16 May 2007

3 Buah filem untuk Rabu

Feast (2006)
Segalanya yang aku mahu dalam sebuah filem 'monster', ada dalam filem ini, malah filem ini juga mengecam, memparodikan dan menaikkan beberapa 'par' filem-filem 'monster'. Mungkin ZKP perlu belajar daripada filem ini bila mengimbangi sesebuah genre filem seram dengan elemen menakutkan, gore dan ganas yang baik dengan humor terhadap babak kengerian yang dialami.


Peminat filem seram akan dapat 'cam' beberapa filem-filem seram cult dan agung yang ditiru (hantu makan dari bawah lantai, muntah, menutup tingkap dengan papan), dikutuk (perempuan yang kita sangka baik dan akan mati kerana korbannya rupa-rupanya pentingkan diri sendiri), dipermainkan serta dinaikkan 'satu par' (anak kecil mati tanpa belas kasihan lagi). Bagi yang masih budak-budak kepada filem seram, sila tonton Assault on Precint 13, Night of the Living Dead, Tremors, Alien, The Thing, Gremlins, Duel, Evil Dead dan The Exorcist untuk mengetahui apa yang aku cakapkan ini. Malah ini memang seakan sebuah filem yang 'hip' dibuat oleh Tarantino. Awal-awal lagi kita sudah diberitahu bahawa 'objek yang menakutkan' itu datang membalas dendam. Pedulilah di mana ia dicipta (selalunya dalam filem seram, "less is more" dalam epitemologi ciptaan benda-benda jahat), yang penting ia membunuh.


Feast kadang-kala cuba tidak memperolokkan sesiapa. Ia juga satu santapan seram yang menghiburkan. Tetapi efektifnya dalam memberi rasa cemas dan gerun terhadap keseraman itu, walaupun laju dan pop (kini, filem seram Hollywood sangat laju), ia tetap menghiburkan.

28 Weeks Later (2007)

Jangan lupa tonton filem ini, antara filem sci-fi/seram yang terkuat dalam francais seram-zombi abad ini (oh ya, Resident Evil: Extinction akan ke pawagam tak lama lagi). Filem ini akan membawa pelbagai perbincangan, serta sakit hati. Aku sudah lama tidak menonton sebuah filem seram se'harrowing' ini, sebuah filem seram yang bukan sahaja membuat engkau rasa mengigau malam tetapi sedih dan termangu. Ini hanya berlaku kepada aku sewaktu aku tonton Invasion of the Body Snatchers (versi 80-an) dan Company of the Wolves. Dan untuk sekian sekali, rasa tidak tenteram itu datang lagi dalam bentuk filem ini.


Kita takkan jumpa Cillian Murphy atau tulisan Alex Garland dalam filem ini, tetapi bagi aku filem ini berjaya mengimbangi idea filem pertama serta apa yang membuat filem pertama itu 'tick'. Sebenarnya filem kedua ini lebih besar skopnya, lebih 'epikal'. Ini dikuatkan dengan penulisan skrip oleh empat orang untuk menjaga dengan jitu idea filem ini.


Ada beberapa babak juga akan mengingatkan kita terhadap beberapa filem Romero, terutamanya babak helikopter (rujuk Dawn of the Dead). Malah filem ini sebenarnya bukan tentang zombi, tetapi keseraman kuasa manusia mencipta sistem 'pengkerahan' yang boleh membawa kepada kerosakan. Di sinilah sebenarnya kritikal filem ini berseri- kelemahan Amerika dan istilah 'polis dunia' yang disematkan pada diri mereka terhadap ketidaktentuan alam dan manusia (the unseen, normalcy forces of nature and men). Malah, askar Amerika ialah 'the bad guy' baru dalam filem industri, askar Nazi terbaru.


Filem ini mengutuk kesemuanya yang telah dilakukan oleh Amerika selepas 11/9. Malah, bila kita menonton filem ini, kita seakan 'membaca' bahawa zombi adalah 'means' alam (nature) untuk menyerang balik perosaknya (manusia). Musuh sebenarnya yang membuak kebencian kita ialah pihak Amerika dan cara mereka mengawal keadaan mana-mana negara dilanda 'peperangan'. Di dalam filem ini juga tidak terkecuali. Ada sebuah babak yang sangat efektif apabila para manusia disuruh untuk tinggal di bawah tanah tanpa penjagaan askar Amerika, sedang zombi mula membunuh dan mencapai bilik bawah tanah itu. Kegagalan Amerika itu ditampakkan sebagai kegagalan Amerika dalam menampung keganasan yang berlaku di negara yang dijajah mereka baru-baru ini. Mereka tidak akan faham bagaimana untuk mengawalnya.


Filem ini berakhir dengan satu nota yang sangat pesimis. Bagaimana dunia lama sudah lama mati dan dunia baharu, cara baharu dan tata baharu (new order) diperlukan untuk menampung ketidaktentuan alam dan manusianya. Tetapi manusia tidak akan mencapainya kerana manusia lemah. Dengan itu, mereka harus mati dan menemui kiamat mereka sendiri.



Sumo-Lah (2007)

Vovin mengatakan filem ini antara filem genre sukan buatan Malaysia yang terbaik pernah dibikin di Malaysia. Aku tidak menyangkalnya.


Tetapi untuk mengatakan filem ini filem terbaik Afdlin, aku perlu menilik-nilik dahulu.


Sumo-lah ialah sebuah filem silangan budaya yang sangat baik, yang membahaskan budaya Malaysia-Melayu dengan Jepun, serta apa yang boleh disamakan dan dibandingkan di antara dua budaya ini. Malah Afdlin berjaya menunjukkan bagaimana 'rencah'nya dunia Malaysia dengan pelbagai identiti masyarakatnya. Malaysia sememangnya satu kosmopolitan pelbagai bangsa berhimpun.


Suatu yang harus dibanggakan dengan filem ini ialah dialognya. Filem ini mempunyai skrip (atau lebih kepada dialog watak-watak) yang paling baik tahun ini. Afdlin mempunyai 'wit', beliau mempunyai 'sense of humor'. Walaupun dialog seperti "Pokemon anak Dragonball" pun boleh menyebabkan kita ketawa besar (konotasi terhadap carut orang Melayu). Dan dengan geniusnya, apabila disarikatakan, ia tidak hilang 'lawak'nya. Dialog-dialog ini yang banyak dipaparkan dalam filem ini, di mana, sebagai seorang anak tempatan, atau seorang orang asia, kita akan dapat tangkap 'lawaknya'. Inilah sarwajagatnya filem ini. Suatu perkara penting, lihatlah, bagaimana filem ini ditulis oleh empat orang. Begitulah kalau mahu buat filem yang baik.


Malah idea membawa 'Sumo' ke Malaysia amat bernas, tetapi tetap juga menyindir (orang Malaysia memang begitu, mereka senang mengambil budaya orang luar daripada menjaga budaya mereka sendiri, ini sememangnya kebiasaan orang Melayu. Kalau tidak percaya, tanyalah berapa ramai yang memiliki bola takraw di dalam rumah mereka). Yang penting ialah semangat kesukanan yang dibawa dalam perspektif filem ini. Idea 'motivasi' ini kebiasaan dalam genre sukan, seperti Get Carter atau Karate Kid. Dan ada juga unsur manusiawi terhadap dunia kesukanan itu. Sumo-Lah berjaya mengimbangi kedua-dua elemen ini dengan baik. Kita bukan saja 'merasa' sukan ini, tetapi merasa juga watak-watak yang bermain dengan sukan ini. Malah, apa awalnya kita merasakan jengkel tentang sumo, boleh berubah rasa hormat dan tabik terhadap sukan yang hidup selama 400 tahun ini.


Lagu latar filem ini ialah antara yang paling menyeronokkan juga, serta suara filem ini. Paling terbaik pernah dibuat di Malaysia.


Kelemahan filem ini ada beberapa. Yang pertamanya ialah tonjolan iklan yang terlalu. Bukan, aku tak kata waktu ramai-ramai menayang slogan Celcom dan Ogawa itu (kita dapat hint bahawa ini kebiasaan dalam pertandingan ini, maka ia di'tempatan'kan), tetapi percakapan telefon antara Awie dengan aweknya di Malaysia dengan telefon Motorola. Kelemahan yang paling tampak ialah sinematografinya. Walaupun ia terfokus, ia tidak benar-benar menangkap. Contohnya waktu Afdlin terlanggar topi keledarnya dengan topi Siti. Kita tidak dapat merasa 'feel' babak ini. Ini termasuk waktu perlawanan pada akhir filem. Contohnya sewaktu Andi dipukul di rusuknya. Kita mahu melihat perkara ini berlaku (lihat Million Dollar Baby atau Raging Bull) tetapi kita hanya mendengar "Buk"nya.


Tetapi kesemua kelemahan ini ditutup kerana kekuatan dan kelincahan para pelakonnya yang berjaya membawa 'make believe world' ini suatu yang 'real' dan berdarah. Tidak ada satu pelakon yang tampak kekok. Hanya mungkin anak kecil si Kodok, tetapi itu pun dimaafkan kerana 'charm' yang dibawa olehnya.


Walaupun filem ini agak terlalu bercakap tentang motivasi diri, di mana filem tidak memerlukan 'kata-kata' yang terlalu banyak (contoh, lihat filem Field of Dreams) untuk menyampaikan intipatinya, ia bolehlah diberikan satu penghormatan, kerana berjaya membawa satu nafas baharu dalam filem tempatan dan kejayaan Afdlin mengikat satu ikatan antarabangsa yang jarang-jarang sekali boleh berlaku dalam filem Melayu dengan begitu baik sekali seperti filem ini.


10 comments:

Anonymous said...

Feast (2006) <----suka, sangat stylish..dan rasa menarik gila bila derang perkenalkan cast satu per satu dengan timeline memasing, misleading gila

28 weeks later <---best horror movie this year so far,nuff said..first scene terlalu cool

Anonymous said...

alo..fadz,

aku rasa citer Sumolah tu ok ..penuh motivasi & sedikit sebanyak aku dpt la knowledge pasal sukan tradisi jepun nih. Tapi tu la byk iklan celcom & ogawa. kalau sikit takpe nih byk sgt.

ko rasa citer waris jari hantu yg disponsor Celcom pun ade iklan gaks ke??

Anonymous said...

FEAST --- aku suka sangat

28 WEEKS LATER -- melompat keriangan hahaha aku suka sangat sequel nih... walaupun hero & heroin dari first movie (28 DAYS LATER) takda... mungkin ada kat bahagian ke-3 karang... virus menular di paris ( uhhh cant wait!)

SUMO-Lah --- sangat suka.. aku tak tau apasal tak ramai yang pegi tengok. sampai GSC pun nak tarik filem ni dari program tayangan diorang hmmm???

maberik said...

dah tonton Black Sheep? filem horror/comedy New Zealand. ala-ala Peter Jackson dizaman muda-mudi(Braindead).

Ajami Hashim said...

SASTERA ISLAM vs UNDERGROUND

tempat ~ RUMAH PENA
tarikh ~ 19 Mei 2007
masa ~ 10 pagi
~~~
panel
Ali Atan [UM]
Ummu Hani Abu Hassan Morad
Rahmat Haroun
[Universiti Bangsar]
~~~
moderator
Siti Raihani Mohamed Saaid
[UPM]
~~~
SEMUA DIJEMPUT KHAS UTK HADIR!

P/S: AKU TUKANG SAMPAIKAN JER BG PIHAK rAIHANI :-)

fadz said...

watching Feast and 28 W L was such a saving grace after that mish mashed ZKP..thank God for Hollywood

Anonymous said...

hmnshshm

maberik said...

Sumo-lah filem Afdlin Shauki yang paling teruk!

bg aku lah

fadz said...

maberik, i love ur honesty...but i felt buli2 lagi teruk..yg ni terlalu byk dialog "kita boleh!", tu je.

maberik said...

i really,really wanted to love this movie. aku respek afdlin shauki. Baik Punya Cilok remains my favorite.

tapi filem ni dah memegang title 'product placement' dlm filem yang paling menjijikkan penah aku tengok. there's no excuse for that whatsoever.