18 November 2011

Kak Nab Sayang Kak Mi

Assalamualaikum semua,

Dah lama Kak Nab tak masuk, apa taknye, tiap-tiap minggu sekarang ni Kak Nab ke pawagam, sinema Malaysia dah rancak katanya, apa taknye, tiap-tiap minggu mesti ada filem baharu Malaysia, tak kiralah, bahasa Melayu ke, bahasa Cina ke (Cina tu banyak sangat dialeknya), bahasa Tamil ke.. Tapi itulah yang Kak Nab kadang-kadang tak tahan, filem masuk tu satu, tapi filem yang entah apa-apa pun satu hal...

Itulah mungkin kawan Kak Nab yang satu ni, Kak Mi yang meroyan (tapi bertentu fasalnya) baru-baru ni di FFM24. Apa taknye, filem dia yang hangat panas tu, dalam botol, dah kena liwat dek juri-juri FFM yang entah siapa-siapa. Ya Tuhan, kau bayangkan je lah, iyelah Kak Nab ni bukan suka sangat filem-filem dua lelaki berlawan pedang, tapi kalau Kak Nab nak nilai taraf visceral (cewah, hebat tak Kak Nab spekeng Londonns?) dalam botol dengan nenek libas, macam langit dan bumi tarafnya! Abang bangla tepi jalan yang Kak Nab ajak hari tu tonton libas free pun dia lari, kau bayangkan anak-anak oiii!

Jadi, bila Muhyiddin TPM kita tu pun siap dengar Kak Mi kita tu menyalak, "I cant understand, I just cant understand (wahhh, lirik bridge lagu End of the World kau!) this festival! Kelakarlah!" bila pengarah libas menang, Kak Nab bagi standing ovation kepada Kak Mi kita yang berani menunjukkan kepada menteri, kepada rakyat, kepada dunia, betapa busuk dan jijiknya FFM kita yang sudah terlanjur ke lorong durjana setaraf lorong pelacur di Chow Kit. Tapi pelacur tepi jalan pun tahu makna sebenar MARUAH dan KEMALUAN. Korang yang bersongkol dengan persatuan-persatuan filem tu, yang sibuk menjahanamkan festival nasional yang korang ada kepentingan tu, korang ada MARUAH dan KEMALUAN tak?? Aduh. Seksanya jadi orang seni di negara ini yang benar-benar mencari kualiti.. Kalau macam tu, Kak Nab pun nak buatlah filem Harimau Malaya main bola (semalam Kak Nab tengok adik-adik kita lawan Indonesia, Ya Rabbi, macam gula-gula mata je!), takde skrip, tapi CGI hebat, angkat pelakon kuat-kuat, suruh mereka buat dialog sendiri dan berlakon aje, dan tangkaplah macam mana pun!

Ya, Kak Nab amat bersimpati kepada Kak Mi. Tetapi Kak Nab juga berbangga kerana masih ada orang seni yang telus dan jujur dan mahu membawa sinema kita ke arah yang lebih baik. Lantaklah rambut Kak Mi lagi pendek dari Kak Nab, dan pinggul Kak Mi dah hilang allignmentnya, tapi Kak Mi tetap seksi dan berahi apabila mendepani jantan-jantan tak guna malam tu, yang duduk tersengih melihat kejatuhan filem Malaysia di tangan mereka! Jantan-jantan tak guna tu, kalau Kak Nab jadi ketua FINAS, habis Kak Nab tembak dengan senapang gajah sekor-sekor, buat habis boreh rakyat aje!

Buat Kak Mi, bersabarlah, Kak Mi, teruslah berjuang. Maklumlah dunia perfilemn kita ni banyak sangat duri dan ranjang. Banyak sangat orang bersongkol tak tentu hala mengabaikan hasil seni yang sepatutnya. Tetapi Kak Nab percaya, orang seperti Kak Mi lah, dengan perjuangan yang dia cuba bawa, akan diingati oleh anak cucu seterusnya, daripada jantan-jantan tak malu yang tak akan disebut lagi oleh sejarah masa depan. Kak Nab salute dan doakan supaya perjuangan Kak Mi akan lebih dikenali dan dihayati serta supaya Kak Mi panjangkan sikit rambut tu, dah macam nama filem anak Yusof Haslam pulak.

Yang ikhlas
Kak Nab

18 comments:

Ajami Hashim said...

i lap u kaknab muahhh!!!

fadz said...
This comment has been removed by the author.
Hans Hanis said...

amboiiiiiiiiiiii,....lasernya kak Nab...I loike! hahahaha

Ajami Hashim said...

apa nama akaun FB kaknab eh? ai sgt teruja nak add as fren muahhh!

Lyn said...

Cayalah Kak Nab!

Jef Hadi said...

Kak Nab yang power!

Rem said...

Kagum sungguh dengan Kak Nab. Boleh berkenalan? Haha.

Anonymous said...

kak nab anak dah akil baligh ke? ;)

TekanPlay said...

Sembah ratu sama kak nab!!

Anonymous said...

Kak Nab has done it again! Go go Kak Nab!!!

Anonymous said...

i feel like dating kak nab, lah!

Kak Nab said...

Jami sayang, i lap u too, tapi dengan kain baldu warna kuning :)

Kak Nab said...

Rem boleh. Menambah kawan tu kan sunnah :)

PerangFilem said...

mmg hampeh resultnya!!! Sapa juri2 tu nak tau sgt!

hyz said...

yup.. sepatutnya khir rahman boleh menang mudah untuk pengarah harapan. alih2 citer sampah leh menang? sebab guna cgi je ke? haha

Nizam said...

Kak Nab, add saya kat FB ekk?

Nizam said...

Kak Nab, add saya kat FB ek!

zubin said...

Kak Nab, bestlah! Sesuai sangat! I ingatkan Kak Nab Mak Yong, dia dah kena buang dari Uitm buka blog plak dari Kelantan