12 August 2008

Beruas, FFM & Bin Filem

Ajami dan SMuzz blogger superstar telah menghadiri "Filem kita perlu ada porn untuk laku" di MStar (Ida: "We need to look foward", meaning: "We need more tits"). Memanglah senang buat blogger yang tak kerja 9 ke 5 dan takde hidup kan? :p (ya, aku jeles sebenarnya), tapi sebenarnya aku ke Beruas, buat kajian untuk novel seterusnya (ya, ada kena mengena dengan "alih rupa tukar jasad", pemaisuri gangga dahagakan darah dan bukan semuanya dari sejarah itu yang cemerlang, terbilang, gemilang) memandangkan takde satu pun manusia dalam dunia keblogan ni yang nak tolong aku masa aku iklan ari tu (aku lupa, aku bukan superstar macam Ajami). Jadi aku ke sana (gambar nanti diupload dalam muka buku, tak seerotis pengalaman kembara Azwan) dan buat kajian, dan nyaris-nyaris disimpan dalam dunia bunian (yang, ermm, aku harap sangat untuk hilang pada 8/8/08 tu, yes boys n girls, my real scret dream is: to just disappear fromt he face of the earth) sewaktu dalam perjalanan melalui Kg. Kota di persimpangan makam Raja Beruas. Jadi malam tu, aku dan para penduduk Ayer Hitam (baca: Cina) menonton pembukaan Olimpik dan melihat separa fasis China membacakan sejarahnya kepada (tonton: we look cool and that small muthefuka tibet is ours to claim) dunia. Oh, sungguh terujanya wajah kawan-kawan Cina aku, semacam mereka rasa menyesal jadi orang Malaysia malam tu.
Esok tu, Kak Nyah yang keluarga aku sayangi meninggal dunia kerana barah di Ipoh (tak, sebenarnya dibuat orang), jadi memang tak sempat tonton FFM. Drama keluarga lebih menarik daripada drama TV.
FFM, hah, betapa seronoknya aku bila dapat tahu KMBM menang. Nampaknya aku tak perlu persoal juri-juri kita, kali ini, kejutan yang diberikan sangat menyeronokkan. Dan pemberian berbelas nominasi buat Anak Halal yang sememangnya satu 'senda gurau' memang kenalah (ingat Elizabeth?). Aku suka sebab beberapa perkara yang aku rasa KMBM perlu menang, memang menang, walaupun aku menunggu untuk sistem penjurian kita diubah kepada sistem yang memberi peluang kesemua pembikin filem untuk mengundi dalam kategori tertentu. Osman Ali, sila buat filem yang lebih baik ya?

Tetapi, iklan yang sebenarnya aku nak tunjuk ialah ini: Bin Filem. Satu blog sebaris 'tak nampak tapi bermakna' Bin Ladin tapi ni filem. Jikalau Ajami sibuk memperagakan artis yang akan/kian menaik serta wanabe artis (ini termasuk beberapa wartawan sewaktu demam AF) serta orang terkenal dalam dunia se leb ri ti, aku pula (dengan snobbish) mahu memperkanlkan blog yang semahu-mahunya tentang filem ini agar manusia (oh!) di luar sana faham apa itu filem sebenarnya (film for film sake). Tulisannya biasa, lepas, dan mengerti tentang filem, walaupun sedikit muram. Kalau Nazim Masnawi adalah perepot kultut pop yang tiada saingan, Bin Filem ialah pelapor seni filem (termasuk boleh membikin filem!) yang tiada tandingan lagi setakat ini di Malaysia. Malah, filem-filem pendeknya akan mengejutkan korang. Aku sendiri banyak 'belajar' daripada dua budak ini, JHebat dan Jimmy. Buat para pelajar filem (ya, aku tau korang masuk blog aku, aku ada spy kat Aswara dan UKM), silalah tekuni blog ini supaya anda beraspirasi untuk tidak menjadi sebuah lagi klon Prof. Razak tetapi seorang pembikin yang benar-benar tahu apa itu filem dan mengapa perlu bikin filem.

11 comments:

Anonymous said...

sayang rupanya ton kat bin. baguslah, takde lah kesunyian sangat ton lepas ni. jangan hangat-hangat tahi ayam tau bin. salam maju jaya.

hantamsajalah said...

suke baca ur writing... i do love KMBM.. and anda tak rugi tak tgk FFM. hosmet yg berebut nk tgk FFM pon jadik boring esp keazaban show budak AF nyanyi lagu Ali Setan...

and if we do need porn in our movie, make it like.. mmm... Shortbus... wakakakaka

bolos saja dinding ituuu........

Anonymous said...

bila dah besar nanti adik nak jadi blogger yang berjaya macam pakcik ajami hashim.
- adik

Anonymous said...

tiada apa yang mahu kami buktikan.

kami hanya pencinta filem.

terima kasih kerana membuka jalan ke blog kami yang tersorok ini.


tahukah anda bahawa Jhebat sebenarnya adalah Prof Razak dan Jimmy adalah Yusof Kelana?

Anonymous said...

laaa.... patutlah seiras je aku tengok muke korang

Ajami Hashim said...

wakakaka! kau meroyan apa nih diknon?..

p/s: aku kerja 12-12 tapi off-day 7 hari dlm masa 2 minggu sebabtu byk masa merayau & men - se leb ri ti - kan diriku!.. pakai jari pong bulih! huhu!

quote:
"bila dah besar nanti adik nak jadi blogger yang berjaya macam pakcik ajami hashim. - adik"

..kau gilaaa?.. tapi tQlah erk!

larriikkk!!!

p/s/s: aku tak abis lagik baca novel JIAN kau! penat tau!

Ajami Hashim said...

btw, 'saga horizon' sudah aku link-kan! jgn nak komplen lagik okeh!

p/s: yg kau suruh aku beli 20 hengget tu buku apa plak erk?

saat omar said...

All u need in film is a gun and a hot chick- Godard.
ye sebab filem kita tak banyak pakai genre gangsterism, hot chick sudah memadai sebagai pelaris...

zubin said...

oh saat, awak seopis ngan Prof Madya Razak kan?

Skrg dah banyak org pakai gun kat Malaysia. Misi dlm susuk tu pun ht chick kan

Anonymous said...

hentamsajalah, yah yah, true.. ok, we need erotic, good ones :P (oh my, mmg kene sekeh ngan org tua kalau dia dapat baca ni).

ajami, bila lah nak jumpa.. kenapa kau selebriti: aku susah nak jumpa macam dulu2 yg senang nak lepak2 ngan ko, sekrg, ya rabbi, mcm penuh appointment.. KAMI dtg tak??

hot chick kena HOT, ok, kadang2 perempuan tua takde masalah, tapi mesti dgn attitude dan sensual macam Ruminah dlm Pensil, she just, my oh my, shines.

Anonymous said...

hentamsajalah, yah yah, true.. ok, we need erotic, good ones :P (oh my, mmg kene sekeh ngan org tua kalau dia dapat baca ni).

ajami, bila lah nak jumpa.. kenapa kau selebriti: aku susah nak jumpa macam dulu2 yg senang nak lepak2 ngan ko, sekrg, ya rabbi, mcm penuh appointment.. KAMI dtg tak??

hot chick kena HOT, ok, kadang2 perempuan tua takde masalah, tapi mesti dgn attitude dan sensual macam Ruminah dlm Pensil, she just, my oh my, shines.