15 February 2008

Dunia Baharu (2008) Genius dalam Gelintar



Ada beberapa perkara yang ada dalam filem ini yang boleh disorakkan sebagai satu pencapaian dalam filem Melayu. Ia berani melawan beberapa stereotaip dan taboo. Dua yang sangat aku suka ialah perkembangan watak seorang mamat Bangla yang MEMANG mamat Bangla asli dan memberinya sebuah tempat yang 'betul' di dalam filem berkonteks Melayu (kita kan ada satu perasaan tidak puas hati dengan bangsa ni, mengikut propoganda media yang menyodok mereka sebagai 'asing' dan mencuri para wanita kita).
Mula-mula mamat Bangla ni semacam watak 'rediculed' (dari segi pemahaman identiti bangsa terutamanya Melayu) dan sampai ke tahap 'dipergunakan' (babak kambing hitam di akhir cerita), tetapi jelas, beberapa buah fikiran Yeop Hitler dan penulis filem ini (yang juga pembikin dan pengarah drama fenomena ini di Malaysia) telah menyelit baik beberapa 'moments' khas untuk mamat Bangla ni yang kira boleh dibanggakan. Antara yang paling mencuitkan ialah sewaktu si Fazli di dalam kereta bersama gfnya (yang ingin dia bawa ke Selatan Thai), dengan perasaan serba romantik, tetapi kita para penonton dan gf itu 'tahu' semua keromantikan pilihan Fazli itu 'tidak kena' malah suicidal, ini diperkuatkan dengan nyanyian mamat Bangla yang sumbang. Terlintas dalam fikiran kita- sebuah filem Hindustan yang sumbang. Dan ini yang membuat Fazli geram. Satu 'moment' yang sungguh genius.

Perkara kedua ialah, adanya sebuah watak sampingan seperti Suzana yang up-to-date, berada, cengeng, cerewet, yang mempunyai 'otak', yang sedar hukum wajib haram, tetapi bila keadaan terdesak, tahu untuk 'memberi badan'nya bila duit sudah tidak cukup tanpa ada rasa 'remorse'. Aku tak tahu jika sebahagian penonton sedar atau tidak akan itu. Keberanian dan kebenaran watak ini sangat mengujakan aku kerana perlawanan didaktismenya.

Malah, boleh dikatakan Dunia Baru the Movie adalah sebuah filem yang memang mempunyai cult standing, setanding Sex and the City (yang sedang difilemkan) yang mencipta 'mitos', legenda bukan fiksyen, perbuatan yang diikuti peminat (contoh: adegan k-e-b-e-r-k-a-t-a-n, aku terpaksa mengaku, seperti penonton yang turut sama "mengucapnya" di dalam pawagam, aku turut ketawa terbahak dan menepuk tangan selepas babak Khatijah Tan itu, silaplah Wahab Hamzah bila menyelar babak ini sebagai stereotaip kerana babak ini sebenarnya sekali gus sindiran terhadap pemahaman perbezaan kedua-dua generasi dan juga satu 'defining moment' pertalian anak muda ini dengan suara orang tua, juga mempunyai fungsi terhadap cerita. Kita faham, babak ini sebenarnya penceritaan Adif kepada penjenayah Citrawarna itu), dan membuka tarikan untuk mencari 'pengikut-pengikut' baharu untuk masuk ke dalam kereta Tajul atau Darius (idea filem perjalanan ini adalah 'agenda' tersembunyi untuk memancing pengikut baru. Sekarang anda faham tak kenapa filem cult yang besar-besar selalunya 'berjalan' atau berbentuk adventure seperti Star Trek? Ini adalah kerana, filem perjalanan bukan saja mengikat beberapa sketsa di dalam satu tali yang panjang, tetapi memberi gaya senang untuk melihat 'perkembangan' terhadap titian tali itu hingga ke akhir).
Malah aku mengaku, aku, seorang penonton yang jarang menonton drama Melayu, telah terpancing dan sanggup menjadi pengikut baharu drama TV yang sememangnya sudah mendapat cult status ini.

Kekuatan Dunia Baru ini bukan saja daripada kuasa dinamisme anak-anak muda yang menjadi peneraju utama filem ini (pautan kimia antara mereka antara yang terbaik aku tonton sebagai sebuah kumpulan, Senario pun kalah!), tetapi kuasanya mencipta 'imej' yang diikuti oleh remaja bila menonton drama TV ini lalu disalur dengan kuat di dalam filem. Aku, sebagai penonton baru kepada drama ini, tidak akan faham dan tampak. Tetapi, dengan mimik, bahasa isyarat dan mainan aksi yang dipertunjukkan (seperti tarian gila-gila Opie dan Adif dengan lagu nasyid), telah berjaya bukan sahaja mencipta imejnya tersendiri (dan dikenali oleh pengikut, sini aku tak guna perkataan peminat, ada perbezaan di sini!) tetapi satu 'standard' yang menaikkan filem ini sebagai satu jiwa baru yang mewakili remaja sekarang dalam budaya popular.

Gaya yang dipersembahkan adalah gaya yang ingin mewakili sikap 'terkini' remaja sekarang, malah ia menyatakan sikap terbuka, barat-sentrik, plural dan memberontak remaja yang tetap terlingkung dalam budaya konservatif-tradisi Islam Melayu. Watak Madihah juga sebuah watak 'baru' yang tidak lapuk (walaupun memakai tudung). Madihah agresif dan egois, berpewatakan kelelakian sebenarnya (dari segi kajian gender), menunggang terbalikkan simbol gender yang sudah terbiasa digambarkan dalam filem Melayu. Dan ini yang sangat menyegarkan. Anak-anak muda di dalam filem ini berani membuat pilihan (buruk seperti Fazli, atau berhati perut seperti Opie, atau tegas tetapi lemah seperti Darius, atau lalang seperti Tajul) atau tidak membuat pilihan, mereka buat tanpa perlu betul-betul berfikir, atau memang berfikir, atau memang dengan perasaan. Jiwa kompleks yang biasa dalam perjalanan kematangan remaja ini yang berjaya dibawa oleh Dunia Baru. Atau sebenarnya definisi matang itu tidak perlu pun, sebab mereka tidak perlu. Sebab mereka tahu, sampai ke tua mereka perlu belajar daripada pengalaman, dan mereka terima itu seluas-luasnya dalam kelemahan diri mereka. Dan semangat ini sungguh mengkagumkan.

Dalam semua kehebatan ini, ada beberapa cacat cela yang sangat tampak. Dan cacat cela ini yang menyebabkan filem ini, walaupun status cultishnya masih kuat, tidak dapat dipersembahkan di mana-mana festival filem antarabangsa yang serius (yang cult-cult bolehlah) kerana takut diselar oleh pengkritik.

Sebenarnya, ada tiga perkara yang sangat tampak melemahkan filem ini. Ini mungkin kerana produksi filem ini tak sedar bahawa filem tv ini akan ditayangkan di pawagam, lalu banyak masalah teknikal yang tersedia nyata. Pertama ialah, fotografi filem ini malas. Sangat malas. Walaupun beberapa tangkapan sangat menarik mata, tetapi cara kamera bergerak ke satu babak ke satu babak sedang watak bercakap sangat 'irritating'. Lebih-lebih buat pengikut baru seperti saya yang baru mula untuk 'establish' sikap dan perwatakan watak. Lihat saja babak Tajul bersama dengan Opie dan Suzana di rumah hantu. Sungguh mengaibkan. Satu lagi ialah sewaktu Madihah dan Darius yang bergaduh di telefon. Kita sedar bahawa bajet takat cipan (kononnya nak bawa babak Annie Hall) dua babak dalam satu layar telah menampakkan kebodohan-kemalasan pengarah fotografi, lagi-lagi panning yang dibuat sangat lembap. Aku rasa sangat tertipu dengan babak itu kerana teknikal rosaknya.

Perkara lemah kedua ialah teknologi suaranya. Ya Rabbi! Buat penonton yang cerewet, mereka tentu akan maki hamun habis akan filem ni. Malah, aku mula-mula mencarut-carut kerana marah dan geram kerana tak dapat dengar 'suara' watak-wataknya.

Ketiga ialah suntingannya yang sangat lemah. Kadang-kadang ada satu babak yang disengajakan panjang. Dan ini memang tidak perlu. Ia menggoyah antisipasi penonton. Yang paling tampak ialah sewaktu Darius mengamuk kerana cermin keretanya pecah. Semua kawan-kawannya tampak kasihan-takut dan membisu. Dan bisunya PAAAAAANNNNJANG sangat untuk sebuah filem (siap tracking semua orang dulu), mungkin TV ia efektif, tapi tolong, bukan filem ya!

Ini mungkin kelemahan-kelemahan kecil buat pengarah muda Yeop Hitler. Malah, sebenarnya Yeop 'tersasar' awal-awal lagi dengan sebuah pembukaan yang caca merba dan tanpa fokus. Penonton baru yang tidak kenal akan watak Dunia Baru akan 'marah' kerana tidak adanya 'establish personafication' terhadap watak-watak yang kita baru lihat, siapa kawan pada siapa, musuh pada siapa, apa imejnya, apa perwatakannya. Semuanya samar-samar pada awalnya. Malah aku tak rasa apa-apa pun bila Opie yang bengang dengan Erika sebab aku tak tahu apa yang sudah berlaku sebelum ini di dalam drama TV. Malah aku baru kenal akan watak-watak muda ini bila plot mamat Bangla dicolek itu berlaku. Baru chemistry watak tu aku faham, baru setiap watak tu ditonjolkan dengan bulat. Yeop pula sedar akan ini.

Apa-apa pun, Dunia Baru ialah sebuah lagi nafas baru kerja anak muda Malaysia yang berjaya, berjaya dalam melakarkan satu budaya pop yang mempunyai roh remaja yang tulen akan kelemahan-kekuatan diri mereka. Ini sahaja sudah membuat Dunia baru perlu ditonton, dan perlu diikuti untuk sedekad lagi.

4 comments:

Anonymous said...

huhu..
dah jadi pengikut dunia baru ye sekarang? bagus!
pertama sekali saya nak betulkan di sini, anizah bukannya gf kepada si fazli (sengal) tu. Anizah adalah bekas kekasih si fazli. Mereka berpisah masa Dunia Baru musim pertama lagi. babak Khatijah Tan yang famous dengan "kaf ba ra kaf alif ta nun" -keberkatan-. Watak Khatijah Tan memang sangat berkesan dan tidak pernah mengecewakan sejak dari musim pertama lagi. Tarian opie dan adif sewaktu mereka menyanyikan lagu sepohon kayu, memang sangat melucukan la. Haha! Apa-apa pun, ending Dunia Baru The Movie lagi bagus dari last episode Dunia Baru Musim ke3.

Siberkop said...

Haa, kelemahan lain adalah make up, lightings(babak kat cafe tu sgt menyakitkan mata), audio mmg agak hampeh(tak tahula kalau kat tgv jer) yg mana mcm bassy sgt.

Yang aku suka, komedinya kena pada tempat, takde yang over-do. Kimia antara pelakon mmg cantik. Aku tak ikut perkembangan musim baru tapi aku tahu apa yg berlaku musim2 lepas maka perjalanan cerita ni nampak selari dan tak caca-marba.

7/10? ;)

Ajami Hashim said...

rebiu hebat!..

..btw, how's the vhs?.. tak sabar tunggu rebiu rahsia kau ;-)

fadz said...

mickey, terima kasih :)

siberkop, haha, ya betul!!

ajami, terima kasihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... andalah kawan dunia akhirat..! saya boleh rebiu RAHSIA tapi tengok dululah.. VHS ni memang akan diterbangkan ke Itlai secepat mungkin! haha! terima kasih sekali algi, saya tak tahu bagaimana hendak membalas jasa sdr..