19 March 2008

Peeeeeeeeeraah!!



Aku selalunya tak bersuara bila hal-hal politik ni berkumandang (kerana aku tak suka politik, politik kotor walaupun aku tak sesuci mana), tapi semalam bila Shahidan Kassim, selepas gagal mendapat tempat pada hati rakyat Perlis (kebanyakan wakil rakyat Perlis tak nak terima dia naik sekali lagi) serta Raja Perlis, dengan tidak menunjuk mukanya pada hati pelantikan Menteri Besar Perlis yang baharu (aku memang tak hormat orang macam ni sebab tak terima penurunan secara gentleman seperti bekas menteri besar P. Pinang), dengan menutup dirinya sampai ada pengawal istananya yang tak bagi masuk, semalam baharu dia (istilah beliau tidak layak untuk dia) nak masuk berita, dengan menyatakan: "Saya MEREDAKAN ..." dan bukan "Saya REDA".. Siapa Shahidan ni? Nak jadi tuhan 'meredakan' satu-satu qada' dan qadar yang tersusun? Nak tolong orang miskin? Peeeeeeeeeeerah! Wahai Encik Shahidan, it takes you to come down for people to see what kind of arrogant thing you are actually.

4 comments:

Anonymous said...

Aku pun orang perlis. Aku memang nak tengok perubahan kat negeri aku. Harap-harap aku balik kampung kali ni ada la kot angin perubahan tuh.

Rewan Ishak.

zubin said...

hey fadz, I have been looking for you but your hp tak berjawab, dah tukar no ke, pls call me. 0192459282. I ada projeck nak citer ni!

areyoung said...

yg klakanya 13 Mac lalu dia soh org yg takleh terima hakikat dia naik sbg MB keluar dari parti.

HA HA!

Edd Vedder said...

aku ada bad experience dgn mamat ni, dlm sebuah meeting antara jabatan aku dan kerajaannya. Semasa ketua aku (top level) sedang memberi taklimat, si mamat ni tak pandang langsung, tak tengok muka bila bercakap, sibuk membaca surat khabar jawi-nya, dan menghirup kopi percuma mesyuarat. Dan bila habis taklimat terus dia blah..

Arrogant bastard. Si bodoh sombong.