10 December 2009

Adab Menonton Wayang

"Oh, behaaavee.."
Austin Power

Pada 9 Disember 2009, The Malay Mail memaparkan sebuah lagi pandangan daripada pelancong asing tentang perangai kurang ajar orang KL, berjudul "KL folk are not friendly". Penulis artikel itu menyatakan bagaimana biadabnya pekedai, pegawai keselamatan, juru jual serta orang lalu-lalang kita terhadap orang puteh. Aku mengaku, hal ini juga berlaku kepada orang kita (contohnya, setiap kali aku bukakan pintu di KLCC untuk mak cik dan pak cik Cina, Melayu, India dan entah orang apa, mereka akan bergerak dengan hidung tinggi), malah hal ini merupakan poin utama aku takkan jejak kaki dan tangan aku untuk memandu kereta di jalan raya Malaysia (poin BinFilem menyatakan bagaimana kita melanggar haiwan tengah jalan sesuka hati amat bertepatan dengan hal ini). Ya, kerana kekurangan ajar orang Malaysia terhadap rakan-rakan Malaysia yang lain.

Ya, kita adalah manusia yang tidak beradab, dan memang kena dengan batang hidung kita apabila orang puteh yang menulis artikel itu menyatakan orang KL merupakan antara manusia paling biadab di bumi ini. Maka dengan itu, aku berani menyatakan bahawa Wawasan 2020 yang diperturunkan oleh Tun Mahathir dan pelan Integrasi Pak Lah sudah gagal melancarkan manusia berminda kelas pertama (walaupun menyediakan prasarana kelas pertama). Orang berminda kelas pertama tahu tentang adab, dan hal ini kita amat jauh daripada menangkap konsepnya (contoh paling jelas: lihat bagaimana tiada bertimbang rasanya kita untuk angkat dulang makanan ke tempat yang disediakan di KFC, MCD, dll, atau bagaimana kita membuang sampah).

Ya, kita adalah manusia-manusia yang hodoh adabnya.

Satu antara misi aku bila ada anak nanti, benda yang pertama yang aku nak ajar anak aku ialah adab, sebelum solat atau mengaji mukadam pun, adab. Bagi aku, adab, merupakan bahasa sarwajagat pertama dalam mana-mana agama atau orang tanpa agama yang mana dapat membentuk perilaku seorang individu itu punya "nilai" dalam dirinya (serta dapat memberi nilai atau menilai hal sekelilingnya selepas itu). Kalau tak caya, tengok mana-mana budak nak masuk biara Buddha. Benda apa yang terpenting diajar dahulu? Ya, adab di depan guru. Apakah perkara pertama yang diajar oleh ibu bapa terhadap anak mereka bila pertama sekali masuk sekolah? Ya, mengucapkan selamat pagi kepada guru - adab. Hal inilah yang rata-rata mak bapa Malaysia sekarang dah lupa nak ajar anak-anak mereka untuk beradab bila masuk sekolah sekular.

Di dalam menonton pun sebenarnya ada beberapa adab yang diperlukan untuk kita tahu, sebelum kita menerjah masuk ke pawagam, dengan mengatakan dalam dunia pascamoden kekurang ajar kita adalah satu "gaya" untuk membelanjakan duit rm10 kita bila masuk pawagam, dewan teater atau apa-apa bentuk "ruang hiburan". Kita lupa sesuatu. Kita bukan seorang (kita bukan di dalam ruang maya). Hal inilah yang kita selalu lupa, dan tampak sangat berleluasa di jalan raya kita.

Buat aku, aku rumuskan 3 adab yang paling penting dalam proses menonton filem, yang seeloknya kita ikut, jika mahu mencapai penonton berwawasan 2020, atau integriti penonton berhemah dan berminda pertama:

PILIH FILEM BERNILAI
Sebelum menonton sesuatu filem, hal pertama yang orang kita selalu terlepas pandang adalah "elok" atau tidak "eloknya" filem itu. Dalam dunia serba kapitalis sekarang, memang kebiasaan untuk negara, seperti Asia Tenggara apabila lebih ramai penonton maka ianya lebih baik, jadi kadang-kadang penonton kita main tonton sahaja apa-apa filem tanpa ada apa-apa "sekatan" atau "tapisan" diri dahulu. Contoh paling senang ialah, filem berunsur komersial tinggi tetapi mempunyai nilai yang rendah adalah jenis filem-filem yang penonton kita gemari. Bukan kesemuanya, tetapi jika kita lihat dari segi kekerapan, begitulah (sila rujuk kutipan filem Malaysia sepanjang tahun, menolak Geng: Pengembaraan Bermula).

Dalam dunia penonton filem, hanya ada sekumpulan penonton sahaja yang "memilih" filem yang betul, mengikut apa yang boleh dikatakan, "intelek", atau paling senang, "filem bermutu" (Geng itu sebuah contoh perkembangan yang baik, yang amat dialu-alukan).

Bagaimana mahu mengajar seseorang menonton filem bermutu?

OK, aku mengaku, aku mendapat "pendedahan" menonton filem-filem yang baik, kerana sewaktu aku masih kecil, ayah aku selalu membawa balik video filem Indonesia yang diarahkan oleh Arrfin C. Noer atau Teguh Karya, walaupun aku tidak ingat judul-judul filemnya (dan tak peduli pun hendak menontonnya). Bila aku besar sedikit, pada suatu malam, aku tengah syok buat kerja sendiri, ayah aku, mengajak aku tonton sebuah filem Hollywood di TV3, The Elephant Man. Buat pertama kali, selain mengenali Star Wars dan ET, aku mengenali sebuah filem yang amat cantik. Pada waktu itulah, aku mula menyukai filem-filem hitam putih (sampai sekarang). Malah, masa kecil, aku selalu menunggu filem-filem klasik ditayangkan, dalam pelbagai genre, malah buat pertama kalinya aku menonton It's A Wonderful Life and jatuh cinta kepadanya. Melihat kegemaran aku itu, ayah aku selalu membeli video klasik seperti Casablanca, The Sound of Music, Treasure Island, D-Day, The Bridge of River Kwai, Lawrence of Arabia dan pelbagai lagi filem-filem lama. Dari situ lagi, aku belajar untuk mengenali filem "bernilai" dna filem tidak bernilai. Kerana, kadang-kadang ayah juga membeli video filem-filem Stallone, Van Damme dan Schwazeneger yang ada "hit and misses". Di situ, aku sudah mula pandai menilai filem.

Poin aku yang ingin aku katakan ialah, tidak untuk memperkenalkan kawan dengan filem-filem bodoh (seperti aku, aku sekali-sekala akan menonton filem yang bodoh, seperti Freddy Got Fingered untuk lepaskan stim intelektual dan semata-mata untuk "ringankan" kepala, tetapi aku tidak akan menontonnya selalu) atau kurang nilai, tetapi kenalkan dengan mereka filem-filem yang bagus dan diketahui diulas baik oleh pengkritik. Dunia dulu, aku hanya menunggu ulasan filem Wahab Hamzah, atau ulasan filem SB Toh, atau kalau berduit, aku beli beberapa majalah filem (dahulu ada sebuah majalah filem terbitan Singapura) dan aku baca ulasannya (kini, aku senang dengan Empire, walalupun arwah Kak Min mengutuk majalah ini).

Di sini, kita akan belajar untuk "memilih", malah dengan membaca (kini melalui internet dengan pelbagai pilihan lagi), kita boleh memilih untuk menyukai sesebuah genre filem, atau pengarah filem. Begitulah yang aku buat sewaktu aku, dengan tanpa gagal, akan beli dan baca buku tebal ulasan Leonard Maltin. Dari situ, aku mempelajari dan menggemari satu-satu pengarah, seperti David Lynch (pengarah filem The Elephant Man) dan seterusnya (malah selalu berangan, bilalah U-Wei dapat masuk dalam buku tebal tu zaman tu, huhu).

Dari situ, kita akan belajar tiga perkara: memilih menonton filem atas kualiti daripada nilai yang diberi pengkritik, memilih menonton filem mengikut genre kesukaan, memilih menonton filem mengikut pengarah, dan kemudian mungkin pelakon (dalam dunia norma, ini merupakan antara faktor utama, seperti mana aku zaman kecik yang amat meminati Lydia Kandou, Ogy Ahmad Daud dan Erma Fatima), mungkin penulis skrip, pencipta lagu, sinematografi dan mungkin tata rias.

Hal inilah yang membuat kita, sekurang-kurangnya mengambil inisiatif untuk melihat sesuatu dengan kerap (seperti mengkaji filem yang diarah oleh seorang pengarah, sepertimana aku waktu dahulu amat mengikuti filem-filem Roland Joffe serta Rahim Razali), lalu daripada kekerapan itu, kita boleh menilai dan membuat perbandingan tentang perkembangan satu-satu genre, pengarah atau filem itu sendiri.

Ya, kadang-kadang, tidak salah untuk menonton filem-filem (luar penilaian pengkritik), yang selalunya membawa kepada dua hal; filem itu menjadi cult kerana ia mempunyai satu babak "mesti tonton", contohnya sewaktu Divine mengangkat tahi anjing lalu memakannya dalam Pink Flamingo. Ini yang dipanggil momen (moments) dalam filem, yang memang perlu ditonton walaupun sekali. Buat tahun ini, Geng mempunyai beberapa, termasuk Muallaf (Brian kecil dibogelkan) dan Santau (babak dalam van). Kadang-kadang, babak itu tak mungkin signifikan pun, hanya cantik, dan hal ini (menonton kerana ini) merupakan cara kita, sekurang-kurangnya memberi penilaian (maknanya, kita punya minda pertama jugalah) terhadap sesuatu. Keduanya adalah, kadang-kadang sebuah filem itu bodoh buat pengkritik, tetapi punya "sentimental value" atau sesuatu yang membuatnya klasik untuk anda (contoh buat aku, Exorcist 3 merupakan filem yang amat peribadi buat aku). Inilah filem-flem guilty pleasure, atau "undiscovered gems", yang mana lambat laun akan "meletup". Ya, ianya menarik untuk kita dengar, satu hari nanti, seorang pengkritik menyatakan nilai dan pemahaman dalam Sembilu, atau Jutawan Fakir. Tetapi, aku rasa, hal ini mungkin berlaku waktu kiamat kot.

PILIH PENONTON KE PAWAGAM
Perkara kedua apabila memilih filem, kita juga kadang-kadang perlu membaca sedikit plot serta "elemen apa yang akan ada" dalam sesebuah filem. Contohnya, apabila kita membaca bahawa sesebuah filem ada memaparkan si hero menyucuk tangannya ke dalam anus lembu, adakah kita mahu menontonnya? Hal-hal ini bukan sahaja untuk kita nilai tetapi kaitkan dengan siapa yang kita nak bawa.

Contoh, kita tahu, Santau nanti ada memaparkan babak-babak (konon) seram yang mengambil
paparan orang makan cacing, mungkin pergaduhan suami isteri (sampai pukul-memukul), serta orang kena rasuk. Adakah kita akan bawa anak-anak kita menonton filem sebegini? (aku masih ingat bagaimana ramai anak-anak menjerit dan menangis takut dengan babak ular raksasa dalam filem Geng). Hal satu lagi, jika kita tahu kita akan menonton sebuah filem lewat malam, adakah elok untuk kita bawa anak-anak kecil untuk menonton bersama?

Hal-hal inilah yang kita sudah tidak ambil pusing. Ya, mungkin bukan budaya kita (orang dulu menonton wayang kulit sampai 5 pagi) untuk menapis, tetapi kita perlu fahami satu hal: orang lain tidak berfikir dan merasa seperti kita, terutamanya kanak-kanak. Bayangkan bila kanak-kanak selalu disuapkan dengan filem komedi Razak Mohaideen? Apa akan terjadi?

Kita mempunyai rating filem paling teruk dalam dunia (Thailand juga begitu, serta beberapa negara Asia lain), kita selalu "mendewasakan" anak-anak kita sebelum masa mereka. Contoh, berapa ramai orang tua yang melarang anak mereka menonton bersama mereka filem Total Recall, dan apakah tidak ada reaksi ibu bapa apabila anak-anak menonton babak pelacur bertetek tiga? Hal yang penting ialah, PG- parental guidance. PG di pawagam bukan bermakna sesiapa sahaja ada lampu hijau untuk bawa anak mereka ke dewan pawagam (Santau mendapat pengiktirafan ini). PG bermakna, penjaga/orang tua perlu pantau dan menjelaskan kepada anak mereka jika satu-satu babak atau detik dalam filem itu yang "tidak sesuai" buat penonton bawah umur, dan bukan biar sahaja anak-anak itu menonton tanpa apa-apa penyeliaan. Contoh paling klise, apabila satu babak memaparkan dua orang belum berkahwin dan bukan muhrim bercium, tentulah ayah dan mak perlu menyatakan kepada anaknya, "Kita orang timur tak macam tu." Sekurang-kurangnyua, menonton menjadi satu aktiviti yang bukan satu hala tetapi dinamis dari segi interaksi.

JAGA ADAB DALAM PAWAGAM
Inilah tingkah laku yang paling-paling penting, kalau dibandingkan dengan dua di atas (kerana dua di atas boleh dibina dari semasa ke semasa), kerana apabila kita berada dalam pawagam, kita bukan seorang, tetapi kita dikerumuni dengan pelbagai manusia. Mungkin kita selalu lupa hal ini, apabila dewan pawagam jadi gelap. Di sini, biar aku paparkan beberapa muka tak malu yang telah buat hal pada malam tayangan teater Tok Janggut di Aswara beberapa bulan lepas:

Gegambar yang tertera di atas merupakan gambar penonton selepas lampu dihidupkan selepas selesai tayangan teater Tok Janggut (lakonan Khalid Salleh), ditangkap oleh aku sebaik mereka melakukan hal-hal yang amat kurang ajar dalam ritual sewaktu menonton teater berkenaan. Aku harap mereka bukan pelajar daripada Aswara.

Tiga perkara yang mereka lakukan TANPA MALU (hanya apabila lampu dewan dipadam) adalah:

1. Menjawab panggilan telefon sewaktu tayangan berjalan.
2. Bercakap-cakap dengan kawan sebelah (tanpa menurunkan suara), malah langsung tidak berbisik.
3. Paling teruk, mengketawakan para pelakon tanpa apa-apa motif (seakan-akan semuanya kelakar buat penonton kita sekarang, oh lupa, kita akan raja pembikin komedi sampah?)

Hal-hal inilah satu perkara yang NO NO dalam pawagam, tetapi masih dan selalu dibuat oleh penonton kita. Contoh lain seperti tidak duduk diam, sengaja mendepankan tubuh untuk menonton skrin, menjejaskan pandangan penonton belakang. Menolak-nolak kerusi depan dengan kaki, membersin atau batuk tanpa menutup mulut dan hidung, serta datang lewat ke pawagam.

Secara serius, aku malu jadi rakyat Malaysia kerana perkara-perkara di atas. Adik aku pernah menyatkan, jika ada penonton yang secelaka ini (mengambil semangat Nik Aziz dalam ucapannya terhadap kecelakaan blog itu terhadapnya), berborak dalam pawagam di UK, akan datang usher dan menghalau penonton itu keluar, walaupun dia mungkin seorang Datuk atau Artis. Tak silap aku, itu yang berlaku kepada Amy Winehouse beberapa hari yang lepas. Malah sewaktu aku di Bangkok, tidak pernah sekalipun dalam tontonan aku, para penontonnya bersikap kurang-ajar dengan bercakap-cakap atau menjawab telefon atau berbuat sesuka hati dalam pawagam. Ya, orang Bangkok memang jauh beradab daripada kita!
Link
Hal yang boleh disimpulkan: segelintir penonton kita tidak tahu menghargai hasil kerja orang. Dalam perkara mereka, mereka hanya mahu berhibur.

Jadi penonton-penonton sekalin, jaga-jagalah, kemungkinan, gambar awak pula yang akan dipaparkan di sini jika anda berkelakuan tidak sopan apabila menonton wayang atau teater. Aku gerenti, jika kita lebih beradab, dan mengikuti tiga syarat adab di atas sewaktu hendak pergi menonton wayang, mentaliti dan nilai budaya kita akan bertambah baik, dan mungkin baru kita tahu makna "minda pertama" itu.

Satu lagi makalah memancar tentang ketidakbudayanya penonton kita.

64 comments:

nana said...

kadang2 kita tak boleh ambil bulat-bulat apa yang penulis barat katakan pada kita..kerana kadang-kadang mereka lebih kepada cemburu kepada keamanan dan kemajuan yang negara kita hadapi sekarang ini..dan apabila mereka berbuat begitu,maka ia akan memberi kesan kepada institusi pelancongan dan sekaligus memberi kesan kepada ekonomi negara.
saya seorang melayu malaysia yang bekerja di luar negara.,bekerja dengan manusia yang datang dari pelusuk dunia.,dan dengan pengalaman itu,saya percaya bahawa orang malaysia masih yang terbaik...
berbalik kepada adab menonton wayang,.di mana-mana pun akan berlaku perkara yang sama dan tak boleh dielakkan..terutama kepada anak-anak muda yang baru nak merasa kenikmatan hidup..membawa pasangan masing..gambar2 yang saudara tunjukkan itu sedikitpun tidak menggambarkan keburukan tingkah laku mereka...
maaf saya tidak bersetuju dengan pendapat tuan...

nana said...

kadang2 kita tak boleh ambil bulat-bulat apa yang penulis barat katakan pada kita..kerana kadang-kadang mereka lebih kepada cemburu kepada keamanan dan kemajuan yang negara kita hadapi sekarang ini..dan apabila mereka berbuat begitu,maka ia akan memberi kesan kepada institusi pelancongan dan sekaligus memberi kesan kepada ekonomi negara.
saya seorang melayu malaysia yang bekerja di luar negara.,bekerja dengan manusia yang datang dari pelusuk dunia.,dan dengan pengalaman itu,saya percaya bahawa orang malaysia masih yang terbaik...
berbalik kepada adab menonton wayang,.di mana-mana pun akan berlaku perkara yang sama dan tak boleh dielakkan..terutama kepada anak-anak muda yang baru nak merasa kenikmatan hidup..membawa pasangan masing..gambar2 yang saudara tunjukkan itu sedikitpun tidak menggambarkan keburukan tingkah laku mereka...
maaf saya tidak bersetuju dengan pendapat tuan...

jeph said...

sebenarnya fadz,kebanyakan penonton sememangnya tau tentang adab-adab semasa menonton di pawagam..tapi diorang ni selalu cuai dan lupa situasi diorang masa tu..contoh,diorang off/silentkan phone sebelum tayangan,tapi bila dpt call sewaktu tayangan berlangsung,diorang jawab dengan suara yang kuat..aku selalu nampak benda-benda ni berlaku di pawagam,puncanya? cuai..

jeph said...

sebenarnya fadz,kebanyakan penonton sememangnya tau tentang adab-adab semasa menonton di pawagam..tapi diorang ni selalu cuai dan lupa situasi diorang masa tu..contoh,diorang off/silentkan phone sebelum tayangan,tapi bila dpt call sewaktu tayangan berlangsung,diorang jawab dengan suara yang kuat..aku selalu nampak benda-benda ni berlaku di pawagam,puncanya? cuai..

fadz said...

Jeph, tu lah soalan aku, kenapa perlu cuai? Adakah itu juga memaparkan kita waktu di jalan raya, cuai? atau kerja, cuai? Atau jaga anak bini, cuai? Atau membaca buku, cuai? Atau jawab periksa, cuai? Hanya mungkin bila kita makan sahaja kita tak cuai? Terima kasih atas pandangan.. Jadi soalan baru: macam mana nak buat orang tak cuai (selain ditegur macam artikel ni kan?)

fadz said...

"kerana kadang-kadang mereka lebih kepada cemburu kepada keamanan dan kemajuan yang negara kita hadapi sekarang ini"

hehe, nana, tergelak saya membaca pandangan ini.. Untuk makluman saudari, penulis surat itu menyayangi Malaysia, kerana isterinya orang Malaysia, malah beliau selalu mengajak kawan2nya dtg Malaysia, tetapi hal itulah, saya sendiri pernah mengalami hal yang penulis itu pernah alami.

negara luar mana yang nana maksudkan dan duduk? Serius.. saya sendiri pernah ke beberapa negara. saya sendiri pernah mengalami baik budi orang Inggeris sewaktu ambil bas di negara mereka. Menyambut salam "Good morning, mate", bertanya khabar hal yang biasa. Pernah saya dapat sapaan sebegitu bila naik bas ke Kelantan, Ipoh, Johor,, tak perlu cakaplah betapa muncungnya pemandu bas KL. Pernah Nana alami semua tu? jauh panggang dari api pemandu di UK dengan Malaysia (baru2 ini pemandu CUAI membunuh 10 penumpang, ada dengar?) Yang setahu saya ingat, pemandu ramainya yang "nak mengajar" penumpangnya, dan bila seorang penumpang bertanya (salah no. bas), dibentak dan dimaki-maki. Hal ini, setahu hidup saya di negara luar TAK PERNAH BERLAKU.

tidak boleh dielakkan? OK, saya bagi contoh. Ya, mmg ada anak muda org puteh yang terkecoh2 dalam pawagam, tapi bila kami tegur SYYYYY, mereka terdiam, walaupun tersengih.

Ya, itu yg saya alami.

Di Aswara malam tu?

Kami siap ucapkan "Syyyy" pada mereka, MEREKA TERUS BERCAKAP!

Yang NANA silap baca ialah, mereka melakukan hal KURANG AJAR sewaktu tayangan teater tu, bukan SELEPAS tayangan teater tu, mungkin sebab nana dah kerja lama luar negara, tersasul baca Melayu kot. Jadi saya bila dah penat mohon mereka senyap, bila lampu terbuka, saya terus ambil gambar mereka. Mereka tak peduli pun.. hal anak muda? maaf, mungkin itulah masalah kita, KITA TAKUT NAK TEGUR ANAK MUDA SEKARANG dan selalu katakan, oh, anak muda, biarlah.. bullshit.. waktu itulah mereka perlu selalu diingatkan, kerana darah mereka panas dan mahu buat pelbagai perkara.. hal ini yang saya lihat mmg sangat kurang dalam budaya kita, org selalu MEMBIARKAN.

Untuk makluman nana juga, yang di pawagam filem tu, yang saya tegur BUKAN anak muda, tetapi mak ayah yang bawa budak2, yang buat dunia pawagam tu macam piknik (bandingkan bila mak ayah mat salleh bawak anak mereka, dan mohon anak mereka untuk duduk diam bila menonton). Satu lagi di Teater natrah, dua orang tua Melayu yang sok sek sok sek walaupun teater itu belum selesai. Jadi Nana, mohon buka mata dan lihat. Hal ini dah "rampant" tapi kita macam tutup sebelah mata..

oh lagi satu, terus-terang, penulis itu bangga dengan kemajuan malaysia, tapi dia mohon masyarakatnya ikut sama maju seperti KLCCnya.

fadz said...

Saya tak tahu, mungkin ini perangai org kita kot (berborak dalam pawagam). Dalam satu insiden dalam pawagam di Singapura (yang amat2 jaga tatasusila), ada dua wanita bertudung bersok-sek depan seorang mamat Cina. Kami serta pemuda Cina itu mula resah sebab suara sok-sek itu mengacau konsentrasi menonton filem. Lalu pemuda itu dengan marah, menegur dengan kuat, "Kalau awak nak bercakap, mohon keluar, kita mahu tonton filem!" Dua perempuan itu terus senyap. apabila filem selesai, pemuda itu bertentangan dengan dua perempuan bertudung itu, memohon maaf kerana kasar terhadap mereka, tetapi waktu itu perempuan tudung itu pun sedar lalu memohon maaf juga kerana "bising". Mungkin adegan sebegitu saja membuatkan penonton jadi lebih beradab bila menonton kot.

since1990 said...

assalamualaikum, bagi saya tuan bukan menilai melalui 'negara' tetapi nilailah melalui individu. sy bercakap begini ada sbbnya. okay, saya bg contoh ya. di hari akhirat nnti, manusia masuk ke neraka ataupun syurga bukan dinilai melalui negara. sorry la..sy terpaksa bersetuju dgn pendapat nana. bg saya pun, negara2 lain pown byk jugak yg biadap. dan sy nak nasihatkan saudara. tak baik saudara menampal gambar2 mereka itu. berdoa hukumnya kerana memalukan orang lain!...sekadar nasihat, nak dengar. terpulang",)

since1990 said...

bg sy kan saudara, kalau saudara nak menegur orang supaya diam, bukannya dgn berkata "syhhh" tetapi sebaliknya berkata dalam perkataan yg sopan2..sdgkn dalam Islam dah tergaris cara-cara berbahsa dgn baik. Nampaknya saudara sendiri tak reti beradab, jadi mcm mana org lain nak beradab dengan saudara? betul x? perkataan "syhhhh.." tu sendiri menunjukkan saudara ni seperti menganggap manusia yg sedang bercakap itu tidak ubah seperti haiwan..yalah, macam menghalau ayam sahaja lagaknya...",)

fadz said...

Negara atau individu?

Kalau kekerapan yang saya lihat berlaku, DENGAN KERAP, malah tiap-tiap hari apabila menonton dengan bilangan orang yang saya tahu, kenal mereka org Malaysia, salahkah saya menilai secara "kumpulan"?

"manusia masuk ke neraka ataupun syurga bukan dinilai melalui negara. "

hal di atas langsung terkeluar daripada konteks (hal adab takde kena mengena dengan masuk syurga/neraka, hal adab ialah "manners"), malah saya jauh menyatakan yang oleh sebab budak-budak yg tidak sopan bila menonton, kerana itu mereka masuk neraka (duh!)

kenapa org sekarang takut benar bila ditegur kerana konteks adab mereka, kenapa mereka tidak mahu menerima?

saya rasa anda tersilap analisa.

Ya, saya juga terfikir tentang jika 4-10 budak2 tu (hanya 4 yang sempat diambil gambar) aib dengan apa yg saya buat (ambil foto), tetapi tak, ini kerana mengajar (mereka bukan pun melakukan dosa besar seperti zina, membunuh atau meliwat, tetapi berkelakuan kurang adab), ini kerana mengingat..

mungkin ini perangai org sekarang: kita sudah tidak boleh ditegur, kerana kepala lembu boleh dipijak, seorang ulamak boleh terang-terang ucapkan "celaka" (alasan yg akan diberikan, dia manusia juga), org menghukum Amani botak sebelum mengenal kenapa, dll.

oh, ini rupanya perangai kita sekarang.

satu saja nasihat yg saya akan ikut daripada awak, lain kali bila org itu berkocak berborak dalam pawagam, saya akan utus dalam dialog untuk mereka senyap dan tak guna Syyyy..

btw, apa kena "syyyyy" pun dikotak2kan dalam Islam? (as if dalam dunia ni hanya ada kotak islam dan bukan islam saja... sedihnya kalau ini pandangan awak)

fadz said...

di sini adalah contoh2 lagi kajian perilaku org malaysia yg menakutkan:

http://binfilem.blogspot.com/2009/12/keganasan-dalam-komedi.html

since1990 said...

ouh ye ke..klu awk masih jahil dlm pengetahuan islam, awak boleh tanya mane2 ustaz ataupun ustazah berkenaan perkataan 'syhhhhhh' tu..apa salahnya tegur dengan baik. memberi salah dan hormat...x salah kan? lain la kalau mak n ayah u x ajar cara berbahasa dgn baik. itu sy x tau la..",)

jeph said...

cuai ni rasanya sekadar bole tegur je laa..dia yg seeloknya tuan punya badan sendiri yg sedar diri tu..kita hanya bole tegur jelaa..selalunya kalau jenis yg sedar diri tu,takde masalah sgt..yg jenis x sedar tu yg payah..benda ni rasanya dh jadi mcm kebiasaan kot pada org kita dr dulu..

jeph said...

cuai ni rasanya sekadar bole tegur je laa..dia yg seeloknya tuan punya badan sendiri yg sedar diri tu..kita hanya bole tegur jelaa..selalunya kalau jenis yg sedar diri tu,takde masalah sgt..yg jenis x sedar tu yg payah..benda ni rasanya dh jadi mcm kebiasaan kot pada org kita dr dulu..

Anonymous said...

Can i put my two cents comment here?

Saya lebih tertarik untuk megulas mengenai adab secara keseluruhan dan bukan dalam konteks menonton wayang.

Saya bersetuju dengan pandangan pelancong asing mengenai betapa orang Kuala Lumpur ini semakin hilang adabnya.Ini berlaku kepada saya sendiri 24 jam yang lalu(ye,saya bukan pelancong asing,tetapi warga tempatan yang hanya kadang kala ke luar negara) Saya membeli tiket putra dari Kg Baru ke KLCC.Sewaktu membeli,saya bertanya kepada gadis kaunter,pukul berapa train terakhir berlepas.Sambil menjuihkan bibirnya (nasib baik pakai lipstick),dia menjawab "Tengoklah signboard tu.Baca.Ada tulis kat situ".Saya sedikit terganggu dgn cara dia menjawab kerana sewaktu bercuti ke luar negara tidak lama dahulu,ketika saya cuba mendapatkan maklumat di kaunter (walaupun ada risalah disediakan disitu),pekerja kaunter masih memberikan jawapan dan layanan yg sgt tiptop kepada saya.
Kemudiannya,selepas saya,seorang lelaki(saya tidak terus beredar selepas mendapat tiket kerana menanti beberapa org teman yg sedang beratur) bertanyakan beberapa soalan pada gadis tersebut.Setelah lelaki tersebut beredar,saya dengar gadis kaunter itu mendengus 'menyibuk ajer'.Bukankah menjawab soalan pelanggan itu adalah salah satu daripada tanggungjawab dia dan dia dibayar utk itu?Jadi,dimanakah 'accountability' gadis tersebut?
Oh ya,dan saya juga cukup 'hangin' apabila org yg bekerja di kaunter menjawab panggilan dari talefon bimbit ketika berurusan dgn pelanggan.Jadinya apibila pelanggan bertanya,jawapan diberi secara acuh tak acuh.Bukankah itu juga satu bentuk 'manner' yg perlu diberi perhatian?

Buat Nana, apabila saudari menyatakan 'kadang2 kita tak boleh ambil bulat-bulat apa yang penulis barat katakan pada kita' tapi itu tidak bermakna kita perlu menolak bulat-bulat apa yang mereka katakan.Lebih-lebih lagi yang melontarkan kenyataan itu adalah pelancong yang menulis berdasarkan pengalaman dia sendiri.
Kita perlu 'timbang tara' disini.
Saya tak menafikan bahawa suatu ketika dahulu, org Malaysia ini sangat tebal adab ketimurannya.Namun,masa berubah dan kita memasuki fasa modenisasi,globalisasi,pemikiran tanpa sempadan,adab itu semakin terhakis dan tidak mustahil akan pupus.Tidak perlu mengulas panjang,lihat sahaja betapa sekarang guru berhadapan dengan pelajar yang maha kurang ajar.Sesuatu yang tidak pernah berlaku zaman tok nenek kita dulu.

Dan buat komen Since1990,mungkin komen dibuat atas individu,bukan melalui negara,tapi perlu diingat,tabiat individu itu mampu mencerminkan sebuah negara.Kita,sebagai warganegara bukankah merupakan duta kecil terhadap negara kita sendiri?Jadi,apabila individu2 yg tertentu membuat onar,bukankah palitannya terkena pada negara?Sebab itu,25 tahun yg lalu,dikala abang saya melanjutkan pelajaran keluar negara,ibu saya berpesan 'jaga diri,jaga nama mak ayah,jaga nama asal-usul'

Secara beribadi juga saya merasakan Rukun Negara yg kelima iaitu 'kesopanan dan kesusilaan' semakin longgar dalam masayarakat kini.'Excuse me','Please','Minta maaf', 'Sorry','Terima kasih', 'Thank you' makin sukar didengar dalam pengucapan seharian.
Mungkin kita berjaya membina prasarana dan kemudahan kelas pertama, tapi apa gunanya first class facilities with third class mantilities?Antara elemen yg membina kecemerlangan sesuatu tamadun itu adalah adab.

Again,this is only my 2cents.
Wallahualam

p/s : Sesuatu yang membuat saya pissed off ketika menonton ialah penonton dibelakang menendang2 kerusi saya biarpun setelah ditegur beberapa kali.Memang biadap,kan?

-Honey2dBee-

AKuSEmpoiGirL said...

topik panas!!!...senang ckp, org2 yg x ade adab sopan ni makbapak dieorg dulu x penah ajar. huhuhu... dalam Islam tu sendiri kita diwajibkan menegur bile org tu wat salah. so, pandai2 kite lah nak menegur mcm mana. asalkan teguran tu pon mestilah beradab jugak. ;P

fadz said...

1960, saya akan tanya, tapi saya takkan tanya ustaz wahabi ya, maaf!

fadz said...

sekarang pun, dah tak boleh percaya sangat ustaz2 sekarang.. Perkataan celaka pun dah boleh tertutur kan?

moria said...

alah fadz, jgn layan budak-budak ni, they are the one who did dat, thats why they are defending themselves.. sapa yg makan cili dia la yg rasa pedasnya.

fadz said...

no moria, nana and 1960's points matters becoz i want to dig up this issue once and for all, adakah benar kita tidak beradab atau tak.. its good they give their point becoz we need to know and discuss about this.. we have to be open about discussions ..suka tak suka tu hal lain..

akitiano said...

"since1990 said...ouh ye ke..klu awk masih jahil dlm pengetahuan islam, awak boleh tanya mane2 ustaz ataupun ustazah berkenaan perkataan 'syhhhhhh' tu..apa salahnya tegur dengan baik. memberi salah dan hormat...x salah kan? lain la kalau mak n ayah u x ajar cara berbahasa dgn baik. itu sy x tau la..",)"

Hmmm...ana diminta untuk menjawab masalah 'syyyy'. anta (since1990) mengatakan jahil kepada si punya blog. anta meminta refer kepada ustaz? hmmm...terus terang tidak ada satu pun dalil atau mashadir al-ahkam dalam Islam yang menunjukkan hasil menggunakan kata 'Syyy' untuk menyuruh orang diam adalah haram/dilarang/illegal/etc.

Dan ana ingin tau, ustaz mana yang ajar anta bahwa menggunakan syyy itu haram? ada satu dalil yang jelas dalam Islam, yaitu "لا يجوز أن يحرم الحلال ويحلل الحرام إلا بالحجة"....

Afwan...

Anonymous said...

1960 tu lagi teruk. Mengajar benda yang sesat!

ritta said...

mmg bukan tak beradab cik fad, yg bodoh pun ada.. tadi i beratur kat tgv klcc nak beli tiket. ada awek ni tanya pakwe dia: apa beza avatar dan avatar 3D? rasa macam tak percaya aje.

fadz said...

Honey2dBee macam pendebatlah dulu di sekolah.. dan saya setuju dengan poinnya...

Honey, ada no. tel?

fadz said...

akitiano, terima kasih. Kita tunggu penjelasan 1960.

ritta, begitu sekali? isyk isyk...

since1990 said...

yes, mmg x bole pecaye kat mana2 ustaz skrg ni. u're right. maksud perkataan 'ustaz' tu sndiri u kena kaji apa istilahnya. then u akan dapat cari orang2 yg btul2 dapat menerangkan u segala persoalan yg terpundak di benak u..",_

since1990 said...

salam akitiano. sorry la ye. saya tak ada pown cakap perkataan 'syhhh' tu dilarang, haram ataupun seumpamanya. sy cuma kata lebih baik kita menggunakan bahasa yg sopan contohnya menegur dengan sopan. skrg ni kita sdg berdebat mengenai adab! klu mcm tu, gelak dlm panggung wayang pown x haram! so apa salahnya selagi benda tu x haram. ryte?????

cik fadz: yes, u mmg org yg bagus. sudi mendengar pendapat org lain. and to mario: klu nk dgrr satu pendapat aja, hidup ni pun akan ada satu garisan warna sahaja",)

since1990 said...

hmmm..perdebatan semakin berleretan. klu ada apa2 msj kat ym: almi_samuel@yahoo.com
takout balik uitm nnti broadband jam nk bukak web x dpt...",)

since1990 said...

hye Anonymous, ko nk ckp aku teruk? kau tu lagi teruk. hanya berani berselindung di balik kata-kata! hahaha. pengecut!

fadz said...

yey, maknanya tak salah le guna syyyy, sebab buat saya, syyyy tu bersopan, akitiano, harap dapat balas..

fadz said...

betul jeph..

since1990 said...

then maknanye x haram jugak klu kita berborak dlm panggung. ryte",)

akitiano said...

hai since1990...perlu anda tau, ketika anda menyinggung jahil dalam Islam menunjukkan bahwa syyy itu seolah2 dilarang dalam Islam. dan dilarang ini dapat dilarikan kepada makna haram, walaupun yes mungkin hanya makruh. but ana terima kemakluman anta. what ever it is, ini dipanggil "التهويل"...

Fadz dan since1990, dalam Islam adab adalah dasar2 pondasi agama. tapi adab adalah sebuah perkara yang sangat subjective. sedangkan Islam menetapkan syariatnya dengan dasar yang jelas "الحلال بين والحرام بين"...so dalam memberi hukum harus objective walaupun mungkin terjadi khilaf..

So dalam masalah adab ulama sepakat batas2nya disesuaikan dengan keadaan atau adat setempat. dan ketika dilanggar, ia juga melihat alasan yang dipakai. seperti contoh ayat "وعاشروهن بالمعروف" dan gaulilah mereka dengan baik, maka kata baik di sini disesuaikan dengan adat. contoh kalau yang baik itu dengan senyuman kepada Istri, atau bertutur kata yang baik dengan lembut. dan ini berbeza dari satu budaya dgn budaya yang lain..

Jadi contoh lain, kalau di Indon menggunakan kata aku bukan sebuah yang dianggap tidak beradab - ini wajar2 saja penggunaan kata aku.. kalau kat Malaysia siap kene pelempang laa...

So masalah Syyy, kiranya kata syyy bukan tidak beradab apabila dia dilontarkan kepada orang yang salah dan dengan cara itu agar dia sadar dan tidak melakukan kesalahan tersebut...

seperti juga salah mengucapkan kata uff kepada mak bapak seperti dalam al-Qur'an...tapi apakah uff dianggap tidak beradab apabila seorang guru melontarkannya kepada muridnya??

So saya sarankan kepada anta laa since1990...mengaji dulu baru cakap bab agama nie..kalau nak cakap masalah adab, dan tidak ada ilmu agama, tak perlulah dikait2kan tentang agama...diam itu emas...

AKuSEmpoiGirL said...

org kite sekarang ni dh makin manja, lupa diri n ego pon tinggi maa... kena tegur skit dh melenting. mungkin sbb keadaan kite dh selesa n masing2 nak tunjuk bagus. wat penat je siti nurhaliza nyanyi " budi bahasa budaya kita..." kuikuikui....

Anonymous said...

hai tuan punya blog,

nak no tepon?
i'll think about that.
maybe i'll e-mail u.


salam.

Honey2dBee

fadz said...

1990, jadi betullah awak pernah berborak dlm pawagam? mengaku je lah..

sempoi, thx

akitiano, 1990 tanya, salah ke berborak? poin saya, oleh kerana kita dalam budaya yang multinasional, dan umumnya secara etika kita tahu org lain akan terancam atau runsing bila dengar kita bercakap, bukankah elok utk kita berbisik atau diam sahaja?

mungkin kita, seperti jeph kata, sudah leka dan cuai, dan hanya igt kita betul bila dalam mana2 ruang awam, sedangkan dlm ruang awam, semua org saling mempengaruhi dan berkait (muamalat).

akitiano, terima kasih, tapi budaya saya mmg guna aku dalam tulisan... hehe, tapi terima kasih dan mmg waktu depan org, saya guna saya, hanya bila dgn kawan guna aku..

akitiano said...

apakah salah kita berborak dalam wayang? hmmm...sama seperti adat kita, apakah salah kita borak dalam kelas/seminar/ceramah agama..tentunya banyak orang akan marah dan tegur karena tidak bisa konsentrasi...lebih2 lagi ini meremehkan orang yang sedang present..macam dalam wayang, memang tidak ada yang present tapi akan ditentang oleh banyak org yang masuk wayang demi melihat movie, bukan diskusi...berbeza dgn syyy, justru orang akan spontan berkata syyy bagi org yang bising sebagai tanda DIAM....

Perkataan aku dalam tulisan maupun perbicaraan menurut konteks Malaysia is normal dan tidak menyalahi aturan...hanya saja ketika dinisbatkan (disandarkan) kepada org yang lebih tinggi derajatnya maka ini kurang ajar...tapi ketika kepada teman, atau seperti dalam doa menurut adat ini tidak masalah..

So kesimpulan ana, apa2 perkara tentang adab2 ni tergantung adat kebiasaan bagi tempat tersebut dengan dimensi semasa...inilah bagian dari kaedah "تغير الأحكام بتغير المكان والأزمنة" (berubahnya hukum itu dengan berubahnya tempat dan waktu)...tapi jangan salah gunakan kaedah ini..ini khusus bagi perkara2 yang ditetapkan berdasarkan urf, bukan nash...

so what say you since1990??

Waallahu a'lam...

since1990 said...

akitiano, panggung wayang itu sndiri boleh dikategorikan sbg tempat yg tidak baik ataupun tempat yg menjurus ke arah maksiat. jd saya x rasa berbaul kecil2 tu salah kerana dlm tempat gelap2 mcm tu, buat apa kita nak agung-agungkan?
to fadz: sorry la, sy x biasa menonton wayang. tempat mcm tu x digalakkan. dn bg saya akitiano, awak yg perlu mendalami ilmu agama dgn lebih dalam kerana sy xde menyebut walau sekali pun perkataan 'haram' atau 'dilarang'. sy rasa sebelum komen, awak perlu baca dgn teliti. okay!

fadz said...

Ahhh, sekarnag baru saya faham 1990. ya, ada kalangan org Melayu, yg saya juga berkenalan yg masih meletakkan pawagam tempat maksiat. Kalaulah hal ini diperkatakan, ianya jadi menarik.

Soalan: maka, jika ianya tempat maksiat, seeloknya adab kita pun dibuang, atas sebab "tempat" itu, dan bukan, mungkin, kerana kita berfikiran baik bahawa mungkin ada "org2 baik" yang turut ikut bersama menonton?

Tempat maksiat yang 1990 katakan ini mmg menarik (oleh sebab di Kelantan sampai sekarang tidak ada pawagam), tapi untuk makluman 1990, mmg "Syyyy" yg dinyatakan itu merupakan BUDAYA BIASA, baik kalau masuk perpustakaan atau masuk filharmonik.. secara adabnya, kerana "syyy" digunakan oleh sebab, secara norma dan prasedar, org yg mendengar "syyy" (mereka yg tidak ditegur) tidak akan terganggu kerana kekerapan "syyy" ini sudah difahami. Tetapi jika seseorang itu menegur dengan ayat penuh tetapi dengan berbisik, ya, ia amat saya setuju dna sokong.. tetapi seperti yg ustaz akitiano katakan: "ikut tempat dan budayanya", maka syyyy itu mmglah dibolehkan..

usahlah cepat marah 1990, nanti tampak ketidakmatangan kita tu.. buat2 cool aje.. apa2pun saya belajar sesuatu daripada anda..

since1990 said...

fadz: xde la. sy mmg cool dn x melenting apa2 pown. bg saya, kita berpegang pd pendapat masing2. mcm awak, mungkin awak rasa perkataan syyy tu tak biadap tp bg saya tidak! ok awak harus terima. Bg awak pula, berbual dlm panggung adalah biadap manakala pendapat sy pulak, bg sy berbual dlm panggung bukannya biadap! okay, sy terima pandangan awak. Justifikasinya, masing2 ada pendapat masing2. nama pun manusia. x sume org memiliki cita rasa dan pandangan yg sama. pandangan itu ibarat satu pemandangan padang yag luas. Tak gitu? ",)

loha said...

fadz, ure always spot on!

congrats!

Anonymous said...

fadz: betul betul betul!

Jelita said...

pandangan memang luas, tapi matahari ada satu.

akitiano said...

masalah anta tidak berkata haram, itu sudah ana memakluminya. makanya saya berkata perkara tersebut menjurus kepada pelarangan. istilah ini adalah termasuk dalam ilmu balaghah yang di sebut dengan tahwil/ta'ridl etc. so ana menilai penggunaan yang secara halus untuk bertujuan sesuatu yang tidak tampak secara zahir. dan memang banyak penulis berlindung dengan cara ini. well if anta menegaskan anta tidak berniat seperti itu, then fine..

Wayang sebagai tempat maksiat: perlu kita fahami titik haram dan halal dalam Islam. Maksiat diharamkan! no doubt!! tapi ketika kita berbicara pawagam, apakah ia haram atau dihukumi mungkar dan tempat maksiat? dalam konteks fiqh, haram itu ada dua, yaitu haram li zatihi ada haram li ghairihi. contoh, arak itu haram karena zat dia maka muamalah atau menggunakannya adalah haram. berikut jualnya dan memproduksinya.

sekarang TV, ketika digunakan utk menonton pornografi adalah haram. tapi ketika menonton bicara mufti adalah berpahala. ini karena haram TV ketika digunakan untuk maksiat yaitu pornografi.

Untuk masalah pawagam, kalau anta duduk dalam tu dan bercouple dengan cara yang haram ya haram. tapi kalau bersama Istri maka tak haram. so maksiat atau tidak pawagam itu, adalah tergantung pada apa perlakuan individu bukan kelompok, walaupun byk org buat maksiat, hukum asal tetap harus (mubah) bukan maksiat yg haram. Ia jadi haram bila anta berbuat maksiat dalamnya.

Untuk masalah semua org ada pendapat. kepada Fadz dan 1990; memang pendapat boleh diletakkan kepada individu, tapi itu hanya soal ijtihadi. sedangkan masalah adab ni, ia adalah berdasarkan cultural approach atau pendekatan kultural. jadi apakah patut dan tidak syyy itu adalah yang berkata kultur setempat bukan pendapat pribadi. untuk mengetahuinya, perlulah kita lihat sekitar dan kesan nyata tentang kultur ini. apakah org merasa tersinggung dan biadab ketika kita mengatakan syyy padanya. menurut penilaian saya dan saya percaya banyak audience akan setuju:

Katika kita kata syyyy bagi orang yang bising dalam wayang, class, seminar, theater atau yang sesamanya maka ia adalah diperbolehkan karena menegaskan kesalahan yg dilakukan org tersebut!!

Tentunya ketika mak bapak sedang cakap, guru, ustaz atau org yang lebih besar sedang berkata2, adalah biadab ketika kita kat syyyy pada mereka (bukan audience)...

الله أعلم

since1990 said...

yup. pandangan tu lebih luas drpd matahari",)

fadz said...

akitiano, terima kasih. Pemakluman tuan sudah begitu jelas buat saya. Terima kasih sekali lagi.

since1990 said...

tp akitiano, awk kena sedar. tempat mcm tu tdk berapa digalakkn. kenapa tidak digalakkan? ada sbbnya mengapa. awk dalamilah ilmu dgn lebih byk lagi spy awak dapat tahu kenapa tempat2 mcm tu tidk digalakkan.!

since1990 said...

tp akitiano, awk kena sedar. tempat mcm tu tdk berapa digalakkn. kenapa tidak digalakkan? ada sbbnya mengapa. awk dalamilah ilmu dgn lebih byk lagi spy awak dapat tahu kenapa tempat2 mcm tu tidk digalakkan.!

Anonymous said...

wow,since1990,i hope u know with whom u are dealing with!!

ZAFA

zohan said...

saya suka tgk wayang, tapi saya tak minum atau berzina, adakah saya ni teruk buat awak, 1990?

since1990 said...

anonymous: yes i noe", why? ade i kisah?
zohan: jgn tanya sy, sbb tu tuhan suruh muhasabah diri",

edan said...

jangan lupa...Perlis & Terengganu pun xde panggung

akitiano said...

Since1990 Say: "tp akitiano, awk kena sedar. tempat mcm tu tdk berapa digalakkn. kenapa tidak digalakkan? ada sbbnya mengapa. awk dalamilah ilmu dgn lebih byk lagi spy awak dapat tahu kenapa tempat2 mcm tu tidk digalakkan.!"

Now, I dont want say the word, but please understand it...APa yang anta cakap nie, langsung tak berilmiah...this is what we call Intellectual Barbarism. Making a conclusion without having the minor term and major term..Justru anta hati2lah..jangan sampai masuk didalam dari golongan-golongan yang disebut "جهل المركب" (bodoh sombong/orang yg tak tau kalau dia tidak tau)...menurut Ulama Ushuli, orang seperti inilah yang harus ditakuti dan dijauhi...

Kalau "جهل البسيط" (orang yg tau kalau dia tak tau), ini masih mudah utk kita selamatkan sebab tinggal mengajar sudah cukup...

Ada satu kata2 yang perlu ana ambil dari Avatar, dan harap fadz or yg lain tau quote ni "We cannot teach u people, because ur cup is full-----Well my cup is empty" (ana tak hafal ayat yg tepat but lebih kurang macam tu)...So sadarlah since1990 akan kesalahan anta..admit it..

And masalah wayang tidak digalakkan?? by whom?? reason?? dari awal kita dah bahas tentang reason...I dont think there is any you can add but the nafs...

thoyol said...

haih..

akitiano, aku faham kau cuba berinteraksi dan berbincang secara ilmiah but unfortunately you are not getting an equal debate. Please don't waste your time further.

Adab. Either you have it or not. Aku sendiri pernah tegur orang yang berborak dalam panggung wayang secara sopan dan malangnya dijawab dengan cara yang haram tidak sopan.

zohan said...

at least he tried.

since1990 said...

akitiano ni suke belitkan fakta. dia dh tau dia salah pastu die tuka topik lain. shame on you akitiano

zohan said...

1990, i have to say this, but ur anagrams are showing, lucidly..

ure def fun to watch!

Anonymous said...

1990, hang faham ke apa makna thoyol kata: but unfortunately you are not getting an equal debate..

hang faham ke?

kodomo lion said...

zohan,
totally agree wif u.

anon.
i dont think he understand.not at all..shame on him.

fadz said...

ok guys, lets just move on will ya :)

its too hot in here lately..

since1990 said...

i faham la. i ckp lain tp akitiano ckp lain. die dh masuk lorong yg salah. ibarat i tgh ckp pasal isu tudung, dia pulak ckp pasal arak. so mls nk bedebat dgn org yg x setaraf dgn i. huhu.. gudbye u oll.
p/s: utk blog user, x sangka plak u smpi tedesak gune anonymous n nama2 lain utk support fakta u...hahaha..bye. mls nk buang masa kat sini. dgn melayan org2 yg cetek ilmunya. i ni bkn org x skolah mcm korunk.

Anonymous said...

since1990 akhirnye menang yes! padan muke korunk kalah teruk

-MAY

fadz said...

May, adik saya yang ustaz tu yang dah malas nak layan, dia kata, "menyedihkan kalau layan.."

dah tersedia jelas, siapa betul dan siapa yang tak betul... im sorry, but Since1990 is just making a fool of himself with his comments, with such bad spellings. "korunk"? Sad, thats very sad indeed.

aediasri said...

wow since1990,

your intellectuality and level of reasoning astound me!

"tp akitiano, awk kena sedar. tempat mcm tu tdk berapa digalakkn. kenapa tidak digalakkan? ada sbbnya mengapa. awk dalamilah ilmu dgn lebih byk lagi spy awak dapat tahu kenapa tempat2 mcm tu tidk digalakkan.!"

aduh...

ps: salam kepada tuan blog :)