08 May 2007

Bintang Bukan Saja Di Langit



Hamzah Hussin sudah meninggalkan kita dan bertemu Penciptanya. Al-Fatihah.
Di atas adalah novel terkakhir beliau yang saya jumpa di Pesta Buku hari itu.


Nostalgia: Hamzah Hussin bagaikan 'perpustakaan filem'Melayu
Oleh Zainuri Misfar, BERITA HARIAN 4 Mei 2007
Dunia tanah air kehilangan pakar rujuk yg mahir dlmsejarah serta dunia hiburan era 40-an-2007.
BAGI wartawan hiburan, penuntut di institusi pengajiantinggi & peminat serta pengkaji filem, Hamzah Hussinketika hayatnya, sering menjadi rujukan mengenaiperkembangan filem Melayu sejak tahun 40-an lagi. Pada suatu ketika, Hamzah yg lebih mesra dgn panggilanPak Hamzah digelar sebagai ‘perpustakaan bergerak’kerana pengetahuannya mengenai dunia perfileman tanahair. Maklumat mengenai sejarah filem Melayuseolah-olah berada dlm tangannya. Jawatannya sbgPegawai Perhubungan di Cathay Keris membuatkan beliaumelihat & terbabit secara langsung dlm hal pentadbiran& pembikinan filem keluaran Cathay Keris.
Pak Hamzah menulis skrip & l/layar bagi filem Mahsuripada tahun 1958, Tun Fatimah (1962), Rumah ItuDunia-ku (1964), Patung Chendana (1965), Ikan Emas(1965), Gurindam Jiwa (1965), Anak Dara (1966) & 2x5Lima (1966). Filem lain berdasarkan skripnya adalahPlayboy (1967), Dosa Wanita (1967), Pop Muda (1968),Srikandi, Nafsu Belia, Keris Mas, Sial Wanita &Keranda Wanita semuanya pada tahun 1969, selain Puaka(1970) & Semusim Di Neraka (1971).
Kerjaya awal Pak Hamzah ialah sbg penulis dlm pelbagaimajalah seperti Filem Malaya, Puteri Melayu, BulanMelayu, Utusan Melayu, Utusan Zaman & Mustika. Beliau menjadi pengarang majalah Mingguan Hiburan,Mutiara, Belia, Fashion, Arena Filem, Hiburan Filem &Hiburan Cerita, selain akhbar Melayu Raya & MingguanRaya. Antara tahun 1950-1960, Pak Hamzah aktif menulisnovel.
Antara novel karyanya ialah Tarikh BerlariLiar, Di Mana Terbitnya Matahari, Rumah Itu Dunia-ku,Pemburu Kembali Ke Rumah, Samseng & Rumah Kosong. Beliau menjadi salah seorang pengasas ASAS50, AngkatanPenulis Melayu Baru & pernah menjadi wakil kedua-duapersatuan itu dlm Kongres Persuratan Melayu. Padatahun 1954, Pak Hamzah menyertai Cathay Keris &memegang jawatan Pegawai Penerangan, Penulis Skrip &Pengeluar Bersekutu. Pada 1958, Cathay Kerismenerbitkan filem Mahsuri. Skripnya ditulis oleh TunkuAbdul Rahman Putra & dibeli oleh Cathay Keris dgnharga RM10,000. Pak Hamzah menjadi penulis l/layarfilem itu. Katanya, Tunku sangat teliti dlm pembikinanfilem Mahsuri. Katanya lagi, dlm lawatan ke Singapura,Tunku menggesekkan biola memainkan lagu Bunga Tanjung& Ala Canggung. Lagu yg sudah dirakamkan itudiserahkan kpd Zubir Said untuk disusun sbg lagu filemyg dimestikan mengisi filem Mahsuri.
Pada awal tahun60-an, Pak Hamzah bersama L Krishnan menyembunyikandiri utk menulis skrip filem Orang Minyak. Ini keranapada waktu itu Shaw Brothers juga merancangmenghasilkan filem Sumpah Orang Minyak arahan PRamlee. Katanya lagi, P Ramlee tidak suka dgn filem itu tetapiterpaksa juga buat atas arahan majikannya. Filem OrangMinyak terbitan Cathay Keris ketika dlm prosespenggambaran menggunakan judul Lena. Ini adalah utkstrategi pemasaran. Itulah antara pengalaman ygdimuatkan dlm buku Memoir Hamzah Hussin - Dari KerisFilm ke Studio Merdeka terbitan UKM. Pak Hamzah jugadikenali sbg penulis & novelis.
Beliau juga orang kuat di Harmy Press & Royal Press - 2 penerbit aktif di Singapura pada waktu itu.Selepas meninggalkan ASAS50 yg diasaskan bersama-samaKeris Mas, Jimy Asmara, Asraf, beliau menubuhkanPersatuan Angkatan Persuratan Melayu baru ygberlandaskan ‘seni untuk seni’.
Pak Hamzah kemudian terjun ke dunia perfileman sbgperunding pembikinan filem selain menjadi penulisberpuluh skrip. Beliau juga memegang jawatan PegawaiPenerangan Cathay Keris selama 17 tahun. Beliaumenggerakkan era wayang gambar hitam putih daribelakang tabir sebagai Pegawai Penerangan CathayKeris. Menerusi pengalamannya yg luas itu, Pak Hamzahsering diun&g menjadi juri atau memberi syarahan diIPTA & membentangkan kertas kerja di festival filemantarabangsa.Pada tahun 1980, beliau diundang menjadi juri diFestival Filem Asia Pasifik di KL.
RTM pernah memilihnya sebanyak lapan kali sbg juri Anugerah SriAngkasa, manakala TV3 pula mengundangnya sebanyak 4xmenjadi juri Anugerah Skrin.Pada tahun 1989, PakHamzah menjadi Pensyarah di Akademi Filem Malaysia.Jawatan terakhirnya di Finas ialah sbgaKetua PerundingSkrip. Beliau meninggal dunia pada 21 April 2007 padausia 80 tahun kerana sakit tua di rumahnya di FrenchRoad, Singapura.
Nama Sebenar: Hamzah Abdul Majid Hussin
Lahir: 27 Julai 1927
Meninggal Dunia: 21 April 2007

4 comments:

Azuan Zameer said...

kau tertinggal satu lagi skrip filemnya yang 'masterpiece" lah beb!,

allahyarham kan pernah hasilkan skrip filem Aku Mahu Hidup (tentang pelacuran), tak silap aku, dalam tahun 70-an, adaptasi filem I Want To Live

AlFatihah untuk satu nama besar yang tak berapa kelihatan besar di kalangan kita.

fadz said...

terima kasih raja kerana memberitahu, aku tak tahu (atau lupa), tapi artikel kat atas memang bukan tulisan aku pun...aku tahu sangat sedikit tentang Allahyarham, hanya kawan baik aku, TAD yang selalu bertemu dengannya dan duduk bercakap-cakap dengan arwah. Aku hanya tahu bahawa beliaulah antara penulis artikel filem yang sangat berpengaruh di antara kami penulis filem kerana tulisan-tulisannya dan 'behind the scenes'nya, di mana tidak ramai akan ada ilmu dan pengalaman sepertinya lagi- seakan, Jalan Ampas akan benar-benar meninggalkan kita dna hanya tinggal dalam bintang-bintang malam.

Anonymous said...

Nanti jangan lupa reviu buku tu. Tajuk2 novel/skrip beliau kebanyakannya berbunyi lantang tetapi powerful dgn konotasi yang mcm negatif tapi kita rasa tergerak ingin ambil tahu tentangnya. Jalan ceritanya tentu sama kuat dgn tajuk yang diberi aku rasa. Tapi aku sendiri tidak berapa tahu tentang filem/buku yang beliau hasilkan. Mungkin aku bukan penggemar tulen karya2 tempatan. Al-Fatihah utk Allahyarham.

fadz said...

Hamzah terkenal kerana retorik seni utk seni lwn. seni utk msykt. Juga beberapa novel allahyarham yg mmg bagus kalau diskripkan ke filem. Buku ini mmg saya akan baca, tetapi sednag menghabiskan sebuah buku (atau e-buku sebenarnya) yg sangat baik, KONSPIRASI oleh Ramdan Che Hassan, boleh beli kat, http://www.karyanet.com.my, serius, mmg buku ni 'filem material' yg menunggu saja utk dibuat, siap banyak filem reference dlmnya!