14 July 2008

The English Patient (1996) Antara Filem Kegemaranku

Dah banyak dah filem yang aku tengok sebenarnya, lebih-lebih lagi jenis Hollywood yang formulaik strukturnya (termasuklah yang terbaharu, Hancock) yang memang kebanyakannya baik-baik dari segi terbitan dan latar. Jadi buat apa kan aku sibuk-sibuk menulis bila ramai lagi pendatang baru dan juga mereka yang otai (dan kita tak peduli pun dengan anugerah yang FINAS gah-gahkan buat media perdana tu, tak heran pun :P) sudah relaks dengan Indiana Jones 4 (aku benci), Wanted (I want Jolie's ass), Hancock (Hand Cock, I'm sorry, I just have to say it, it's that hillarious, but yah, Theron is mighty goddess!), Doomsday (Escape From New York + Mad Max = best!), The Nanny Diaries (Yawn!), dan lain-lain. Oh, ada tiga filem yang aku dah tonton, The Mother of Tears (Spiral, jangan jeles!!!!!), Twin Peaks: Fire Walk With Me (masa kecik lepas aku tengok, aku tak leh tidur malam dan rasa menyesal tengok tapi rasa syahwat sangat, sekarang lagi sekali aku tengok, aku kata: David Lynch is a genius and this is a terryfying original horror film) dan Kuntilanak 3 yang 'worth mentioning'. Yang lain-lain aku dah lupa aku dah tengok ke tak.

Jadi biarlah aku nostalgik sikit, boleh kan?

Hey, ni pun filem bagus, dan sebenarnya dah lama aku nak rebiu tapi tak sempat-sempat kerana takde masa. Memandangkan pengarahnya meninggal dunia tahun ni (macam satu tributelah untuk beliau, ya, aku sayang dia), aku khaskan entri kali ini untuk Anthony Minghella.

Perkara pertama yang perlu aku katakan yang menyebabkan English Patient menjadi 10 filem kegemaran aku ialah Juliette Bincohe dan Kristin Scott Thomas. Begini: mereka berdua mempunyai puting yang sangat cantik yang pernah ditangkap dalam filem (satu lagi: Sophie Marceu.. oh my god..! mon dieu! Apakah yang ada dalam wanita-wanita Peranchis ini yang menyebabkan aku jatuh cinta terhadap mereka?), dan bukan itu sahaja, mereka watak-watak yang pandai. Filem mana lagi yang selalu tunjuk awek yang seksi tapi juga pandai dan mengghairahkan kan? (Angelina Jolie suka tunjuk bontot = pelik. Sekurang-kurangnya untuk aku, dan ya, sekarang kau boleh faham fetish aku terhadap wanita yang kurus). Oleh sebab kedua ialah Juliet Binoche. Pertama kali aku jatuh cinta kerana filem ini adalah kerana dia, ya Hana yang tercengkam hidupnya dikelilingi manusia mati dan akan mati. Orang ramai dan kebanyakan pengkritik akan memilih kerana Kristin Scott Thomas, English Patient diberi kredit. Tetapi buat aku, ia semahu-mahunya Juliet Binoche (selepas itu, aku tak habis-habis menunggu filem-filem lakonannya) dalam layar, tangisan, seksa, ketawa dan geramnya. Mungkin ini lebih berkenaan pra-sedar aku, bahawa bentuk tubuh dan wajah Juliet seiras dengan ibu aku. Ya, ada sentuhan Oedipus Complex di sini, tetapi itulah hakikinya, bukan aku nak bersenggama dengan mak aku (ko gila?), tetapi bayangan ibu aku tu semacam jasad dan spiritual tergambar betul-betul dalam hakiki dan lakonan Juliet Binoche. Dan oh ya, Binoche cantik, chic dan kurus (jenis wanita yang sudah tua tapi masih kekal muda, aku suka tu).

English Patient yang diadaptasi dari sebuah novel lirikal puitis, Micheal Odaatje (aku tak habis-habis lagi membaca sebab mengunyah bahasanya yang sangat lunak dan puitis!) banyak bermain dengan emosi, dan juga perjalanan cerita yang melawan 'linear', lebih senang diikuti daripada simpang-siur Mullholland Drive atau Pulp Fiction. Pembuakan idea non-linear filem ini terletak dalam teknikal mainan imbas kembali kepada masa kini (pasca D-Day di Itali), di mana salutan babak ke babak dimuat dalam ekspresi emosi (rahsia-takut membuka satu cerita roman, dna ini bergerak sedikit demi sedikit sehingga setiap lapisan dikupas). Dengan emosi Minghella menggerakkan cerita dan pertukaran babak. Apabila watak-wataknya tersentuh (selalunya Hana atau Pesakit Inggeris) akan satu kejadian di depan mata, ia membuak eskpresi, lalu ekspresi ini membawa kepada memori (imbau). Hal ini diperkuatkan dengan perkataan yang tersusun rapi dalam setiap detik, menghimpunkan satu cantuman babak yang sungguh puitis. Lihat saja babak awal yang melukiskan peta/wanita/kaligrafi yang dibawa kepada bentuk padang pasir semacam tubuh bogel wanita dan baharulah kapal terbang itu. Jarang babak dalma filem menyentuh aku sebegini kuat walaupun dibuat tanpa teknik yang terlalu.

Jikalau penonton melihat filem ini, sebenarnya penonton akan tersedar akan kecelaruan tangkapan dan betapa senangnya sinematografi yang dilakukan. Kuasa filem ini terletak kepada montaj dan susunan cerita. Benda biasa menjadi luar biasa. Kebosanan menjadi keterujaan. Kecil babak menjadi seluas latar David Lean. Lihat saja babak 'bosan' yang disunting begitu efisyen sewaktu kereta jip terjunam ke dalam pasir. Atau kemasukan tentera Jerman dengan parachute yang sememangnya sebuah babak yang sangat superficial (as if staged, malah secara fakta, orang Jerman tidak masuk ke Kaherah melalui parachut, ia dibuat untuk menaikkan impresi kedatangan Jerman yang 'tiba-tiba'). Hal 'aksi' tiba-tiba tercipta dalam imej fikiran sedang perlakuan yang dibuat tampak 'murah'. Tetapi oleh sebab susunan suara-imej-potongan imej yang jitu dan bergerak selancar air, kita tergerak mengikut 'aksi' yang dicadangkan. Kita mengikut perit dan pedih wataknya. Kita dipaksa. Ini kekuatan Minghella.

Tema filem ini senang- bagaimana kita mencari harapan atau penerusan hidup bila kesemua yang mengelilingi kita musnah atau pergi. Hana perlu belajar daripada pemergian Pesakit Inggeris, dengan itu saja dia dapat meneruskan hidup. Persoalan tamaknya Hana dalam hal ini menjadi satu pengkajian moral yang menarik (ditekankan dalam filem dan bukan novel). Kenapa ia terdesak berbuat begitu sednag tahu Pesakit Inggeris itu boleh saja meninggal dunia. Hal-hal 'romantis' dan keinginan untuk sesuatu inilah yang cuba dikupas oleh Minghella, mencapainya dengan baik sekali dalam paparan seksa batin Hana.

English Patient adalah di antara filem-filem 90-an yang berjaya menangkap idea globalisasi (juga menyatakan globalisasi sudah lama ada, walaupun dicorakkan dalam acuan Barat), segala pamer watak dalam filem ini pelbagai bangsa. Ya, penyatuan mereka ialah berbahasa Inggeris. Tetapi Minghella memaparkan dalam tiga fasa, bagaimana bangsa yang bercampur-campur (oleh sebab itu, sesuai latar kosmopolitan lama Kaherah dipilih) itu boleh menyesuaikan diri, menjadi berkasih antara satu sama lain (Hana dan Kip) dan boleh juga berperang oleh sebab kelainan idealogi (Count Almasy dan pihak Inggeris). Pilihannya tidak pernah buat Minghella tetapi persoalan globalisasi itu terletak kepada penonton. Kenapa pembauran yang dicipta sendiri oleh manusia dimusnahkan juga oleh manusia oleh sebab kelainan dan perbezaan. Filem ini mempunyai idea anarki terhadap semangat kebangsaan (malah mempersendakan nasionalisme terhadap kesatuan manusia yang lebih tradisi dan lama berakar dalam hidup manusia), malah menyelarnya sebagai produk Barat abad ke-19 yang telah memecah-belahkan kesatuan manusia. Roh terhadap ini setentunya Katherine dan Count Almasy(Pesakit Inggeris), yang dicerca halus dalam simbolisme 'perkahwinan terlarang' (semacam, semua jenis pembauran sebuah bangsa dengan sebuah bangsa lain itu satu penzinaan di mata masyarakat berasas kebangsaan). Oleh sebab itu Hana 'perlu' hidup. Kelangsungan Hana untuk meneruskan perjalanannya ialah semangat idealis pro-globalisme manusiawi Minghella-Ondaatje buat manusia masa depan yang bercanggah dengan kepersisan kebangsaan (kadang kala agama) yang kononnya pemikiran jumud era lama. Dunia yang Hana bawa ialah dunia baharu, melihat dengan kaca mata yang terbuka terhadap pelbagai bangsa, dan berkongsi akan sebuah budaya yang asing dengan orang asing dan mendapatkan titik pemahaman serta emosi sejagatnya (rujuk babak sewaktu Hana diangkat dalam gereja, ohhhh, sungguh romantik, macam naik kayangan!)

Secara provokasi juga, Minghella secara diam membawa keterbukaan terhadap cinta sesama jenis, yang tidak mungkin dibaca oleh penonton bila menontonnya buat pertama kali, tetapi 'sedar' bila menontonnya banyak kali (tanpa membaca bukunya dahulu!). Idea 'baharu' ini disengajakan, bukan saja mempersenda Anugerah Academy (kerana menafikan filem Queer) tetapi mengatakan, semangat seksualiti ini sudah lama tersemat dalam sejarah manusia, setua dunia kononnya. Kita dapat lihat beberapa perkara yang sengaja: watak-watak lelaki tambahan yang muda dan separa androgini, si mat salleh yang memasukkan anggur ke dalam mulut si pemuda Arab, keintiman Hana dengan seorang wanita tampak tomboy di awal cerita dan sudah tentunya pengetahuan Hana terhadap Kip di akhir cerita. Keterbukaan dan penerimaan Hana inilah yang mahu disampaikan sebagai semangat 'baharu' buat manusia di ambang abad ke-21. Ia seakan mengatakan, revolusi Queer tidak berlaku pada 70-an, tetapi sudah pun berlaku pada awal 1945 apabila para wanita dan lelaki bercampur bangsa dan seks di satu tempat terasing. Keterasingan ini kononnya yang mewujudkan identiti. Dan Hana mengambil ini dengan sedar dan terang sekali.

Kuasa filem ini juga terletak sudah tentunya kerana penulis novelnya, Micheal Odaatje yang sangat terjaga kata-katanya. Dengan kuasa itu, Minghella membawanya dengan cantik sekali di skrin, apa yang boleh diwarnakan sebagai aksi dan imej, diwarnakan dengan jitu sekali di skrin, dan apa yang boleh diluakkan dalam dialog, diluakkan dalam sangat puitis sekali. Sampai Dr. Zhivago, antara hasil karya David Lean yang paling puitis pun kalah dengan ketelitian nada, suara, muzik dan kata-kata dalam The English Patient. Ya, lagu-lagu Gabriel Yared, walaupun minimalis tetapi berjaya membuak emosi yang cukup (disengajakan, kerana latar imejnya menjadi bahasa emosi yang pertama, kemudian para wataknya, kemudian suntingannya, babahru muziknya) melodrama dan melankolik. Lihat-dengar saja babak sewaktu Katherine berkonfesi akan hatinya terhadap Count Almasy di akhir cerita sewaktu dia dibawa masuk ke dalam gua.

The English Patient ialah sebuah rahsia, sebuah cerita yang penuh rasa dalaman yang bila dikupas-kupas, seperti struktur ceritanya, membawa emosi dan impresi yang pelbagai. Ia membuak semangat Art Cinema yang biasa dalam filem Eropah, membawa kembali imbauan David Lean dalam latar abad ke-21. Selepas The English Patient, Minghella masih belum menghasilkan sesuatu yang benar-benar epikal sepenting filem-filem David Lean (kecuali The Atonement baru-baru ini). Dan sebab itu, ianya satu kekecewaan apabila mendapat tahu beliau perlu pergi dalam masa yang sangat awal sebelum beliau dapat memberi kita sahutan drama epik yang setaraf imbau ekspresi yang dibawanya dalam filem ini.

22 comments:

Anonymous said...

Yesss, reviu back-to-back. Mcm ni baru best, ada filem baru ada lama. Soalnya, jangan disisih filem2 lama. So filem yg menang oskar 1996 sudah, lepas ni 1997 pulak. (err, Titanic eh? :))

Anonymous said...

bukan apa, aku dah bosan menulis rebiu citer terkini..

Anonymous said...

hmm..rasa macma pernah tengok...kiranya zaman kita berselisih setahun dua ni. Terasa nak download balik filem ENglish Patient ni walau rasa macma dah tengok. Tengah nak tengok cd filem The General's Daughter base on John Grisham novel.

Ajami Hashim said...

kau merajuk dgn K3 kan? huhu!

fadz said...

amira, mmg berbaloi dan sediakan kleenex.

ajami, tu la aku namakan filem 'tochang'. i think ull understand..

Ajami Hashim said...

err. rebiu kau neh pjg yaa amtss.. aku baru baca sampai line neh:

"mereka berdua mempunyai puting yang sangat cantik yang pernah ditangkap dalam filem.."

..later aku baca blk k coz baru blk kija mlm neh..

ryann said...

saudara fadz mahir membaca filem. jom membaca teater Malam 7 Drama 7 Duri

saat omar said...

Soundtrack dia best...Ralph Fiennes rockkk

SHAH, THE HELL'S FIREWOOD said...

Fadz,

saya pun gemar akan The English Patient. Ralph Fiennes dan Juliette Binoche memang outstanding! :-)

oh, permintaan saudara telah saya tunaikan. sekali lagi saya minta maaf atas segala kesulitan yang saudara telah alami.

Anonymous said...

ajami, rebiu tak panjang, ko je takde masa..:P

ryan, ok, t.k.

saat, hehe, yeap.. aku suka lagu2 minimalis cam ni

zeyn, trimas..

Jelir said...

Best!

Edd Vedder said...

off topic..

bro.. pratonton Susuk, ko pegi?

tumpanglalu said...

suka aku baca review hg ni. teratur dan jelas. mencakupi pelbagai ruang. boleh dak tlg review Irreversible dan Beloved kalau berkesempatan. antara cerita kegemaran aku tp aku xreti nak olah dr segi ilmu filem. minta bantuan hg..

Anonymous said...

reviewwww panjangggggg (",)

Anonymous said...

jelir d king, thx!!

tumpanglalu, irreversible dah pernah ulas dlm blog lama (blog-city) yg dah tak ada :P Beloved, aghhh, aku sgt nak tgk tapi tak kesempatan (Jonathan Demme's 1 of my fav director, the director of Silence of the Lambs and Beloved is very underrated)!

gossip, panjang eh? hehe..

tumpanglalu said...

ulang review la wei irreversible :) aku tgk crita ni dulu then lama lps tu baru tgk memento. otak ni serabut nak catch-up dgn crita backwards/reverse order ni. lama2, pikir pelan2, baru dpt skit2 hehe

beloved mmg best. ada masanya kita terbuai dgn kemesraan dan ada masanya kita cemas dgn ketegangan. ada ketikanya kita xkan dpt jangka pun apa yg akan berlaku seterusnya. sedar x sedar, dah kagum ja!

ni 1 lg crita best, Dolores Claiborne. asalnya aku sanggup tgk crita ni semata-mata sbb pelakon utamanya si kathy bates ja. tgk punya tgk rupanya best lak. ada masa tlg review crita ni sama wei..

mahhass said...

fadz, tontonfilem @ blog-city lama kau sayangkan? Banyak gila 'gem' yang kau tulis, paling sayang bagi aku 'sejarah lintas zombie' yang pernah kau tulis (kalau tak silap aku nota awal utk filem 28 Days Later) tulah kau.. apasal kau tak buat back-up dulu!?!

utk tumpanglalu, kau boleh baca ulasan irreversible yg tak seberapa (kalau sudilah), aku tulis <>4 tahun lepas kat blog aku (ada link ulasan dari nizam zakaria sekali kat situ).

Anonymous said...

Salam.

Dah lama saya tak singgah ke sini.
Membaca komenmu tentang filem, memang sungguh menyilaukan mata, dek kerana bahasamu yang tajam dan jujur. Saya rasa patut juga kamu meletakkan rating 18PL pada lamanmu ini.

fadz said...

tumpanglalu,mana nak dapat beloved? irreversible, aghhh,itu, spiral tu pun bagus punya.. dalores aku rasa dah rebiu tapi pendek, somewhere dlm archive..

oh ya,aku tak keje arini, yahoo

spiral,barang yg lepas, hai jgn dikenang... (huhhuhuhu)

bunnybaby,err ya, better just read kubu buku,ni mmg utk hardcore filmfans yg go all hell break loose punya falsafah..if u want good islamic film reviews, jimi wiser n faisal tehrani has one.maaf kalau tersinggung ya:p

tumpanglalu said...

dulu aku tgk beloved thru dvd member aku. dan skali lg aku tgk kt astro. hg ble cuba download kt sini:

http://www.mininova.org/tor/1467377

namun seeders payah nak ada. gudluck!

AbduL QaDir said...

Fadz,

Suka baca review ni...my no1 all time fave film...entahlah..mungkin sebab film ni yg paling best masa zaman aku mula brjinak2 dengan tontonfilem secara serius, maka ia terus melekat dan susah diatasi memana filem yg ditonton kendiannya...

Yess...Hana ialah watak yang paling mempesona dalam filem ni. Masa tgk vcd dulu, aku ada buat screencapture wajah2 dia dalam filem...n paling suka ialah scene dimana dia memandang gereja lama di Tuscany tu....expressi sedih tu memang priceless...

Satu lagi aku suka part Hana naik beskal laju2 tuh.....imej tu kuat melekat sampai babak awak dalam cerekarama penggali kubur 2 ada tunjuk Sheila Rusli pakai gown biru naik beskal tu pun mengingatkan aku kpd Hana dalam TEP....

n music dari Gabriel Yared memang berhantu....masa tengok Cold Mountain, aku masih berharap musicnya terkesan mcm dlm TEP tapi nampaknya tak kesampaian.....aku suka music TEP sedari awal lagi....masa ditunjuk tulisan2 purba dengan alunan vocal lagu dlm bahasa Hungary tu kemudian berpindah kepada imej gurun pasir dan bayangan wanita tu....musicnya memang Perrrghh...

Sayang sekali tuan directornya dah pergi sebelum membuat satu lagi karya seAgung The English Patient....Cold Mountain pun tak berjaya mengulangi kegemilangan filem terbaik tahun 1996 itu.....

Anonymous said...

tumpang lalu, thx bro, walaupun aku tau kat ofis aku diban dari download..

gaia, bro, kita sama.. we have the same liking.. and i thank u dat i know u:)