03 March 2010

Tentang Drama Bersiri TV3 dan Oskar Hujung Minggu

Hotel Mania ditayangkan setiap Selasa, 9mlm di TV3

OK, aku akan berkata jujur. Aku tak berapa layan drama bersiri melainkan jika aku ada masa. Masa aku duduk di Kelantan, aku ada masa, malah, oleh sebab kawan-kawan bujang juga ajar aku menonton Spa-Q (musim kedua, tulisan Rina Khan, habislah Spa-Q tanpa Norish Karman), aku bolehlah juga menonton filem yang sepantas dan mengancam bak telenovela Latin Amerika. Aku tahu, TV3, juga beberapa siri drama RTM 2 juga mengeluarkan drama-drama bersiri yang amat popular dengan massa, tetapi aku lebih senang dengan cerekarama/telefilem, seperti Tuan Guru (banyak potong sih! Kontreversi tu!) yang ditayangkan di TV3 pada 12 tengah malam Ahad kelmarin.

Hari tu, masa aku lepak baca buku, mak aku suruh pasang TV. Rupanya dia nak habiskan tengok episod terakhir Tari Tirana! Hah! Betul, Tari Tirana! Terkejut beruk aku, siap aku pulak yang tanya siapa tu siapa ni, dan sampai mak aku macam, "Eh, ni tak leh jadi, bukankah buah hatinya Neo?" Aku macam terpinga-pinga. Tetapi betapa berduka citanya mak aku menonton pengkahiran Tari Tirana (dan bukan seperti menonton cliffhanger Dallas bila J.R. ditembak atau BSG bila Captain Adama kena tembak) bila dia dapati Neo sudah mati. Aku baru tersedar, oh, Neo lakonan Amar yang wartawan sibuk-sibukkan tu sampai para wartawan hiburan macam zombi mengancam dan menyoal pasangan artis tu (serius aku tak tahu kenapa, wartawan hiburan Malaysia ada suatu "arrogance" yang agak memelikkan dalam dunia kewartawanan. Boleh tak ko bayangkan, bebudak wartawan ini mahu "dilayak baik" oleh penerbit/artis jika mereka datang untuk majlis sidang wartawan? Mungkin dalam satu dunia, ini hanya berlaku di Malaysia, sebab serius, kerja wartawan memang cari cerita, jadi kalau ditempelak, tidak dilayan, itu lumrah kewartawanan, barulah terbentuk "character", barulah keras sikit wartawan tu tu "cari cerita", serius, it's ok for an artist to be a bit shy on the camera, it's typical show biz, but for a reporter to deduct what an artist should be for them, that's a little bit weird). Barulah aku sedar sesuatu; Neo "ditiadakan" atas sebab-sebab kontreversi yang berlaku. Adakah drama bersiri kita (seperti yang berlaku dengan Norish Karman) punya dunia kontreversinya tersendiri yang mempengaruhi jalan cerita? Ini menarik, selain daripada ketagihan apabila menonton sebuah episod drama bersiri (seperti yang berlaku pada aku buat Spa-Q dan Kekasihku Seru. Fasal tu lah aku tak nak nonton, nanti terperap aje depan TV!)

Jadi, aku mahu ambil peluang untuk menonton drama bersiri arahan Nizam Zakaria, Hotel Metro yang menggantikan Tari Tirana. Aku tidak pernah menonton Glee (peduli apa aku) dan aku tak berapa suka High School Musical, tetapi aku cukup bersemangat hendak menonton buah tangan Nizam ini atas kerana dia seorang kawan novelis prolifik, serta ramai yang mengiktiraf beberapa drama bersiri beliau, terutamanya Anak Ponti apa-apa entah. Antisipasi tinggi tu. Malah aku katakan pada diri aku, mugkin ini drama bersiri yang akan aku ikuti sampai habis.

Hotel Mania bermula bagus, kredit awalnya maksud aku, sudah memberi ton dan ritma ke mana muzikal ini akan bawa kita pergi. Kemudian, kita nampak Anding yang terperuk sebuah di perhentian bas di Kg. Baru. Mula dari sini aku sudah menjumpai beberapa kejanggalan. Adakah ini kesalahan Anding, kesalahan syot, kesalahan dialog? Entah, aku pun tak tahu. Mungkin cara yang digerakkan oleh Nizam ini terburu-buru? Kenapa Nizam tak mulakan cerita dengan sedikit meyakinkan, ambil beberapa syot, mungkin intro muzik kedatangan Anding ke KL (kita tak tahu, tapi atas lirik lagu, kita tahu ke mana watak Anding ini), malah boleh tunjuk dinamisme pemandu teksi yang tka peduli dengan Anding serta semangat Anding untuk "mencapai harapan" yang masih disamar-samarkan pada awal. Ini tidak, bum, Anding macam terbuang di perhentian bas sambil ditegur oleh seorang mamat kopiah. Like, watever!

Kemudian Anding diperkenalkan kepada Hotel Mania di Putrajaya. Kenapa dia di sini? Kita tak tahu tapi jika kita sudah baca rencana temuramah Nizam, kita tahu Anding hendak mencari ayahnya yang dikatakan tauke hotel itu. Setakat itu, pergerakan Anding ke Putrajaya itu masih samar-samar, malah mengelirukan. Aku tak suka ia tidak diberi cue yang betul (sehingga pada pertengahan cerita) sebab kita masih hendak mengikut Anding sebagai watak utama (motivasi untuk terus melihatnya sudah berkurang, melainkan anda meliur tengok Anding atau anda Kelab Peminat Anding). Kemudian, whoah, Dafi datang. Dafi ni comel, dan pemilihannya baik sebab dia semacam lurus (dan mungkin tidak tahu apa yang cuba hendak dimainkan oleh Nizam). Bila dia kata dengan "bright eyed" (yang sepatutnya Anding sebegitu, bright eyed kid in a bis lost world yang mana kita tak nampak dalam Anding, sebab Anding terlalu misterius, terlalu terluka wajahnya) pada Anding: "Saya Girang." Aku hanya boleh terkekeh, nampak sangat Nizam menyatakan propaganda gaynya dengan terjemahan terus Inggeris: "I'm Gay." Siot je! Ha ha! Tapi tidak ada apa-apa yang menarik yang berlaku buat Dafi dalam episod 1 (mungkin sebab episod 1/pilot ini cuba membangunkan dan meletakkan watak Anding dan lain-lain pada tempatnya).

Kemudian kita bertemu dengan Marsha yang aku kira satu watak yang menarik (bitchy mouth), dan sebagai antagonis Anding (selain Adam nanti). Tetapi entah, beberapa penggambarannya mungkin dibuat dengan terlalu cepat, malah beberapa syot yang jauh dan tidak memberi "star shot" yang betul buat Marsha, kita tampak yang watak Marsha ini "jauh" daripada penonton. Ini aku tak salahkan Marsha (dia boleh berlakon) tetapi pengarah sinematografi drama bersiri ini.Link
Malah buat aku, suntingan, kareografi dan sinematografi drama ini gagal gagal dan gagal. Nizam perlu sedar, jika satu cerita tiba-tiba "burst into songs", dia perlu "mewarnakan" mis-en-scene itu dengan semangat yang lain dan bukan berharap pada kekuatan lagu dan liriknya sahaja. Seperti mana babak Marsha menyanyi lagu "Akulah Wanita", hanya satu syot yang panjang, bergerak ala hand held camera (dah terlalulah klise, ini bukan Once tapi High School Musical!), dan suntingan situ dan sini sahaja (pemalas!) Mana syot pandangan dari atas? Mana syot jauh, dekat, sisi, apa-apalah untuk menggerakkan cerita dan lagu. Ini tidak, hambar sehambar-hambarnya. Kajilah mana-mana filem muzikal yang bagus, jika lagunya bergerak di lokasi luas dengan orang ramai, tiba-tiba pelakon tambahan di tepi pun turut berentak dengan lagu. Malah satu "parade" akan berlaku (walaupun kecil, ini sepatutnya berlaku dengan watak Anding, kecuali Nizam mahu mulakan dengan not balada yangLink sememangnya sayu, lihat pembukaan Mamma Mia!), atas sekurang-kurangnya pergerakannya luas(!) dan tidak tertumpu pada satu tempat dengan penggunaan objek yang mengelilingi tempat itu (kenapa kolam, tuala, bar, pintu, pelayan, piano, tidak digunakan, INIKAN MUZIKAL weh!) Kalau mahu "bertitik" realiti, tengok sahaja babak Mamma Mia! sewaktu Meryll Streep menyanyi Mamma Mia! atas atap, dan apa yang dia lakukan dengan pintu, loteng, tali dan dinding untuk membuak "cerita" daripada lagu. Rujuk West Side Story yang amat kuat dalam hal ini. Malah buat aku tak perlu pergi jauh, garapan tempatan $ell Out! jauh lebih berjaya daripada garapan muzik dalam drama bersiri ini. Kalau Nizam mahu membuat satu babak lagu tertumpu, sila rujuk Funny Girl sewaktu Barbara Streisand bernyanyi atas kasut beroda atas pentas, lihat bagaimana dinamisme watak Barbara dengan watak-watak atas pentas serta tauke belakang pentas serta tuan kareografi. Seakan satu cerita berlaku. Ini tidak, Marsha diambil diambil dan diambil wajahnya. Ini juga berlaku dalam babak Dafi dan Anding di rumah sewa apabila tidak ada satu objek, kecuali SOFA yang digunakan (itupun secara tiada kreativiti) tanpa masuk campur Rizal (watak itu sudah diperkenalkan) untuk memberi "rasa suasana" atau "cerita pengenalan" yang mendalam tentang tiga watak itu. Hanya, waktu akhir, lagu Anding dan mungkin adik/aweknya di Kuching dapat kita lihat sesuatu. Ini benar sebab dalam mana-mana muzikal, kalau garapan lagu balada, kita hanya perlukan satu watak terpacak dna lihat kekuatannya menyanyi tanpa banyak penggunaan suasana dan objek (lihat balada "The Winner Takes It All" dalam Mamma Mia!, "People", "My Man" dalam Funny Girl!, "As Long As He Needs Me" dalam Oliver!, "Maria" dalam West Side Story, "I Am Changing" dalam Dreamgirls, dan "Suddenly Seymore" dalam Little Shop of Horrors. Encik Nizam, anda bukan Lars Von Trier yang membawa Dancer in the Dark, anda perlu lebih menjadi semacam Baz Luhrmann dalam Moulin Rouge!

Dalam kekurangan drama muzikal ini, ada beberapa hal yang menarik, seperti lakonan Rizal (yang melemparkan pisau tiba-tiba) tetapi kita tak tahu ia akan membawa ke arah mana (mungkin ini kesusahan Nizam, untuk memperkenalkan satu-satu wataknya dalam satu episod) serta "insights" yang Nizam bawa seperti babak Anding bertemu Abah (mungkin bapanya atau tak, ini satu hal pembukaan yang menarik) di mana Dafi memakai baju kartun Luke Skywalker (budak jauh dari rumah mencari harapan baharu). Ini semua semacam hiasan buat stik daging yang kita makan. Stik daging itu sepatutnya lebih menarik dan sedap daripada hiasannya.

Ada beberapa ton yang sebenarnya kita sedar, drama muzikal ini punya ton "sedih" dan "misterius", malah, buat aku, kalau drama ini bergerak dalam alunan "dreary", ia lebih mengena atas mood skripnya sebegitu. Akhirnya sendiri punya impian sebegitu, bila panggilan itu dibuat oleh ibu Anding.

Aku tak tahulah, tapi aku susah sikit untuk menggerakkan diri aku menonton sambungan drama muzikal ini, kecuali seseorang memaklumkan pada aku sesuatu yang menarik yang berlaku pada episod seterusnya. Untuk itu, mungkin kita boleh kembali pada beberapa filem muzikal pada 80-an yang mencapai tahap populariti tingginya atas bahu Ahmad Fauzee.

Un Prophete(2009) dan The Book of Eli(2010)

Uhh, Oskar dah dekat, tapi macam Pak Hassan kata peduli hapa. Aku tetap peduli, hehe..

Aku baru menonton The Book of Eli dan bagaimana terkejutnya aku menonton sesebuah filem yang sedikit-sebanyak dekat dengan novel aku tu, Saga Horizon, hahahahahah (kena mengena dengan amnesia anak muda mencari jati diri zaman silam, kemuliaan buku yang tidak dikenali lagi harganya, orang makan orang, air sebagai barang paling bernilai dalam pasaran, watak anti-hero yang akhirnya tanpa dia mahu mengaku, menjadi hero.. OK, yang terakhir tu sangat Mad Max). Filem ni tak lah hebat gila babi dan tak lah bosan nak mampus. Bayangkan hero koboi kita tiba-tiba Denzel Washington berkulit hitam (hah! Western!) yang cuba melalui daratan kosong menuju ke barat. Jikalau bukan kerana lakonan kuat para pelakon filem ini, babak-babak cantik yang betul-betul mewarnakan dunia pasca apokalips yang cantik (babi Hollywood!) tetapi terlalu picturesque, runut bunyi gila best, Gary Oldman, Ray Stevenson (daripada Rome, yey!) dan Jennifer Beals (rasa macam tengok drama Shakespeare pula sebab mereka ada), filem ini tidak ada apa-apa. Oh ya, plot dan pergerakan plot pun bagus, malah pengkahirannya bagus (kita sedari mukjizat yang ada pada Eli itu pada akhir filem berkait kerana dia tak mati-mati bila dicincang dan ditembak, kecuali secara dekat). Ini ada kena mengena dengan mata. Oleh sebab aku suka filem pascaapokalips jadi filem ni akan jadi filem simpanan aku pada masa depan nanti, tapi filem ni tetap tak dapat lawan filem yang sudah melampaui mesej "literasi" dalam The Postman, yang penuh intrig perjalanan dalam Waterworld, dan filem pascaapokalips terbaik dalam trilogi Mad Max.

Dan kemudian, aku menonton sebuah filem yang diberikan oleh AM Jarni, Un Prophete, arahan Jacques Audiard. Whooohhh.. ini satu genius sinema! Filem ini, aduh, susah untuk dinyatakan, tetapi bolehlah dikatakan antara filem yang faham tentang makna pergerakan dan pembangunan, walaupun tentang penjenayahan dan banduan. Ini bukan filem tentang nabi, dan mungkin amat kontreversial apabila memaparkan seorang Muslim yang sesat jalan menjadi ketua samseng terkuat, malah dianggap semacam "ajaib" untuk bersama mereka. Mungkin analoginya bergerak atas Rasulullah s.a.w. itu buta huruf, seperti watka filem, tetapi memang Audiard jauh daripada menyamakan si samseng itu dengan Rasulullah, malah kempen peperangan atau dakwahnya. Filem ini lebih berkenaan kemanusiaan, manusia dalam diri dan bagaimana manusia dalam diri itu boleh dibawa kembali (atau secara kompleks melalui evolusi) dengan situasi dan sebab akibat yang manusia itu tempuhi dengan reda dan sabar.

Filem bermula dengan sentuhan cahaya kelam, seakan mata yang terbuka sedikit. Watak samar-samar Tahar Rahim dipaparkan, penyendiri, keras tetapi lemah dan boleh dibuli. Tahar Rahim menemui "pencerahan" apabila berkawan. Satu teori sosial tipikal Peranchis (manusia tidak boleh maju tanpa bermasyarakat). Lalu cahaya melipahi Tahar, lagu runut juga berubah mendampingi watak Tahar apabila Tahar membaca, membuat kerja. Satu "pengharapan" sedang berlaku.

Apa yang menjadi kontreversi adalah bagaimana Audiard mengambil ideal keramat, seperti mengetahui sesuatu hal sebelum ia berlaku, dan dilawati "malaikat" atau "wali Allah" dengan delusi (atas penyendirian - Rasulullah s.a.w. menyendiri dalam Gua Hira' lalu Jibrail a.s. turun kepadanya membawa wahyu). Digambarkan secara psikologi dan sekali gus realisme magis, apa yang berlaku kepada Tahar sememangnya "kemurungan" lalu Tahar menampakkan imaginasi dan bayang-bayangan, menutup perasaan rasa bersalahnya membunuh. Malah, dalam "bayang-bayang" ini, Tahar di"gomol" oleh mangsanya yang menjadi "wali ghaib" yang mendampinginya. Ini menyebabkan filem ini kontreversial. Tetapi aku terpaksa akur, atas gaya ini, filem ini inovatif dan mempunyai kuasa sinema yang segar. Apabila watak Tahar hendak dibunuh, dan Tahar menyedari "Ada kijang di depan" lalu tiba-tiba kijang melanggar kereta, lalu lelaki Arab yang mahu membunuhnya menyoal, "Kamu ini sebenarnya siapa?" Satu adikarya daripada pengarahnya.

Audiard bukan sahaja cuba mencipta bagaimana satu legenda (atau sejarah kebesaran) boleh terwujud daripada satu watak (dengan berdasarkan budayanya atas kaca mata Barat), tetapi kecaman watak itu (di sini Islam) yang semakin hari memberi cahaya atau ketakutan buat masyarakat yang melihatnya "asing". Ini sesuatu yang menarik untuk dikaji, lebih-lebih lagi dalam pemahaman xenofobia (takut kepada sesuatu budaya dan orang yang asing). Kedatangan Islam dan orangnya pada bahu tanah Peranchis masih dianggap "asing" dan "terkeluar" daripada konsensus budaya Peranchis. Audiard secara halus (walaupun dianggap negatif oleh penonton Islam) memaparkan satu watak banduan yang mana humanismenya boleh dikaitkan dalam hal sarwajagat, walaupun dia bermoral buruk (malah bukan seorang Islam yang betul), amat menyentuh sanubari masyarakat Peranchis. Audiard semacam memaklumkan, adanya kemanusiaan dalam jiwa-jiwa orang Islam, walaupun seasing mana mereka kelihatan pada mata orang Barat, walaupun seorang Islam itu seorang penjenayah (ya, watak-watak anti-hero sebegini memang diminati Barat).

Semuanya sempurna dalam filem ini, walaupun kelihatan semacam bajet filem ini rendah, dengan banyak bermain dengan cahaya kelam dan ruang minimalis (penjara). Tetapi ingat, suntingan filem ini berpadu kuat, malah jalinan runut bunyi, efek suara, dan lakonan bersatu dalam ketentuan meyakinkan. Malah, jika ditonton sekali lagi, ia membuak makna-makna yang berlainan setiap kali.

Ini merupakan antara filem terbaik tahun lepas, walaupun aku tahu White Ribbon mungkin akan memenangi filem antarabangsa terbaik di Oskar, filem ini tetap satu batu loncatan sinema Peranchis. Bilalah kita dapat buat filem seepikal begini?



23 comments:

EdAlia said...

Salam Fadz..
Review anda tentang Hotel Mania sangat lah betul. Semalam saya berkesempatan untuk menonton Hotel Mania sekejap. Bila tiba-tiba Marsha 'menyanyi', saya dan rakan serumah tercengang,"Apahal tiba-tiba..?" Dan tambah kelakar lagi ada 2 orang yang menari terkedek-kedek ngan tuala kat blakang Marsha. Alahai.. terasa klise sungguh. Apa pun, nice article as always! Keep up!

dex said...

hahahaha setuju dgn edalia..aku terus jer tukar channel masa bab marsha nyanyi tu...rasa macam nak tendang je minah 2 org yg terkedek2 tu masuk lam kolam..hish..kalu yer pun nak bermuzikal at least buat la banch mark mcm the sound of music ker...boleh la diterima dan dihadam..ni aku rasa mcm makan keropok lemau yang tebal jer.

Anonymous said...

Kenapa nak ulas rancangan TV dgn membandingkan dgn naratif filem? Nampaknya ulasan ini bukannya sahaja gagal dari awal tetapi bias.

MORIBAYU said...

Me sedang Di lamun Deman Glee.
Jadi jika menilai Hotel Mania...sure Ada mulut malaikat akan cakap
" Sudah lah meg..kamo tu berkiblatkan barat " . cipet tul , apa2 pun , me ttp akan bagi ulasan bout Hotel Mania..

tapi..mingu lepas , me baru menangis
tgk My Name Is Khan . n duduk menonton dvd " Mama Mia ".
jadi bila menonton Hotel Mania malam tadi....

macam ada sesuatu yang kurang.
me setuju bout part muzikal itu.
ianya tak dipersembahkan dengan baik. Tiada emosi...tiada pembuka dalam pemyampaian setiap lagu.

jika cekodok cili..tiada cili.
adakah kita cakap , itu ..Cekodok cili ??

zulazahari said...

Baru aku faham kenapa Girang suka pakai t-shirt yg ada gambar teddy bear bagai, rupanya translation untuk Gay, haha....apa2 pun aku rasa drama Hotel Mania ni suatu percubaan untuk drama muzikal di Malaysia, mungkin boleh jadi trend dan lepas ni banyak lagi drama2 muzikal akan dibikin.

fadz said...

afasal semua ANON yang menjenguk dalam blog aku ni asyik takde KOTE atau PUKI? asyik2 bantai aku tanpa tunjuk nama, kalau kau KRU ke, Nizam ke, tukang cuci kolam tepi hotel ke, bagitau je lah..

aduh

gaduh gaduh gaduh, woo hooo! best!

Aku bandingkan TV dan filem sebab kebanyakan produksi tempatan filem masih tahap TV, boleh?

muhahaha...

serius, tak yah tengok Glee, ada satu drama TV, "Popular" tak silap aku (yg ramai tak sedar) yang buat aku, jauh lebih baik daripada Hotel Mania.. aku rasa, produksi filem Sell-Out yang CIPUT pun dan jauh rendah fulusnya dengan Hotel Mania pun berjaya... amacam Anon?

serius, drama tu perlukan kerajinan aje, tu je.. atau perancangan sebelum penggambaran (kareograf betul2, atau kalau takde kote nak kareograf babak muzikal cantik, ambik satu pengarah untuk bab tu, macam filem West Side Story), sedangkan filem hindustan pun perlukan dua jenis "dialog" (skrip dan dialog lagu), inikan pula drama tempatan..

"bias" dan "gagal" hahahahaha, aku kencing kau, hahahaha...

Prof Razak anyone? :"Oh, sebab kita tka cukup bajet!"

duhhhhhhhhhhhhh........

fadz said...

Edalia, terima kasih terima kasih terima kasih... saya hanya nyatakan "yg obvious" dan saya kan penonton.. kalau saya suka, saya katalah suka kan kan kan?

dex, sama, tapi masa iklan je, hahahah, aku tengok Si Capek di TV2, dan aku sedar, walaupun plot klise, cerita tu lebih rajin main suntingan dan syot, ada "cerita" dalam gerakan struktur... Hotel Mania? hpmpphhh, masih kurang ke orang yg faham apa tu hand held camera dan long shot? Pemalas!

Muhammad, awak tak salah, awak ada pandangan.. poin org bagi tu macam
org tak berani keluar kotak.

zul, yeap, satu perjuangan/perintis yg bagus, hanya garapannya hambar. Harap2 Magika tak begitu..

MORIBAYU said...

Fadz

ayipaaaa ...i fan "Popular" lorr , tu cerita lama . Malah "popular" lah perintis bagi drama-drama bout high school nieh.

Glee..mmg tiada intipadi yg ori atau fresh. Tapi me suka , bila drama nya berbaur cantik dengan lagu. Malah susunan lagu lama yg dijinakan dengan nafas baru...sungguh harmoni untuk didansakan.
Malah..ianya seolah Moulin Rouge yang jadi sinetron.

Setuju ..Girang amat homopoetic.
sebab maksud sebenar "Beruang ganas" ialah Grizzly Bear dari National Geograpic. n bukannya...beruang cute dari Disney
:P

Mohamad Hj Yawmon said...

wow?! very detail yer abang ajami! seronok saya membaca. =)

fadz said...

huh? haykh, ajami jugak yang dapat nama...

Awani Cafe said...

Kau dan Aku lagi best dari Hotel Mania yg entah ape2 nih... mmg sampah campur jamban betui..

fadz said...

Aik, ada juga yg layan Popular eh?

er no, aku tak rasa Popular merintis, Happy Days tu camne? Kemudian macam Saved By The Bell yang amat popular dulu.. ada beberapa yg gila2 meletup macam Bev Hills 90210.. barulah dtg drama bersiri yg slow mo yg aku igt Kathy Holmes pernah berlakon.

"Moulin Rogue yang disinetronkan"? Tuhan, i wish...

fadz said...

Awani Cafe, aku tak lah sampai tembak Hotel Mania ni sampai jamban, tapi aku pun belum tonton Kau dan Aku. Kau dan Aku tu hape?

MORIBAYU said...

cik kathy .. tu bukan famous sebab Dawson's Creek kah ??? yang pasal budak jantan yg suka , masuk rumah ikut tingkap tu ?? wahahahahaa.

yups yups..me suka " Popular".
drama budak sekolah..yg penuh dengan "masalah macam orang dewasa."

:)

amer zaman said...

wow! sekali tiga!

fadz, xder ramalan Oscar?

amer zaman said...

wow! sekali tiga!

fadz, xder ramalan Oscar?

Awani Cafe said...

Fadz mesti suka sbb sedih giler...
http://www.youtube.com/watch?v=DHnzHnaMFU0&feature=related

fadz said...

Muhammad, ha, yg tu lah!

amer, erk, ya... aku takde ramalan tapi kau nak Kathryn Bigalow menang dan bukan Avatar.

Awani, ok, aku check..

Ajami Hashim said...

saya pun setuju dgn mohamad 'may' yawmon..memang sangat menyeluruh ulasan abang ajami! saya pun seronok membaca :)

muahhh!

fadz said...

Ajami: kecoh katak ah!

AbduL QaDir said...

eh Popular tu bukan musical kan? tak silap aku hanya finale season 1 je yg dibuat musical

ramai layan series ni dulu abg Jami!

fils, it is not me, really not said...

suka ulasan ni. Betul dan betul.
Rasa penceritaan hotel mania sangat nak cepat dan terburu-buru.& suntingan sangat selekeh, syot merimaskan (setuju, minah main tuala kat belakang tu kalau tolak dalam kolampun ok jugak) nothing to expect, agaknyalah~

fadz said...

GAIA, yeap, tapi Popular tetap ada babak-babak yang tiba-tiba "burst into MTV style", sedikit sebanyak dekonstruksi muzikal jugalah.

Wah, ramai juga yang layan Popular ni.. DVD dia ada tak?

Phils, yeap, nak je tolak, kalau dia letak dua lelaki (pool boy) pun bagus, jadi makna bila tolak lelaki tu dalam kolam mengena dengan lagu "Akulah Wanita" yang tidak suka dipermain-mainkan.