib al-Misri, "Umdat al-Salik" atau diterjemahkan dalam Inggeris sebagai "Reliance of the Traveller" - rujuk hlm879, w17.0:
Mansur 'Ali Nasif: Protective or healing words are permitted by sacred Law and are called for when there is need for them, provided 3 conditions are met:

1. that they consist of the word of Allah Most High, or His names, or His attributes (the hadiths prohibiting amulets being interpreted as referring to the beads and so forth that were used in the pre-Islamic period of ignorance)

2. that they be in Arabic

3. and that user not believe the words have any effect on themselves but are rather EMPOWERED to do so by Allah Most High.

Perumpamaannya, jika seseorang yang demam lalu makan panadol lalu baik, lalu mengatakan panadol itu 'membaikannya', itu sendiri sudah syirik, tetapi jika ia memakan panadol dgn niat Allah boleh menyembuhkannya dan panadol itu hanya 'sebab-musabab', samalah seperti tangkal/azimat ini.

wallahu-alam.

napsters said...

i love this drama...just like a oversea drama's'...

Anonymous said...

fadz,
watak Waris tu dilakonkan oleh Hairi Othman and nama watak Emelda zaman moden ialah Marisa.
hehehe :)

fadz said...

napster, yeap.. dan mmg tunggu utk DVDnya nanti.

aliya, terima kasih.. hehe, saja je nak tgk sape yg celik dan teliti.

Anonymous said...

ironisnya komen dia