14 April 2008

To Face Or Not To Face?

2 orang dah paksa aku:
Penyair Behomia Azwan dan Ted Mahsun dah minta aku 'facebook'. Lebih-lebih lagi Azwan. Tapi aku dah senang dengan shelfari.com.
Aku dah beritahu Azwan, "Nope, I'm not gonna do it. Aku tak nak macam dulu di Myspace, jumpa pelbagai jenis umat yang tanya soalan yang pelik-pelik (cth: Awak cute tak?). Bukan, aku bukan angkuh atau ingat hebat atau sombong babi (well, sometimes I could be) atau sewel (well ...) tapi aku macam dah fobia jumpa manusia WYCIXWYG, serius, macam bila soalan :'can I **** your ****?' ditanya, ughhhh, terlalu Shortbus. Aku nak Fanny & Alexander, atau paling kurang pun Annie Hall (yes Nazim, Breathless will do too).
Jadi perlu ke aku masuk Facebook?

Apa hebatnya Facebook? Boleh tak aku tetap bersama nerd-nerd dan rockstar wayang saja yang boleh kongsi citarasa dan memoribilia dan trivia, atau penyair-penyair dan sasterawan dan budak-budak baik tahu malaikat ada di sebelah kanan dan kirinya lalu tahu bila nak cakap TAK pada seks dan orang yang SANE bila aku tak, boleh ke aku dapat semua tu dalam Facebook???

1 comment:

Nazim Masnawi said...

Breathless takde tanya soalan-soalan bijak, beb. Just hang around atas katil dan ajak Jean Seberg main. Serius, tak tipu. But that's what so great about it. Go watch the damn movie already!

P/S: Terbaru orang tanya aku ada facebook ke tak. Aku jawab, "Aaa, kadang-kadanglah." Semua... like SEMUA dumbfounded.